Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all 671 articles
Browse latest View live

Semak Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam

$
0
0

Semak Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam. Saya pun tak pasti macam mana keyword 'tarikh lahir islam' boleh masuk dalam blog ni. Sedangkan saya tak pernah terbitkan entry seumpamanya sebelum ni.

Memandangkan saya menerima banyak trafik dari keywords berkenaan, tak salah rasanya kalau saya berkongsi tentang cara untuk semak tarikh lahir mengikut kalendar Islam. Ini kerana kita semua tahu tarikh lahir masing-masing. Tapi kita cuma tahu mengikut kalendar Masihi atau mat saleh panggil 'Gregorian Calendar'.

Apabila ditanya tarikh lahir dalam kalendar Islam atau Hijrah, masing-masing saling berpandangan. Senyap dan mula kelam kabut cari smartphone nak Google. Hoho! Tak payah susah-susah, kat bawah ni saya sediakan cara bagaimana nak semak birthday ikut takwim Islam yang disediakan oleh IslamiCity.com.

Cara Semak Tarikh Lahir dalam Kalendar Islam 

2. Masukkan tarikh lahir mengikut bulan, hari, dan tahu dalam ruangan Gregorian Calendar.
3. Kemudian klik 'Gregorian to Hijri Date'

Siap! Tarikh lahir anda mengikut Takwim Islam sudah terpapar pada ruangan Hijri/Islamic Calender.

Punca Ringgit Malaysia Jatuh

$
0
0

Punca Ringgit Malaysia Jatuh. Kejatuhan nilai matawang menjadi perhatian sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Hari ini, 14 Ogos 2015, nilai ringgit RM4.08 kepada 1 USD. Ini menjadikan ia jumlah yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun.

Ringgit jatuh mendadak daripada RM3.1415 untuk setiap dolar pada tahun lalu dan terus menunjukkan penurunan walaupun Perdana Menteri memberi jaminan untuk menanganinya. Tidak dinafikan pergolakkan politik tempatan merupakan antara penyumbang utama kejatuhan Ringgit Malaysia. 

Punca Nilai Ringgit Malaysia Jatuh

1. Penurunan harga komoditi - Harga Komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah turun mendadak lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi tersebut.

2.  Kontroversi Najib Razak - Pada tahun ini Perdana Menteri Malaysia berhadapan dengan pelbagai kontroversi seperti isu 1MDB, SPRM, derma 2.6 billion yang masuk ke akaun peribadi beliau serta kes Altantuya yang tidak pernah selesai. Isu-isu berat seperti ini menimbulkan rasa kurang yakin pelabur terhadap negara ini.


3. China turunkan matawang Yuan - Tindakan kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN yang lain.

4. Pergolakkan politik tempatan -  Spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara. Ditambah dengan pertukaran menteri kabinet baru-baru ini turut menjadi faktor penyumbang kejatuhan ringgit. 


5. Cubaan menjatuhkan Perdana Menteri - Khabar angin boleh menjejaskan keyakinan dan cubaan menjatuhkan PM dengan mengadakan demonstrasi jalanan #TangkapNajib baru baru ini memberi imej buruk terhadap negara. 


6. Perpindahan Pelabur- Jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika.

Saya cuba bersangka baik dan tidak menyalahkan Perdana Menteri seratus peratus dalam hal ni. Korang ingat tak penat ke kutuk Najib? Membangkang pun kena rehat tahu?

Dalam pada tu bagus juga ringgit jatuh sebenarnya. Blogger yang buat duit USD mesti seronok sebab mendapat bayaran tinggi. Saya pun sama, sejak ringgit jatuh ni memang kaw-kaw buat duit dengan iklan Revenuehits. Anda pun boleh jugak. Daftar kat sini - www.revenuehits.com


Terima kasih kerana membaca Punca Ringgit Malaysia Jatuh.

Restoran Wau Kota Bharu Memang Sedap

$
0
0
Restoran Wau Kota Bharu 6

Restoran Wau Kota Bharu memang sedap. Semalam sempat lepak makan tengahari di salah sebuah tempat makan popular di Kota Bharu iaitu Restoran Wau. Sebenarnya dah lama tak datang sini. Kali terakhir mungkin 2 tahu lepas. Haa!

Restoran yang berkonsepkan moden dan bertemakan warna putih menjadikan restoran ini cukup cantik dan santai. Logo rasmi premis ini ringkas sahaja, iaitu huruf 'wau' dalam tulisan jawi. Saya rasa pemlik restoran ni menggabungkan dua elemen sering dikaitkan dengan negeri Kelantan.

Huruf 'wau' dalam tulisan jawi sebagai negeri serambi Mekah dan wau sebagai Permainan permainan tradisional di Kelantan. Entah, mungkin jugak kan?


Restoran Wau Kota Bharu 5

Restoran Wau Kota Bharu 4
Nasi goreng tomyam dan nasi goreng cina

Restoran Wau Kota Bharu 3

Segala jenis makanan ada kat sini. Dari masakan panas, makanan sarapan yang dihidangkan tanpa mengira waktu, roti canai pun ada. Menu popular Kelantan seperti nasi kerabu dan colek turut disediakan. Buat peminan makanan western, ada lamb chop, sirloin , chicken chop, burger, dan fish and chips pun ada.

Kami dah cuba nasi goreng cina, nasi goreng tomyam, nasi goreng ikan masin, mihun tomyam, dan chicken chop. Chicken chop tu sedap sebab tak disalut dengan breadcrumb seperti kebanyakan restoran. Tapi kalau kurangkan rasa black pepper mungkin lagi sedap.  

Restoran Wau Kota Bharu 2

Restoran Wau Kota Bharu 1

Gambar: sumber


Overall, harga makanan di Restauran Wau ni tak la mahal sangat. Rasa dan portion yang dihidangkan tu memang berbaloi. Saya bagi 8/10.  

Restoran Wau
Seksyen 9, Jalan Tengu Petra Semerak, 
15000 Kota Bahru, Kelantan
No tel: 09-748 9333 

Entri sebelum ini: Punca Ringgit Malaysia Jatuh

Terima kasih kerana membaca Restoran Wau Kota Bharu Memang Sedap

Air Upin Ipin Tiada Dadah

$
0
0
air upin ipin tiada dadah

Air Upin Ipin Tiada Dadah. Baru-baru ni kecoh di laman sosial tentang berita air minuman Upin Ipin mengandungi dadah. Berita ini menjadi viral selepas tersebarnya gambar tangkapan remaja di sebuah hotel bersama minuman perisa teh lemon ais dan anggur jenama Upin Ipin yang telah dicampurkan dadah.

