Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all 671 articles
Browse latest View live

Kapsul Masa Tun Mahathir Masih Disimpan

$
0
0

Kapsul masa Tun Mahathir masih disimpan. Pernah dengar tak tentang kapsul masa yang ditanam mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed di bangunan The Mall pada 1987? Masa tu saya pun belum lahir tapi ada terbaca tentangnya dulu. Masih ramai yang tidak tahu kerana ia jarang disebut media.

Tun Mahathir telah menanam kapsul masa itu pada 1987 ketika merasmikan pusat membeli belah tersebut. Ia dijadualkan dibuka pada 100 tahun akan datang iaitu pada 2087. Kapsul tersebut mengandungi coretan dan pesanan Tun Mahathir buat generasi akan datang.

Akan tetapi, ada yang tertanya-tanya, di manakah kapsul masa tu sekarang? Ini kerana The Mall tidak bertahan lama, selepas 26 tahun beroperasi, pasaraya itu telah berpindah milik kepada syarikat Sunway Berhad sejak 2013.
Kapsul masih selamat

Menurut laporan Astro Awani, jurucakap Sunway Putra Mall mengesahkan kapsul masa tersebut selamat disimpan di pejabat pengurus bangunan itu. Menurut undang-undang, ia adalah hak milik syarikat itu dan mereka akan menjaga dan memeliharanya dengan baik.

Baca:Cara Berniaga Di Instagram

Kapsul masa tu dah jadi barangan bersejarah, seluruh rakyat Malaysia nak tahu apa isi kandungannya. Menariknya, selain ditulis oleh Tun Mahathir, terdapat dua lagi kapsul ditanam oleh pemimpin negara 28 tahun dahulu. Ia ditulis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (pada ketika itu Menteri Pendidikan) dan Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan). Wow!

Tiba-tiba je kita diingatkan dengan kapsul masa ni. Mungkin kerana Tun M kembali mendapat perhatian setelah lantang mengkritik pemerintahan Najib Razak. Hoho!

2087 tu laaama lagi. Pada saat isi kandungan kapsul itu dibaca nanti, kita semua dah mati. :(


Terima kasih kerana membaca Kapsul Masa Tun Mahathir Masih Disimpan


Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sebelum Raya 2015

$
0
0

Tarikh pengeposan Pos Laju sebelum raya 2015. Pihak Pos Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan tentang tarikh akhir pengeposan Pos Laju sebelum Aidilfitri yang bakal menjelang. Ini memudahkan pihak kurier utama negara ini serta pelanggannya dalam memastikan segala item dapat dihantar kepada penerima.

Anda dinasihatkan supaya melakukan pengeposan untuk destinasi dalam negara sebelum 10 Julai 2015. Ini membolehkan Pos Laju membuat penghantaran kepada penerima sebelum Hari Raya yang dijangka pada 17 Julai ini. 

Oleh itu penghantaran selepas 10 Julai akan mengakibatkan item yang di pos tiba lewat kepada penerima iaitu selepas cuti Hari Raya.


Penting jugak mengumuman ni. Jadi peniaga online kena alert bagi memudahkan urusan penghantaran. Pastikan peniaga memaklumkan perkara ini dengan lebih awal kepada pelanggan. Takde la mereka tertunggu-tunggu barang yang tak sampai. 

Artikel berkaitan: Harga Pos Laju Selepas GST

Nampaknya kalau ada yang nak tempah Kek Gulung Coklat untuk raya ni kena awal. Tak nak ke? Boleh baca entry ni >> Kek Gulung Coklat Sedap dan Murah.

Persiapan Hari Raya Bersama Lazada Malaysia

$
0
0

Persiapan hari raya bersama Lazada Malaysia. Berita baik buat anda yang ingin membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal. Saya pasti ramai yang dah mula shopping raya, kalau belum, tak payah fikir panjang sebab portal shopping Lazada Malaysia mengadakan jualan Riang Ria Raya yang menawarkan tawaran dan diskaun hebat!

Sebagai portal shopping nombor satu negara, Lazada mengadakan jualan eksklusif selama sebulan bermula 11 Jun hingga 15 Julai ini. Bukan itu sahaja, pada 25 hingga 26 Jun nanti akan diadakan SPECIAL Riang Ria Raya - Jualan Terhebat dengan menawarkan harga yang lebih murah!


Kita semua tahu macam-macam ada di Lazada ni. Dari pakaian, gajet, peralatan dapur hinggalah dekorasi rumah. Tapi dalam entry ni saya nak cadangkan anda beberapa barang yang boleh dijadikan persiapan raya nanti.

SoKaNo Trendz Crocodile Faux Tote Bags

Aksesori wajib bagi perempuan adalah handbag. Bila tengah scroll tadi berkenan pulak dengan SoKaNo Trendz ni. Memang murah, cuma RM95 sahaja selepas diskaun  68%. Saya cakap murah sebab ia datang dengan 5 set lengkap: shoulder bag, crossbody bag, clutch, pemegang kad,dan keychain teddybear. Harga asal RM299.90 tau.


Bubbles Aiden Diaper Backpack 
 
Untuk yang ada anak kecil, saya cadangkan Bubbles Aiden Diaper Backpack iaitu bag galas terbaik untuk isi barang baby bila nak balik kampung nanti. Beg ni sesuai sangat untuk travel sebab ia besar, jadi boleh la isi lampin, baju, susu, tisu basah, mandian, makanan bayi, dan mainan. Cantik, ada tiga pilihan warna dan paling penting berkualiti. Hanya RM67.70 sahaja. 



Takada Double Grill Pan TK-DGP01

Pemanggang ajaib ni tak perlu diperkenalkan lagi. Sangat popular sebab boleh masak macam-macam menggunakannya. Dari daging, ikan, sayur, buat kuih pun boleh. Satu lagi ciri menarik tentang Takada Double Grill Pan ni, anda boleh amalkan gaya hidup sihat sebab tak perlu minyak banyak sangat. Sesuai untuk masak rendang masa raya nanti. Boleh dapatkan dengan harga RM80, harga asal RM176 tau!


