Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all 671 articles
Browse latest View live

Contoh Bil TM Melalui Email

$
0
0

Contoh Bil TM Melalui Email. Mungkin masih ramai lagi yang belum tahu yang Telekom Malaysia (TM) kini mengenakan bayaran RM5 terhadap bil bercetak. Kalau tak silap bayaran ini dikenakan ke atas perkhidmatan telekomunikasi kendalian TM seperti telefon, Streamyx, dan Unifi.

Cara untuk memohon bil melalui email telah saya kongsikan, anda boleh rujuk entri >> INI. Setelah bertukar untuk menerima bil Streamyx secara online, pihak TM telah menghantar dua email iaitu bagi bulan Januari dan Februari.

Baca:Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

Format bil online sedikit berlainan berbanding bil bercetak. Pada saya bil yang dihantar melalui email lebih mudah difahami, ringkas, dan straight forward. Tidak seperti bil bercetak yang ada kertas tambahan yang mengandungi penerangan dan pembertahuan. Mesti korang cuma baca jumlah yang perlu dibayar je dan ignore penerangan lain. Kan? Jangan tipu.

Contoh Bil TM Melalui Email

bil tm email

Yang masih menerima bil bercetak tu boleh apply sekarang. Kalau tak rugi je bayar extra RM5 ke atas dua keping kertas.

Entri sebelum ini - 6 Kesilapan Terbesar Ketika Siaran langsung

Terima kasih kerana membaca Contoh Bil TM Melalui Email

Kebab Sedap di Kota Bharu

$
0
0
kebab sedap di kota bharu

Kebab Sedap di Kota Bharu. Bila sebut sahaja kebab, mesti terbayangkan aroma daging lembut yang diadun dengan rempah ratus istimewa. Ditambah pula dengan sos khas beserta roti, ia membuatkan hidangan ala Arab menjadi kegemaran ramai.

Kalau sebelum ni saya pernah review restoran yang menghidangkan makanan yang seakan sama, yang tu boleh baca pada entri - Just Doner Hidangan Timur Tengah di Kota Bharu. Ada sebuah lagi restoran yang menyediakan kebab sedap iaitu di Pulau Melaka.

Saya tak pasti apa nama restoran ni sebab tak ada papan tanda atau label. Tapi bila search lokasi pada Instagram dan Facebook, ramai yang menamakan restoran ini sebagai Roti Tempayan Tok Arab Pulau Melaka. Seingat saya lama jugak pemilik kedai ni pernah berniaga di food court KB Mall sebelum berpindah ke Pulau Melaka.


Seperti kebanyakkan restoran ala Arab lain, makanan dihidangkan dalam portion yang banyak. Daging kambing/lembu/ayam, roti tempayan, dan salad. Selain dimasak dengan rempah khas ia turut hadir dengan sos istimewa yang menjadikan hidangan cukup menyelerakan.

Artikel berkaitan:Restoran Wau KB

Antara menu yang disediakan di sini adalah Adana Kebab Ayam/Daging/Kambing, Chicken Kufta, Chicken Cheese Mashroom, Nasi Bukhara, Ayam Tandoori, Chicken Chop, dan Fish & Chips. Harga pula berpatutan, tak sampai RM20 untuk satu hidangan.

Kebab Sedap di Kota Bharu

kebab sedap kota bharu 1

Saya sendiri dah banyak kali makan kat sini. Because I can't get enough. Menu yang saya pernah order adalah Adana Kebab Daging dan Chicken Cheese Mashroom. Sedap, tidak terlalu berminyak, dan tidak muak. Tekstur nasi bukharanya pula cukup lembut. Manakala roti tempayan dihidang panas dan tidak keras jika sejuk.

kebab dan roti tempayan pulau melaka
Chicken Cheese Mashroom

Adana Kebab Daging
Tempat duduk selesa, tetapi dekorasinya biasa sahaja dan tidak se-'hipster' seperti kebanyakkan restoran/kafe sekarang. Apa yang penting adalah rasa dan harga makanan tersebut. Apa yang boleh saya simpulkan, hidangannya sedap, berpatutan, dan berbaloi.

Baca:Cara Shopping di Lazada

Restoran kebab/roti tempayan Jalan Long Sulaiman Pulau Melaka ni terletak bersebelahan pasar Pulau Melaka berdekatan dengan rumah Allahyarham Tok Guru. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan beroperasi pada waktu malam sahaja.

#NKfoodreview - 8.8/10

Entri sebelum ini - Contoh Bil TM Melalui Email

Terima kasih kerana membaca Kebab Sedap di Kota Bharu

Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016

$
0
0

Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016. Malam penghargaan buat blogger dan pengamal media sosial tempatan iaitu Malaysia Social Media Week Award 2016 (MSMW2016) telah berlangsung dengan jayanya semalam. Anugerah tahunan ini merupakan platform untuk mengiktiraf mereka yang aktif dalam menyampaikan maklumat di alam maya.