Orang ramai khususnya ibu bapa tidak perlu risau kerana air yang diinspirasikan dari animasi popular terbitan Les Copaque Production Sdn Bhd ini selamat diminum. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Les Copaque, Burhanuddin Md Radzi, di mana air Upin Ipin tidak mengandungi dadah dan selamat diminum

Menurut laporan Astro Awani, sindiket yang mengedarkan ketamin dalam bentuk air dan dimasukkan dalam botol air Upin Ipin telah ditumpaskan. Malas, air berkenaan sebelum ini hanya dijual kepada penagih sahaja dan tidak berada dipasaran. 

Selamat dan tiada dadah

Air Upin Ipin yang asli diperbuat dikilang yang diiktiraf dan diedarkan oleh pengedar tunggal ke seluruh negara. Pihak polis juga telah mengambil sample air dan mengesahkan produk minuman itu tidak mengadungi dadah seperti yang dihebahkan.

air upin ipin tiada dadah 2
Entah kenapa rakyat Malaysia ni suka sangat sebar dan percaya berita-berita palsu atau perkara yang tidak sahih di laman sosial. Berita air Upin Ipin ada dadah ni sudah pasti menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa. Padahal air tu selamat.


Terima kasih kerana membaca Air Upin Ipin Tiada Dadah.

Sinopsis Mencintaimu di Tv3

$
0
0

Sinopsis Mencintaimu di Tv3. Slot Akasia Tv3 sekali lagi membawakan drama terbaik buat penonton setia saluran nombor satu negara ini. Menggantikan Syurga Nur yang melabuhkan tirainya semalam, drama MENCINTAIMU bakal bersiaran mulai 19 Ogos 2015.

Mendapat sentuhan pengarah Raja Ahmad Alauddin ini menampilkan Sharnaaz Ahmad dan Zahirah Macwilson sebagai teraju utama. Mencintaimu turut dibantu oleh pelakon berbakat lain seperti Sasqia Dahuri, Sarah Anne, Niezam Zaidi, Hafizul Kamal, Fikhree Bakar, Aleza Shadan, Musthapa Kamal, Nina Juren, Afzan A.Rahmam, Ruzana Ibrahim, Abu Bakar Juah, Fadhil Dani, Fadilah Mansor , Riezman Khuzaimi, Rahim Jailani.

Drama 24 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis jam 6.55pm hanya di Tv3.  

pelakon mencintaimu tv3

 Sinopsis drama Mencintaimu 


Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa dan Hisham Dato’ Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya, Saiful. Bapa Anissa, Zali, tidak membantah apa saja yang Anissa mahu lakukan.

Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar. Malu dengan penolakan Anissa, Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan.

Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya. Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.

Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa. Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.

Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air dengan penampilan baru dan bekerja di syarikat keluarga Hisham. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?
 Entri sebelum ini: Air Upin Ipin Tiada Dadah

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Mencintaimu di Tv3

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

$
0
0
reehans telekung

Telekung Reehans Pilihan Muslimah. Memiliki telekung solat yang selesa dan cantik semestinya menjadi keutamaan buat kaum hawa. Oleh itu Reehans Telekung ingin memenuhi keperluan muslimah moden dengan menghasilkan pakaian solat yang terbaik.

Kalau dulu warna putih memang sinonim dengan telekung solat. Kini, sesuai dengan peredaran zaman ia telah divariasikan dengan pelbagai warna, corah dan rekaan. Namun ia tidaklah keterlaluan kerana telekung rekaan Reehans hadir dengan corak yang ringkas, warna yang lembut serta diperbuat daripada fabrik yang berkualiti. 

Bercakap soal fabrik, pakaian solat keluaran Reehans Telekung diperbuat daripada kain jenis English Cotton dan Italian Valentro yang sudah terkenal dengan kualitinya. Kainnya lembut dan tidak panas menjadi faktor utama buat muslimah dalam membeli telekung solat. Selain itu ia dijual pada harga berpatutan dan mampu dimilikki.

Koleksi Telekung Reehans Pilihan Muslimah 

Demi memberikan lebih banyak pilihan buat pelanggan, Reehans Telekung menyediakan tiga rekaan utama iaitu Reehans Balqis, Reehans Nur, dan Reehans Rania. Setiap rekaan memiliki keistimewaan tersendiri dan ini memberi lebih banyak pilihan buat muslimah. 

Reehans Balqis

Reehans Balqis

Telekung Reehans Balqis menawarkan sebanyak 24 corak berbunga berbeza buat anda. Antaranya Balqis in Flower Rose Black White, Balqis in Flower Pearl Blue, dan Balqis in Flower Pink White. Diperbuat dari kain kapas English semestinya memberi keselesaan buat si pemakai. Buat muslimah yang inginkan kelainan dan ingin lari dari telekung solat yang kosong tanpa corak, Reehans Balqis direka untuk anda.

Saiz: M- 140cm – 160cm  | L- 150 cm – 175cm
Harga: RM190

Reehans Nur

reehans nur

Reehans Nur menambahkan lagi koleksi telekung Reehans pilihan muslimah dek kerana diperbuat dari kain Italian Valentro yang lain dari telekung biasa. Kainnya licin, ringan, dan tidak panas. Hadir dalam tujuh warna berbeza antaranya dusty pink, grey, dan mint blue. Warnanya tidak terlalu terang, sweet, dan just nice untuk pakaian solat. 

Harga: RM200-RM230

Reehans Rania

reehans rania

Melengkapkan koleksi hebat ini, Reehans Rania hampir sama dengan Reehans Nur. Cuma yang membezakan antara dua rekaan ini adalah Reehans Rania tidak mempunyai ropol dibahagian bawah dan dihiasi renda cantik. Fabrik yang bermutu dan didatangkan dalam dua warna sahaja iaitu dusty pink dan vanilla cream.

Harga : RM240
Selesa
Bertepatan dengan slogan syarikat yang berpengkalan di Alor Setar, Kedah ini iaitu "Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria" Telekung Reehans pilihan Muslimahmenitik beratkan keselesaan buat si pemakai ketika beribadah. Menghasilkan produk yang berkualiti dan hadir dengan pelbagai jenis pilihan memenuhi permintaan muslimah moden yang inginkan telekung solat yang praktikal, feminin, dan selesa. 

Reehans yang baru ditubuhkan pada tahun ini mengutamakan ciri terpenting yang perlu ada pada telekung solat iaitu fabrik serta jahitan yang menutup bahagian dari dengan sempurna. Sekaligus mengelakkan pemakai rasa terganggu akibat rambut terkeluar. Jenis kain juga tidak melekat pada tubuh. Itu yang paling utama kerana antara syarat sah solat adalah menutup aurat dengan sempurna.


Menariknya, anda akan mendapat sebuah beg kecil dengan setiap pembelian. Beg yang kecil dan rungan memang sesuai untuk dijadikan 'on-the-go'. Telekung solat boleh diisi dalam bag berzip cantik. Jadi lepas ni boleh la bawa telekung tu pergi travel. Tak perlu lagi fikir nak isi dalam bag mana kan? 

