Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all 671 articles
Browse latest View live

Segmen Blogwalking Cuti Semester By Parihh

$
0
0
Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh. Saya sendiri lupa bila kali terakhir saya join segmen anjuran rakan blogger. Bukan tak nak join, tapi bila dapat tahu ada segmen, tarikh hantar penyertaan dah ditutup.

Tapi kali ni saya sempat untuk sertai segmen anjuran Blog Parihh sempena cuti semester beliau selama dua bulan. Lama tu dua bulan.

Caranya mudah je, buat satu entry penyertaan dan selitkan sekali banner kat atas tu. Kemudian, Like dan Follow media sosial milik Parihh

Kelebihan sertai segmen

Ramai blogger berpengalaman bersetuju bahawa dengan menyertai segmen adalah salah satu cara berkesan untuk memperkenalkan blog kepada komuniti blogger tempatan. 


Ini kerana kita akan dapat backlink dari penganjur. Secara automatik, peserta atau pembaca lain akan singgah ke blog kita. Lebih ramai yang sertai segmen tersebut, lebih banyak manfaatnya. Apatah lagi segmen tersebut dianjurkan oleh blogger yang mempunyai ramai pengikut.

Berbalik kepada segmen Parihh tadi, sebagai hadiah, 5 blog yang terpilih akan direview dan 10 lagi akan berada dalam bloglist penganjur. Menarikkan? Sepanjang blogging ni, blog saya belum pernah direview oleh sesiapa. Haha!

Kalau ada masa terluang, join je Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh ni. Hantar penyertaan sebelum 31 Mei 2015. 


Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Apple Watch

$
0
0
Sebab kenapa anda PERLU beli Apple Watch. Meskipun dihujani pendapat berbeza pada saat ia diperkenalkan kepada umum terutamanya tentang harga dan fungsinya. Namun, pendapat itu semakin lama semakin dilupakan. Peminat gajet tetap membelinya seola-olah telah terbiasa dengan, "shut up, and take my money!"

Dalam entry ini saya senaraikan beberapa sebab kenapa Apple Watch berbaloi untuk dimiliki.

Akses pantas kepada iPhone

Satu kajian mendapati purata seseorang melihat telefon pintar mereka adalah sebanyak 220 kali sehari. Salah satu tujuan Apple Watch dicipta adalah sebagai akses pantas kepada iPhone anda. Biarkan telefon pintar anda di dalam poket atau beg, dan lihat notifikasi hanya pada pergelangan tangan anda.

Antara muka senang digunakan

Skrin Apple Watch mungkin dilihat agak kecil. Antara muka atau interface pula memiliki ikon yang kecil dan jaraknya agak rapat. Ramai yang berpendapat pengguna bakal mengalami kesukan untuk memilih ikon dek kerana jari yang gemuk. Anda silap. Dengan kombinasi skrin yang responsif dan fungsi butang di sebelah kiri (digital crown) membuatkan jam tangan pintar ini mudah digunakan.


Cara baru untuk berinteraksi

Ketika Apple Inc memperkenalkan Apple Watch ini tahun lalu, ramai berpendapat ia sama seperti jam tangan pintar lain di pasaran. Namun, seperti biasa syarikat ini menawarkan sesuatu yang kelainan pada produk mereka. Anda boleh berkominukasi dengan pengguna Apple Watch lain dengan membuat lakaran ringkas. Selain boleh menjawab panggilan dan mencari iPhone, ia juga mampu mengawal Aple TV dan iTunes.


Banyak fungsi

Apple Watch mungkin salah satu jam tangan pintar yang memiliki pelbagai fungsi. Selain memberitahu masa dan notifikasi seperti pesaingnya, Apple Watch menawarkan lebih dari itu. Anda boleh mengakses pelbagai aplikasi dan permainan, menggunakan Apple Pay, mendapatkan senarai contact dengan pantas, dan banyak lagi.

Itu adalah antara sebab kenapa anda patut beli Apple Watch. Anda patut baca entry Sebab Kenapa Anda TAK PERLU Beli Apple Watch pulak. Peranti ini bukan murah, anda pasti ingin teliti dahulu sama ada ia berbaloi atau tidak.

Entry sebelum ini: Segmen Blogwalking Cuti Semester by Parihh

Fakta Menarik Mad Max: Fury Road

$
0
0

Fakta menarik Mad Max: Fury Road. Selepas 30 tahun, filem keempat Mad Max kembali menemui penonton dengan aura dan aksi yang lebih hebat di bawah arahan individu yang mencipta filem ini sendiri, George Miller.

Sejak filem pertama Mad Max diterbitkan pada tahun 1979, watak utamanya dipegang oleh pelakon Mel Gibson yang pada waktu itu berusia 23 tahun. Kali ini Tom Hardy diberi tanggungjawab untuk memegang watak Max Rockatansky, dan dibantu oleh Charlize Theron, Nicholas Hoult dan Josh Helman.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang filem terhebat ini.

Fakta Menarik Filem Mad Max: Fury Road

1. George Miller mencari seorang pelakon yang mempunyai karisma Max Rockatansky, dan pada saat Tom Hardy masuk ke bilik ujibakat, Miller dapat merasakan aura Max pada Hardy. "Rasanya seperti pertama kali melihat Mel Gibson 30 tahun dahulu".


2. Mendiang Heath Ledger merupakan salah seorang calon yang disebut untuk memegang watak Max Rockatansky. Walaubagaimanapun, Ledger meninggal dunia pada 2008.