Rugi pulak kalau tak shopping musim perayaan ni. Bukan selalu nak dapat harga murah macam ni, potongan sehingga 90% pulak tu.

Lazada ni memang terkenal dengan portal membeli-belah yang menawarkan barangan berkualiti dengan harga murah. Mereka juga menawarkan servis yang tip top! Berbaloi kalau shopping raya di Lazada. Jimat, senang, dan cepat. Tak perlu bersesak-sesak di jalan raya. Hoho!

Korang boleh check sendiri antara barang yang ada potongan harga di sini >> http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya-2015/

Ini adalah Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama sayaida.blogspot.com. 6 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah Gopro 4 dan Duit Raya ! Untuk sertai contest ini, sila ke link ini: LINK CONTEST 


Entri sebelum ini: Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sebelum Raya

Selamat bershopping dan terima kasih kerana membaca Persiapan Hari Raya Bersama Lazada Malaysia.

Shopping Online Murah di Ensogo

$
0
0
Shopping Online Murah di Ensogo. Satu lagi portal beli-belah atas talian terbaik yang menawarkan harga murah dan barangan yang berkualiti adalah Ensogo. Secara jujurnya dah banyak perkara positif yang saya dengar tentang syarikat ni. Ada sesuatu yang istimewa untuk pembaca blog ni. Kalau nak tahu apa, baca entry ni sampai habis.

Bezanya Ensogo dengan pesaingnya adalah ia bukan sahaja menawarkan produk seperti pakaian, gajet, dan aksesori. Tetapi turut menyediakan pakej pelancongan, perkhidmatan serta hidangan buffet pada harga berpatutan.


Ensogo turut menawarkan perkhidmatan seperti salon dan pusat kecantikan pada harga terbaik. Selain itu voucher restoran pun menarik jugak. Harga serendah RM10. Hoho! Siapa nak bagi harga murah macam ni..

Barang-barang keperluan baby seperti mainan dan pakaian pun ada banyak pilihan. Parents mesti rambang mata tengok mainan berjenama dan berkualiti dijual pada harga murah. Saya tertarik dengan Mulfunction Nappy Bag. Siap ada compartment yang boleh unzip untuk dijadikan tempat tidur kalau nak salin lampin.


Saya tahu ramai yang tengah mencari powerbank original pada harga murah. Tak payah pening kepala, beli je di Ensogo. Pelbagai pilihan jenama dan ada diskaun lagi.


Bermacam promosi diadakan demi memberi harga terbaik untuk anda. Terbaharu, Ensogo mengadakan promosi Daily Essentials, iaitu barangan kegunaan harian pada harga terhebat dan dihantar terus kepada anda dalam masa 24jam (sekitar lembah Klang shj). Barangan keperluan harian dijual pada harga yang jauh lebih murah dari pasaraya.. Tengok kat sini >> Daily Essentials


Kod promosi untuk potongan harga RM20

Khas untuk pembaca blog ni, anda boleh gunakan kod promosi [NIK20] untuk mendapat potongan harga sebanyak RM20 dengan setiap pembelian RM60 ke atas. Kod ini boleh digunakan untuk semua item yang ada di Ensogo! Kod NIK20 sah selama seminggu, bermula hari ini 25 Jun - 1 Julai 2015.

Raya dah nak dekat, ni la masanya untuk beli barang-barang dengan harga terendah. Banyak lagi item yang ada di Ensogo. Boleh usha kat sini >> http://www.ensogo.com.my/#?utm_source=Blog&utm_medium=Blogpost&utm_campaign=Supermums

Kena bijak dalam membeli-belah secara online ni. Cari portal yang betul-betul menawarkan harga yang menarik dan Ensogo adalah salah satunya.

Terima kasih kerana membaca Shopping Online Murah di Ensogo.

Sinopsis Syurga Nur di Tv3

$
0
0

Sinopsis Syurga Nur di Tv3. Bertepatan dengan kempen Syukur Selalu yang diwujudkan stesen tv nombor satu negara sempena bulan Ramadan, sebuah lagi drama bersiri bertajuk SYURGA NUR bakal menemui penonton setianya di Slot Akasia pada 1 Julai ini.

Drama 28 episod terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini  diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan mendapatkan sentuhan skrip daripada Sofia J Rhyland disamping membariskan pelakon berbakat seperti Janna Nick, Amar Asyraf, Azrel Ismail, Sheila Rusly, Raja Ilya, Dayana Roza, Erwin Dawson, Ammar Alfian, dan ramai lagi.



Syurga Nur bakal bersiaran mulai 1 Julai ini bagi menggantikan Dia Isteri Luar Biasa, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.55 petang hanya di Tv3.


Sinopsis Drama Syurga Nur di Tv3

Mengisahkan Nur yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh ibu saudaranya, Alin yang bersikap kejam dan sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina. Sarina yang kasihan dengan Nur mengambilnya sebagai anak, menjaga dan menyayanginya seperti anak kandungnya sendiri.

Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil dan Adib yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan kemudian berjumpa semula dengan ibu saudaranya.

Kamil dalam diam mempunyai perasaan terhadap Nur, tetapi tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula merasa Kamil menyukainya apabila Kamil menolak untuk dijodohkan dengan Siti.

Entri sebelum ini: Shopping Online Murah di Ensogo

Selamat menonton dan terima kasih kerana membaca Sinopsis Syurga Nur di Tv3

Sebab Buang Iklan Nuffnang

$
0
0


Sebab buang Iklan Nuffnang. Sebelum ni saya selalu cerita pasal Nuffnang, tentang cara tingkatkan CPUV serta iklan-iklan yang terpapar dalam blog ni. Tapi sekarang banner Nuffnang tak ada lagi dalam blog NIKKHAZAMI.COM.