Hukum telekung solat bercorak dan berwarna

Ada yang menganggap memakai telekung solat berfesyen tu haram. Sebenarnya TIDAK HARAM. Selagi anda memakai pakaian menutup aurat, tidak menjolok mata, mempunyai gambar yang keterlaluan, tidak ketat, tidak timbul rasa riak, serta tidak mengganggu tumpuan jemaah lain.  

Iklan Reehans Telekung dalam Utusan Malaysia.
Rasanya tak salah kita berbelanja dengan Telekung Reehans pilhan muslimah ni. Bukannya selalu beli telekung solat. Kita seringberbelanja mewah untuk kelihatan menarik dan berketerampilan di depan masyarakat. Kalau kita boleh berpakaian cantik dan bersih di mata manusia, apatah lagi bila menghadap sang pencipta.

Testimoni Reehans
Untuk membeli dan mendapatkan maklumat lanjut tentang Reehans anda boleh rujuk info di bawah:

Reehans Telekung
814-B Lorong Tunku Mohamad
Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid
05050 Alor Setar Kedah.
Tel / WhatsApp: +6011-14481591
Facebook: Reehans Telekung 
Email: reehanstelekung@gmail.com
Laman web: www.reehans.com 

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur.

Terima kasih kerana membacaTelekung Reehans Pilihan Muslimah.

Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2016

$
0
0

Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2016 telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seperti biasa, takwim ini penting buat ibu bapa serta pelajar dalam merencanakan aktiviti bersama keluarga dan rakan.

Dengan adanya takwim persekolahan ini, senanglah buat ibu bapa untuk semak hari cuti supaya dapat membuat persediaan awal dalam merancang percutian. Bolehlah tempah tiket penerbangan dan hotel dengan lebih murah. Saya cadangkan tempah di - Agoda, sebab mereka menawarkan harga yang berpatutan, banyak pilihan, dan selesa. 

Kalender Cuti Sekolah 2016

Apabila anda sudah menetapkan tarikh percutian atau aktiviti, lebih mudah untuk anda sediakan bajet. Sama ada untuk hotel, tiket penerbangan, minyak kereta, atau duit untuk shopping, ia memerlukan perancangan yang teliti. 

Kalendar cuti Umum 2016



TARIKH
HARI
CUTI UMUM
NEGERI
1 Jan
Jumaat
Tahun Baru 2016
Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
14 Jan
Khamis
Hari Keputeraan YDB Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
17 Jan
Ahad
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kedah
24 Jan
Ahad
Hari Thaipusan
Kualan Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, P.Pinang, Selangor
1 Feb
Isnin
Hari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
3 Feb
Isnin
Tahun Baru Cina
Seluruh Negara
9 Feb
Selasa
Tahun Baru Cina kedua
Kecuali Kelantan, Terengganu
4 Mac
Jumaat
Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
Terengganu
25 Mac
Jumaat
Good Friday
Sabah dan Sarawak
15 April
Jumaat
Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka
26 April
Selasa
Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu
1 Mei
Ahad
Hari Pekerja
Seluruh Negara
5 Mei
Khamis
Israk Mikraj
Kelantan, N. Sembilan, Perlis
7 Mei
Sabtu
Hari Hol
Pahang
17 Mei
Selasa
Hari Keputeraan Raja Perlis
Perlis
21 Mei
Rabu
Hari Wesak
Seluruh Negara
30&31 Mei
Isnin & Selasa
Pesta Keamatan (Pesta Menuai)
Sabah dan Labuan
1 & 2 Jun
Rabu & Khamis
Hari Gawai Dayak
Sarawak
4 Jun
Sabtu
Hari Keputeraan YDP Agong
Seluruh Negara
6 Jun
Isnin
Awal Ramadan
Johor, Kedah, Melaka
22 Jun
Rabu
Nuzul Quran
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, P.Pinang, Selangor, Terengganu
6 & 7 Jul
Rabu & Khamis
Hari Raya Aidilfitri
Seluruh Negara
7 Jul
Khamis
Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia
P.Pinang
9 Jul
Sabtu
Hari YDP P.Pinang
P.Pinang
31 Ogs
Rabu
Hari merdeka
Seluruh Negara
10 Sep
Sabtu
Hari YDP Sarawak
Sarawak
12 Sep
Isnin
Hari Raya Korban
Seluruh Negara
13 Sep
Selasa
Hari Raya Korban kedua
Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu
16 Sep
Jumaat
Hari Malaysia
Seluruh Negara
1 Okt
Sabtu
Hari Jadi YDP Sabah
Sabah
2 Okt
Ahad
Maal Hijrah (Awal Muharam)
Seluruh Negara
14 Okt
Jumaat
Hari YDP Melaka
Melaka
24 Okt
Isnin
Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang
29 Okt
Sabtu
Hari Deepavali
Kecuali Sarawak
6 Nov
Ahad
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor
11 & 12 Nov
Jumaat&Sabtu
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
22 Nov
Ahad
Hari Keputeraan Sultan Johor
Johor
27 Nov
Ahad
Hari keputeraan Sultan Perak
Perak
11 Dis
Ahad
Hari keputeraan Sultan Selangor
Selangor
12 Dis
Isnin
Hari Keputeraan Rasulullah SAW
Seluruh Negara
25 Dis
Ahad
Hari Krismas
Seluruh negara



Semoga info ini dapat menjadi rujukan buat anda..

Entri sebelum ini: Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Terima kasih kerana membaca Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2016

Instagram Kini Menyokong Gambar Landskap

$
0
0

Instagram Kini Menyokong Gambar Landskap. Sebelum ini pengguna Instagram hanya boleh memuat naik gambar segi empat sama dan perlu crop untuk berkongsi gambar melintang dan menegak. Kini media sosial itu membenarkan anda berkongsi gambar landskap dan potret.

Pengguna tidak lagi perlu menggunakan aplikasi seperti InstaSize atau IntaSquare dengan menambah bingkai berwarna putih untuk berkongsi gambar landskap. Ia agak menjengkelkan dan melambatkan proses memuat naik apabila anda terpaksa menggunakan dua aplikasi berasingan.

Ini kerana masih pengguna pengguna yang tidak tahu menggunakan InstaSize, jadi mereka terpaksa memotong gambar atau melupakan hasrat untuk memuat naik foto tersebut. Ini mengurangkan keseronokkan dalam menggunakan aplikasi popular itu.

Instagram sokong gambar landskap


Fungsi ini juga boleh digunakan bagi memuat naik video dan jelas memudahkan pengguna kerana kebanyakkan video dirakam secara melintang. Melalui kemaskini ini pihak Instagram turut menyediakan ciri terbaharu iaitu menyimpan dalam resolusi 640px, dan menambah filter seperti clarendon, gangham, moon, dan lark.

Perubahan besar ini memenuhi permintaan pengguna yang sering menggunakan aplikasi itu dan ingin lebih kawalan terhadap bagaimana gambar mereka muncul pada timeline. Ini menjadikan pengalaman menggunakan aplikasi popular di dunia ini lebih menyeronokkan.