3 Untuk membawa watak Furiosa, aktress jelita, Charlize Theron perlu membotakkan kepalanya. Dia kemudian terpaksa memakai rambut palsu dalam filem A Million Ways to Die in the West.


4. Teresa Palmer sepatutnya memegang salah satu watak dalam filem ini. Namun, akibat pihak produksi sering menangguhkan pengambaran, beliau terpaksa menolak dan digantikan dengan Abbey Lee.

5. Sekurang-kurangnya tiga orang pelakon filem ini terlibat dengan filem adaptasi komik Marvel. Tom Hardy pernah memegang peranan Bane dalam Batman: The Dark Knight Rises, Nicholas Hoult sebagai Beast dalam X-Men, dan Zoe Kravitz sebagai Angel dalam X-Men First Class. 


6. Lebih 80% daripada pembikinan filem ini merupakan aksi sebenar tanpa kesan khas termasuklah dari segi solekan, prop, set, dan aksi lasak. Teknik CGI hanya digunakan untuk mencantikkan pemandangan padang pasir Namibia dan tangan prostetik yang dipakai Charlize Theron.

7. Filem ini hampir memulakan pengambaran pada tahun 2003 di Namibia, ia terpaksa ditangguhkan berikutan masalah keselamatan. Rakyat Amerika Syarikat serta beberapa negara lain pada ketika itu berdepan kesukaran untuk masuk ke negara itu. 
8. Bintang Warm Bodies, Nicholas Hoult, mengakui beliau tidak pernah menonton mana-mana filem Mad Max sebelum ini. Hoult terkejut selepas mendapati kebanyakkan filem aksi masa kini sebenarnya diinspirasikan daripada filem Mad Max. Teringat pulak masa Nicholas Hoult favorite tweet saya dulu. Ahaha! 

Nicholas Hoult sebagai Nux. How could you turned someone so beautiful into a psychotic guy? LOL
9. Skrip asal MMFR hanyalah sebuah storyboard seperti buku komik setebal 300 mukas surat. Ini kerana filem ini lebih menumpukan aksi lasak dan visual berbanding dialog. Oleh itu filem ini boleh difahami oleh semua bangsa tanpa sari kata.

Rata-rata pengkritik filem antarabangsa memberi pujian melambung terhadap Mad Max: Fury Road (MMFR). Ada yang mengatakan MMFR adalah filem aksi terbaik dekad ini. Di atas adalah beberapa info yang perlu anda tahu sebelum melangkah ke panggung untuk menonton Mad Max: Fury Road di pawagam.
sumber: IMDb

Pelajar Digantung Kerana Selfie Ketika Konvo

$
0
0

Pelajar digantung kerana selfie ketika konvo. Tindakan graduan UiTM Lendu mengambil gambar selfie di atas pentas konvokesyen menjadi viral di laman sosial mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Lebih memburukkan lagi keadaan, pelajar berkenaan, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, digantung pengajian selama setahun.

Naib Censelor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahor Hamid Abu Bakar sendiri mengesahkan pelajar Diploma Fotografi ini digantung kerana telah memalukan UiTM. Beliau berkata semua pelajar telah diberi penerangan tentang garis panduan termasuk dilarang mengambil gambar di atas pentas.

Menurut Muhammad Hasrul, dia mendapat ilham mengambil gambar selfie itu selepas menonton video kreatif sekumpulan graduan menerima skrol mereka. Jadi dia juga ingin melakukan sesuatu yang kreatif pada hari graduasinya.


Dikecam netizen

Perbuatan pelajar ini mendapat pelbagai respon dari pengguna laman sosial.  Ramai yang mengecam tindakannya dengan mengatakan pelajar tersebut tidak menghormati majlis formal.  
"Selfie sewaktu di atas pentas memang menyalahi protokol. Kalau peraturan yang simple ni pun tak boleh follow, macam mana nak follow peraturan lain?"
"Konvokesyen merupakan acara rasmi dan dihadiri ramai jemputan. Kena hormat dan patuhi peraturan."
Ada yang berpendapat, masih banyak lagi kesalahan serius yang dilakukan pelajar dan tidak perlulah memperbesarkan isu ini. Ada jua pihak yang meminta UiTM memaafkan pelajar itu kerana dia hanya melakukan kesilapa kecil. Mungkin terlalu teruja mendapat segulung diploma.

Mungkin terpengaruh dengan pelajar luar negara yang melakukan selfie masa konvo. Kalau anda  search di Google, "selfie at graduation" memang ramai  orang barat telah melakukannya. Tapi ini universiti di Malaysia. Lain universiti, lain peraturannya. Tindakannya akan menjadi ikutan jika tidak dibendung.

Pada saya lebih banyak keburukkannya. Kalau nak ambil "epic selfie" sekalipun, ini bukan caranya. Tapi kan, berani betul dia ambil selfie atas pentas konvo, orang lain bukan main ketar lutut lagi. Ahaha!

Entri sebelum ini: Fakta Menarik Mad Max Fury Road

Rindu Awak 200% Raya

$
0
0

Rindu Awak 200% Raya. Peminat drama paling popular tahun lalu iaitu Rindu Awak 200% boleh bergembira sekarang kerana kesinambungan kisah cinta Zill Faezrul dan Armel Aisya akan kembali menemui anda dalam bentuk telemovie Aidilfitri ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pelakon utama drama tersebut, Ayda Jebat dan Zul Ariffin, yang telah memuat naik sekeping dengan kapsyen "I'm back" berserta hashtag #Rindu Awak200PeratusRaya. Paling mengujakan peminat apabila Zul memuat naik foto dirinya memakai uniform pilot merujuk kepada wataknya dalam drama itu. 



