Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all 671 articles
Browse latest View live

Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

$
0
0
Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

Sinopsis Akulah Balqis di Tv3. Menyusuli Hello Mr Perfect, saksikan sebuah lagi drama bersiri yang bakal menghiasi Slot Akasia bertajuk AKULAH BALQIS. Drama ini memaparkan nasib malang seorang gadis yang dirudum malang akibat diabaikan kedua ibu bapanya.

Drama rantaian 24 episod ini merupakan buah tangan terbaru Rumah Karya Citra dan bakal membuka tirainya pada 18 November 2015, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Tv3.

Akulah Balqis diarahkan oleh Fali Yahya dan skrip pula digarap oleh pengarah, pelakon, serta penerbit berbakat, Erma Fatima.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Puteri Balqis, Aeril Zafrel, Nabila Huda, dan Nazim Othman, drama ini dilihat bakal mencetuskan fenomena tersendiri. Ia turut dibantu oleh Nadia Brian, Puteri Aishah, Nabilah Dally, Fazlina Ahmad Daud, Amai Kamarudin, Anne Abdullah, Mohd Benladin, Balkisyh Semundur Khan, Zulkifli Ismail, dan Aziza Kazan

akulah balqis tv3

Sinopsis drama Akulah Balqis di Tv3

Akulah Balqis yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Balqis perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk meneruskan hidup. 

Ibu bapanya, Yamin dan Seri terlalu sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya.

Tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah selepas berkawan dengan Zali, seorang pemuzik di kelab malam. Wang kerja sambilan Yamin mula tidak mencukupi akibat ketagihan dadah.
Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. 

Zali kemudian menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Akibat tidak selesa tinggal di situ, Balqis melarikan diri dan terpaksa merempat di jalanan.  

Suatu hari, Milda, seorang model terkenal secara tidak sengaja terlanggar Balqis. Balqis di bawa pulang oleh suami Milda, Adi, yang kasihan dengan nasib kanak-kanak itu. Milda mula merasa tidak selesa dengan kehadiran Balqis dalam keluarga mereka, berlainan dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri.

Adi memang sudah lama menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Hubungan mereka bertiga semakin rapat, namun pada suatu hari Yamin dan Seri muncul untuk meminta anak mereka kembali. Oleh kerana sudah terlalu sayangkan Balqis, Adi dan Milda cuba melarikan Balqis dari ditemui ibu bapa kandung budak itu. 
sumber - Bharian

Setelah mendapat kritikan penonton kerana sentiasa menyiarkan drama yang mempunyai jalan cerita yang seakan sama, Tv3 akhirnya menyiarkan drama berlainan kali ini. Netizen juga mengutuk drama sebelum ini, Hello Mr Perfect, kerana dibintangi pelakon kaku dan jalan yang tidak menarik. Hoho!


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Akulah Balqis di Tv3


Renew Kad Pengenalan Denda RM10

$
0
0

Renew Kad Pengenalan Denda RM10. Baru-baru ni saya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk buat kad pengenalan/IC baru. Sebab saya masih menggunakan IC pertama yang dibuat masa berumur 13 tahun dulu. Yep.

Memang malas sangat nak ke JPN sebab kena ambil nombor giliran, ambil gambar, dan tunggu IC siap dalam masa sejam. Lagipun, bukan senang untuk dapat parking kawasan JPN yang terletak diWisma Persekutuan Kota Bharu. 

Artikel berkaitan:Harga Buat MyKad Kekal RM10

Tapi saya tak ada pilihan lain, kena jugak tukar kad pengenalan baru kerana yang sebelum ni dah out dated. Kebanyakkan urusan di bank tidak dapat diteruskan kerana cip pada IC lama tidak dapat dibaca oleh IC Reader. Imbasan cap jari juga tidak berhasil. "Jari awak dah besar dari cap jari yang disimpan dalam IC lama" - Pegawai Bank. K fine!! 

Renew Kad Pengenalan Denda RM10

Disebabkan malas nak bersesak-sesak di Wisma Persekutuan, saya buat kad pengenalan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong. Caranya senang je - ambil nombor, pergi ke kaunter setelah dipanggil, bagitahu yang anda nak buat IC baru, beri IC asal, imbas cap jari, dan terus ambil gambar. Tak perlu is borang kecuali nak tukar alamat.

buat ic denda rm10

Harga penggantian kad pengenalan berjumlah RM10 sahaja. Tetapi disebabkan saya lambat buat, saya dikenakan kompoun RM10 jadi semua sekali berjumlah RM20.

Oh, buat IC di RTC makan masa sedikit, IC anda tidak siap dalam masa satu jam seperti ibu pejabat JPN. Kad pengenalan saya siap dalam masa tiga minggu. Tak kisah lah.

Entri sebelum ini - Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

Terma kasih kerana membaca Renew Kad Pengenalan Denda RM10

Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016

$
0
0
Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2015. Saya ada terbaca perbincangan dalam sebuah forum popular tentang Telekom Malaysia Berhad (TM) akan mengenakan caj sebanyak RM5 sebulan terhadap bil bercetak mulai Januari 2016.

Bagi mengelak dikenakan caj ini, pelanggan perlu bertukar ke sistem E-Billing di mana anda akan menerima bil bulanan menerusi email. Saya rasa sistem ini dikenakan terhadap semua perkhidmatan di bawah TM iaitu talian telefon, Streamyx dan UniFi.

Artikel berkaitan:UniFi di Kelantan Mulai Ogos 2015

Notis ini dinyatakan dalam bil bulanan TM. Kalau tak baca forum tu mungkin saya tak tahu pasal benda ni. Sebab I am one of those people who don't give much attention terhadap keseluruhan bil. Bila cek bil bulan lepas memang betul ia tertulis di helaian kedua.

Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai Januari 2016


Sebagai pelanggan Streamyx saya terkesan dengan berita ini. Pada saya RM5 yang dicaj ke atas bil bercetak tu terlampau mahal. Sekarang ni pun pelanggan TM telah dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Saya pasti masih ramai yang belum tahu pasal ni. Berapa kerat sahaja pelanggan yang rajin untuk baca bil dari atas sampai bawah? TM sepatutnya highlightkan pengumuman ini  supaya mudah dilihat pelanggan.

Jadi untuk mengelak dari dikenakan caj RM5 pada tahun depan, anda perlu hantar permohonan ke help@tm.com.my, hubungi TM careline (100), atau berkunjung ke TMPoint berhampiran. Lepas ni bil telefon dan internet akan dihantar melalui email yang anda daftarkan.


Tidak dinafikan TM adalah telko atau Internet Service Provider yang terbaik di Malaysia. Mungkin juga sebab mereka tiada pesaing yang kuat. Majoriti rakyat negara ini seolah-olah bergantung pada perkhidmatan internet TM jadi mereka mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang tidak logik.

I'm pissed off. Bye.

Entr sebelum ini - Renew Kad Pengenalan Denda RM10

Terima kasih kerana membaca Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016

Fakta Menarik Album Adele 25

$
0
0

Fakta Menarik Album Adele 25. Siapa tidak kenal Adele? Penyanyi British yang menjadi fenomena beberapa tahun lalu dengan lagu Rolling In The Deep dan Someone Like You. Selepas tiga tahun menyepi Adele membuat come back dengan melancarkan album terbaharu berjudul '25'.