Apa yang saya suka tentang MSMW adalah sistem pengadilannya yang adil. Pemenang ditentukan dengan mengambil kira jumlah undian pembaca serta diadili juri profesional. Jadi, setiap pemenang mestilah menyampaikan maklumat yang berkualiti dan menarik serta mempunyai pengikut setia.

pemenang MSMW2016
Foto: https://www.facebook.com/sunwaypyramid/?fref=photo
Bagi kategori blogger, saingan memang sengit apatah lagi bersaing dengan blogger popular danpernah menang sebelum ini. 

Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016 (Kategori Blogger)
Menurut laporan Utusan, bermula 28 Dec 2015 hingga 24 Jan 2015 pihak MSMW menerima kira-kira 17,000 undian melalui Facebook, Twitter, dan Instagram  lalu untuk menentukan penerima kategori penulis blog.

Kepada diri sendiri dan rakan blogger lain yang tidak pernah tercalon, jangan putus asa. Teruskan usaha dalam menulis content blog yang berkualiti dan tepat. Mana tahu, tahun depan boleh tercalon.

Entri sebelum ini - Kebab Sedap di Kota Bharu

Terima kasih kerana membaca Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016

Proton Perdana 2016 2.4L Spesifikasi dan Harga

$
0
0

Proton Perdana 2016 2.4L Spesifikasi dan Harga. Sejak berita tentang keluaran terkini Proton Perdana bakal dipasarkan pada tahun ini, rata-rata peminat dunia automotif khususnya kereta tempatan sudah tidak sabar lagi untuk melihat generasi terkini baru Proton Perdana 2016 2.4L.

Model ini dijangka dilancarkan pada suku tahun pertama tahun ini dan sejak spesifikasi dan gambarnya didedahkan, ia dilihat lebih elegen. Ramai yang beranggapan kereta yang dipertontonkan dalam filem Kapsul adalah Proton Perdana baru. Akan tetapi Proton menjelaskan ia bukan design sebenar yang akan dipasarkan. Selain itu terdapat beberapa perbezaan pada badan kereta.


Proton Edar telah pun mendedahkan brocur yang mengandungi pandang pertama serta spesifikasi model terkini ini. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahatir baru-baru ini mengumumkan harga Perdana 2016 2.4L dijual bermula RM100,000 - RM150,000. 

Spesifikasi Proton Perdana 2016 2.4L

Rekabentuk 
  • Bodykit with spoiler
  • Headlamps + DRL
perdana baru 2016

Ciri keselamatan
  • Park assist (Reverse camera + Sensor depan dan belakang)
  • ABS (Anti-Lock braking system)
  • EBD (Electronic Brake Distribution)
  • Electronic Stability Control  
Spesifikasi

Klik untuk besarkan gambar
Warna


perdana baru 2016 a

Menurut Proton, model baru yang lebih elegen ini menjanjikan pemanduan yang lebih selesa dan dilengkapi enjin berkuasa 2354cc dan ciri ciri keselamatan yang lebih mantap.


Terima kasih kerana membaca Proton Perdana 2016 2.4L Spesifikasi dan Harga

Fakta Menarik Batman v Superman: Dawn of Justice

$
0
0

Fakta Menarik Filem Batman v Superman.Filem Batman V Superman: Dawn of Justice adalah filem yang paling dinantikan tahun 2016! Peminat bukan sahaja rindu akan watak superhero ini malah ingin menyaksikan pertembungan pertama antara dua ikon dalam sejarah Komik DC.

Sejak Warner Bros mengumumkan filem ini bakal diterbitkan, ia menerima banyak reaksi positif dari penggemar filem. Ketika trailer pertama dipertontonkan kepada umum ia menjadi viral di laman-laman sosial kerana jika trailer sahaja sudah tampak menarik, bayangkan kehebatan keseluruhan filem tersebut.

Baca:Fakta Menarik Deadpool


Batman v Superman mengisahkan tentang dua superhero ini beradu tenaga antara satu sama lain untuk membuktikan siapa yang lebih layak bergelar hero sebenar. Batman telah hilang kepercayaan penduduk sejak beberapa tahun lalu manakala tindakan Superman yang diperlihatkan dalam filem Man of Steal menimbulkan kemarahan orang ramai. Namun mereka terpaksa melupakan ego masing-masing bagi menentang musuh tradisi, Lex Luthor, serta seteru baru, Doomsday.