Kenapa? Sebab saya dah buang dan kini menggunakan medium pengiklanan Komli. Susah sebenarnya nak buat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Nuffnang. Sebab syarikat dari Malaysia tu dah banyak berjasa. Ketika blogger lain merungut dapat earnings ciput, earnings saya maintain je. Ketika mereka cakap lambat terima cek, saya cuma ambil masa sebulan sahaja.

Saya tak cakap Nuffnang ni tak bagus, tapi sudah pasti anda nak maksimumkan pendapatan blog. Jadi kenalah pilih platform pengiklanan yang memberikan lebih banyak keuntungan. Lain blog, lain rezekinya. Kalau blog anda lebih banyak buat duit dengan Nuffnang berbanding yang lain, kekal lah bersama Nuffnang.

Nuffnang vs Komli

Satu lagi sebab kenapa saya buang Nuffnang dalam blog ni adalah kerana anda akan kehilangan status gliteratti jika memasang iklan dari platform lain. Saya dah cuba optimasikan iklan dengan memaparkan iklan Nuffnang jika Komli tidak muncul. Tapi cara tu gagal. Haha!! Terus jadi non-glitterati.
Sekarang ni saya pasang iklan Komli dan Revenuehits sahaja. Salah satu sebab kerana kedua-duanya dibayar dalam bentuk USD. Sejak guna Komli ni dah nampak perbezaannya. Bulan pertama saya akui memang agak perlahan. Bulan kedua baru okay.. Hoho!

Artikel berkaitan: Kelebihan Pengiklanan Revenuehits

Revenuehits pulak, ramai yang kata ia merupakan alternatif kepada Adsense. Sebab ia tidak mengharapkan jumlah Cost-per-Click (CPC) semata-mata. Terbeliak jugak bijik mata bila tengok earnings walaupun tak sampai sebulan mendaftar. Lepas tu Revenuehits ni senang approve. Kalau trafik blog anda tinggi memang berbaloi-baloi guna Revenuehits. Jangan tunggu lagi, pergi daftar di - www.revenuehits.com


Selain itu saya tengah tunggu permohonan Adsense diluluskan sepenuhnya. Saya dah lulus first review dan dah pasang kod, tapi hanya nampak ruang kosong je. Harap sangat dapat full approval sebab bukan senang memohon, kita semua tahu Adsense memang cerewet.


Buang iklan tidak bermakna saya tutup akaun Nuffnang. Takde la sampai macam tu sekali. Saya masih lagi memasang iklan Nuffnang di blog-blog saya yang lain yang mempunyai niche yang berbeza..

Pada saya, apa pun medium pengiklanan yang kita guna ia bergantung pada trafik blog. Trafik kena mantain dan terapkan teknik SEO. Orang yang dah baca Kitab Pink yang famous tu mesti dah tahu rahsianya. boleh beli di sini kalau nak >> Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Previous post: Sinopsis Syurga Nur di Tv3

Semoga entry Sebab Buang Iklan Nuffnang ini bermanfaat.

Unifi di Kelantan pada Ogos 2015

$
0
0


Unifi di Kelantan pada Ogos 2015. Berita baik buat penduduk Kelantan kerana perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi, akhirnya tiba di negeri itu menjelang Ogos ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Kelantan.

Sebagai permulaan, perkhidmatan itu akan dinikmati oleh penduduk di daerah Kota Bharu, Kubang Kerian, dan Pengkalan Chepa sahaja. Oleh itu, TM tidak akan menyediakan perkhidmatan Streamyx di kawasan yang mempunyai liputan UniFi.

Baca: Khidmat Pelanggan TM Melalui Twitter Terbaik

Menurut laporan Berita Harian, bagi kawasan yang sedia ada Streamyx dan ada pengguna memohon untuk mendapatkan UniFi,  TM akan menyediakan perkhidmatan itu kepada mereka.

Sebenarnya berita UniFi tiba di Kelantan ni saya dengar sejak 2013 lagi. Harap-harap kali ni ia akan dilaksanakan. Setakat ini selain dari perkhidmatan Streamyx yang disediakan TM, penduduk Kelantan turut menikmati jalur lebar yang disediakan Telco seperti Celcom, Maxis, dan P1.

Semoga dengan adanya UniFi nanti penduduk negeri ni boleh merasa internet berkelajuan tinggi dan selesakan tugas dnegan pantas.. 


Upgrade dari Streamyx ke UniFi?

Saya sendiri guna Streamyx. Ada ketika laju, ada ketika slow tahap siput tengah nazak. Tapi best sebab unlimited dan tak payah risau pasal quota. Pernah jugak terfikir nak upgrade ke UniFi, tapi tak pasti sama ada ia berbaloi atau tidak. Bagi yang kaki download macam saya ni seronok la kalau ada UniFi kan? 

Entry sebelum ini: Sebab Buang Iklan Nuffnang

Terima kasih kerana membaca Unifi di Kelantan pada Ogos 2015.

Maksud Gambar Profil Pelangi

$
0
0
Maksud gambar profil pelangi. Jika anda perasan dalam beberapa hari ni ramai pengguna laman sosial serta akaun rasmi syarikat terkemuka menggunakan gambar profil pelangi. Boleh dikatakan gambar pelangi akan terpapar pada setiap portal berita dan laman web terkenal.

Namun rakyat Malaysia khususnya umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut dengan mengubah gambar profil di laman Twitter atau Facebook anda kepada pelangi kerana ia mempunyai maksud yang tersirat.

Maksud pelangi

Untuk pengetahuan anda pelangi itu bermaksud sokongan terhadap perkahwinan iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ini kerana pada 26 Jun lalu, Mahkamah Agung Amerika Syarikat telah membenarkan perkahwinan sama jantina dan mengiktiraf lesen perkahwinan yang sah kepada gay dan lesbian di semua 50 negeri dalam Amerika.