Sejak '25' dilancarkan dua minggu lalu, album itu seolah-olah menguasai industri muzik dunia dek kerana  respon positif dari peminat yang rindukan penyanyi yang bersuara merdu ini.  Album bersama single terbaharu bertajuk 'Hello' telah mencatat banyak rekod sejak ia dilancarkan.

Fakta Menarik Album Adele 25

1. Pada saat entri ini ditulis, lebih 4 juta album berjaya dijual sejak hari pertama ia dilancarkan.

2. Dalam masa satu minggu, 25 menjadi album paling laris pada tahun 2015. Minggu lalu, sebanyak 335 album dijual setiap minit.

3. Jika kita menggabungkan kesemua carta jualan album lain yang menduduki tangga 2 hingga 100, ia masih belum mampu mengalahkan 25. Macam mana kalau anda gandakan kesemua jumlah jualan? HaHA! Adele masih lagi ditangga teratas.


4. Lagu Hello menjadi lagu pertama yang berjaya dijual melebihi 1 juta dalam masa satu minggu. Rekod sebelum ini dipegang oleh penyanyi rap, Flo Rida bagi lagu 'Right Round', namun Adele menggandakan jumlah kerana Flo Rida hanya mencatat 636,000 jualan.

5. Album Adele sebelum ini yang berjudul '21' kembali berada dalam carta top 10 buat pertama kali dalam tempoh dua tahun gara-gara kejayaan album 25.

Artikel berkaitan:Fakta Menarik Filem Francais The Hunger Games

6. Pada minggu lalu 25 mendominasi 41 peratus jualan album di seluruh dunia.
7. Jika album Taylor Swift, 1989, memakan masa setahun untuk mencatat kutipan tertinggi, Adele hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.

8. Jika anda tertanya-tanya sama ada album berbentuk cakera padat (CD) masih mendapat perhatian atau tidak, sebanyak 1.7 juta unit CD Adele telah terjual. Rupanya masih ada yang beli CD instead of download kat iTunes. 

9. Kalau dikira mengikut minggu pertama jualan, Adele telah mengalahkan ramai penyanyi terkenal dunia seperti Beyonce, Justin Bieber, Taylor Swift, Rihanna, dan One Direction. Album 25 mengalah album penyanyi lain kurang dari seminggu.
10. Rekod jualan tertinggi dalam masa seminggu sebelum ini dipegang oleh kumpulan N'Sync, Adele berjaya meleburkan rekod itu dalam beberapa hari sahaja.

Jika pada 2012 Adele berjaya memenangi enam Anugerah Grammy, berapa agaknya anugerah yang bakal dibawa pulang?


Penghujung tahun 2015 ni memang menggembirakan peminat muzik. Adele dan Justin Bieber lancar album baru. Tapi saya tak download pun album Adele sebab saya download album Bieber, Purpose. It is quiet embarrassing because I thought I hated him. But his new album is amazing! How can all of the songs sound so good? Dan esok album baru band kegemaran, Coldplay dilancarkan! Tak sabar!!! Hahahabaheweiuwewjejdn!!!!

Entri sebelum ini - Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Album Adele 25

Tarikh Bayaran BR1M 2016

$
0
0

Tarikh Bayaran BR1M 2016. Tak lama lagi kita bakal memasuki tahun 2016 dan bagi mereka yang layak menerima wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pastinya tertunggu-tunggu bila agaknya duit BR1M tu nak masuk akaun peribadi. 

Seperti tahun-tahun sebelum ini, wang BR1M dipecahkan kepada beberapa kategori jumlahnya telah dinaikkan seperti yang telah dimaklumkan Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2016 baru-baru ini.

Berikut adalah kategori BR1M dan jumlah yang bakal diterima oleh mereka yang layak.

Isi Rumah
- Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1000.
- Berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM800.

E-Kasih
- Berpendatan bulanan kurang RM1000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1,050.

Individu Bujjan 21 tahun ke atas
- Pendapatan kurang RM2,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM400.

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Untuk makluman pembayaran duit BR1M akan dilakukan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan menerusi akaun bank yang anda berikan ketika memohon atau kemas kini.


Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM200 pada 28 September 2016
(e-Kasih): RM1050
  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
Individu Bujang: RM400
  • RM400 pada 28 Januari 2016
Wajib kemaskini

Pemohon sedia ada WAJIB mengemaskini maklumat peribadi bermula 5 Disember lalu. Anda boleh melakukan kemas kini secara online di - https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau  menerusi borang yang boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Album Adele 25

Terima kasih kerana membaca Tarikh Bayaran BR1M 2016

Fakta Menarik Star Wars The Force Awakens

$
0
0

Fakta Menarik Star Wars Force Awakens. Fenomena filem sains fiksyen Star Wars kini dapat dirasai diseluruh dunia apabila filem ketujuh 'The Force Awakens' ditayangkan mulai hari ini. Penggemar tegarnya sudah tidak sabar lagi untuk menonton sambungan filem peperangan di galaksi ini.

Diasaskan oleh pengarah dan penerbit lagenda Hollywood, George Lucas, Star Wars menjadi kegilaan global sejak filem pertama Episode IV: A New Hope (1977) ditayangkan 30 tahun lalu. Lucas pada waktu ingin menghasilkan sesuatu yang baru dengan menghasilkan pengembaraan angkasa lepas yang penuh dengan penggunaan sistem perisian imej janaan komputer (CGI). Siapa sangka penangan Star Wars mampu merasuk penonton seantero dunia. 


Peminat terpaksa menunggu selama 10 tahun untuk menunggu filem terbaru. Mereka bukan sahaja tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya, bahkan teruja untuk menonton aksi pelakon asal serta beberapa pelakon baru Star Wars arahan J.J Abrams.

Fakta Menarik Star Wars The Force Awakens

1. Menurut sebuah artikel majalah Vanity Fair, J.J Abrams mempunyai idea untuk memasukkan watak Jar Jar Binks untuk beberapa saat sebagai 'easter egg'.

2. Dua bintang utama Star Wars, Mark Hamill (Luke Skywalker) dan Carrie Fisher (Princess Leia) menjalani diet sejak 2013 lagi dalam mempersiapkan diri untuk kembali berlakon dalam The Force Awakens.


3. Lupita Nyong'o mendedahkan tidak tahu bahawa beliau menghadiri ujibakat untuk filem Star Wars. "Ketika ujibakat saya merangkak dan menggunakan tangan seolah-olah sepucuk pistol." Sehinggalah dua bulan kemudian beliau dihubungi J.J Abrams untuk membintangi Star Wars. 

4. Walt Disney Pictures menjadi produksi ketiga yang menerbitkan filem Star Wars. Filem sebelum ini diterbitkan oleh 20th Century Fox dan Star Wars: The Clone Wars (2008) pula oleh Warner Bros.

Artikel berkaitan:Fakta Menarik Francais The Hunger Games

5. Pesawat X-Wings yang menjadi trademark filem ini benar-benar dibina oleh pihak produksi dan bukannya teknik CGI. Prop lain juga direka khas dan tidak banyak menggunakan CGI.

6. Aktor Joel Edgerton pada asalnya dipertimbangkan untuk membawa watak Poe Dameron. Namun Edgerton pernah muncul dalam filem Star Wars: Episode III - Revenge of the Sith (2005) sebagai 'Uncle Owen'. Watak itu kemudian diberikan kepada Oscar Isaac.