Diarahkan oleh Zack Snyder dan dibintangi Ben Affleck (Bruce Wayne/Batman), Henry Cavill (Clark Kent), Amy Adams (Louis Lane), Jesse Eisenberg (Lex Luthor), serta Gal Gadot (Diana Prince), filem ini bakal ditayangkan bermula 24 Mac 2016.

Fakta Menarik Batman v Superman: Dawn of Justice

1. Walaupun jalan cerita filem ini berkaitan dengan Man of Steal (2013), ia bukan sambungan Superman. Pengarah Zac Syder menjelaskan filem adalah pengenalan kepada Justice League yang bakal ditayangkan kelak selain memperluaskan dunia yang dicipta dalam Man of Steal.

2. Klip Batman V Superman dipertontonkan kepada eksekutif Warner Bros, terpegun dengan klip itu mereka mula membuat rundingan dengan Ben Affleck untuk menerbitkan tiga filem solo Batman.

3. Kostum Batman pada kali ini direka berdasarkan komik The Dark Knight Returns.



4. Filem ini merupakan bertemuan pertama diantara Superman, Batman, dan Super Woman.

5. Mengikut komik The Dark Knight Returns, Batman dan Superman bertempur selepas pasukan Justice League ditubuhkan. Namun dalam filem ini mereka berlawan sebelum ia ditubuhkan. 

5. Jeffery Dean Morgan pada awalnya menjadi calon untuk memegang watak Batman/Bruce Wayne, namun beliau kemudian diberi watak ayah kepada Bruce.

6. Ini merupakan penampilan pertama Wonder Woman dalam live-action filem. Sebelum ini karakter itu hanya mncul dalam tv siri dan animasi sahaja.

6. Sebelum Jesse Eisenberg diberi watak Lex Luthor, nama-nama besar Hollywood seperti Matt Damon, Bradley Cooper, dan Joaquin Phoenix disenarai pendek untuk watak berkenaan. 


7. Punca kenapa Batman berdendam dengan Superman adalah kerana bangunan miliknya, Wayne Financial musnah disebabkan Superman dalam Man of Steal (2013). Wayne turut bimbang jika Superman menggunakan kuasanya ke arah kejahatan.


8. Walaupun jalan cerita filem ini tiris diinternet sebanyak empat kali, pihak Warner Bros menafikan ia jalan cerita yang sebenar. 

9. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada 2015 tetapi ditunda bagi memberi peluang kepada produksi untuk menambahbaik suntingan serta visual. 

10. Filem yang menelan bajet kira-kira $200juta dollar ini menjalani penggambaran sekitar Michigan, USA.

sumber: IMDb


Cara Buat Duit dengan Blog

$
0
0

Cara Buat Duit dengan Blog. Ada yang tanya, macam mana seorang blogger boleh buat duit dengan blog? Buat blog memang mudah, tapi tak semua tahu bagaimana cara nak jana income tambahan melaluinya terutamanya blogger baru.

Peluang untuk jana pendapatan sampingan terbuka luas dengan hanya sebuah blog. Ia boleh datang dari pelbagai cabang. Lebih banyak cara yang anda guna, lebih banyak income yang blogger boleh dapat. Ada yang dibayar dalam ringgit, ada yang dibayar dalam USD.

Dalam entri ni saya akan kongsikan beberapa tips jana income melalui blog berdasarkan pengalaman sendiri.

Cara Buat Duit dengan Blog

Jobdirumah

Ini cara yang paling saya recommend. Kenapa? Sebab mudah dan lumayan. Jobdirumah bukan scam malah diperakui oleh *****. Jobdirumah sebenarnya panduan untuk mereka yang nak cari kerja tambahan di internet. Dari kerja paling mudah di dunia contohnya re-type dan masukkan data dan like Facebook page hinggalah tugasan yang memerlukan kemahiran tertentu.


Disebabkan ramai yang dah mula join Jobdirumah, sebab itu lah sentiasa ada komisen setiap bulan. Dapat upah assignment, upah buat sales pun dapat. Boleh daftar di >> www.jobdirumah.com

Pasang iklan pada blog

Ini adalah cara yang paling popular dan berkesan. Setiap blogger boleh mendaftar dengan syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, PopAds, dan Adverlets. Apabila sudah mendaftar anda akan diberikan kod HTML untuk pasang pada blog . Blogger akan dibayar berdasarkan berapa kerap iklan keluar pada blog dan jumlah klik.