Jadi golongan gay dan lesbian kini sedang meraikan hari bersejarah kerana akhirnya perkahwinan sama jenis kini sah disisi undang-undang Amerika. Walaupun LGBT bukanlah golongan majoriti, namun rata-rata yang tidak mengamalkannya menunjukkan sokongan terhadap undang-undang baharu ini. Bagi mereka, "akhirnya cinta menang",  dan mereka turut mencipta hashtag #LoveWins 
 
Laman sosial terkemuka, Facebook turut menunjuk sokongan terhadap #LoveWins dengan menyediakan tetapan khas iaitu Celebrate Pride, yang membenarkan anda menukar gambar profil kepada pelangi dengan mudah. 

Golongan muda lebih mudah terpengaruh dengan gambar pelangi ini apabila selebriti terkenal turut menunjukkan sokongan terhadap LGBT.



Melakukan hubungan sejenis atau memperjuangkannya dilaknat Allah SWT kerana ia bercanggah dengan syariat serta fitrah manusia. Jadi janganlah terpengaruh dengan gambar pelangi tu. Kaji dulu apa maksudnya. Jangan pulak nak ikut trend, diorang guna gambar pelangi kita pun nak jugak.


Terima kasih kerana membaca Maksud Gambar Profil Pelangi.

Kek Gulung Coklat untuk Puasa dan Hari Raya

$
0
0

Kek Gulung Coklat untuk Puasa dan Hari Raya. Laris betul mereka yang jual dessert yang paling popular tu sekarang. Aidilfitri dah nak dekat jadi ramai yang beli untuk dijadikan pencuci mulut ketika berbuka puasa dan persiapan hari raya nanti.

Sekali lagi saya nak beritahu kenapa kek ni famous sangat. Sebab ia memang sedap! Lembut, moist, dan kaya dengan rasa coklat. Kat tengah-tengah tu ada coklat berjenama kegemaran ramai seperti Cadbury, Mars, Kit Kat, etc...



Kalau nak tahu, kek tu merupakan resepi kek lapis Sarawak. Jadi bertambah sedap la kek gulung coklat ni. Sedap betul kombinasi kek yang ada di tengah-tengah tu. Lagi satu, kek ni tahan lama, 5 hingga 6 bulan kalau simpan dalam peti sejuk beku.

Kalau nak tempah untuk raya pun boleh. Jadikan hidangan buat tetamu nanti.

Harga kek gulung coklat

Kecil (200g) - RM15
Besar (400g) - RM25

Perisa: Cadbury, Mars, Kit Kat, Kinder Bueno, Snickers, Hershey's, Boost, Cadbury Zip.

Harga tak termasuk postage

Kalau berminat boleh hubungi:
SMS / WhatsApp: 014-5118202 
E-Mail: nikkhazami@gmail.com
 BOLEH ORDER SEKARANG!

Iklan Raya Astro 2015 Paling Best

$
0
0


Iklan Raya Astro 2015 Paling Best. Rasanya tidak lengkap Ramadan dan Syawal kita tanpa dihiasi iklan-iklan menarik dan sedih di kaca televisyen. Apa yang saya perasan setakat ini hanya iklan raya dari Astro yang benar-benar memberi impak kepada penonton.

Bertepatan dengan tema Aidilfitri #KosongKosong pada tahun ini, Astro memaparkan iklan yang bertajuk "Tiada Noktah Untuk Kemaafan" yang mengangkat kisah Herman, bekas penagih dadah yang ingin memohon maaf terhadap bapanya.

Kali ini tiada lagi kisah lucu dan ragam kanak-kanak menyambut hari raya. Ataupun perjalanan yang penuh berliku seorang anak muda yang ingin pulang beraya bersama keluarga dikampung. 

Kisah benar 

Iklan raya Astro pada tahun ini menyingkap kisah benar Herman yang belum pernah dikongsikan kepada umum. Herman dahulunya merupakan seorang penagih dadah. Akibatnya dari najis dadah, dia lumpuh dan tidak boleh bertutur. Setelah ditempatkan di pusat pemulihan, Herman banyak berubah dan memasang impian untuk berjumpa dengan ayahnya dan memohon maaf. 

Walaupun tanpa dialog, sarikata yang tertera mampu menyentuh hati anda. 


Iklan yang berdurasi 2 minit ini telah mencatat hampir 200,000 tontonan di laman Youtube walaupun video itu baru dimuat naik enam hari lalu. Rata-rata yang menonton memberikan respon positif dan mengalirkan air mata ketika menonton.

Tajuk iklan Tiada Noktah Untuk Kemaafan memang kena dengan situasi Herman. Saya rasa iklan raya Astro kali ini memberi pengajaran buat semua. Setiap orang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Siapa pun anda, apa sahaja kesalahan yang dilakukan anda berhak mendapat kemaafan. 
 
Saya tinggalkan anda dengan iklan hebat ini. Kalau mata tak masuk habuk, tak tahu la...

VIDEO: Iklan Raya Astro 2015 - Kisah Herman



Entry sebelum ini: Kek Gulung Coklat untuk Puasa dan Raya

Terima kasih kerana membaca Iklan Raya Astro 2015 Paling Best

Daftar Affiliate Lazada

$
0
0
 
Daftar Affiliate Lazada. Sekarang ni dah banyak cabang untuk blogger buat duit dengan blog. Selain dari pasang iklan, anda juga boleh sertai program affiliate di mana anda akan mendapat komisen sekiranya melakukan jualan. Antara prgoram affiliate yang terkenal adalah dari portal belilah terkenal, Lazada.

Konsepnya sama sahaja seperti program affiliate lain di mana anda perlu mempromosikan produk yang dijual di Lazada. Anda akan mendapat komisen sekiranya melakukan jualan menerusi link/pautan yang anda berikan.

Cara Mendaftar Affiliate Lazada

1. Nak daftar cukup mudah, anda hanya perlu ke Lazada Affiliate klik 'Register Now' seperti yang terpapar dalam gambar di bawah.


2. Halaman pendaftaran akan muncul di skrin dan apa yang perlu anda lakukan, hanya isi borang dengan lengkap. Kemudian klik 'Sign up'.