7. Terdapat droid baru selain R2D2 dalam filem ini iaitu BB-8. Robot BB-8 yang diinspirasikan oleh Ralph McQuarries ini berputar seperti bola dengan kepala yang berbentuk separa bulat.  


8. Menurut presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy, kira-kira 200 kru terdiam dan terpegun pada saat Harrison Ford dan Chewbacca muncul di dalam set pesawat Millennium Falcon. Ini kerana Ford dan Chewbacca merupakan watak ikonik filem Star Wars sejak dari dulu lagi.


9. Pihak produksi lebih memilih untuk menggunakan lokasi penggambaran sebenar dan set mini dari skrin hijau serta CGI supaya filem nampak lebih realistik.

10. Trailer kedua filem ini mendapat lebih 20 juta tontonan di YouTube dalam masa kurang dari 24 jam.

11. Uniform yang dipakai oleh General Hux (Domhnall Gleeson) diinspirasikan dari uniform yang dipakai oleh tentera laut dan Nazi.

Artikel berkaitan: Fakta Menarik Mad Max Fury Road

12. The Force Awakens menelan belanja sebanyak USD200 juta, in menjadikan filem termahal dalam siri Star Wars.
sumber: IMDb

Walaupun saya penggemar filem Hollywood, tapi saya belum pernah tengok mana-mana filem Star Wars. It's like my 'geek blind spot' which is a huge thing that everyone is always talking about that Ive never seen. :( 

Entri sebelum ini - Tarikh Bayaran BR1M 2016

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Star Wars The Force Awakens

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3

$
0
0
cinta si wedding planner tv3

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3. Menyusuli Akulah Balqis yang bakal berakhir tidak lama lagi dan saksikan sebuah lagi drama terbaru yang bakal menghiasi Slot Akasia berjudul CINTA SI WEDDING PLANNER (CSWP) terbitan Primeworks Studios.

Drama bersiri 28 episod ini bakal menggandingkan Adi Putra bersama pelakon baru, Mira Filzah sebagai teraju utama. Seperti drama-drama Slot Akasia sebelum ini, CSWP juga merupakan drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Dhiyana. 

Tarikh siaran Cinta Si Wedding Planner bakal bersiaran mulai 30 Disember 2015, setia Isnin hingga Khamis jam 7 malam, di Tv3.


Sinopsis drama Cinta Si Wedding Planner di Tv3

Izara Batrisya (Zara), seorang perunding perkahwinan (wedding planner) tida pernah menduga untuk berkasih dengan sepupunya sendiri, Bazli. Namun cinta yang dirahsiakan dari Mak Lang dan Pak Lang mereka terputus di tengah jalan. Bagi Zara, dalam hatinya hanya ada Bazli. 

Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. Keperibadian dan sikap sopan santun Zara memikat hati pelanggannya, Puan Marina. Memandangkan Zara hidup seorang diri di Kuala Lumpur, Puan Marina mengambil Zara sebagai anak angkatnya.

Pertemuan Fariz dan Zara si wedding planner kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua dari empat cahaya mata Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara.

Fariz mengetahui kisah cinta Zara sebelum ini dan sedar bahawa gadis itu sedang cuba bangkit dari luluh kecewa cinta dan ingin melindungi Zara dari terus diganggu oleh Bazli. Fariz kemudian nekad untuk menjadikan Zara sebagai isterinya.

Puan Marina, yang sudah lama berkenan dengan Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Bahtera perkahwinan Fariz dan Zara sangat bahagia. Fariz yang sebelum ini baran dan murung berubah selepas Zara hadir dalam hidupnya. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3

Cara Memohon Bil TM Melalui Email

$
0
0
Cara Memohon Bil TM Melalui Email. Bagi pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang masih belum tahu, mulai Januari 2016 bil Streamyx, Unifi, dan bil telefon bercetak yang dihantar ke rumah anda akan dicaj sebanyak RM5. 

Seperti yang saya sebut dalam entri sebelum ini - Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016, bagi mengelak dari dikenakan bayaran tambahan untuk bil, anda boleh memohon untuk menerima bil melalui email. Pelanggan boleh berbuat demikian dengan menghantar pemohonan ke 1) help@tm.com.my, 2) hubungi TM careline (100), atau 3) berkunjung ke TMPoint berhampiran.

Artikel berkaitan:Unifi di Kelantan Ogos 2015

Jadi saya guna cara yang paling senang dan cepat iaitu dengan menghantar permohonan melalui email. Dalam email tersebut anda hanya perlu sertakan beberapa maklumat peribadi dan akaun TM anda. 

Cara Memohon Bil TM Melalui Email

Anda nak buat email secara formal pun boleh tapi pastikan maklumat yang yang diberikan tu tepat dan mudah difahami, kemudian hantarkan kepada [help@tm.com.my]. Siap! 

Selang beberapa minit anda akan mendapat balasan dari TM berbunyi: 


Proses permohonan akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga hari berkerja. Jadi, tunggulah sehingga anda mendapat email seterusnya dari TM. 

Saya masih tidak bersetuju dengan tindakan TM. Memang betul bil yang dihantar terus ke kotak email lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa. Tapi RM5 tu terlalu mahal. Macam mana dengan warga emas yang tiada email dan tidak tahu tentang sistem baru ni? B

Semoga entry ini dapat membantu pelanggan TM dalam menjimatkan duit poket sebanyak RM5. Kalau anda lebih suka bil bercetak terpulanglah. Saya tak sanggup nak bayar extra. Heee! 


Terima kasih kerana membaca Cara Memohon Bil TM Melalui Email

Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

$
0
0

Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini telefon pintar mejadi gajet paling utama dan wajib dimiliki. Peranti ini sudah menjadi 'keperluan' dan bukan lagi 'kemahuan' dalam kehidupan seharian. 

Akan tetapi jangka hayat bateri telefon pintar sering mencemburui pemiliknya. Semakin kerap anda menggunakannya semakin cepat kehabisan bateri. Apatah lagi jika sering menggunakan sosial media, menonton video, atau bermain permainan video. 

Telefon pintar yang membenarkan baterinya ditanggalkan semakin semakin berkurangan dipasaran. Jika anda tidak menjaganya dengan baik, telefon anda berkemungkinan mempunyai jangka hayat yang pendek.


Jadi dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa tips penjagaan serta cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri telefon.


Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

1. Kurangkan kecerahan skrin - Semakin cerah skrin telefon semakin banyak tenaga yang digunakan. Setkan kecerahan skrin (brightness) kepada yang paling minima bergantung kepada keadaan pencahayaan persekitaran anda. Ia bukan sahaja mengurangkan tenaga bateri tetapi turut merosakkan mata jika digunakan pada suasana gelap. Menggunakan gambar latar belakang (wallpaper) gelap sangat digalakkan.  Yup, it's a fact! Lepas ni kurangkan main telefon sebelum tidur.

2. Matikan notifikasi - Saya pasti ramai yang ingin mengetahui pesanan ringkas, komen Facebook, Twitter terkini. Namun, ini memerlukan tenaga bateri jika menerima notifikasi bertubi-tubi. Apatah lagi jika anda setkan getaran pada telefon.


3. Matikan lokasi dan Bluetooth - Matikan mana-mana sambungan yang tidak digunakan seperti Bluetooth, carian lokasi, dan Wifi. Ini kerana ia sentiasa mencari sambungan jika dihidupkan dan in memakan tenaga yang banyak. 