Drama ini mempunyai aura dan pengikutnya yang tersendiri, sehingga mampu menggodol empat anugerah di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini. Bintang utamanya juga menjadi sebutan ramai terutama Ayda Jebat. Nama pendatang baharu ini semakin digilai selepas membintangi drama yang bersiaran di Slot Akasia Tv3. Kalau tidak, masakan beliau memenangi Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH 2014. 

Bukan itu sahaja, drama terbitan Creative Skill Solution ini juga mencatat jumlah penonton yang membanggakan iaitu sebanyak 4.4 juta di televisyen dan lebih tiga juta di portal Tonton. Peminat yang ternanti-nantikan kesinambungan rumah tangga Kapten Zill dan Armel boleh mengubat kerinduan dengan menonton telemovie pada Hari Raya nanti.

Tarikh siaran dan sinopsis Rindu Awak 200% Raya akan dikemaskini secepat mungkin.

Bertukar dari Android ke iPhone

$
0
0

Bertukar dari Android ke iPhone. Kita sering membuat perbandingan telefon pintar mana yang terbaik. Sama ada Android ataupun iPhone. Sebagai pengguna baru iOS, agak sukar sebenarnya untuk saya putuskan yang mana lagi hebat kerana saya lebih banyak pengalaman menggunakan Android.

Saya memiliki Oppo R1L, anda boleh baca review dalam entri Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone. Dalam masa yang sama, saya juga mempunyai iPhone 5s yang saya menang dalam contest blogger. Yang tu boleh baca dalam entri Menang iPhone 5s dari Denaihati.

Sepanjang menggunakan Oppo R1L (Android 4.4) dan iPhone 5s (iOS 8.1.1), kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang bakal dikongsikan dalam entri ini adalah pengalaman saya sendiri selepas menggunakan dua peranti dari sistem operasi yang berbeza.


Bateri

Android menawarkan jangka hayat bateri lebih lama selain boleh menetapkan seberapa banyak penggunaan bateri yang kita mahu. Peranti Android saya bertahan sehingga jam 1 pagi dengan penggunaan yang agak berat, dan mampu bertahan hingga tiga hari dengan penggunaan yang minimum. Manakala iPhone, saya perlu cas setiap hari dan hanya bertahan selama dua hari jika tidak kerap menggunakannya. Jika anda merupakan heavy user yang sering bermain permainan video dan menonton Youtube, iPhone bukan untuk anda.


Kamera

Bermula dari iPhone 4 hingga iPhone 6 Plus, Apple masih mengekalkan kamera 8 megapixels pada telefon pintar mereka. Kita semua tahu, jumlah megapixels bukanlah segalanya kerana ini terbukti apabila iPhone merupakan peranti yang menghasilkan gambar berkualiti berbandi peranti lain yang memiliki 13 Megapixels. iPhone masih di depan dengan adanya teknologi iSight dengan 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture di mana hampir menyamai kamera DSLR.

Aplikasi

Dari segi aplikasi yang ditawarkan oleh kedua-dua sistem operasi ini, iOS (App Store) didepan berbanding Android (Play Store). Ini kerana kesemua aplikasi yang ditawarkan Apps Store adalah yang terbaik dan berkualiti. Banyak aplikasi menarik hanya terdapat pada App Store. Walaupun kebanyakkannya berbayar, harganya tidaklah terlalu mahal kerana anda boleh menggunakannya sampai bila-bila selain boleh berkongsi dengan pengguna iOS lain.


Artikel berkaitan: iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Kemaskini Software

Dari segi sistem operasi, saya kira setiap pengguna Android melalui dilema yang sama di mana mereka akan rasa ketinggalan setiap kali telefon pintar baru dikeluarkan. Hari ini anda memiliki telefon baru, dan dua bulan kemudian telefon baru dikeluarkan dengan software, kamera, kelajuan dan design yang lebih baik. Berbeza dengan iOS yang dikemaskini (hampir) setahun sekali. Sebaik sahaja Apple melancarkan sistem operasi terbaharu, setiap pemilik iPhone boleh menggunakannya. Walaupun anda memiliki iPhone 4s, anda masih boleh menggunakan iOS 8 sama seperti telefon baru.

Customize

Ramai pengguna Android gemar muat turun custom ROM kerana ini membenarkan untuk customize peranti mengikut citarasa anda. Pengguna Android dibenarkan customize atau tukar beberapa elemen seperti tema, icon pack dan font yang berwarna-warni serta bertemakan kartun. Namun iOS tidak membenarkan anda customize. Suka atau tidak anda perlu menggunakan apa yang tersedia. What you see is what you get.

Tapi sehingga kini saya tidak pernah tukar dan masih menggunakan tema rasmi Oppo. Saya lebih suka antara muka telefon yang nampak original dan memperlihatkan jenama telefon pintar.


Mesra pengguna

Kedua-dua peranti ini sememangnya mesra pengguna dengan cara yang tersendiri. Tapi pada saya Android lebih mudah digunakan. Yang paling ketara adalah tentang kedudukan butang 'back' atau kembali. Butang back kekal disebelah butang 'Home' pada peranti. Sama ada ia touch button ataupun pop-up, ia kekal berada di situ. Manakala iPhone, ia tidak berada pada kedudukan yang tetap. Kadang-kala berada di bahagian bawah dan di atas sebelah kiri. It's everywhere!

Soal mesra pengguna ini bukanlah masalah besar kerana anda akan mula menyesuaikan diri sebaik sahaja menggunakannya dalam masa beberapa hari. 