Jumlah Komisen

Nilai komisen affiliate Lazada ni tidaklah semewah Ashadee dan ramai blogger mengaku walaupun komisen cuma 6%, tetapi mereka berjaya menjual banyak produk. Di Lazada tu banyak produk yang digilai ramai contohnya gajet dan barangan elektronik. Lebih mahal harga produk lebih banyak komisen.

Untuk lebih kreatif, bukan sahaja letak banner seperti yang anda boleh lihat dalam blog ni, tetapi menerbitkan entry khusus untuk mempromosi produk Lazada. Pembaca anda berminat, klik banner dan buat pembelian, anda dapat komisen. Senang je kan? Kalau amalkan teknik dalam Kitab SEO Pink tu pasti boleh buat jualan! Ahaa!

Tak ada blog pun boleh buat promosi, cuma sharekan link di laman sosial. Kelebihan buat mereka yang ada jumlah pengikut yang ramai.

Saya dah mendaftar. Lazada merupakan salah satu program affiliate yang saya join selain dari:

3. NetKL 

Paling penting, program affiliate Lazada ni percuma. Hanya mendaftar, lakukan promosi, melakukan jualan melalui link anda, anda dapat komisen. Simple.

Inilah masanya untuk jana lebih banyak pendapatan melalui blog. Boleh daftar percuma di sini - http://www.lazada.com.my/affiliate/

Entri sebelum ini: Iklan Raya Astro 2015 Paling Best

Terima kasih kerana membaca Daftar Affiliate Lazada
If you’re the creative kind of person, but you’ve never written about online shopping or anything about Lazada

Read More http://kclau.com/make-money-tips/lazada-affliate/ - See more at: http://kclau.com/make-money-tips/lazada-affliate/#sthash.kIeUzv8P.dpuf
If you’re the creative kind of person, but you’ve never written about online shopping or anything about Lazada

Read More http://kclau.com/make-money-tips/lazada-affliate/ - See more at: http://kclau.com/make-money-tips/lazada-affliate/#sthash.kIeUzv8P.dpuf
If people read it, and click on it, and eventually make a purchase, you’re still making money. I

Read More http://kclau.com/make-money-tips/lazada-affliate/ - See more at: http://kclau.com/make-money-tips/lazada-affliate/#sthash.kIeUzv8P.dpuf
If people read it, and click on it, and eventually make a purchase, you’re still making money. I

Read More http://kclau.com/make-money-tips/lazada-affliate/ - See more at: http://kclau.com/make-money-tips/lazada-affliate/#sthash.kIeUzv8P.dpuf

Cara Semak Oppo Original

$
0
0

Cara semak Oppo original. Nama produk dari Cina ini mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu selepas insiden kekecohan rangkaian pengedar Oppo di Plaza Low Yatt menjual telefon tiruan. Sebenarnya banyak versi yang tersebar di media sosial.

Versi pertama pelanggan berang apabila peniaga enggan menukar telefon asli kemudian datang semula ke kedai dengan membawa rakan untuk membalas dendam sehingga mencetuskan kekecohan. Peniaga pula mendakwa pelanggannya mencuri telefon bimbit. Setelah pelanggannya dilepaskan, dia kembali kedai dan memulakan pergaduhan.

Apapun, sejak isu ini menjadi viral, pengguna Oppo mula resah adakah mereka membeli Oppo original atau tidak. Jadi jika anda curiga dengan keaslian telefon pintar anda, anda boleh semak melalui Oppo IMEI Checker. Diingatkan semakan ini sah untuk telefon bimbit Oppo sahaja.


  Cara Semak Oppo Original
  1. Dapatkan nombor IMEI Oppo dengan mendail [*#06#]
  2. Layari Oppo IMEI Checker, dan masukkan nombor yang terpapar pada telefon anda tadi.
  3. Klik submit.
Jika telefon pintar anda adalah yang asli, anda akan dipaparkan dengan perincian tentang model Oppo anda seperti gambar di bawah.


Saya sendiri menggunakan Oppo, dan lepas timbulnya isu ni saya cepat-cepat semak sama ada Oppo R1L saya tu adalah ori atau tak. Fuuhh! Nasib baik original.


Jenama Oppo mula mendapat perhatian di Malaysia kerana produknya cukup berkualiti dan harga yang murah. Populariti smartphone ini dilihat sudah menandingi pesaing terdekatnya, Samsung, Lenovo, dan Apple.

Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian itu sehingga mencetuskan isu perkauman yang dilihat boleh mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman yang dikecapi negara selama ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67729
Saya nasihatkan kalau nak beli mana-mana jenama telefon pintar, belilah di outlet yang berdaftar. Atau beli je kat Lazada.

Entri sebelum ini: Daftar Affiliate Lazada

Terima kasih kerana membaca Cara Semak Oppo Original

Babak Tun M dalam Filem Kapsul

$
0
0

faizal hussien dan tun m dalam kapsul

Babak Tun M dalam Filem Kapsul. Bukan senang nak dapatkan bekas Perdana Menteri untuk muncul dalam filem tempatan. Tetapi produksi Two Tones Sdn Bhd berjaya mencipta sejarah apabila mantan PM, Tun Mahathir Mohamad bakal membuat penampilan khas filem terbaharu, Kapsul.

Filem ini mengisahkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman pemerintahan Jepun hingga kini serta  kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam Tun M di Putrajaya sewaktu zaman pemerintahannya dahulu. 

Kemunculan Tun M dalam filem Kapsul dianggap sebagai pelengkap kerana ia menceritakan bentuk fizikal kapsul dan mungkin memberi bayangan tentang isi kandungannya yang mengandungi coretan dan pesanan menjelang tahun 2020. 


Tun M lakon lima babak

Menurut penerbitnya, Amru Najmi Osman, Tun M bakal melakonkan lima babak penting dalam filem Kapsul termasuklah babak dialog antara beliau dan pelakon utama, Faizal Hussien.


Walaubagaimanapun, penampilan Tun M dalam filem berkenaan tidak ada kaitan dengan situasi politik semasa.

Sinopsis filem Kapsul

Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.

Kapsul bakal ditayangkan pada 17 September 2015.