Anda boleh melakukan kemaskini Instagram versi 7.5 ini pada peranti iOS di Apple App Store dan Android di Google Play.

Jemput follow Instagram saya, - @nikkhazami


Terima kasih kerana membaca Instagram Kini Menyokong Gambar Landskap


Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

$
0
0

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah. Dah lama tak sertai kontes SEO anjuran rakan blogger. Rasanya kali terakhir join adalah kontest Malaysia Best Blog pada awal tahun anjuran OhDuit. Masa tu kalah teruk, dikalahkan oleh blogger-blogger hebat.

Kalau nak tahu, ini merupakan kontest SEO (Search Engine Optimization) pertama yang saya sertai sejak memiliki domain sendiri. Saya fikir ini lah masanya untuk lihat sejauh mana blog www.nikkhazami.com ni boleh bersaing dengan blog-blog hebat lain. 

Kontest Telekung Reehans

Kali ni saya sertai kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah anjuran sifu blogspot, HasrulHassan dan ditaja oleh Reehans Telekung serta beberapa penaja lain. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu artikel terbaik dan mesra SEO. Jadi ini memberi peluang yang sama rata kepada semua peserta. 

Paling best, kontest ni menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan. Juara kategori SEO mencecah RM400! Hadiah yang bakal dimenangi tu banyak jadi mestilah susah sikit. Penganjur akan memilih entri penyertaan yang berada di tempat pada laman carian Google menggunakan pelayar internet Chrome Incognito mengikut kata kunci tertentu.

Kalau tak memang kategori SEO anda masih mempunyai peluang kategori entri terbaik. 

Saya tak kisah sangat pasal hadiah sebab tujuan utama saya join kontest ni adalah untuk uji kekuatan SEO blog selain nak asah diri sendiri dalam menulis entri bercirikan SEO dan advertorial. Menang atau kalah tu rezeki masing-masing.

Hadiah kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Artikel terbaik - 3 pemenang x RM100 setiap pemenang
Kategori SEO - Tempat pertama (RM400), Kedua (RM200), Ketiga (RM150, Keempat (RM100), Kelima (RM50)

Nampaknya dah ramai yang sertai dan saya pasti jumlah penyertaan bakal bertambah disaat akhir nanti. Sebab ramai yang dah published, tapi belum hantar. Hehe! Masih ada masa untuk anda join sekali sebab tarikh akhir untuk menghatar penyertaan adalah pada 15 September ini. Saya dah join, anda bila lagi? Mana tahu kot-kot ada rezeki.. Jemput baca entri penyertaan saya - Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Entri sebelum ini - Instagram Kini Menyokong Gambar Landskap

Terima kasih kerana membaca Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Jadual Piala Malaysia Kelantan 2015

$
0
0

Jadual Piala Malaysia Kelantan 2015. Musim ini menyaksikan The Red Warriors (TRW) diundi dalam pasukan C bersama Selangor, Felda United, dan T-Team. Jelas ini merupakan pasukan maut kerana Selangor dan Felda merupakan antara pasukan yang konsisten musim ini. 

Selangor memiliki ramai pemain tempatan yang berkualiti selain awang import yang cukup  berbahaya seperti Andik Vermansyah. Manakala Felda United, sebuah pasukan berstatus kelab sentiasa memberi saingan dalam setiap perlawanan. Pasukan kendalian Irfan bakti ini turut mengalahkan pasukan Johor Darul Takzim pada perlawanan terakhir liga. Sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. 

Ramai menganggap T-Team adalah pasukan yang paling tidak berupaya dalam kumpulan C. Bermain dalam Liga Perdana ini tidak bererti mereka tidak mampu untuk melangkah ke peringkat seterusnya. 

Manakala bagi pasukan Kelantan, walaupun menghuni tangga ke sembilan dalam Liga Super skuad gergasi Pantai Timur ini dilihat mampu memberi saingan sengit. Kelantan menunjukkan peningkatan yang agak baik dalam beberapa berlawanan terakhir. Taktikal jurulatih Zahasmi Ismail setakat ini layak menerima pujian. 

Undian Piala Malaysia 2015


Jadual Piala Malaysia Kelantan 2015

Pusingan pertama
 

TARIKH
PERLAWANAN
VENUE
12 Sep 2015
Selangor vs Kelantan
Stdm. Shah Alam
18 Sep 2015
Kelantan vs Felda United
Stdm. Sultan Muhammad IV
26 Sep 2015
T-Team vs Kelantan
Stdm. Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Pusingan kedua


TARIKH
PERLAWANAN
VENUE
2 Okt 2015
Kelantan vs Selangor
Stdm. Sultan Muhammad IV
17 Okt 2015
Felda United vs Kelantan
Stdm. Majlis Perbandaran Selayang
*Akan diumumkan kelak
Kelantan vs T-Team
Stdm. Sultan Muhammad IV

Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku

$
0
0

drama Cik Cinderella dan Encik Tengku


Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku. Menerusi Slot Lestary Tv3, sebuah lagi drama bersiri terbaharu bertajuk CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU bakal menemui penonton tidak lama lagi. Drama bersiri 13 episod yang diarahkan oleh Eoon Shuhaimi ini menggandingkan Shukri Yahaya dan Zahirah Macwilson sebagai teraju utama.

Drama ini dijangka akan menerima sambutan kerana penonton masih lagi terkesan dengan lakonan Shukri Yahaya dalam Dia Isteri Luar Biasa baru-baru ini. Manakala pendatang baharu, Zahirah Macwilson, namanya sedang hangat diperkatakan sejak muncul dalam drama Mencintaimu yang sedang ditayangkan.

Cik Cinderella dan Encik Tengku (CCET) turut dibantu pelakon berbakat lain antaranya Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato' Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz. Untuk pengetahuan anda, CCET merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta popular karya Airisz.



 Tarikh siaran akan dikemaskini kelak kerana drama ini masih dalam penggambaran

Sinopsis drama Cik Cinderella dan Encik Tengku
Mengisahkan kehidupan Puteri Nuraisha  yang sering dipinggirkan keluarganya. Puteri tinggal bersama ibu dan kakak tiri dan sering merasakan dirinya dipinggirkan oleh keluarga itu. Tambahan pula, ayahnya selalu melebihkan kak tirinya, Sha.

Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula.

Puteri semakin bosan dengan sikap Ashraf dan perkenalannya dengan Daniel yang mempunyai rupa yang kacak membuatkan dia semakin jauh dengan Ashraf. Puteri menyimpan perasaan cinta terhadap Daniel dek kerana sikapnya yang menyenangkan.

Puteri berdepan dengan dilema kerana dia terpaksa mengikut amanat ibunya untuk berkahwin dengan Ashraf. Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. 

Namun, kakak tirinya dalam diam menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf tergangguh dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya?