Transfer file

Seriously, complicated betul nak transfer lagu atau fail dari computer ke iPhone. Anda perlu muat turun iTunes jika memiliki komputer Windows. Sebarang pemindahan fail perlu menggunakan iTunes, ia tidaklah sesukar mana pun, tapi COMPLICATED. Bagi yang tak berapa mahir dengan gajet, memang akan mengalami kesukaran. Berbeza dengan Android, cara pemindahan fail cukup mudah sama seperti menggunakan pendrive.


Kelajuan

Bila bercakap soal kelajuan, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa iPhone merupakan smartphone yang paling laju. Peranti Android bukan slow, tapi ada lag sikit bila buka banyak aplikasi.


Apa yang saya suka pada iPhone
Apa yang saya TAK suka pada iPhone
Laju
Tiada notification LED
Interface yang cantik
Butang 'back' tidak tetap
Aplikasi berkualiti
Tidak boleh bluetooth fail ke peranti lain
Kamera berkualiti
Cepat panas
Music player
Bateri cepat habis
Design kukuh dan elegen



Apa yang saya suka pada Android
Apa yang saya TAK suka pada Android
Mudah
Kamera
Mesra pengguna
Music player kurang menarik
Boleh bluetooth ke semua peranti 
Cepat outdated 
Bateri tahan lama
Masalah lagging
Mudah transfer fail ke komputer

Lebih Murah



In the end, tidak ada telefon pintar yang sempurna. Ia bergantung kepada keselesaan masing-masing dan siapa yang menilainya. Setiap peranti ada kelebihan dan kekurangannya.

Artikel berkaitan: Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6

Saya telah cuba sedaya upaya untuk tidak berat sebelah dalam menilai kedua sistem operasi ini.  Semoga entri ini dapat dijadikan rujukan bagi yang tengah pening kepala tak tahu nak pilih iPhone atau peranti Android. Choose wisely. 

Previous entry: Rindu Awak 200% Raya

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik

$
0
0

Sijil halal Secret Recipe ditarik balik. Berita tentang sijil halal Secret Recipe ini menjadi bahan hangat di laman sosial. Ramai yang terkejut dengan perkara ini kerana restoran ini memang terkenal dengan kek yang sedap dan menjadi kegemaran ramai.

Selepas disemak menerusi direktoti halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sijil halal Secret Recipe telah ditarik sejak 7 Mei lalu atas kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan baik (GMP)


Melakukan kesalahan serius

Sijil halal akan digantung sementara untuk tujuan siasatan dan memberi peluang kepada sayarikat memperbetulkan kesalahan yang dilakukan. Antara kesalahan lazim adalah berkaitan premis kotor atau ramuan yang dugunakan tidak mematuhi pensijilan halal. Jika syarikat masih gagal mematuhi standard JAKIM dalam masa yang ditetapkan, sijil halal akan ditarik balik. 

Artikel berkaitan:  Cadbury Ada DNA Babi

Isu sijil halal Secret Recipe ditarik balik ini merupakan tamparan hebat buat restoran itu. Ini kerana Secret Recipe merupakan restoran yang menyediakan kek paling sedap. Keknya sering menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Kita sering disogok jika sijil ditarik, pasti makanan yang disediakan mengandungi bahan tidak halal. Tak semestinya, kena baca dulu laporan rasmi yang dikeluarkan.

Tonton Online Dia Isteri Luar Biasa FULL Episod

$
0
0

Tonton Online Dia Isteri Luar Biasa FULL Episod. Drama bersiri di Slot Akasia Tv3 memang sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Terbaharu, drama Dia Isteri Luar Biasa turut menerima respon positif. Dia Isteri Luar Biasa (DILB) juga merupakan drama yang diadaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama karya Umie Nadzimah. Mungkin dah selera rakyat Malaysia yang belum bosan dengan dengan drama adaptasi novel.

Kali ini Tv3 tidak lagi mengetengahkan kisah kahwin paksa seperti kebanyakkan drama yang disiarkan sebelum ini. Walaubagaimanapun, ciri-ciri 'cinta selepas kahwin' turut dikesan dalam DILB.

Artikel berkaitan: Sinopsis DILB

Walaupun saya tidak menonton, saya ingin berkongsi dengan anda episod penuh DILB yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 6.55pm ini. Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton di kaca tv, anda boleh menontonnya secara online.

Tonton Dia Isteri Luar Biasa Episod 1 hingga 28

Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18
Episod 19
Episod 20
Episod 21
Episod 22
Episod 23
Episod 24
Episod 25
Episod 26
Episod 27
Episod 28


Setiap episod akan dikemaskini sebaik sahaja pautan/link telah sedia untuk ditonton. Pastikan anda klik pangkah sehingga ia tidak lagi kelihatan. Terima kasih kerana membaca Tonton Online Dia Isteri Luar Biasa FULL Episod. 

Previous entry: Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik

Lulus Google Adsense Peringkat Pertama

$
0
0
 
Lulus Google Adsense Peringkat Pertama. Setelah berkali-kali mencuba akhirnya permohonan Adsense blog ini diluluskan. Well, baru peringkat pertama kerana blog ini masih dalam penilaian. Memang tak sangka langsung, maklumlah Adsense ni memang tegas dan cukup cerewet.
 