Untuk income yang lebih padu, daftar dengan medium pengiklanan yang bayar dalam USD seperti  Google Adsense, Mobicow, dan RevenueHits. Adsense adalah yang terbaik, tapi nak lulus memang cukup perit. Saya masih lagi tunggu permohonan peringkat kedua diluluskan. Manakala RevenueHits pulak senang lulus, seronok tengok earning berjalan, lebih-lebih lagi bila ringgit Malaysia tengah jatuh ni. Boleh daftar di >> www.revenuehits.com

Artikel berkaitan:Kelebihan Pengiklan RevenueHits

Advertorial / Review

Berdasarkan kualiti blog, kekuatan Search Engine Optimization (SEO), serta jumlah pengunjung, sebuah blog mampu menarik minat syarikat besar ataupun usahawan untuk menulis review tentang produk/servis mereka. Pengiklan akan bayar anda dengan jumlah yang telah dipersetujui untuk satu post.

Kenapa mereka sanggup bayar? Kerana orang akan Google produk mereka dan baca review yang anda tulis. Pengiklan sanggup bayar dari harga RM30 hinggalah ratusan ringgit untuk promosi. Blogger pulak dapat bayaran dan trafik organik. Saya sarankan sediakan rate-card atau sebut harga pengiklanan supaya nampak profesional. Contoh rate-card saya akan kongsikan dalam entri akan datang

Sewa ruang iklan

Sebelum buka ruang iklan pastikan blog anda terima ribuan trafik sehari. Saya ulang, ribuan. Berbaloi ke pengiklan sewa tapak iklan di blog anda? Ramai ke yang akan tengok iklan tu? Kalau hanya 30 views sehari, baik lupakan hasrat. Kesian pengiklan tak dapat pulangan.


Yakinkan mereka dengan traik blog harian, mingguan, dan bulanan. Tak cukup dengan tu bagi sekali ranking Alexa dan Google Pagerank. Pastikan pengiklan yakin sewa ruang iklan di blog anda benar-benar berbaloi dan dilihat ramai pengunjung. Jangan pulak penuhkan setiap ruang blog dengan iklan, nanti lambat loading blog terus hilang viewers. Orang tamak selalu rugi.

Affiliate

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni ramai yang bercakap tentang keuntungan main affiliate. Affiliate ni anda cuma perlu daftar dan buat promosi melalui banner dan link. Komisen akan dibayar sekiranya berjaya buat jualan melalui link anda. Antara program affiliate popular adalah Klikjer, Amazon, Lazada, dan Agoda. Syarikakt yang jual domain dan hosting macam NetKL pun ada affiliate.


Ramai blogger berjaya buat duit dengan blog melalui affiliate sebab terima komisen dalam 50% - 80%. Lagi banyak kalau main affiliate antarabangsa.

Contest

Okay, cara ni tak selalu dapat. Tapi bila dapat memang berbaloi. Ada yang menganggap sertai contest ni buang masa sebab belum tentu boleh menang. Betul. Tapi kalau tak join tak menang langsung. Sama ada contest SEO, tulis artikel terbaik, ataupun top referral, kalau buat betul-betul anda boleh menang wang tunai atau produk.

Saya sendiri dah banyak kali menang wang tunai. Segala bentuk kemenangan saya dah masukkan dalam label >> Pencapaian. Pergi baca.

Ada banyak lagi cabang untuk blogger buat duit. Saya punya favorite Jobdirumah sebab komisen 50%. Heee! Tapi kena ingat ia memerlukan masa, komitmen, dan kreativiti. Tak boleh la hari ni buat blog esok nak terus dapat income. Dalam dunia blogging, kalau hanya fikir duit dan populariti tanpa mengira perkongsian informasi bermanfaat, you are not going anywhere.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Batman V Superman: Dawn of Justice

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit dengan Blog

Diskaun 90% Sempena Birthday LAZADA

$
0
0

Diskaun 90% Sempena Birthday LAZADA. Kalau nak shopping online dengan harga murah pun kena tengok masa jugak. Biar harga yang ditawarkan berbaloi dan lebih murah dari kat kedai. Jika tengah plan nak beli barang, SEKARANG adalah masa yang paling sesuai kerana Lazada sedang mengadakan promosi diskaun 90 peratus!

Jualan besar-besaran ini adakan sempena ulang tahun ke empat portal membeli-belah paling popular di Malaysia itu.

Baca:Beli Buku Online MPH Bookstore

Biasanya Lazada buat promosi ke atas beberapa kategori sahaja dalam satu masa. Tapi kali ni untuk semua kategori. Ia merangkumi gadget, produk elektrik, pakaian dan aksesori lelaki/wanita, jam tangan, permainan kanak-kanak, etc.

Diskaun 90% Sempena Birthday LAZADA


Promosi ni tak lama, sehingga 31 Mac ini sahaja. Sepanjang bulan pelanggan akan menikmati harga termurah, lebih murah dari biasa atau pasaran semasa. Kalau alert, dapat lebih diskaun dengan promosi Flash Sale yang diadakan pada waktu tertentu sahaja.