4. Habiskan bateri sebelum cas -  Bagi mengelakkan kerosakkan, pastikan bateri telefon anda benar-benar kritikal sebelm di cas. Ramai yang ambil remeh soal ini dan sering mengecas telefon ketika bateri masih boleh digunakan. Paling busuk pun, biarlah bateri tinggal kurang dari 20%.



5. Matikan telefon ketika mengecas - Ini merupakan antara tips penjagaan bateri yang paling penting di mana anda perlu matikan telefon ketika mengecas. Tenaga keluar dan masuk boleh merosakkan molekul bateri.  Lagipun, tempoh pengecasan akan lebih pantas jika ia dimatikan.

6. Minimumkan penggunaan getaran (vibrate) - Elak daripada menggunakan terlalu banyak getaran terutamanya getaran setiap kali anda menyentuh skrin. Ini kerana fungsi ini tidak penting dan memakan terlalu banyak tenaga. 


7. Gunakan Mod Penjimatan Bateri - Kini sudah banyak peranti yang menyediakan teknologi penjimatan bateri. Samsung, Oppo, dan beberapa peranti dari Cina sudah menyediakan teknologi hebat ini. Malah iPhone turut memperkenalkannya melalui kemaskini iOS 9. Mod penjimatan ini akan mematikan fungsi-fungsi tertentu seperti getaran, bunyi, dan kecerahan skrin. 


Jangka hayat bateri telefon pinttar sebenarnya bergantung kepada si pemiliknya. Tips ini juga boleh diamalkan pada semua jenis telefon pintar, tablet, dan iPad.  Anda yang tentukan. Kalau tidak menjaganya dengan baik anda akan sentiasa membawa power bank ke sana-sini. 


Terima kasih kerana membaca Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

Jadilah Seperti Rashid. SIAPA RASHID?

$
0
0


Jadilah Seperti Rashid. SIAPA RASHID? Istilah "jadilah seperti Rashid" tiba-tiba menjadi sebutan di media sosial. Kartun bersama kata-kata nasihat itu menghiasi garis masa atau timeline Facebook dan Twitter. 

Rashid merupakan watak kartun yang direka melalui laman Facebook "Jadilah Seperti Rashid" untuk memberi nasihat berhubung isu semasa serta bersesuaian dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia. 

Setiap kata-kata yang disampaikan mengajak rakyat Malaysia supaya mencontohi sikap Rashid. Apa yang membuatkan Rashid menjadi viral adalah mesej yang disampaikan itu berbentuk sindiran dan sarkastik. 

Apa itu "Jadilah Seperti Rashid''?

'Jadilah seperti Rashid' diilhamkan dari jenaka luar negara iaitu "Be Like Bill". Konsepnya sama sahaja iaitu mewujudkan watar kartun bersama kata-kata nasihat. Manakala Rashid adalah versi Malaysia dan disampaikan dalam Bahasa Melayu.


Ketika entri ini ditulis, laman Facebooknya telah mencecah 260,000 pengikut walaupun baru ditubuhkan pada 12 Januari lalu. 













Kalau nak tahu, bukan Malaysia sahaja yang mewujudkan page seumpama ini, beberapa negara lain turut melakukan perkara yang sama seperti 'Tularan Si Juan' (Filipina).

Ramai yang tak suka jenaka Rashid ni. Mungkin kerana nasihatnya terkena batang hidung sendiri. 


Terima kasih kerana membaca Jadilah Seperti Rashid. SIAPA RASHID?

Cara Shopping di Lazada

$
0
0

Cara Shopping Online di Lazada. Sebenarnya dah lama nak cuba beli barang di Lazada iaitu portal membeli-belah paling popular di Malaysia. Saya selalu baca review yang positif tentang servis dan kualiti Lazada yang ditulis blogger tempatan. Tapi masih belum pernah cuba.

Sebelum ni selalu jugak usha-usha barang di Lazada. Banyak yang berkenan, harga berpatutan, tapi bila fikir-fikir balik... Do I really need it? Nope. Tapi hari tu saya browse handbags, kebetulan pulak ada diskaun sampai 90%. Perfect timing, because I seriously need another handbag.


Jadi saya beli handbag MNG. Murah sebab ada potongan harga. Proses pembelian pun mudah je dan barang sampai selepas dua hari dalam keadaan baik. Ternyata Lazada benar-benar menyediakan servis dan produk terbaik.

Bagi yang belum pernah shopping di Lazada, saya akan tunjukkan cara-caranya dalam entri ini.  

Cara Shopping di Lazada

1. Untuk beli barang, kena ada akun Lazada. Layari www.lazada.com.my. Klik 'Login & Sign Up'> Isikan maklumat peribadi > Kemudian anda akan dapat email pengesahan menandakan telah berjaya mendaftar dan sedia untuk membeli-belah.

2. Pilih produk. Langkah paling best semestinya ketika nak pilih barang. Sebab banyak sangat pilihan yang ada di Lazada ni. Katakan anda nak beli external Buffalo Ministation, hanya klik 'Add to Cart'. Konon-kononya letak barang dalam troli dan sedia untuk bayar la ni.


3. Dialog box akan terpapar di skrin. Pastikan produk, harga produk. serta kuantiti item adalah tepat. Kemudian klik 'Checkout'.


4.  Langkah seterusnya kena isikan nama, alamat, dan nombor telefon. Pastikan anda isi maklumat dengan tepat. Kemudian klik 'Continue'.


5. Dibahagian 'Payment Information' anda perlu pilih cara pembayaran. Pilih satu di antara Credit or Debit Card, Online Banking & Celcom Aircash, PayPal, Maybank Installments, atau Credit Card on Delivery. Saya  guna online banking iaitu bayaran menggunakan CIMB Clicks atau bank lain. Anda perlu klik pada'Online Banking'> pilih bank > klik 'Place Your Order'.

6. Anda akan terus di bawa ke CIMB Click untuk membuat pembayaran. Tak perlu masukkan jumlah kerana Lazada akan terus tolak jumlah harga barang yang anda beli.

7. Bila dah siap membuat pembayaran, anda akan menerima email pengesahan dan details pembelian. Jangan delete pulak. Nanti senang untuk buat rujukan.

Tip shopping di Lazada

1. Bandingkan harga. Setiap kali nak beli barang sudah pasti kita mahukan harga termurah. Sebab itulah anda perlu bandingkan harga produk di pasaraya dan portal online. Jika di pasaraya lebih murah kenapa nak beli online kan? 

2. Semak harga sebelum bayar. Pastikan anda double-check jenis produk yang anda beli. Bukan setakat harga, saiz, warna pilihan, kuantiti, dan warranty.

Artikel berkaitan:  Cara Mendapatkan Diskaun Ketika Shopping Online

3. Kos penghantaran. Ada sesetengah item tidak mengenakan kos penghantaran. Manakala barang yang berat akan dicaj. Kena baca dengan teliti sebelum buat keputusan untuk membeli.

4. Voucher. Ini yang membuatkan Lazada menjadi pilihan ramai. Kadang-kala Lazada bermurah hati untuk beri kod voucher pada hari-hari tertentu. Cuma masukkan kod vaucer sebelum membuat pembayaran.