Entri sebelum ini: Jadual Piala Malaysia Kelantan 2015

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku

Hotel Review - Grand Riverview Hotel

$
0
0

Hotel review - Grand Riverview Hotel Kota Bharu. Nak dijadikan cerita pada hari kemerdekaan tempoh hari kami bermalam di Hotel Grand Riverview. Pelik sebab kami tinggal di Kelantan tapi menginap di hotel dalam negeri. 

Al-kisahnya sebab Grand Riverview Hotel (GRV) mengadakan promosi di mana sebanyak 58 bilik ditawarkan pada harga RM58, sebagai simbolik Malaysia menyambut kemerdekaan ke 58 tahun. Jadi jangan harap la nak dapat harga semurah tu lepas ni. Haha! Harga asal bilik di GRV adalah kira-kira RM270.

Lokasi strategik

Hotel ni terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan mendapat nama 'riverview' kerana lokasinya di tepi Sungai Kelantan. GRV adalah antara hotel yang menjadi pilihan pelancong kerana jaraknya dengan lokasi tumpuan seperti Pasar Siti Khadijah cuma 800m (10 minit). Untuk ke Pantai Cahaya Bulan pula mengambil masa selama 13 minit. Kalau yang plan nak shopping di Wakaf Che Yeh, cuma 6.2km (13 minit) sahaja.
 
Hotel ni dekat pula dengan antara tempat makan sedap di Kota Bharu ni iaitu Restoran Wau. Saya pernah tulis review tentang restoran tersebut. - Restoran Wau Memang Sedap

Grand Riverview Hotel 1
Grand Riverview Hotel 2
Grand Riverview Hotel 3

Kemudahan hotel? Terbaik. Bilik luas, selesa dan bersih. Bilik air pun cantik. Swimming pool yang disediakan hotel ni biasa-biasa sahaja. Tak mandi kolam pun sebab masa terlalu singkat dan tak kuasa nak pack baju mandi.

Overall, menginap di Hotel Grand Riverview memang best kecuali kemudahan Wifi yang sangat-sangat perlahan. Harap improve, sebab internet dah jadi 'keperluan' sekarang ni. Malu kat costumer mat saleh nanti.

Grand Riverview Hotel 4


Tempah di sini - Grand Riverview Hotel

Kalau nak menempah hotel, saya cadangkan tempah di www.agoda.com. Sebab mereka menawarkan harga yang berpatutan.

Alamat:
Jalan Post Office Lama, 
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988
Terima kasih kerana membaca Hotel Review - Grand Riverview Hotel

Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus

$
0
0

Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. Apple Inc telah mengumumkan dua produk terbaharu mereka iaitu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus iaitu merupakan kemaskini kepada generasi sebelum ini. Apple mendakwa ahli terbaharu dalam keluarga telefon pintar mereka ini bukan sekadar kemaskini, tetapi yang terbaik yang pernah mereka hasilkan. 

Ya, secara fizikalnya 6s dan 6s Plus menyerupai iphone sebelum ini, tetapi Apple telah menaiktaraf kualiti kamera, sistem pemprosesan, dan menambah beberapa ciri terbaharu. 

3D Touch

Antara fokus utama pada telefon pintar kali ini adalah sokongan 3D Touch (force touch) yang memberikan dimensi baru pada skrin. Kini pengguna boleh mengakses menu seperti email dan mesej dengan lebih pantas dengan hanya tekan pada skrin, dan ia akan mempaparkan kandungan dalam bentuk pop-up.

iphone 6s 3D touch
3D Touch juga meyokong rakaman live photos iaitu sebuah ciri baru yang diperkenalkan Apple. Live photos membolehkan pengguna merakam gambar dalam beberapa saat dan menontonnya dengan menekan gambar gambar tersebut. Lebih menarik, anda boleh setkan live photos tersebut sebagai wallpaper.

Artikel berkaitan:  Bertukar dari Android ke iPhone

A9

6s dan 6s Plus hadir dengan cip pemprosesan A9. Ia 70% lebih pantas dari A8 yang terdapat pada iPhone 6 dan 6 Plus. Selain itu A9 masih lagi mengekalkan cip M9 dan menambahbaik Touch ID yang mana mengimbas cap jari dengan lebih pantas.

Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus




iPhone 6s
iPhone 6s Plus
Saiz
138.3 x 67.1 x 7.1mm
158.2 x 77.9 x 7.3mm
Berat
143g
192g
Skrin
4.7 inci - Retina HD LCD LED, resolusi 1334 x 750
5.5 inci - Retina HD LCD LED, resousi 1920 x 1089
Storage
16 / 64 / 128GB
16 / 64 / 128GB
Kamera belakang
12MP, f/2.2 aperture, 5-element lens, True Tone flash dan rakaman video 4K
12MP dengan f/2.2 aperture, 5-element lens, True Tone flash, rakaman video 4K dan optical image stabilization
Kamera hadapan
5MP FaceTime HD
5MP FaceTime HD, f/2.2
Bateri
50 jam audio, 11 jam video/Wi-Fi browsing, 10 hari dlm standby
80 jam audio, 12 jam video/Wi-Fi browsing, 10 hari dlm standby
Sistem Operasi
iOS 9
iOS 9
Cip Pemprosesan
64-bit Apple A9 processor
64-bit Apple A9 processor
Warna
Gold, Silver, Space Gray and Rose Gold
Gold, Silver, Space Gray and Rose Gold
 
Kamera

Akhirnya, Apple keluar dari zon selesa mereka dengan menambah jumlah megapixels pada kamera kepada 12MP dan 5MP untuk kamera hadapan! Berita baik untuk kaki selfie, Apple telah menambah flash pada skrin kamera hadapan. Kini gambar selfie anda tidak lagi gelap.

iphone 6s camera quality
Kamera iSight terbaharu ini kini mampu merakam video berkualiti 4K seperti yang diminta oleh pengguna sebelum ini. 

Seperti yang saya sebut dalam artikel INI, Apple sering dihadapan dalam membangunkan kualiti kamera pada telefon pintar. Di saat telefon pintar lain berlumba-lumba menambah jumlah megapixels, Apple masih fokus pada kualiti kamera secara keseluruhannya.

Artikel berkaitan - Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6

Design

6s dan 6s Plus bakal hadir dengan empat pilihan warna termasuk yang terbaru, Rose Gold yang kelihatan seakan warna merah jambu. Terkesan dengan isu iPhone 6 Plus yang bengkok baru-baru ini, Apple telah menambah baik jenis logam yang lebih kukuh serta skrin yang kuat.

  
Hey Siri

Bagi sokongan pembantu pintar, Siri, kini anda boleh menyebut perkataan "Hey Siri" untuk mengaktifkannya pada bila-bila masa dan tidak hanya terhad ketika menghubungkan kabel sahaja. 