Macam mana nak shopping di Lazada? 

Mereka menyediakan banyak cara untuk membuat bayaran contohnya bank transfer, kredit/debit card, Paypal, Cash On Delivery (COD) pun ada. Untuk lebih detail, saya dah kongsikan dalam entri - Cara Beli Barang di Lazada

Kalau nak tengok item apa yang murah, klik je mana-mana banner yang anda nampak dalam blog ni termasuk banner kat bawah. Anda akan terus di bawa ke kategori tersebut.

Lazada Malaysia

Lazada Malaysia

Lazada Malaysia


Saya dah aim nak beli jam Casio, sebab diskaun 54%, cun! Nanti menyesal kalau harga kembali kepada asal. Sebelum 31 Mac, cepat pergi shopping kat >> LAZADA

Entri sebelum ini - Cara Buat Duit dengan Blog

Terima kasih kerana membaca Diskaun 90% Sempena Birthday LAZADA

Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia

$
0
0



Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia. Beberapa hari lalu Apple telah memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu iPhone SE, telefon bersaiz 4-inci yang menawarkan kuasa pemprosesan sama seperti iPhone 6s tetapi mengekalkan rekaan seperti generasi terdahulu, 5s. 

iPhone SE dilihat sebagai kemaskini kepada 5 dan 5s kerana menggunakan rekaan dan saiz sama tetapi memiliki spesifikasi terkini seperti 6s. Antaranya termasuklah cip A9 + M9, memori 2GB RAM LPDDR4, rakaman 4K, Touch ID, kamera 12MP, "hey siri" sepanjang masa, dan live photos.

Walaubagaimanapun, SE tidak hadir dengan sokongan 3D touch kerana fungsi ini dilihat tidak penting dan bukannya satu keperluan.

SE untuk 'Special Edition'

Tujuan utama Apple mengeluarkan peranti ini adalah untuk memberi lebih banyak pilihan serta memenuhi permintaan pengguna yang gemarkan telefon bersaiz kecil dan boleh digunakan dengan satu  tangan sahaja. Mereka yang inginkan telefon kecil seperti 5s tetapi mahu ciri dan kuasa pemprosesan terkini, iPhone SE direka untuk anda.


BahkanNaib Presiden Kanan Apple, Phil Schiller mengesahkan nama model SE adalah singkatan kepada 'Special Edition'. Manakala netizen pula menyindir Apple dengan menggelarkan SE sebagai 'Still Expensive' (masih mahal) kerana kesemua harga peranti Apple dijual pada harga tinggi.

Artikel berkaitan:Menang iPhone 5s dari Denaihati

Apple turut menambah warna terbaru dan terhangatm iaitu Rose Gold dan mengekalkan warna sebelum asal - space grey, silver, dan champagne gold.

Spesifikasi iPhone SE



iPhone SE
Skrin
4-inci
Resolusi
1136 x 640
Pemprosesan
Cip A9
Memori
2GB RAM LPDDR4 (16GB, 64GB)
Kamera belakang
12MP
Kamera hadapan
1.2MP
Bateri
1642 mAh (13 jam)
Berat
113g
 

Perbandingan antara iPhone SE dan iPhone 6s

perbandingan iphone se, 6, dan 6s

Harga iPhone SE Malaysia

Harga dan tarikh iPhone SE dalam pasaran Malaysia masih belum ditetapkan namun mengikut jangkaan, ia bakal dijual lebih murah dari 6S iaitu sekitar RM1,700 (16GB) dan RM2,000 (64GB)

Artikel berkaitan:Bertukar dari Android ke iOS

Pada saya adalah tidak bijak bagi Apple untuk 'recycle' rekaan lama iPhone. Sebagai salah satu syarikat terbesar dunia, mereka patut tampil dengan idea yang lebih segar. Namun dari sudut positif, bagi mereka yang masih menggunakan iPhone 5 atau 5s, anda tidak akan nampak ketinggalan. People wouldn't notice you are still using the old phone. Yay!


Terima kasih kerana membaca Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia


Cara Renew Domain NetKL

$
0
0

Cara Renew Domain NetKL. Nampaknya dah genap setahun blog ni mempunyai domain sendiri. Dari alamat nikkhazami.blogspot.com kini kepada nikkhazami.com. Domain ni saya beli dari NetKL iaitu syarikat tempatan yang menyediakan servis domain dan hosting.

Sebenarnya lupa nak renew, nasib baik pihak NetKL hantar email notifikasi mengatakan domain nikkhazami.com hampir tamat. Untuk mengelakkan dotcom blog ni hilang saya renew kira-kira 10 hari lebih awal dari tarikh expired dengan harga RM45 setahun.