Harga termurah

Salah satu sebab kenapa Lazada ni menjadi pilihan adalah kerana memiliki pelbagai jenis produk. Paling penting, sentiasa menawarkan harga termurah dan memberi potongan harga sehingga 90%! Lebih-lebih lagi dimusim perayaan.

Kalau nak beli dengan harga termurah, boleh klik mana-mana banner Lazada dalam blog ni. Iklan yang terpapar adalah 'sales' yang sedang berlangsung.

Oh, ini bukan brand deal @ advertorial. Saya tak dibayar langsung kerana ini merupakan pengalaman saya sendiri beli barang di Lazada. So far, puas hati dan tengah plan untuk shopping lagi. Hoho!

Entri sebelum ini - Jadilah Seperti Rashid. Siapa Rashid?

Terima kasih kerana membaca Cara Shopping di Lazada

Produk Qu Puteh Mengandungi Merkuri Merbahaya

$
0
0

Produk Qu Puteh Mengandungi Merkuri Merbahaya. Heboh di laman sosial dengan berita Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua produk kecantikan Qu Puteh, mengandungi merkuri merbahaya dan tidak sesuai digunakan dalam produk kosmetik.

Dua produk yang dimaksudkan adalah Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah melakukan kajian setelah menerima aduan pengguna mengalami masalah pendengaran dan keguguran rambut setelah menggunakan produk itu selama tiga bulan. 
Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117041
Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117041

Oleh itu produk keluaran Vida Beauty Sdn Bhd ini perlu menarik balik dua produk tersebut dalam tempoh 72 jam dan tidak lagi boleh dijual di pasaran.

Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan produk Qu Puteh mengandungi merkuri bahaya


Kesan merkuri dalam produk kosmetik 

KKM turut memberitahu merkuri yang terdapat dalam produk kecantikkan bukan sahaja bahaya kepada si pemakai tetapi terhadap orang di sekeliling

  1. Boleh menyebabkan ruam dan iritasi pada kulit.
  2. Mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau bayi dalam kandungan.
  3. Merosakkan buah pinggang dan sistem saraf.
  4. Bayi atau kanak-kanak berisiko terdedah kepada merkuri jika menyentuh produk kosmetik atau orang yang memakainya. 
Produk Qu Puteh yang lain tidak bahaya

Tidak perlu menunggu lama, pemilik Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida terus mengeluarkan kenyataan dengan mengingatkan orang ramai supaya tidak perlu risau untuk menggunakan produk Qu Puteh yang lain kerana ia melepasi piawaian

Nama produk Qu Puteh menjadi bahan bualan sejak beberapa bulan kebelakangan ini sejak sering menjadi penaja utama beberapa program televisyen. Kini Qu Puteh melebarkan sayap dengan menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan nilai tajaan RM16 juta. 

Perkara ini menjadi hangat kerana Datuk Vida memberi puluhan syarat yang perlu dipatuhi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) jika bersetuju untuk menerima tajaan.


Entri sebelum ini - Cara Shopping di Lazada

Jadual Liga Super Kelantan 2016

$
0
0

Jadual Rasmi Liga Super Kelantan 2016. Seperti tahun-tahun sudah, peminat saingan Liga Malaysia pasti akan dihidangkan dengan beberapa kontroversi sebelum liga bermula. Sama ada berita perpindahan pemain, pemilihan awang import, atau 'curi' pemain, isu-isu sebegini menghangatkan lagi arena bola sepak tempatan

Berlainan di kem Kelantan isu perpindahan pemain tidak lagi timbul, sebaliknya kehadiran syarikat kosmetik terkenal, Vida Beauty Sdn Bhd dengan tajaan jutaan ringgit menjadi bualan ramai. Malas nak cerita pasal syarat yang diletakkan pengasasnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Osman (Datuk Vida) sebab saya pasti semua orang dah tahu.

Format baru Liga M 2016

Difahamkan, format Liga M pada musim ini di mana Liga Super dan Liga Perdana akan berlangsung dari Februari hingga Oktober. Manakala Piala FA dan Piala Malaysia diadakan ketika liga sedang berlangsung. Ia mirip Liga Perdana Inggeris.

Waktu sepak mula tidak lagi pada pukul 8.45 malam, tetapi telah diubah kepada jam 9 malam. Selain itu Lions XII tidak lagi bersaing dalam Liga Malaysia pada tahun ini. 

Rata-rata penyokong menaruh harapan tinggi terhadap pasukan masing-masing khususnya penyokong Kelantan atau yang kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP-TRW) yang bakal menikmati stadium berwajah baru tidak lama lagi.

Jadual Liga Super Kelantan 2016

Pusingan pertama

TARIKH
PERLAWANAN
VENUE
11 Feb 2016
Perak vs Kelantan
Stdm Perak, Ipoh
16 Feb 2016
Kelantan vs PDRM
Stdm Sultan Muhammad IV
26 Feb 2016
Kelantan vs Sarawak
Stdm Sultan Muhammad IV
1 Mac 2016
Kedah vs Kelantan
Stdm Darul Aman, Kedah
12 Mac 2016
Kelantan vs P.Pinang
Stdm Sultan Muhammad IV
5 Apr 2016
ATM/T-Team vs Kelantan
*akan diumumkan kelak*
8 Apr 2016
Kelantan vs JDT
Stdm Sultan Muhammad IV
20 Apr 2016
Pahang vs Kelantan
Stdm Darul Makmur, Kuantan
23 Apr 2016
Kelantan vs Terangganu
Stdm Sultan Muhammad IV
4 Mei 2016
Felda United vs Kelantan
Stdm Tun Abdul Razak, Jengka
18 Mei 2016
Selangor vs Kelantan
Stdm Shah Alam
 
Pusingan kedua

TARIKH
PERLAWANAN
VENUE
21 Mei 2016
Kelantan vs Selangor
Stdm Sultan Muhammad IV
25 Mei 2016
Kelantan vs Felda United
Stdm Sultan Muhammad IV
16 Jul 2016
Terengganu vs Kelantan
Stdm Sultan Mizan Zainal
23 Jul 2016
Kelantan vs Pahang
Stdm Sultan Muhammad IV
26 Jul 2016
JDT vs Kelantan
Stdm Larkin
6 Ogs 2016
Kelantan vs ATM/T-Team
*akan diumumkan kelak*
16 Ogs 2015
P.Pinang vs Kelantan
Stdm bandaraya P.Pinang
21 Ogs 2016
Kelantan vs Kedah
Stdm Sultan Muhammad IV
27 Ogs 2016
Sarawak vs Kelantan
Stdm Negeri Sarawak
23 Sep 2016
PDRM vs Kelantan
Stdm Shah Alam
22 Okt 2016
Kelantan vs Perak
Stdm Sultan Muhammad IV
 

Entri sebelum ini - Produk Qu Puteh Mengandungi Merkuri Merbahaya

Terima kasih kerana membaca Jadual Liga Super Kelantan 2016

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi di Tv3

$
0
0

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi di Tv3. Terbaharu di Slot Zehra, stesen tv nombor satu negara, Tv3, membawakan sebuah drama ala Korea terbitan Layar Consult Sdn. Bhd yang diterajui oleh Nazim Othman dan Niena Baharun.

Drama bersiri 13 episod dibawah arahan Heykal Hanifah serta mendapat sentuhan skrip dari Ummu Hani Abu Hassan dan Hanafi Sarif ini turut dibintangi pelakon Johan As'ari, Nur Risteena, Feiyna Tajudin, Bodt Sharade, Kamal Ibrahim, Kuza, Rahim Jailani, Sheila Mambo, dan Emma Akma.