Setelah Google Adsense menyokong blog Bahasa Melayu sejak 2 April lalu, saya cuba memohon sekali lagi tetapi ditolak atas sebab 'difficult site navigation'. Tertanya-tanya juga, sebab navigasi blog sudah tersusun. Tiga elemen penting seperti contact, policy, dan disclaimer dah ada. Blog ini juga dah berdomain dan menunjukkan ia benar-benar telus. Oleh itu saya cuba tanya sifu blogspot, Hasrul Hassan, cadangannya supaya letak menu bar di atas header atau kecilkan font. Memandangkan saya tak berapa mahir dalam edit HTML kod, saya cuba cari penyelesaian lain.


Dalam tips memohon Adsense ada menerangkan supaya URL blog yang ingin kita paparkan iklan dimasukkan dengan tepat. Baru saya perasan yang telah memohon menggunakan 'nikkhazami.blogspot.com' sedangkan blog ini dan ber dot com. Malangnya anda tidak dibenarkan tukar URL 'i will show ads on'. 

Jadi saya buat akaun baru dan terus memohon sekali lagi. Tak sampai 2 jam dapat email macam ni: 

Bila sign in terus keluar dashboard! Apa lagi, saya terus pasang iklan pada blog. Adsense hanya keluar beberapa ketika sahaja kemudian jadi blank atau ruangan kosong berwarna kuning. Ini bermakna  blog ini masih dalam penilaian.


Bila saya search di Google, ada juga beberapa blogger yang mempunyai  kes seperti saya, tapi sampai sekarang iklan masih belum muncul. Jadi sekarang ni saya perlu tunggu sehingga permohonan Adsense diluluskan sepenuhnya. Don't get too exited. Kalau gagal lagi, kita cuba cara lain pulak.

CPUV Nuffnang Memang Bermusim

$
0
0
CPUV Nuffnang memang bermusim. Sejak kebelakangan ni ramai blogger yang merungut dan tertanya-tanya punca tidak mendapat CPUV. Yelah, pelik juga kan? trafik blog memuaskan tapi masih tidak menerima iklan diblog.

Terbaharu, saya hanya dapat dua CPUV iaitu Colgate 360 Charcoal Gold dan Maxis One Plus One. Yang selebihnya merupakan CPUV lama yang masih berjalan. Jadi saya cuba menghantarkan tiket kepada Nuffnang untuk bertanyakan masalah ini.

Menurut Nuffnang, iklan CPUV yang diberikan kepada blogger memang bermusim. Ini kerana pihak pengiklan akan memilih blog berdasarkan kriteria yang diperlukan. Kadang-kala pengiklan memerlukan kategori atau niche blog tertentu menyebabkan blog anda tidak terpilih.

Pentingya survey Nuffnang

Di sini lah survey/tinjauan Nuffnang memainkan peranan penting. Anda kena sentiasa kemaskini soal selidik yang disediakan. Ini merupakan salah satu cara pengiklan mengenal jenis blog. Contoh mudah, kalau blog anda berkaitan dunia automotif, tak kan nak paparkan iklan pencuci muka kan? 

Tingkatkan trafik blog

Perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah meningkatkan jumlah pengunjung blog. Jangan hanya menunggu CPUV masuk, tapi maksimumkan jumlah earnings bagi kempen lain yang sedang berjalan. Ada waktu-waktu panas di mana iklan akan tertera di blog anda. Tips selanjutnya saya dah kongsikan melalui entri Cara Tingkat CPUV Nuffnang.

Saya ingin ingatkan yang blog anda bersaing dengan ribuan blog yang berkongsi niche dan demografik yang sama. Jadi tidak hairanlah jika kadang-kala blog anda tidak terpilih. Persaingan dalam dunia blogging Malaysia memang sengit sebab itu anda perlu sentiasa membaca tips yang diberikan blogger berpengalaman Kitab SEO Merah Jambu tu banyak membantu.

Ada yang tanya, kenapa masih menggunakan Nuffnang? Well, setiap pemilik blog ada alasan mereka sendiri. Jika income Nuffnang mereka memuaskan, kenapa nak berhenti menggunakannya? 

Harap entri CPUV Nuffnang Memang Bermusim dapat memberi panduan buat anda.

Entri sebelum ini: Lulus Google Adsense Peringkat Pertama

Kek Gulung Coklat Sedap dan Murah

$
0
0

Kek Gulung Coklat Sedap dan Murah. Sekarang ni ramai betul yang dok tergila-gilakan Kek Gulung Coklat. Sebab memang sedap. Tengok orang dok post di laman sosial pun dah terliur. 

Ini bukan swiss roll yang biasa korang beli kat kedai kek tu. Apa yang istimewanya tentang kek gulung coklat ni adalah, ia digulung bersama coklat berjenama kegemaran ramai seperti Cadbury, Tobleron, Kit Kat, etc.. 



Saya sendiri bukan penggemar kek atau coklat, but this is a new kind. Sedap gila! Lembut dan kaya dengan coklat! Sampai rasa sayang nak makan haha!. Sekarang ni musim panas, memang sedap bila makan lepas keluarkan dari peti ais. Kek ni pulak tahan lama.

Harga kek gulung coklat:

Kecil - RM15
Besar - RM25

Perisa: Cadbury, Mars, Kit Kat, Kinder Bueno, Snickers, Hershey's.

Harga tidak termasuk postage RM6.30
Jika beli 3 biji dan ke atas, postage RM9.50



Kalau berminat boleh hubungi saya:

SMS / WhatsApp: 014-5118202 
E-Mail: nikkhazami@gmail.com

TEMPAHAN DIBUKA!

Rakan-rakan blogger pun boleh order Kek Gulung Coklat sedap dan murah ni..