Artikel berkaitan:Beli Domain Murah Malaysia

Masa saya beli domain di dulu harganya RM38 termasuk setup RM3. Namun bermula Oktober 2015, harga domain telah dinaikkan kepada RM45 setahun. Pada saya harganya masih berpatutan kerana syarikat lain yang menyediakan servis sama meletakkan harga hampir mencecah RM60.


Bagi yang dah guna domain NetKL dan bercadang nak renew, saya kongsikan panduannya dalam entri ini.. 

Cara Renew Domain NetKL

1. Login akaun http://billing.netkl.com/ 
2. Klik 'Domain Renewal' pada bahagian kanan skrin.
3. Klik 'Unpaid Invois'
4. Mereka telah sediakan invois yang masih belum dibayar. Anda hanya perlu rujuk untuk ambil nombor invois dan nombor akaun bank sahaja.

renew domain netkl
5. Anda akan diberi pilihan sama ada bayar menggunakan Bank Transfer atau PayPal. Pilih satu.
6. Buat pembayaran! 
7. Setelah selesai, hantarkan email bukti transaksi pembayaran kepada sales@netkl.com. Contoh email:

Customer service terbaik

Satu lagi benda yang saya suka dengan NetKL adalah khidmat pelanggan mereka. Cepat respon email, mesra, dan kalau tak faham mereka akan terangkan satu persatu. Proses renew domain pun ambil masa tak sampai 10 minit.

renew domain netkl

Selagi NetKL kekal menyediakan servis terbaik macam ni, saya akan setia dengan mereka. Bagi blogger yang tengah plan nak memiliki domain sendiri boleh beli dengan mereka di >> www.netkl.com

Entri sebelum ini - Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia

Terima kasih kerana membaca Cara Renew Domain NetKL

Pengalaman Beli Barang di Lazada

$
0
0

Pengalaman Beli Barang di Lazada. Rasanya nama Lazada ni tak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahu ia merupakan portal beli belah paling popular dan dipercayai di Malaysia. Kalau tak, takkan ramai yang sanggup beli barang ratusan bahkan ribuan ringgit dari Lazada.

Saya sendiri pernah beberapa kali shooping shopping di Lazada. Puas hati dari segi navigasi lamannya yang mudah dan tidak mengelirukan. Sistem pembayarannya pula senang serta pelanggan diberi pelbagai pilihan produk. Paling penting, barang yang dibeli berkualiti, penghantaran pantas, dan sampai dalam keadaan baik.

Baca:Cara Shopping di Lazada

Pengalaman Beli Barang di Lazada

Terkini saya beli handbag Mango pada harga RM39 sahaja selepas potongan diskaun 90%. Cantik dan berkualiti. Beberapa hari lepas saya beli jam Casio Black Dial Gold. Sebenarnya dah lama aim jam ni. Dah beberapa kali survey harga di kedai jam dan portal beli-belah lain. Harganya sekitar RM150.



Kebetulan Lazada sedang pengadakan jualan murah sempena ulang tahun ke-empat. Jadi saya beli beli jam tu pada harga RM72.90 selepas diskaun 54%. Sebagai seorang penggemar jam tangan, rugi la kalau tak beli kan. Jam tu original dan hadir dengan warranty selama setahun.

Lazada Malaysia

Banyak lagi pilihan jam berjenama yang dijual pada harga rendah. Korang boleh tengok di http://www.lazada.com.my/shop-watches/. Pilih jam yang berkenan dan klik 'BUY NOW' yang berwarna oren.

Tips shopping di Lazada
  1. Survey dan bandingkan harga dengan pasaran semasa.
  2. Selidik syarikat yang melakukan jualan jika selain dari Lazada. Nama syarikat terletak di sebelah kanan  skrin.
  3. Lazada sentiada memberikan kod voucher kepada pelanggan, semak di laman utama atau Facebook rasmi.
  4. Buat pembelian ketika berlangsungnya jualan besar-besaran.
  5. Sentiasa baca terma dan syarat.
  6. Pelanggan akan mendapat potongan harga jika membuat pembayaran dengan  cara tertentu. CIMB, kad kredit/debit atau COD. Sentiasa baca iklan di paparan utama.
Setakat ni saya tak pernah berdepan masalah. Korang ada ke pengalaman buruk ketika beli barang di Lazada?

Entri sebelum ini - Cara Renew Domain NetKL

Terima kasih kerana membaca Pengalaman Beli Barang di Lazada

Sinopsis Suami Tanpa Cinta di Astro Ria

$
0
0

Sinopsis Suami Tanpa Cinta di Astro Ria. Terbaru di saluran Astro Ria, saksikan drama terbaru bertajuk SUAMI TANPA CINTA hasil garapan pengarah MP Roslin dan skrip oleh Rozie Rashid menerusi terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. 