Dah lama tunggu filem macam ni. Sebab di Malaysia ni asyik filem cinta, gangster dan rempit je. Kalau ada filem sejarah pun mesti kena tapis dan banyak babak terpaksa dipotong. Kononnya boleh menggugat ketenteraman negara.

Apa pun saya pasti penampilan istimewa Tun M akan menjadi pelaris filem Kapsul. Hoho!

Entry sebelum ini: Cara Semak Oppo Original

Terima kasih kerana membaca Babak Tun M dalam Filem Kapsul

REVIEW BUKU - Paper Towns

$
0
0

Review buku Paper Towns. Paper Towns merupakan sebuah lagi karya hebat penulis novel young adult terkenal dunia, John Green. Seperti naskah Green yang lain, buku yang diterbitkan pada 2008 ini turut mencatat jualan tertinggi New York Times

Ini adalah buku ketiga dari John yang saya baca. Sebelum ini saya pernah baca An Abundance of Katherines dan The Fault In Our Stars (TFiOS). Surprisingly, saya lebih suka Paper Towns berbanding dua buku sebelum ini. Dah lama habis baca, tapi hari ni baru review. Hee!

Artikel berkaitan: Review Buku TFiOS

Sinopsis Buku Paper Towns

Mengisahkan seorang remaja Quentin Jacobsen (Q) yang menyimpan perasaan cinta terhadap jirannya sendiri, Margo Roth Speigelman sejak dari kecil. Q dan Margo berkawan rapat sewaktu zaman kanak-kanak namun hubungan mereka semakin renggang apabila memasuki alam remaja. 

Segalanya berubah apabila pada suatu malam Margo menyelinap masuk ke tingkap bilik tidur Q meminta bantuan untuk melunaskan 'dendam' terhadap bekas teman lelaki dan beberapa orang rakan yang telah membelakanginya. 

Misi nakal mereka untuk membalas dendam terhadap Jase, Becca, Lacey, dan Chuck telah menunjukkan personaliti Margo yang belum pernah Q lihat. Pada Q, pengembaraannya di bandar Florida, USA, bersama Margo pada malam itu mungkin boleh mengubah hubungannya dengan gadis yang disukainya selama ini.


Namun, Margo hilang pada keesokkan harinya. Menurut ibu bapa Margo, ini bukan kali pertama dia menghilangkan diri. Mereka sudah penat dengan karenah Margo dan yakin anaknya akan pulang tidak lama lagi. 

Walaubagaimanapun, Q mendapati Margo meninggalkan klu seolah-olah mahu Q mencarinya. Quentin dengan bantuan rakan-rakannya berusaha menyelesaikan klu yang ditinggalkan Margo dalam usaha membawa gadis itu pulang. 

Review buku Paper Towns 

Secara jujurnya, saya menjangkakan Paper Towns sama sahaja seperti kisah yang sering dipaparkan dalam filem Hollywood. Seperti seorang pelajar yang kurang popular jatuh hati akan pelajar popular. Tetapi sangkaan saya meleset. John Green seperti biasa mahu pembaca berfikir diluar kotak dengan menggunakan kata-kata puitis dan metafora.




Setiap halaman mengajak anda bersama-sama Q untuk menyelesaikan klu serta mengembara untuk mencari di mana Margo. Penceritaan ditengah-tengah buku bertukar perlahan dek kerana Q mengambil masa yang agak lama memecahkan klu yang ditinggalkan Margo. Namun keseronokkan kembali kepada asal di penghujung buku.

Setiap plot disusun dengan rapi dengan untuk menceritakan perwatakkan setiap karakter yang dicipta. Walaupun skopnya cukup kecil di mana ia hanya berpandukan apa yang dilihat oleh Quetin, tetapi jalan cerita Paper Towns digarap dengan cukup menarik.

paper towns malaysia
Dalam ramai-ramai artis Hollywood tu, artis Malaysia jugak yang dia cari. Haih...
Jika anda pernah membaca TFiOS, jangan mengharapkan babak air mata dalam Paper Towns kerana temanya seratus peratus berbeza.

Lazada Malaysia

Saya suka gaya penulisan John Green seperti mana saya suka menonton videonya di Youtube. Jika anda diberi sebuah buku tanpa nama penulis, apabila anda baca buku itu, anda pasti tahu ia ditulis oleh John Green. Mungkin itu yang menjadikan dia antara penulis buku YA yang berjaya dan disenaraikan dalam 100 individu paling berpengaruh di dunia. 

Paper Towns dijual pada harga RM36.

Entri sebelum ini: Babak Tun M dalam Filem Kapsul

Terima kasih kerana membaca REVIEW BUKU -  Paper Towns.

Senarai Penuh Rombakan Kabinet 2015

$
0
0

Senarai Penuh Rombakan Kabinet 2015. Disaat rakyat Malaysia mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, hari ini beliau melakukan kejutan dengan mengumumkan senarai anggota kabinet baru berkuatkuasa 29 Julai 2015.

Rombakan kabinet ini menyaksikan Najib melucutkan Tan Sri Muhyiddn Yassin dan menggantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selain pemecatan jawatan TPM, terdapat beberapa perubahan berlaku di mana 4 menteri terpaksa digugurkan dan tujuh menteri baru dilantik, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat.

Menurut PM, tujuan rombakan kabinet adalan untuk memastikan petadbiran di bawah saya terus komited dan terus fokus kepada usaha pembangunan negara selain memperkukuhkan barisan sebelum PRU14.