Sejak Teruna Cinta Kimchi ini ditayangkan minggu lalu, ia mendapat pelbagai kritikan dari penonton kerana dikatakan mengangkat tema Korea. Drama ini turut mempamerkan elemen K-Pop sebagai daya penarik. Bukan itu sahaja, warga internet turut mengkritik lakonan Nazim Othman yang membawa watak mahasiswa Korea bernama Kang Je Yun.



Namun, pengarahnya, Heykal Hanifah menafikan tomahan itu dan mempertahankan karyanya. Katanya, Cinta Teruna Kimchi bertemakan Islam dan hanya 30 peratus sahaja elemen Korea yang diselitkan. 

Cinta Teruna Kimchi bersiaran mulai 29 Januari 2016, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di Tv3. 

Sinopsis drama Cinta Teruna Kimchi

Mengisahkan mahasiswa berbangsa separa Korea, Kang Ye Jun, yang sering mendapat mimpi serta petunjuk supaya beliau mendekati agama Islam. Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun. 

Tambahan pula, ibunya sendiri menyimpan banyak rahsia darinya menyebabkan beliau bertambah keliaru dengan identiti dirinya. Rahsia yang selama ini dijaga akhirnya terbongkar selepas menemui sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. 

Hati Ye Jun kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayah kandungnya dan beragama Islam. Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya itu.

Saya pun baru tahu kewujudan drama ni, sama ada kurang promosi di tv atau sebab saya tak tengok Tv3. Dapat tahu pun sebab terlalu ramai yang menghentam di Twitter sehingga ada yang melabelkan ia adalah drama sampah. 


Terima kasih kerana membaca Cinta Teruna Kimchi

Bahaya Virus Zika

$
0
0
Bahaya Virus Zika. Seperti yang dihebahkan di portal berita beberapa hari kebelakangan ini, di mana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan amaran tentang virus zika yang disebabkan gigitan nyamuk.

Virus ini dibawa oleh nyamuk Aedes (bergantung kepada spesis) yang juga menyebabkan demam denggi dan chikungunya. Kini virus zika telah merebak secara besar-besaran ke 26 negara di benua Amerika. Lebih sejuta ke dilaporkan di Brazil dan dijangka meningkat sehingga 4 juta pada akhir tahun ini.

Saya sempat baca beberapa fakta tentang virus zika beberapa portal berita tempatan dan luar negara. Jadi saya ingin berkongsi menlalui entri ini.  

Simptom virus zika

Penyakit yang pertama kali dikesan di Uganda pada 1947 ini menunjukkan tanda-tanda atau simptom seperti:
  • demam berlarutan
  • sakit sendi dan otot
  • ruam
  • konjunktivitis
  • mata merah
Selain menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan orang dewasa, virus ini turut berisiko buat ibu mengandung. Ini kerana virus zika boleh tersebar kepada janin dan pringkat yang paling berisiko adalah dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

Baca:Harga Buat MyKad Kekal RM10

virus zika bayi

virus zika bayi

Terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom microcephaly, iaitu bayi yang dilahirkan berkepala kecil. Bayi bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal malah, berhadapan dengan kecacatan mental seumur hidup. Pengkaji percaya sindrom microcephaly ini mempunyai kaitan dengan virus zika walaupun punca sebenar masih belum diketahui.

Virus zika di Malaysia?

Walaupun setakat ini tiada sebarang kes dilaporkan di Malaysia, tetapi negara ini cukup popular dengan nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa zika. Nyamuk yang membawa virus zika berada di mana-mana termasuk negara di benua Amerika, Afrika, dan Asia.

Baca: Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2016


Virus zika berjangkit?

Menurut laporan BH, virus ini turut berjangkit melalui pemindahan darah dan hubungan intim.


Cara mencegah zika

Oleh kerana virus ini berpunca dari gigitan nyamuk,  anda disaran memusnahkan tempat pembiakannya. Sama seperti yang sering kita lakukan untuk mencegah nyamuk aedes. Bersihkan persekitaran kediaman dan hapuskan tempat takungan air.

Senarai negara berisiko tinggi

Orang ramai khususnya ibu mengandung disaran menangguhkan lawatan ke 22 buah negara yang berisiko dijangkiti virus zika.

Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guyana, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname dan Venezuela. Di Caribbean: Barbados, Guadeloupe, Haiti, Martinique, St. Martin dan Puerto Rico, Cape Verde, di luar pantai barat Afrika dan Samoa di Pasifik Selatan.

Virus ini semakin menular dan tidak hanya tertumpu di negara-negara tertentu sahaja. Lebih membimbangkan, setakat ini vaksin atau penawar atau penawar bagi virus zika masih belum di temui.

sumber: BH, Awani, WHO


Terima kasih kerana membaca Bahaya Virus Zika

Fakta Menarik Filem Deadpool

$
0
0

Fakta Menarik Filem Deadpool. Sebuah lagi filem yang diadaptasi dari komik popular, Marvel, yang tunggu-tunggu peminat. Berbeza dengan karakter Marvel lain, Deadpool bukannya superhero, tetapi merupakan antihero. 

Diarahkan oleh Tim Miller dan dibintangi pelakon terkenal Hollywood, Ryan Reynolds dan turut dibantu oleh Morena Baccarin, Ed Skrein, T J Miller, Gina Carano dan Brianna Hildebrand.

Deadpool mengisahkan Wade Winston, seorang bekas pasukan khas yang menghidap kanser. Wade menjadi bahan ujikaji ketika dalam proses menyembuhkan penyakitnya. Ini menyebabkan beliau mengalami kecacatan pada kulit dan mempunyai keupayaan menyembuhkan diri dengan cepat. Dengan keupayaan baru itu, Wade bertindak membalas dendam terhadap orang yang hampir memusnahkan hidupnya. 


Berikut merupakan beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu dan perlu tahu sebelum menonton Deadpool. 

Fakta Menarik Filem Deadpool

1.Kostum Deadpool pada asalnya mempunya ciri tambahan supaya si pemakainya tampak berotot. Ciri itu terpaksa dibuang kerana badan Ryan Reynolds sudah cukup sempurna. Reynolds tidak memerlukan otot palsu pada kostumnya.

2. Ini merupakan penampilan kelima Reynolds dalam filem adaptasi komik.  Sebelum ini beliau memegang watak utama dalam filem Blake Trinity (2004), sebagai Wade Wilson yang juga Deadpool dalam X-Men Origins: Wolverine (2009), Green Lantern (2011), dan sebagai Nick Walker dalam R.I.P.D iaitu dari komik Dark Horse. 


3. Pihak produksi merakam video berdurasi tiga minit sebagai percubaan untuk meyakinkan penerbit. Video berkenaan kemudian dipaparkan kepada umum. Mereka memulakan penggambaran selepas video itu mendapat sambutan luar biasa.

4. Brianna Hilderbrand berlataih Muay Thai selama beberapa bulan sebagai persediaan memegang watak Negasonic Teenage Warhead. 

5. Deadpool merupakan filem kedua Marvel yang di labelkan sebagai R-Rated (Larangan) selepas Punisher: War Zone kerana mengandungi babak ganas, bahasa yang tidak sopan, dan unsur seksual. 