Selain generasi terbaharu iPhone, pihak Apple turut memperkenalkan beberapa produk terbaharu mereka iaitu Apple Pencil, iPad Pro, dan Apple Tv baru. 

Ia akan berada di pasaran bermula 25 September ini secara berperingkat di beberapa buah negara. Seperti biasa, tarikh dan harga iPhone 6s dan 6s Plus masuk ke pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Entry sebelum ini: Hotel Review- Grand Riverview Hotel

Terima kasih kerana membaca Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus

Just Doner - Hidangan Timur Tengah di Kota Bharu

$
0
0

Just Doner - Hidangan Timur Tengah di Kota Bharu. Just Doner adalah salah sebuah restoran yang menyediakan Timur Tengah/Turki di Kota Bharu. Ni pertama kali makan di sini. Sebelum ni lalu je depan kedai dan apa yang saya perhatikan kedai ni sentiasa penuh. Dengarnya makanan kat sini sedap. Jadi semalam saya berpeluang untuk cuba makanan di sini.

'Doner' bermaksud hidangan dari Turki yang dibuat dari daging yang dimasak menggunakan alat pemanggan secara menegak. Makanan Turki sememangnya popular di Malaysia kerana ia dihidangkan dengan cukup lengkap iaitu daging, roti/nasi, dan sayuran.

Menu Just Doner

Dari segi menu, pelanggan diberi pelbagai jenis pilihan masakan Timur Tengah. Hidangan popular seperti tawook dan hummus turut disediakan buat pelanggan. Semalam kami sempat cuba Chicken Doner Cheese, Kebablik Tawook, dan Chicken Chop with Rice. Nama je chicken chop, namun ia tidak dihidangkan dengan brown sauce seperti kebiasaannya.

Artikel berkaitan: Restoran Wau Kota Bharu

just doner
Chicken Doner Cheese
chicken chop with rice
Chicken Chop with Rice
Kebablik Tawook


Memang sedap. Daging dimakan bersama roti yang lembut, ditambah pula dengan sos khas menambahkan lagi keenakan kebab. Dari segi harga, saya agak impressed kerana kesemua menu dijual dengan harga berpatutan. Portion yang banyak sampai penuh pinggan kemudian minum pulak air Barbican. Wow!


Cuma kedai ni agak sempit dan tidak mampu menampung jumlah pelanggan yang ramai. Kalau nak take-away tak ada masalah. Mereka yang gemar masakan dari Middle East boleh la datang ke sini. Lokasinya juga strategik iaitu terletak di dalam bandar Kota Bharu (sebelahan bangunan MARA).


#NKfoodreview - 7/10

Restoran Just Doner
L1-45, Bazar Tuan Padang,
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu,
Kelantan.

Entry sebelum ini - Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus

Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang

$
0
0

Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang. Sekarang ni ramai yang melakukan urusan jual beli secara online. Ia bukan sahaja senang, menjimatkan masa dan boleh disebarkan kepada semua pengguna internet. Tapi persoalannya kat mana nak jual atau beli barang paling senang?

Meh nak bagitahu. Saya ni suka baca buku fiksyen, sebab tu selalu buat review buku dalam blog ni. Saya nak cari buku baru dan lama untuk di baca. Dalam masa yang sama saya pun nak jual buku-buku yang saya dah baca. Jadi saya rasa aplikasi Shopee MY memenuhi kehendak saya dalam urusan jual beli.

Apa itu Shopee?

Shopee adalah aplikasi telefon pintar yang direka buat penjual dan pembeli supaya mereka dapat melakukan urusan jual beli dalam satu aplikasi dengan pantas. Fokus utama Shopee adalah untuk memastikan kedua-dua pihak dapat melakukan misi perdagangan dengan ringkas dan paling penting, selamat. .


Contohnya kalau anda nak jual barang, anda hanya perlu tap butang 'Sell', fungsi kamera akan keluar dan sedia untuk mengambil gambar barang yang ingin anda jual. Kemudian isikan informasi barang dan tap 'Submit'. Tak perlu isi borang panjang berjela. Kalau nak beli barang cuma 'search' dan tekan 'buy' sahaja. Ribuan produk ada, mesti tak tahu nak pilih yang mana satu. Haaa!

Sistem pembayaran yang mudah

Setiap kali nak beli barang online pastinya kita ragu-ragu sebab ia melibatkan wang ringgit. Perasaan takut kalau kena tipu tu pasti timbul bila nak buat transaksi. Tapi anda tak perlu risau sebab sistem transaksi sudah tersedia dalam Shopee. Anda boleh membuat bayaran melalui CIMB Clicks, Maybank2u, Hong Leong Connect, dan RHB Now. Paling penting ia dijamin selamat.


Shopee tidak akan kenakan apa-apa charge terhadap anda dan pembeli. Tiada caj tersembunyi.

Privasi

Bila anda dah tertarik dengan sesuatu barang, pastinya anda nak tanya si penjual sama ada barang tu masih available atau nak mintak kurangkan harga (negotiate). Anda tak perlu menghubungi penjual melalui WhatsApp lagi sebab ruangan 'chat' telah tersedia dalam Shopee. Perbualan dan tidak akan didedahkan dan hanya dilihat oleh penjual dan pembeli.

Bagi mereka yang dah berniaga di lama sosial lain, anda boleh kembangkan bisnes anda dengan menjadikan Shopee sebagai platform tambahan. 


Khidmat pelanggan Shopee sedia membantu jika terdapat sebarang kesulitan berkenaan bayaran, status penghantaran, dan kualiti produk. Walaupun Shopee baru sahaja bertapak namun dek kerana kelancaran aplikasi, mudah dan dipercayai, Shopee kini semakin dikenali.


Berkenan betul tengok buku Just Say Yes dengan lens fish eye ni. Harga pun murah je.. Kebetulan tengah cari buku baru. Hoho!


Diskaun RM10 untuk anda!

Sebagai penghargaan, Shopee bermurah hati untuk memberikan diskaun sebanyak RM10 untuk anda. Kod di bawah boleh digunakan untuk semua item di Shopee yang bernilai RM30 ke atas sahaja.


Aplikasi Shopee MY ni percuma je. Bagi pengguna iOS anda boleh download di App Store, dan Android di Google Play Store. Nak tahu apa yang terkini boleh ikuti Shopee Facebook, Instagram, dan laman rasmi - http://shopee.com.my/mobile/

Terima kasih kerana membaca Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang


Harga Buat MyKad Kekal RM10

$
0
0


Harga Buat MyKad Kekal RM10. Baru-baru ni saya ada terbaca status tentang kenaikkan harga permohonan kad pengenalan atau MyKad dari RM10 kepada RM50 di laman Facebook. Status itu turut menyebut sesiapa yang belum menukar IC baru sebelum 1 Oktober ini akan dikenakan denda sebanyak RM50. 