Lima menteri yang digugurkan:
  1.  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
  2. Datuk Seri Hasan Malek
  3. Datuk Seri G. Palanivel
  4. Datuk Dr Ewon Ebin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
  1. Datuk Mah Siew Keong
  2. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
  3. Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
  4. Datuk Azalina Othman 
Senarai Penuh Menteri Kabinet dan Timbalannya berkuatkuasa 29 Julai 2015


MENTERI
TIMBALAN MENTERI
Menteri Kewangan
Datuk Seri Najib Razak
-Datuk Chua Tee Yong
-Datuk Johari Abd Ghani
-Mn.Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Nur Jazlan Mohamed Tuan Masir Anak Kujat
Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Datuk Mohd Johari Baharum
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed
-Datuk Lee Chee Leong
-Datuk Ahmad Maslan
M.Pdgn Atbgnsa Industri II:
-Datuk Seri Ong Ka Chuan
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Douglas Uggah Embas
Datuk Noriah Kasnon
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Seri Maximus Ongkili
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
Menteri Belia dan Sukan
Khairy Jamaluddin
Datuk Saravanan Murugan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan  & Kerajaan Tempatan
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Datuk Halimah Mohd Saidique
Menteri Komunikasi dan Media
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak
Datuk Jailani Johari
Menteri Pendidikan
Datuk Seri Mahdzir Khalid
-P. Kamalanthan
-Chong Sin Woon
Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Idris Jusoh
Datuk Mary Yap Kain Ching
Menteri KPDNKK
Datuk Hamzah Zainudin
Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Sumber Asli dan Sekitar
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Dr Ir Hamim Samuri
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Menteri Luar Negeri
Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi
Datuk Wilfred Madius Tangau
Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
-Datuk Azizah Mohd Dun
-Senator Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Fadillah Yusof
Datuk Rosnah Shirlin
Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Richard Riot
Datuk Seri Ismail Muttalib
Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan
 

Gila betul plot-twist politik Malaysia.

Previous entry: Review buku Paper Towns

Terima kasih kerana membaca Senarai Penuh Rombakan Kabinet 2015

Sinopsis Mak Cun di Tv3

$
0
0
drama mak cun

Sinopsis Mak Cun di Tv3. Bagi anda yang pernah menonton Spain Oulss dan sambungannya Ajaibnya Cinta, kini pihak produksi Rumah Karya Citra membawakan kesinambungan kepada kisah ini melalui drama MAK CUN. Pada kali ini, jalan ceritanya lebih memberi fokus kepada watak Mak Cun dan anaknya di kampung. 

Mak Cun masih lagi mengekalkan pelakon asal seperti Eirma Fatima, Nora Danish, dan Balkisyh Semundur Khan dan turut dibintang beberapa pelakon baru seperti Datuk Rahim Razali, Betty Rahmat, Ayuna Yusof dan Nuriezain Nuriz.

Drama lapan episod arahan Bade Hj Azmi ini bakal bersiaran mula 29 Julai 2015, di Slot Lestary, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Tv3.

drama mak cun tv3



Sinopsis drama Mak Cun Tv3

Perusahaan Bedak Sejuk Mak Cun makin laris. Bukan sshaja di Kokdiang malahan bedak sejuk Mok Cun sudah sampai ke seluruh Malaysia. Kini, rumah Mak Cun sudah seakan-akan kilang memproses bedak sejuk.

Kecantikkan kejayaan dan Mok Cun menjadi kegilaan Pak Akob, namun pada masa yang sama, Zennat turut meminati Pak Akob. Zennat mula menaruh perasaan dengki terhadap Mok Cun sehingga menjalankan perniagaan cucuk kologen untuk menyaingi kehebatan bedak sejuk Mok Cun. 


Selamat menonton dan terima kasih kerana membaca Sinopsis Mak Cun di Tv3.

Cara Tukar Nama Fanpage Facebook

$
0
0

Cara tukar nama Facebook Fanpage. Dahulu, jika anda membina fanpage menggunakan nama tertentu dan anda tidak dibernarkan menukarnya kecuali anda mempunyai kurang dari 200 likes. Jadi perkara ini menimbulkan masalah bagi mereka yang tiba-tiba berubah fikiran untuk mengubah nama page. Sehinggakan terdapat trick yang rumit atau perlu mengupah mereka yang pakar untuk mengubahnya.

Tetapi kini Facebook telah membenarkan anda menukar nama page tanpa syarat. Anda boleh mengubah nama page anda pada bila-bila masa. Jadi jika anda mempunyai fanpage dan ingin menukar nama yang lebih baik dan mudah diingat oleh pengikut, anda boleh ikuti beberapa langkah mudah di bawah.

Cara tukar nama fanpage Facebook dengan mudah

1. Klik 'About' di bawah page cover anda.
2. Klik 'Page Info' di sebelah kiri kolum.
3. Klik 'Edit' di bahagian Name.
4. Masukkan nama baru untuk page anda.
5. Tekan 'Save'.


 

Anda kemudian akan dipaparkan satu kotak pemberitahuan serta email notifikasi menyatakan permohonan telah diterima. Selain itu semua pengikut fanpage anda akan menerima notifikasi yang memberitahu nama fanpage anda telah berubah. Contohnya seperti dalam gambar di bawah:


Saya dah buat Facebook page dulu, atas sebab-sebab tertentu termasuk blog saya sudah berdomain jadi Facebook page tersebut kena tukar kepada Nikkhazami.com. Jadi saya terpaksa bina page yang baru.


Saya pun tak promot lagi page ni, jadi belum ada Likers. Haha! Kalau sudi, klik butang untuk mendapat update terkini dari blog ini. Heee! --> www.facebook.com/nikkhazamidotcom

Previous entri: Sinopsis Mak Cun di Tv3

Terima kasih kerana membaca Cara Tukar Nama Fanpage Facebook

Fakta Menarik Filem Fantastic Four 2015

$
0
0

Fakta Menarik Filem Fantastic Four 2015. Pada 8 Ogos ini, filem superhero yang diadaptasi dari komik Marvel, Fantastic Four, akan kembali ke pawagam selepas hampir tujuh tahun menyepi. Pihak Marvel dan 20th Century Fox  kini mengulang semula kejayaan filem dengan melakukan 'reboot' di mana kisah kumpulan superhero ini akan dimulakan dari awal.

Bukan itu sahaja, kumpulan produksi, pengarah, serta para pelakon turut berubah dan berwajah baru. Kali ini, empat superhero berkenaan dibintangi Miles Teller sebagai Reed Richards, Kate Mara (Sue Storm), Michael B. Jordan (Johnny Storm) Jamie Bell (The Thing). 