Sinopsis Hidayahmu Ramadan di Tv3

$
0
0

Sinopsis Hidayahmu Ramadan di Tv3. Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang, Primeworks Studios menyediakan sebuah drama bersiri menarik iaitu HIDAYAHMU RAMADAN bagi mengisi Slot Samarinda di Tv3.

Hidayahmu Ramadan dibintangi pelakon hebat seperti Zara Zya dan Aeril Zafrel sebagai bintang utama dan turut dibantu oleh Reen Rahim, Nazrief Nazri, Roy Azman, Sharifah Shahora, Zarina Zainuddin, Mustaqim Bahadon, Aleza Shadan, Aman Nassim, Zahirah Macwilson

Drama bersiri 17 episod ini merupakan sebuah lagi karya penulis skrip berbakat, Azlina Pa'wan dan diarahkan oleh Eoon Shuhaimi. Hidayahmu Ramadan bakal bersiaran bermula 4 Jun, setiap Selasa hingga Khamis jam 10 malam di Tv3.


Sinopsis drama Hidayahmu Ramadan Tv3
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Dek kerana kemiskinan keluarga Hidayah, ibu bapa mereka pula jarang berhubung antara satu sama lain. Selepas 11 tahun, Nazir kini menyambung pelajaran ke universiti dan sedang mengikuti semester akhir. Hidayah merupakan pelajar Tingkatan Enam. Hidayah menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti seperti Nazir.

Namun segalanya berubah selepas  ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Hidayah tinggal sebatang kara dan ketika itu Nazir tampil memberi pertolongan dan memberi perhatian kepadanya. Melihat keakraban hubungan mereka, ibu Nazir mula merancang untuk memisahkan dua hati ini kerana tidak rela bermenantukan Hidayah.

Selamat menonton! Terima kasih kerana membaca Sinopsis Hidayahmu Ramadan di Tv3.






Etika Pemakaian Ketika Berurusan di JPJ

$
0
0

Etika pemakaian ketika berurusan di JPJ. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan rasmi di mana orang awam yang ingin berurusan di pejabat JPJ wajib berpakaian sopan. Orang awam dilarang memakai pakaian tidak senonoh atau menjolok mata.

Kenyataan yang dimuatnaik melalui laman Twitter itu mengandungi informasi dan panduan tentang cara pemaikan yang sesuai jika berurusan di pejabat JPJ.


Panduan ini dikeluarkan berikutan isu seorang wanita memuatnaik status di Facebook meluahkan rasa tidak puas hati terhadap JPJ setelah disuruh memakai kain batik. Ini kerana wanita itu melanggar etika pemakaian dengan memakai skirt paras lutut. 


Nampaknya masih ramai lagi yang tak tahu yang etika pemakaian ini perlu dipatuhi bukan sahaja di pejabat JPJ, tetapi disemua pejabat kerajaan. Kalau anda perasan, banner peraturan biasanya diletakkan dipintu masuk. Ada juga yang ditampalkan pada papan kenyataan. 

Ramai je yang datang berurusan di pejabat kerajaan dengan pakaian terlalu casual. Berselipar jepun, seluar pendek dan bersinglet. Lepas ni kena hati-hati kalau tak nak dimalukan depan orang ramai. Heee!

Terima kasih kerana membaca Etika Pemakaian Ketika Berurusan di JPJ.


Kelebihan Pengiklanan Revenuehits

$
0
0

Kelebihan Medium Pengiklanan Revenuehits. Saya pasti setiap blogger mahu jana income dari blog masing-masing. Salah satu cara adalah dengan memaparkan iklan dalam blog anda. Banyak platform yang ada sekarang, dan antara yang popular adalah Revenuehits. Ini kerana ia dibayar dengan matawang USD.

Saya dah mendaftar dengan Revenuehits dan income yang saya dapat memang boleh tahan dan berbaloi. Ok, dalam entry ni saya akan ceritakan dengan ringkas tentang Revenuehits. Mana tahu, kot-kot boleh mendorong anda untuk mendaftar dan buat duit dengan blog.

Kelebihan Revenuehits

1. Banyak bentuk/jenis iklan yang boleh dipilih. Anda diberi lapan jenis placement iklan iaitu banner, popunder, slider, shadow box, top banner, button, footer, dan interstitial. Pilih sahaja yang berkenan dan bersesuaian dengan blog anda.


2. Cara letak iklan Revenuehits ni sama sahaja dengan medium lain iaitu copy code yang diberikan dan paste pada widget atau Edit HTML.

3. Tanpa syarat. Anda tidak perlu menepati syarat-syarat tertentu. Permohonan akan diluluskan sebaik sahaja anda mendaftar. Tidak seperti sesetengah platform yang letak requirements tinggi seperti Adsense dan Innity.

4. Tidak menjejaskan Nuffnang - Saya faham dengan situasi blogger yang tidak mahu mendaftar dengan medium pengiklanan lain sebab takut akan kehilangan status'Gliteratti'Nuffnang. Anda tak perlu risau kerana Revenuehits tidak menjejaskan Nuffnang kerana caranya berlainan.

5. Cara bayaran - Anda boleh pilih dibahagian Billing untuk pilih salah satu dari 3 cara iaitu transfer terus ke akaun bank, Paypal, dan Payoneer.


Anda pula akan dibayar melalui:

Cost-per-Click (CPC) - Akan dapat lebih banyak jika ada orang klik iklan
Cost-per-Thousand impressions (CPM) - Mengikut jumlah view
Cost-per-Action (CPA) - Anda akan dapat bayaran jika ada orang mendaftar melalui anda.