Ramai yang memberi respon negatif terhadap khabar angin ni. Yelah, RM50 tu bukan sikit. Tapi nasib baik berita yang kononnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menaikkan harga tu tidak benar. Pihak JPN sendiri telah mengesahkan perkara ini melalui satu kenyataan akhbar. 

pengeluaran MyKad juga adalah perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78488#sthash.cp4GHJzB.dpuf
Harga Buat MyKad Kekal RM10

JPN dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web rasmi menegaskan khabar angin itu tidak benar dan tiada sebarang kenaikkan harga ke atas permohonan MyKad. Ia kekal RM10 bagi warga negara dan RM40 bagi bukan warganegara (MyPR).

Harga bagi menaiktaraf MyKad juga kekal RM10, dan menurut JPN penukaran MyKad adalah digalakkan namun ia bukanlah diwajibkan kerana ia masih sah dan boleh diguna pakai. Orang ramai juga tak perlu risau sebab pengeluaran MyKad adalah perkhidmatan berterusan tanpa tarikh tutup.


Saya sendiri pun cuak bila berita ni tersebar di laman sosial sebab saya sendiri belum buat IC baru dan masih menggunakan MyKad sejak Form 1. Yup... Don't judge me.
pengeluaran MyKad juga adalah perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78488#sthash.cp4GHJzB.dpuf

Entri sebelum ini: Shopee - Aplikasi Jual Beli Barang

Terima kasih kerana membaca Harga Buat MyKad Kekal RM10

Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia

$
0
0

Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia. Situasi jerebu di beberapa negeri dan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Jerebu yang berpunca dari pembakaran hutan bagi tujuan perladangan di Kalimantan, Indonesia menyebabkan beberapa negara jiran dilanda jerebu.

Keadaan jerebu diseluruh negara semakin membimbangkan apabila bacaan IPU menunjukkan peningkatan. Saya tinggal di Kota Bharu dan rakyat negeri ini tidak begitu terkesan dengan jerebu. Tapi bila tengok gambar yang dikongsikan rakan-rakan di laman sosial, jerebu di beberapa negeri memang teruk.

Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia terpaksa mengarahkan sekolah semua di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, N.Sembilan, serta beberapa kawasan di Sarawak ditutup hari ini kerana menunjukkan bacaan IPU 101-200 (Tidak Sihat) dan 201-300 (Sangat Tidak Sihat).

Ada beberapa cara untuk semak bacaan IPU di kawasan tempat tinggal anda. Mudah je, memandangkan sekarang ni masing-masing ada smartphone. Mudah je, memandangkan sekarang ni masing-masing ada smartphone jadi anda boleh semak melalui online sahaja. 

Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia

1. Anda boleh semak bacaan IPU laman Air Polution Index of Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Lebih mudah kerana bacaan dikemaskini setiap satu jam.

 
2. Bagi pegguna iOS dan Android, anda boleh muatturun aplikasi Malaysia Air Polution Index yang boleh didapati di:

Apps Store - https://itunes.apple.com/my/app/malaysia-air-pollutant-index/id647758917?mt=8
Google Play Store - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.oryza.myairquality&hl=en


Kenalpasti kawasan anda dan lihat klasifikasi warna serta bacaan IPU akan terpapar pada skrin. Klasifikasi warna anda boleh rujuk di bawah.

 Klasifikasi Warna IPU
  1. Biru - Baik dengan julat Air Pollutant Index antara 1-50 IPU
  2. Hijau - Sederhana dengan julat Air Pollutant Index antara 51-100 IPU
  3. Kuning - Tidak Sihat dengan julat Air Pollutant Index antara 100-200 IPU
  4. Oren - Sangat Tidak Sihat dengan julat Air Pollutant Index antara 200-300 IPU
  5. Merah - Merbahaya dengan julat Air Pollutant Index melebihi 300 IPU
Kalau tempat anda berwarna kuning, elok ambil langkah berjaga-jaga. Kurangkan aktiviti di luar rumah, pakai topeng jerebu, dan banyakkan minum air masak. Namun pada saat entri ini ditulis, jerebu semakin pulih dan bacaan IPU mencatatkan penurunan. 

 Entri sebelum ini: Harga Buat MyKad Kekal RM10

Terima kasih kerana membaca Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia.
Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80515?m=1#sthash.kY7Kt7Ou.dpuf

Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3

$
0
0
Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3. Drama Mencintaimu di Slot Akasia bakal melabuhkan tirainya hari ini dan akan digantikan dengan sebuah lagi drama terbaharu bertajuk HELLO MR PERFECT. Drama terbitan A Aida Production ini bakal bersiaran mulai 30 September 2015, stiap Isnin hingga Khamis, jam 6.55pm.

Hello Mr Perfect diarahkan oleh Nuad Hj Othman dan skirp ditulis oleh Waniey Zakaria. Drama ini diterajui oleh Fattah Amin dan Nur Ruhanies yang wajahnya dikatakan mirip Nora Danish. Selain itu drama ini turut dibintangi pelakon Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian, Seniwati Mariani, Reydzal Razaly.

Untuk pengetahuan anda, drama bersiri ini merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama karya Waniey Zakaria. 


Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3

Mengisahkan Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah yang telah mengenali hati budi masing masing dan sedang merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan tradisi dan peraturan keluarganya yang mementingkan aspek langkah bendul, Arif tidak boleh berkahwin dengan pilihan hatinya. 

Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memburukkan lagi keadaan, keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan. Jika tidak dia tidak boleh berkahwin dengan Ainul.

Abangnya, Izzul Islam terlampau cerewet dalam milih calon isteri. Dia sangat mementingkan kesempurnaan pasangannya. Memiliki rupa yang kacak dan berharta membuatkan ramai gadis ingin mendampinginya namun tidak ada seorang pun wanita dapat bertahan dengan sikapnya.  


Arif tidak mempunyai pilihan lain selain dari mencari calon isteri kepada abangnya. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan abangnya. Alya Adriana yang pada ketika itu terdesak dengan hutang keluarga memaksa dia menawarkan diri untuk menjadi isteri Izzul. Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

Selamat menonton!


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3

Fakta Menarik Filem The Martian

$
0
0

Fakta Menarik Filem The Martian. Filem bergenre sains fikyen arahan Ridley Scott dan diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Andy Weir. Filem ini sedang hangat diperkatakan kerana jalan cerita yang menarik selain dibarisi pelakon handalan Hollywood seperti Matt Damon, Jessica Chastain, Kate Mara, Sebastian Stan, dan ramai lagi.

The Martian mengisahkan tentang misi kemanusiaan NASA ke planet Marikh. Tanpa diduga seorang angkasawan, Mark Watney secara tidak sengaja ditinggalkan krewnya yang lain dan disangka telah meninggal dunia dalam misi itu. Namun Watney terselamat dan keseorangan di Marikh. Dengan bekalan yang terhad, dia mencari jalan untuk terus hidup di Marikh dan berusaha menghantar isyarat kepada Nasa untuk datang menyelamatkannya.