Buat mereka yang meminati filem superhero komik Marvel pastinya menantikan tayangan filem ini. Jadi melalui entri ini saya kongsikan beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang filem Fantastic Four 2015.

Fakta menarik Fantastic Four 2015

1. Ini merupakan filem Marvel kedua buat Tim Blake Nelson dan Kate Mara. Nelson pernah muncul dalam The Incredible Hulk dan Mara pernah melakonkan watak dalam Iron Man 2.

2. Buat pertama kalinya, watak The Thing tidak akan memakai seluar dan kasut. Selain itu The Thing direka menggunakan teknik GCI dan tidak lagi memakai make-up dan prostetik.


3. Miles Teller menjadi pelakon kelahiran America Syarikat pertama yang melakonkan watak Reed Richards. Sebelum ini watak itu dipegang oleh Alex Hyde White dan Ioan Gruffudd dan mereka merupakan rakyat Britain.

4. Dengan melakukan sedikit perubahan dari komik, dalam filem ini Sue Storm dan Johnny Storm tidak mempunyai pertalian darah. Johnny dan bapanya berketurunan kulit hitam dan Sue merupakan anak angkat.


5. Ketika Susan sedang menjejaki signal, terdapat alamat IP terpapar pada skrin "23.21.190.125". Alamat ini merujuk kepada sebuah artikel di internet berkenaan Latveria, iaitu tempat asal Dr. Doom.

6. Kate Mara mahu membaca buku komik Fantastic Four sebagai persediaan memegang watak Susan Storm. Namun pihak produksi memberitahu dia tidak perlu membacanya kerana filem kali ini tidak diadaptasi dan mempunyai jalan cerita yang berbeza.


7. Filem ini belum ditayangkan, namun pihak produksi telah mengumumkan sekuelnya yang bakal ditayangkan pada 13 Julai 2017.

8. Jack Huston, Domhnall Gleeson, Sam Riley,dan pemenang Oscar Eddie Redmayne, dicadangkan memegang watak Dr. Doom sebelum diberikan kepada Toby Kebbell.


Previous entry: Cara Tukar Nama Fanpage Facebook

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem Fantastic Four 2015.

Sinopsis Plan Cinta Tak jadi di Astro Ria

$
0
0

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi. Saluran nombor satu stesen tv berbayar iaitu Astro Ria akan menyiarkan sebuah drama menarik bertajuk PLAN CINTA TAK JADI buat tontonan penonton setianya. Drama bersiri 13 episod ini adalah hasil garapan pengarah berpengalaman, Azmin Hatta.

Buah tangan terbaharu Orange Tree Production Sdn Bhd ini sekali lagi menggandingkan pelakon yang semakin mencipta nama iaitu Fathia Latiff dan Fattah Amin. Turut dibantu, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam, Laila Nasir, Kuna Muzani, Ania Syafi

TAJUK: Plan Cinta Tak Jadi
TERBITAN: Orange Tree Production
PENGARAH: Azmin Hatta
PELAKON: Fathia Latiff, Fattah Amin, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam, Laila Nasir, Kuna Muzani, Ania Syafi
SALURAN: Astro Ria /Ria HD
TARIKH SIARAN: 10 Ogos 2015, setiap Isnin jam 10 malam. 

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi

Mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Melina memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian.




Selamat menonton!


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Plan Cinta Tak jadi di Astro Ria

Beli Domain Murah Malaysia

$
0
0

Beli Domain Murah di Malaysia. Setiap blogger yang memasang impian untuk kekalmeningkatkan jenama blog pasti ingin memiliki domain sendiri. Yelah, sampai bila nak beralamat - .blogspot.com atau .wordpress.com kan? Untuk jadikan blog supaya lebih menonjol dan nampak profesional, kena la beli domain. 

Sebelum tu saya nak terangkan apa itu domain. Blogger-blogger yang dah tahu boleh abaikan bahagian ni. Domain adalah nama atau alamat web yang ditulis dipelayar laman web. Istilah lain bagi alamat blog juga disebut 'URL' (Uniform Resource Locator). Sebagai contoh, anda membina sebuah blog di platform Blogger. Jadi URL blog anda: http://yourblog.blogspot.com. Jika anda sudah berdomain maka blog anda akan jadi dot comahaja. 

Untuk memiliki domain sendiri, anda kena beli. Tak ada cara lain dah.Harga domain bergantung kepada pengakhiran yang anda mahu, contohnya "dotcom, dotmy, atau dotnet". Selain itu ia turut bergantung syarikat yang daftarkan domain anda.

Beli Domain Murah di Malaysia

Sekarang ni banyak syarikat yang menyediakan servis domain dan hosting termasuklah syarikat tempatan. Saya syorkan beli dengan syarikat tempatan. Sebab bayar dalam Ringgit Malaysia, murah dan senang nak berhubung. Jadi saya cadangkan beli di - NetKL.


Ada beberapa pakej yang disediakan NetKL, tapi untuk domain sahaja harganya RM35 setahun. Kalau tak reti pasang sendiri anda cuma perlu tambah RM3 dan tech team mereka akan buatkan.  Saya rasa dah murah sangat dah. Kalau nak beli dengan syarikat antarabangsa yang menggunakan USD tu boleh, tapi mahal sikit dalam USD10 - USD15. Dah la Ringgit tengah jatuh. Hoho!

Artike berkaitan: Pengalaman Beli Domain NetKL

Ini pun berdasarkan pengalaman sendiri masa berurusan dengan NetKL dulu. Mereka beroperasi 24jam sehari, tujuh hari seminggu, dan 365 hari! Email pun laju je reply. Memang saya recommendbeli domain atau hosting dengan - www.netkl.com

Best tau ada domain sendiri ni. Blogger baru yang buat banyak perancangan untuk mantapkan blog boleh beli sekarang!

Entry sebelum ini: Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Beli Domain Murah Malaysia
Viewing all 671 articles
Browse latest View live