Bagi memenuhi permintaan ramai, drama bersiri 16 episod ini adalah sebuah lagi karya yang diadaptasi novel cinta dari tajuk yang sama tulisan Syamnuriezmil. Menggandingkan Shukri Yahaya dan Janna Nick sebagai teraju utama, drama ini turut dibantu pelakon handalan seperti Cristina Suzanee, Sarah Hildebrand, Afzan A.Rahman, Mark Adam, dan ramai lagi. 



Suami Tanpa Cinta bersiaran mulai 4 April 2016 di saluran Astro Ria (1040 dan Maya HD (135) setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Sinopsis drama Suami Tanpa Cinta

Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat.

Namun tidak seperti pasangan lain, ikatan perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas A, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti suaminya mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. 

Ain bagaimanapun keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar yang isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap satu sama lain membantu dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Ketika sedang mengecapi kebahagiaan, mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil.


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Suami Tanpa Cinta di Astro Ria

Happy Birthday NIKKHAZAMI.COM

$
0
0

Happy Birthday NIKKHAZAMI.COM. Seven years ago, today this blog was born. Blog yang pada asalnya sebahagian dari matapelajaran Internet for Journalistic Research kini berusia tujuh tahun! Fuhh, dah masuk darjah satu rupanya. 

I wouldn't be here today if I didn't click that "Create A Blog" button. Semestinya kredit harus diberikan kepada individu yang ajar kami buat blog iaitu lecturer, Puan Nora Karim, yang juga pemilik blog DialogUda. Thanks Madam!

Banyak kesilapan yang pernah saya buat dalam blog ni. Major mistakes yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang blogger. Contohnya entri tak ada paragraf, pointless, singkatan perkataan, guna template yang entah hape-hape. Tu tak cerita lagi yang saya pernah letak lagu autoplay pada sidebar! Kalau baca entri lama rasa nak lempang muka sendiri.


But I've learnt a lot. Sepanjang tempoh tujuh tahun banyak benda yang saya belajar mereka yang berkongsi panduan/tips, ada yang saya rujuk dari e-book, dan juga pemerhatian blog-blog yang berjaya menempa nama.

Dari blog yang dibina dalam kelas kini saya boleh buat duit melaluinya. Affiliate, iklan, dan advertorial menjadi antara cabang buat blog ini dan beberaa blog milik saya yang lain jana income. Lebih manis, birthday blog hari ni (1 April) dapat komisen dari NetKL dan Agoda. Woop! Woop!

Artikel berkaitan:Cara Buat Duit dengan Blog


I'm still learning, terutama ilmu Search Engine Optimization (SEO) banyak membantu blog dalam mendapat tempat terbaik di Google dan meningkatkan jumlah pengunjung. Tahun lepas saya upgrade dari .blogspot.com kepada dotcom. Tu pun nasib baik dapat tahu pasal NetKL yang jual domain murah.

Artikel berkaitan:Beli Domain Murah Malaysia

Seperti yang aya sebut dalam entri pertama >> Start BLOGGING, menulis blog is an ongoing process. You don't know what's going to happen in the future and what kind of opportunity might land ahead of you. Ada beberapa plan yang saya harap dapat buat dalam blog ni. Harap-harap akan jadi kenyataan. Bak kata Casey Neistat - without a goal, you can't score.

Terima kasih kerana membaca Happy Birthday NIKKHAZAMI.COM

Cara Semak iPhone Original

$
0
0

Cara Semak iPhone Original. Telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone, merupakan salah satu gajet paling popular di pasaran. Oleh kerana peranti itu direka dengan design menarik, berkualiti, lancar, dan mempunyai trademark tersendiri, ramai yang ingin memilikinya.

Walaubagaimanapun, ramai pengguna terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki iPhone disebabkan harganya terlalu tinggi. Di Amerika Syarikat iPhone dijual sekitar $699, tetapi di Malaysia sebuah harga sebuah iPhone sama seperti sebulan gaji.

Disebabkan terlalu ingin memiliki peranti itu, ada yang terperdaya dengan membelinya dengan harga murah tanpa mengetahui iPhone itu asli atau tidak. Akhirnya pembeli kecewa dengan kualiti tidak seperti yang diharapkan kerana terdapat beberapa sokongan tidak berfungsi dengan baik.

Artikel berkaitan:Bertukar dari Android ke iPhone

Dalam entri ini saya akan kongsikan bagaimana untuk menentukan sama ada iPhone tulen atau tidak.