Filem ini mendapat perhatian sejak kali pertama trailer dipertontonkan. Tambahan pula empat hari sebelum filem ini ditayangkan, NASA mengesahkan mereka menemui bukti kewujudan air di atas permukaan Marikh.

Fakta Menarik Filem The Martian

1. Oleh kerana filem ini mengisahkan misi NASA, pihak produksi meminta kebenaran NASA untuk memuatkan fakta saintifik. Setiap apa yang diceritakan dalam filem ini adalah berdasarkan fakta.  Hampir 50 peratus dari filem ini merupakan bahan dari NASA.

2. The Martian menjalani penggambaran di Wadi Rum, Jordan iaitu sebuah padang pasir berwarna merah yang seakan sama dengan permukaan Marikh.


3. Pelakon Bollywood, Irrfan Khan yang terkenal dari filem Life of Pie dan Jurassic World sepatutnya memainkan watak sebagai Venkat Kapoor. Disebabkan jadualnya yang ketat, Chiwetel Ejiofor menggantikan tempatnya.

4. Misi ke planet Marikh yang diceritakan dalam filem ini merupakan rancangan masa depan sebenar NASA.

Artikel berkaitan:Fakta Menarik Filem Fantastic Four 2015

5. Pihak produksi memiliki ladang kentang sebenar di dalam studio untuk digunakan dalam filem ini.


6. Matt Damon khuatir jika penonton keliru dengan watak dalam filem lakonannya sebelum ini, Interstellar. Ini kerana dalam filem berkenaan dia turut membawa watak sebagai angkasawan yang terkandas di sebuah planet.

7. Kebanyakkan kajian dan pembangunan dari filem Prometheus (2012) digunakan dalam filem ini terutamanya berkaitan sut angkasawan.

8. Apa yang terkandung dalam filem ini adalah berdasarkan fakta. Namun ia diolah supaya lebih menarik dan mudah difahami.


 9. Pelbagai jenis kamera digunakan sepanjang penggambaran termasuklah kamera jenis GoPro.

10. Untuk menghayati watak sebagai seorang angkasawan, Jessica Cahstain melawat ibu pejabat NASA dan turut bertemu angkasawan sebenar.

11. Pembikinan filem ini dibantu oleh NASA supaya setiap aspek mengenai ruang angkasa dan planet Marikh diceritakan dengan tepat dan berlandaskan fakta sebenar.
 sumber: iMDB

Entri sebelum ini: Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem The Martian

Beme - Aplikasi Perkongsian Video Terbaharu

$
0
0

Beme - Aplikasi Perkongsian Video Terbaharu. Aplikasi perkongsian video yang mengelakkan pengguna melihat telefon pintar ketika merakamnya. Itu adalah matlamat utama laman sosial terbaru, Beme (baca: bim) yang diasaskan oleh Youtuber terkenal, Casey Neistat.  

Beme seakan sama dengan beberapa aplikasi yang sudah terkenal seperti Vine, Snapchat, dan Periscope. Namun Beme memfokuskan ketulenan, ringkas, mudah, dan diterbitkan pada saat ia dirakam. Ini kerana tiada pilihan untuk menyunting, menggunakan filter, atau menontonnya sebelum video diterbitkan.

Fokus utama Beme yang berpengkalan di New York, USA, adalah untuk memastikan pengguna tidak terlepas momen atau apa yang anda sedang lalui kerana anda tertumpu pada skrin telefon. Anda masih boleh berbual dengan rakan dan melakukan apa saja sambil merakam video.


Cara menggunakan aplikasi Beme

Merakam dan menghantar video Beme cukup mudah dengan menutup proximity sensor dengan jari, letakkan pada dada, dagu, atau apa sahaja untuk merakam video. Pengguna hanya dapat merakam empat saat video, bunyi 'beep' atau vibrasi menandakan anda mula dan tamat merakam. Jika anda ingin jadikan video lebih dari empat saat, ulangi langkah yang sama.


Paparan utama memaparkan individu yang anda ikuti, untuk menonton video mereka hanya tekan pada nama dan video akan dimainkan. Video akan terhenti jika anda mengangkat jari.

Aplikasi yang dilancarkan pada Julai lalu ini semakin hangat diperkatakan di laman sosial dek kerana kelainannya dengan aplikasi yang seangkatan dengan Beme. Video yang anda kongsi lebih original seolah-olah anda berada di tempat individu itu.


Tiada paparan untuk anda lihat apa yang anda rakam dan ia diterbitkan sebaik sahaja anda selesai merakamnya. Ia terhad, saya tahu. Dan itu lah yang membuatkan laman sosial ini berbeza dari yang lain. Buat masa sekarang Beme hanya boleh dimuat turun oleh pengguna iPhone sahaja.

Neistat mengambil masa kira-kira setahun untuk mengasaskan Beme bersama rakan kongsinya, Matt Hackett, seorang jurutera perisian. Hackett merupakan bekas naib presiden kejuruteraan laman sosial Tumblr. Yep, he built Tumblr.

Dah lebih sebulan saya guna Beme, so far menghiburkan. Pada saya ada kelebihan dan kekurangannya aplikasi Beme ni.

Kalau rajin, follow lah hee! Username: nikkhazami 

  Kelebihan
- Tidak perlu edit
- Tida perlu lihat pada skrin
- Ringkas dan mudah
- Video dipos sebaik sahaja ia dirakam.

 Kekurangan
- Video akan hilang selamanya sebaik sahaja anda menontonnya.
- Anda tidak boleh berkongsi dengan rakan atau di lama sosial lain sekiranya video itu menarik.
- Tidak boleh menonton video yang dirakam sebelum diterbitkan.

Walaubagaimanapun, Beme ini masih baru lagi dan saya yakin pembangun akan sentiasa mengemaskini laman sosial ini supaya dapat memenuhi citarasa pengguna. Muat turun Beme secara percuma di App Store - https://itunes.apple.com/us/app/beme-share-video.-honestly./id1005178547?mt=8
 
Saya dapat tahu tentang Beme ni pun dari video dairi yang diterbitkan Neistat di Youtube. Menonton videonya sejak dari awal tahun lagi membuatkan saya tertanya-tanya, Casey ni buat bisnes apa? Sebab beliau terlalu berahsia sehinggalah aplikasi ini dilancarkan.

Artikel berkaitan: Shaytards, Kenali Siapa Mereka Sebenarnya

Pada saya Casey merupakan salah seorang Youtuber yang paling kreatif. Setiap video disunting dengan baik dan berkualiti walaupun hanya berdurasi 8 - 10 minit. Saya sarankan anda menonton video Casey, I promise you will get hooked!


Pada saat entry ini ditulis, Beme hanya boleh dimuat turun oleh pengguna iOS sahaja. Menurut Neistat, Beme untuk Android bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Viewing all 671 articles
Browse latest View live