Revenuehits ni memang terkenal sebab anda dibayar dalam USD serta tak ada syarat-syarat tertentu. Ia adalah salah satu platform untuk buat duit dengan blog. Dah ramai blogger guna. Jadi kalau nak dapatkan income berganda, jangan hanya bergantung kepada satu platform sahaja.

Kalau nak jana dalam USD boleh terus daftar di >> www.revenuehits.com. Terima kasih kerana membaca Kelebihan Pengiklanan Revenuehits


Artikel sebelum ini: Etika Pemakaian Ketika Berurusan di JPJ

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

$
0
0

Semak Baki PTPTN Melalui SMS. Pelajar dan bekas pelajar IPTA atau IPTS kini boleh membuat semakan status dan baki pinjaman PTPTN dengan lepah cepat dan mudah melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sistem yang dikendalikan oleh mySMS ini cukup mudah dan pantas. Anda tidak memerlukan talian internet atau ke pejabat PTPTN. Segalanya boleh dibuat melalui SMS. 

Cara semak baki PTPTN melalui SMS


1. Taipkan PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>No.Pin
    Contoh: PTPTN BAKI 901201064785 123456

2. Hantarkan ke 15888

Untuk dapatkan No Pin taipkan: 

PTPTN<jarak>NOPIN<jarak>No. Kad Pengenalan
Hantarkan ke 33199

Semak Perkara Berkaitan PTPTN

Anda bukan sahaja boleh semak jumlah baki, tetapi boleh membuat semakan lain berkaitan PTPTN seperti pembiayaan ujran, SSPN, dan kelayakkan pelepasan cukai melalui SMS. Mudah sahaja, boleh rujuk gambar di bawahtentang cara untuk menghantar SMS.


Jadi lepas ni senang sikit nak check baki serta memudahkan peminjam untuk bayar hutang. Haha! Terima kerana membaca Semak Baki PTPTN Melalui SMS.

Artikel sebelum ini: Kelebihan Pengiklanan Revenuehits

Sinopsis M.A.I.D di Astro Ria

$
0
0

Sinopsis MAID di Astro Ria. Memandangkan drama Rindu Awak 200% mencipta fenomenanya yang tersendiri pada tahun lalu, kini Astro mengubat kerinduan peminat dengan menggandingkan semula pelakon utamanya Zul Ariffin dan Ayda Jebat melalui drama M.A.I.D.

Seperti drama Melayu sebelum ini, MAID merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Suri Ryana. Drama terbitan Darkwave Pictures arahan Michael Ang ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Nina Nadira, Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Hefny Sahad, Mak Wan.

Artikel berkaitan: Rindu Awak 200% Raya

MAID bakal bersiaran mulai 15 Jun 2015, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10pm di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).



Sinopsis drama MAID di Astro Ria

Noorul berkeja sebagai pembantu rumah di rumah mewah seorang lelaki kacak, Harris Tan Sri Hamdan. Harris sangat cerewet sehinggakan Noorul menggelarkannya sebagai Mr. F (fussy). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji. 

Harris suka mengarah Noorul dengan meninggalkan nota di setiap ceruk rumahnya serta suka menengking. Harris kemudian menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani. Ini merupakan masalah besar buat Noorul kerana dia tidak tahu masak. Oleh itu dia menghadiri kelas masakan dengan Chef Aidil. Setelah lama berkerja dengan Harris, Noorul dalam diam mula jatuh hati terhadap majikannya.

Tiba-tiba sahaja Noorul dan Harris difitnah dan terpaksa dinikahkan untuk menjaga nama baik serta reputasi bisnes keluarga Harris. Noorul tidak yakin sama ada Harris boleh menerimanya sebagai isteri kerana dia hanya orang gaji. Dalam masa yang sama, mereka tertanya-tanya siapakan dalang disebalik menyebaran fitnah ini. 
Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Harris melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Harris? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Harris pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar? 
Drama kahwin paksa lagi, fellas. Selamat menonton: Sinopsis MAID di Astro Ria.
Artikel sebelum ini: Semak Baki PTPTN Melalui SMS

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kelantan 2015

$
0
0

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kelantan 2015/1436. Tak sampai seminggu lagi umat Islam bakal menunaikan ibadah puasa. Ready ke? Tarikh permulaan puasa pada tahun ini adalah pada 18 Jun 2015 (Khamis) bersamaan 1 Ramadan 1436 Hijrah.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa seluruh Malaysia buat rujukan semua. Ini memudahkan anda untuk membuat persediaan sahur dan berbuka nanti.  


Apa yang saya akan kongsikan dalam entry ini adalah jadual bagi zon-zon negeri Kelantan sahaja.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa negeri Kelantan 1436/2015

Zon 1. Jajahan Kota Bharu. Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, (Daerah Chiku)

Klik pada gambar untuk lebih jelas.
Zon 2: Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas & Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing.


Klik pada gambar untuk lebih jelas.
Anda boleh save atau cetak jadual ni untuk panduan dan rujukan kat rumah. Tampal pada peti ais pun okay jugak. Haha! Boleh semak dan muat turun jadual bagi negeri lain seluruh Malaysia di laman web rasmi JAKIM >> http://www.islam.gov.my/node/50772.

Selamat berpuasa dan terima kasih kerana membaca Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kelantan 2015

Cara Berniaga Di Instagram

$
0
0

Cara Berniaga Di Instagram. Sejak ramai dah ada akaun media sosial sendiri ni, peniaga bijak ambil kesempatan buat duit dengan mempromosikan produk mereka. Kini platform yang paling terkenal adalah Instagram sebab senang digunakan dan boleh "reach" ramai pengguna.