6. Versi Deadpool kali ini berbeza dengan apa yang pernah dipertontonkan dalam X-Men Origins: Wolverine (2009) kerana perubahan latarbelakang dan masa yang dipaparkan dalam X-Men: Days of Future Past (2014).

7. Dalam trailer Deadpool, Reynolds menyebut "Don't make the super suit green- or animated!" (Jangan buat sut menjadi hijau atau animasi!) Sebagai bahan jenaka kerana beliau pernah membawa watak superheroGreen Lantern sebelum ini.


8. Penerbit baru-baru ini mengumumkan Deadpool berpotensi mempunyai sekuel seperti X-Men. Sekuel ini mungkin mampu menutup kegagalan filem Fantastic Four tahun lalu. 


9. Kerajaan China mengharamkan penayangan filem ini di negara berkenaan kerana menampilkan aksi ganas dan kurang sopan.  

10. Deadpool menelan kos sebanyak USD$150 juta walaupun ia tidak kelihatan 'mahal' seperti filem blockbuster lain. 


Filem ini menerima pelbagai review positif yang mengatakan ia cukup hebat dari segi jenaka, sinematografi, kesan khas, dan lagak ngeri.

sumber: IMDb

Namun, anda perlu tahu bahawa filem ini dilabelkan sebagai RESTRICTED kerana mempunyai aksi ganas, bahasa kurang sopan dan juga babak kurang sopan (bogel). Sebagai ibu bapa atau penjaga, kalau boleh jangan bawa anak-anak di bawah umur menonton filem ini dipawagam. Ia kelihatan seperti filem superhero, tetapi DEADPOOL BUKAN UNTUK KANAK-KANAK!

Entri sebelum ini - Bahaya Virus Zika

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem Deadpool

Gambar Jersi Kelantan TRW 2016

$
0
0

Gambar Jersi Kelantan TRW 2016. Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) telah melancarkan jersi terbaru yang bakal dipakai skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) pada saingan Liga Malaysia 2016.

Jersi pada musim ini menggunakan jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang dikeluarkan oleh penaja utama pasukan Kelantan iaitu Vida Beauty Sdn Bhd. Majlis pelancaran itu diadakan di Pusat Dagangan Kota Bharu (KTC), Kota Bharu.


Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, Kelantan akan menyarung jersi berwarna merah jambu bagi jersi utama seperti yang diminta pengasas Vida Beauty,  Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida. Sebanyak tiga variasi diperkenalkan iaitu Supra Player, Millenia, dan Mantera.

Gambar Jersi Kelantan TRW 2016


  • Jersi perlawanan 'home': Merah jambu - putih / merah - putih
  • Jersi di tempat lawan: Merah jambu - hitam / biru putih
  • Penjaga gol: Hijau- merah
Jersi boleh mengurus dan memutihkan kulit

Jersi skuad Kelantan pada kali ini menampilkan ciri lain dari yang lain iaitu berfungsi menguruskan badan dan memutihkan kulit si pemakainya. Menurut Datuk Vida jersi yang menggunakan benang istimewa yang ditempah khas dari China, Thailand dan Vietnam itu turut mampu melancarkan aliran darah dan mengeringkan peluh.

Harga jersi Kelantan 2016 adalah RM68 (Mantera), RM98 (Millenia), dan RM168 (Supra Player) mengikut versi yang dikeluarkan. 


Skuad Kelantan bakal menyarung jersi baharu ini buat pertama kalai pada perlawanan Liga Super menentang Perak pada 13 Februari ini. 

Kalau jersi tak banyak iklan, bukan Kelantan namanya. :(

Artikel sebelum ini - Fakta Menarik Deadpool

Terima kasih kerana membaca Gambar Jersi Kelantan TRW 2016

Cara Tulis Entri Disukai Google

$
0
0
Cara Tulis Entri yang Disukai Google. Bagaimana nak jadikan entri blog anda mesra di enjin carian terutamanya Google? Ramai blogger yang berdepan masalah di mana artikel yang diterbitkan tidak muncul di laman carian.

Hal ini bukan sahaja menjejaskan prestasi blog malah, melunturkan semangat blogger. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan supaya artikel yang diterbitkan mendapat tempat terbaik dalam enjin carian..... jika kena caranya. Apa yang perlu anda lakukan adalah back to basic ---> Search Engine Optimization.
 
Tak susah, kalau kena dengan caranya, entri yang dihasilkan mampu menarik perhatian Google.

Cara Tulis Entri Disukai Google

Keywords, keywords, keywords - Bagi memastikan entri anda disukai Google, entri yang diterbitkan wajib mempunyai keywords atau kata kunci. Contohnya anda nak berkongsi entri berkaitan 'pengalaman guna oppo', oleh itu entri anda perlu diselitkan dengan beberapa ayat 'pengalaman guna oppo'.


Namun jangan terlalu mengulang ayat yang sama berkali-kali. Nanti entri anda akan ditendang ke halaman tujuh atau lapan di enjin carian. Anda akan dicop cuba untuk memanipulasi kata kunci.

Backlink berkualiti - Selitkan links/pautan entri terdahulu yang berkaitan. Ia boleh membantu menguatkan lagi entri baru. Selain itu, sediakan pautan laman rasmi produk atau info berkaitan. Ini menunjukkan blog anda boleh dipercayai kerana menyediakan informasi rasmi sebagai rujukan. Cari ini bukan sahaja boleh 'tackle' Google, malah memberikan trafik percuma kepada entri terdahulu.

Artikel berkaitan:Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

Letak tag ALT pada gambar - Ramai blogger ambil mudah soal ini. Gambar diletakkan dalam setiap entri bukan sekadar perhiasan. Memasukkan tag 'alt image' dan title description dengan keywords yang sama dengan tajuk boleh menguatkan lagi entri.

Cuba lihat gambar di bawah, gambar dari blog ini secara automatik muncul pada Google Image apabila memasukkan keywords berkaitan. Gambar tersebut sekaligus membawa pengunjung ke blog anda.

Search description - Jika menggunakan platform Blogspot, jangan lupa isi bahagian 'search description'. Search desription adalah ringkasan entri yang mengandungi kata kunci berkaitan dan ia akan terpapar pada laman carian. Tidak perlu panjang berjela, 3 - 4 baris sudah memadai.


Entri panjang dan berkualiti - Ingat, content is king. Google tidak pernah menetapkan syarat bilangan patah perkataan yang perlu ditulis. Tapi lebih selamat jika artikel anda tidak kurang dari 350 patah perkataan. Entri panjang dan berkualiti cukup disukai Google serta mudah untuk diindex oleh robot carian. Malas nak kira perkataan? C'mon guys, copy paste je dalam Words, jumlah perkataan akan tertera pada bahagian bawah sebelah kiri.

Baca:Beli Domain Murah malaysia

Semoga perkongsian ini dapat membantu. Bila artikel sentiasa berada di page pertama Google, baru la semangat sikit nak update blog. Untuk tips blogging sebelum ini boleh rujuk label  >>  Blogging

Entri sebelum ini - Gambar Jersi Kelantan TRW 2016

Terima kasih kerana membaca Cara Tulis Entri Disukai Google

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu di Tv3

$
0
0

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu di Tv3. Menggantikan Cinta Si Wedding Planner yang telah pun berakhir semalam, Tv3 mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri terbaru di Slot Akasia bertajuk TUNDUKKAN PLAYBOY ITU buat tontonan penonton setianya.