Kalau dulu orang sibuk nak beriklan di Facebook. Memang berhasil, tapi saingan semakin sengit dan kita semua tahu kos pengiklanan di Facebook dah tidak semurah dulu. Sebab tu ramai yang buat bisnes di Instagram. Jual tudung, t-shirt, butik vendor, jam tangan, handbag, dessertKek Gulung Coklat macam saya pun ramai. Haha! 

Ada yang laris, jualan mencanak. Tapi ada pulak yang dah cuba bermacam-macam cara, tapi produk tak laku.

Nak lariskan jualan di Instagram ni ada caranya. Kalau di blog, anda kena mantapkan teknik SEO dengan baca Kitab Merah Jambu yang dah terkenal serata alam tu. Boleh beli di sini kalau nak >> Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Tapi kalau di Instagram, rahsianya adalah CD dan panduan lengkap dari JomInsta - Blueprint Pemasaran Instagram. 


Anda boleh belajar banyak benda dari JomInsta ni. Sebab diorang ajar dari A-Z contohnya:

1. Teknik terbukti dapatkan pelanggan
2. Atasi pesaing yang jual produk yang sama
3. Promosi produk secara santai
4. Tingkatkan followers

Saya pasti peniaga yang mula-mula buat bisnes di Instagram akan mengalami masalah sama. Iaitu gambar tak ada orang Like, followers sedikit, tak tahu nak letak caption dan hashtag apa. Apatah lagi teknik pemasaran Instagram yang betul.

Joms Insta menggunakan pendekatan belajar dengan video. Senangkan? Lebih santai dan mudah faham. Anda akan diajar satu persatu tips berkesan dalam menjual barang di Instagram. Saya sendiri pernah beli jam tangan di Instagram. Kenapa? Sebab penjualnya memiliki teknik yang bagus dalam menarik pelanggan.

Cara nak tingkatkan followers pun ada. Bila ramai followers, ini lah peluang anda untuk buat "Review IG". Di mana anda akan dibayar untuk promote produk.

Testimoni


Yang masih terkapai-kapai lagi tak tahu dari mana nak mula, jadikan JomInsta sebagai rujukan. Ni kira maca, pelaburan masa panjang. Beli sekali, tapi dapat hasil yang berlipat ganda.

Boleh beli di sini >>> JomInsta



Terima kasih kerana membaca Cara Berniaga Di Instagram

Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan 2015

$
0
0

Kadar Zakat Fitrah Kelantan 2015. Esok dah start puasa, jadi saya ingin kongsikan info yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang telah menetapkan harga zakat fitrah bagi negeri ini kekal RM7

Maik telah melantik seramai 640 orang amil untuk mengutip zakat fitrah di seluruh negeri. Mereka yang dilantik ini terdiri daripada imam masjid di setiap mukim di negeri ini, pegawai agama di kem tentera, balai polis dan juga pusat tahanan

Lokasi bayar zakat fitrah

Orang ramai boleh mula membayar zakat di kaunter pejabat Maik di Kompleks Islam Darulnaim mulai esok, 17 Jun hingga 16 Julai 2015. Kaunter akan dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.


Kaunter zakat bergerat turut disediakan dan akan beroperasi di pasaraya KB Mall dan Tesco bermula 21 Jun hingga 15 Julai. Kepelbagaian lokasi ini memudahkan orang ramai selain mengelakkan berlakunya kesesakkan.

Syarat Wajib Zakat Fitrah
  1. Islam dan merdeka
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadan. 
Artikel sebelum ini: Cara berniaga di Instagram
Selamat berpuasa dan terima kasih kerana membaca Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan 2015

Tonton Online Ketuk-Ketuk Ramadan 2015

$
0
0

Tonton Online Ketuk-Ketuk Ramadan 2015. Setiap kali tibanya Ramadan, antara program tv yang paling dinanti-natikan penonton adalah Ketuk-Ketuk Ramadan yang bersiaran di RTM1. Program masakan berkenaan kembali lagi pada tahun ini dengan menu dan selebriti yang lebih menarik.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, penonton bakal menyaksikan selebriti terkenal tanah air memasak menu istimewa mereka sendiri. Bukan itu sahaja, mereka akan menjawab soalan-soalan panas yang bakal diajukan oleh pengacara, Shiela Rusly.


Memilih lokasi pasaraya terkemuka, Tesco, rancangan memasak nombor satu negera ini akan berkongsi resepi yang enak, mudah dan ringkas bagi membantu anda menyediakan juadah berbuka puasa.


Bersiaran mulai 17 Jun, rancangan ini menemui anda setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 12.30pm hanya di Tv1.

Tonton Online Ketuk-Ketuk Ramadan 2015

Episod 2 - Dynas Mokhtar
Episod 3 - Fasha Sandha
Episod 4 - Dazrin Kamaruddin
Episod 5 - Abam Bocey
Episod 6 - Dayana Roza
Episod 7 - Amar Bahrin
Episod 8 - Shakilla Koriri
Episod 9 - Fattah Amin
Episod 10 - Emma Maembong
Episod 11 - Johan Asari
Episod 12 - Nelydia Senrose
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18
Episod 19
Episod 20
Episod 21
Episod 22
Episod 23
Episod 24
Episod 25
Episod 26
Episod 27
Episod 28
Episod 29
Episod 30


Selamat berpuasa dan terima kasih kerana membaca Tonton Online Ketuk-Ketuk Ramadan 2015.
Viewing all 671 articles
Browse latest View live