Drama 30 episod ini bakal membuka tirainya pada 17 Februari 2016, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Tv3. Seperti biasa, Tundukkan Playboy Itu juga diadaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama karya Anjell. 

Diterbitkan oleh A-Ten Alliance Sdn Bhd dan mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Keoi Hj Khalid, drama ini diterajui oleh Hafidz Rosli dan Uqasha Senrose sebagai pelakon utama serta dibantu oleh Alif Satar, Mawar Rashid, Redzuan Hashim, Maria Farida, Marisa Yasmin, dan ramai lagi. 

drama tundukkan playboy itu

drama tundukkan playboy itu 2
tundukkan playboy itu

Sinopsis drama Tundukkan Playboy Itu

Mengisahkah Harraz Naufal yang hanya melihat wanita sebagai subjek mainan. Lahir dari keluarga berada membuatkan Harraz dibuai kemewahan dan sering didampingi gadis-gadis jelita. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. 

Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab dalam menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Ibu bapanya pasti suatu hari nanti akan ada seorang wanita yang akan hadir dan menundukkan sikap ego dan playboy anaknya. 

Bapanya yang cukup berkenan dengan Nurin, anak rakan lamanya menawarkan pekerjaan di syarikat Harraz. Nurin yang mengharapkan pekerjaan itu cukup kecewa dengan tindakan Harraz yang meletakkan syarat supaya membuka tudung jika inginkan jawatan itu. 

Nurin yang tetap dengan pendiriannya menolak syarat yang ditawarkan. Akan tetapi bapa Harraz, Tan Sri Mukhriz memaksa anaknya supaya menerima Nurin bekerja. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. 

Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.

sumber: budiey.com


Terima kerana membaca Sinopsis Tundukkan Playboy Itu di Tv3

6 Kesilapan Terbesar Ketika Siaran Secara Langsung

$
0
0

6 Kesilapan Terbesar Ketika Siaran Langsung. Apa sahaja boleh berlaku sewaktu siaran televisyen, paling membimbangkan jika terdapat kesilapan atau salahlaku ketika siaran secara langsung yang disaksikan jutaan penonton. 

Kesilapan besar bukan sahaja memberikan imej buruk terhadap individu yang terlibat tetapi akan menjadi bahan jenaka warga internet. Ia akan dipermain dan diperkatakan dunia sampai bila-bila.


Berikut saya senaraikan beberapa insiden memalukan yang berlaku ketika siaran secara langsung

6 Kesilapan Terbesar Ketika Siaran Secara Langsung 

Insiden mengaibkan Janet Jackson

Di Amerika Syarikat, Super Bowl adalah acara suka terbesar. Menariknya, penonton bukan sahaja tidak sabar untuk melihat perlawanan akhir bola sepak tetapi ingin menyaksikan konsert yang berlangsung pada waktu rehat iaitu Super Bowl Halftime Show. Pada 2004, Janet Jackson dan Justin Timberlake dipilih untuk membuat persembahan. Di penghujung persembahan mereka, Timberlake telah menarik baju Jackson sehingga menampakkan buah dadanya.

janet jacson super bowl

Pihak produksi mengalihkan perhatian penonton dengan memaparkan keseluruhan stadium. Walaubagaimanapun, seramai 140 juta penonton sempat melihat buah dadanya selama 1.4saat. Jackson menjelaskan Timberlake sepatutnya menarik pakaian di bahagian luar sahaja. Jackson danStesen tv CBS kesal atas perkara ini dan mereka terpaksa membayar denda.

Australia's Next Top Model tersalah umum pemenang

Pada tahun 2010, rancangan pencarian model Australia's Next Top Model berakhir dengan kesilapan memalukan apabila hos, Sarah Murdoch, mengumumkan nama pemenang yang salah. Beliau mengumumkan Kelsey Martinovich sebagai juara tetapi pemenang sebenar ialah Amanda Ware.


Sebaik Martinovich menyampaikan ucapan, Murdoch tampil memohon maaf dan menamakan pemenang yang sebenar. Kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku ketika siaran secara langsung. Beliau tidak membaca keputusan pada kad tetapi keliru dengan apa yang diberitahu penerbit melalui peranti telinganya. Syarikat telekomunikasi Foxtel menjelaskan ia adalah satu kesilapan dan bukannya gimik. 

John Travolta tersalah sebut 'Adele Dazeem'

Pelakon John Travolta mencuri perhatian pada Anugerah Oscar 2014. Aktor itu tersalah sebut nama penyanyi Idina Menzel dengan memanggilnya 'Adele Dazeem' sewaktu mengumumkan persembahan Menzel, bagi menyampaikan soundtrack filem animasi Frozen, Let It Go. Travolta menjadi bahan jenaka media sosial malah ada yang mendakwa beliau tidak kenal siapa Menzel.


Masalah audio semasa persembahan Adele

Minggu lalu berlangsungnya Anugerah Grammy dan rata-rata penonton menantikan persembahan Adele. Terdapat masalah audio sewaktu penyanyi kelahiran England itu mendendangkan lagu All I Ask di mana sepatutnya hanya bunyi piano sahaja yang melatari lagu tersebut. Sebaliknya terdapat bunyi petikan gitar yang lebih menonjol dan menjejaskan keseluruhan persembahan.


Adele kemudian menjelaskan mikrofon piano terjatuh menyebabkan melodi tidak menentu. Ramai yang kecewa dengan masalah audio itu kerana Anugerah Grammy 2016 adalah persembahan pertama Adele pada anugerah berkenaan dalam masa empat tahun.

Artikel berkaitan:Fakta Menarik Album Adele 25

Penyampai ramalan cuaca tunjuk isyarat lucah

Penyampai berita seharusnya menjaga kelakuan semasa rancangan siaran langsung kerana kamera mungkin akan fokus kepada anda pada bila-bila masa. Itulah yang berlaku kepada penyampai ramalan cuaca saluran antarabangsa BBC, Tomasz Schafernaker. 

Tomasz Schafernaker middle finger

Beliau menunjukkan isyarat lucah kepada pembaca berita Simon McCoy selepas McCoy berjenaka yang ramalan cuaca yang bakal disampaikan 100% tepat. Sebaik sedar yang kelakuannya disiarkan di televisyen, Schafernaker berpura-pura menggaru dagunya tetapi ia sudah terlambat. Beliau dipecat selepas BBC menerima banyak aduan dari penonton.

Steve Harvey dan Miss Universe

Siapa boleh lupa tentang insiden di mana hos, Steve Harvey, tersalah umum nama pemenang ketika pertandingan Miss Universe 2015. Gelaran Miss Universe sepatutnya diberikan kepada Pia Alonzo Wurtzbach (Filipina) akan tetapi Harvey mengumumkan Ariadna Guttierez (Colombia) sebagai juara. Harvey kemudian tampil memohon maaf dan mengumumkan pemenang sebenar. Beliau kesalahannya kerana keliru dengan format kad keputusan yang dibacanya.

steve harvey miss universe

Malaysia juga tidak ketinggalan apabila pembaca berita Fardino Omar sedang keudara, seorang krew muncul didepan kamera. Kesilapan ini mendapat perhatian ramai sehingga rancangan bual bicara terkenal dunia, The Ellen Degeneres Show, menyelitkan klip berkenaan dalam segmen Local Focal.


Viewing all 671 articles
Browse latest View live