Cara Semak iPhone Original

Setiap iPhone atau mana-mana peranti iOS keluaran Apple mempunyai nombor siri tersendiri seperti IMEI (International Mobile Equipment Identity), MEID (Mobile Equipment Identifier), CDN, dan ICCID. Anda boleh temui nombor siri pada:

1. Di bahagian Settings > General > About 

2. Pada sim-tray


3. Di belakang telefon. Katakan anda perlukan bantuan Apple support, tetapi tidak dapat akses iPhone, nombor IMEI/MEID tertera pada belakang telefon.


Baca:Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

4. Pada iTunes. Nombor siri ini turut boleh didapati pada iTunes. Sambungkan iPhone anda pada iTunes, klik 'Summary' dan nombor siri akan tertera pada skrin.


5. Kotak iPhone. Jika anda masih simpan kotak iPhone, nombor isir beserta barcode tertera padanya


Semak nombor IMEI

Layari  - https://selfsolve.apple.com/agreementWarrantyDynamic.do dan masukkan nombor IMEI untuk semak sama ada iPhone anda berada dalam pengkalan data Apple.



Model iPhone dan tarikh warranty akan tertera jikan iPhone anda adalah original. Jika ia memberitahu"we're sorry, but this serial number is not valid. Please check your information and try again," iPhone anda PALSU! Sorry...

Artikel berkaitan: Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia

Pastikan anda membeli iPhone di Apple Store, syarikat telekomunikasi pengedar yang berdaftar dan diiktiraf. Jangan gelojoh untuk memiliki telefon baru, hati-hati dengan iPhone yang dijual pada harga terlalu rendah hingga tidak masuk akal.

 Entri sebelum ini - Happy Birthday Nikkhazami.com

Terima kasih kerana membaca Cara Semak iPhone Original

Sinopsis Duda Terlajak Laris di Tv3

$
0
0

Sinopsis Duda Terlajak Laris di Tv3. Tundukkan Playboy Itu akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan bakal disusuli dengan sebuah lagi drama bersiri terbaru bertajuk DUDA TERLAJAK LARIS bagi menghiasi Slot Akasia, Tv3.

Diterbitkan oleh Primeworks Studios, drama ini mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Fairuz Loy dan skrip digarap oleh Shuhadatul Ain Zakaria. Ini merupakan sebuah lagi karya adaptasi novel cinta popular tulisan Alfa Batrisya. 




Drama bersiri 26 episod ini menampilkan Zara Zya dan Idris Khan sebagai teraju utama dan turut membariskan pelakon Bella Nazari, Wawa Zainal, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini, Arash Mohd, Laila Nasir, Ikhlas Jalil, dan Syed Ali.

Duda Terlajak Laris bakal menemui penonton Tv3 mulai 11 April 2016. setiap Isnin hingga Khamis pada jam 7 malam.

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris Tv3

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun disebabkan perangkap yang dibuat oleh Pehah, iaitu adk angkat sahabatnya. Zack terpaksa menikahi Pehah demi menjaga air muka datuknya yang juga imam masjid kampung.

Zack melarikan diri meninggalkan Pehah dan terbang ke Australia bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Datuknya. Zack kemudian menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah yang terluka mengingatkan yang Zack bakal menyesali perbuatannya dan akan kembali mencari Pehah suatu hari nanti.

Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahu anakknya berkahwin dan memiliki keluarga sendiri selepas kecewa Zack pernah beberapa kali putus tunang. Kakaknya, Zainura memperkenalkan Idayu kepada Zack. Idayu sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Zack, sejak mereka di Australia lagi. Mereka kemudian bertunang. 

Pada masa yang sama, muncul Anis Nabihah yang mengingatkan Zack terhadap jandanya, Pehah. Idayu kecewa selepas mendapat tahu Zack kini rapat dengan Anis. Tanpa diduga, Idayu pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. 

Tidak lama selepas itu, Zack dipertemukan dengan seorang doktor gigi berpurdah. Zack merasakan sesuatu yang pelik dengan doktor gigi itu. Siapakah Inas sebenarnya?

Tajuk drama Melayu are getting ridiculous don't you think? Apa-apa pun, selamat menonton!

Entri sebelum ini - Cara Semak iPhone Original

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Duda Terlajak Laris di Tv3

Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Penulis Terbitkan Karya

$
0
0

Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Terbitkan Karya. Berita baik buat penulis-penulis berbakat kerana karya anda bukan sahaja bakal dicetak oleh syarikat penerbitan terkenal  bahkan diadaptasi ke dalam bentuk media digital. 

Ini kerana Perbadanan Kota Buku dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menganjurkan pertandingan 'Page to Pitch (P2P) Media 360' bagi memberi peluang kepada penulis menerbitkan karya mereka.

Masih ramai penulis buku yang mampu menghasilkan karya hebat tetapi tidak diberi peluang menerbitkan karya mereka. Jadi, pertandingan P2P boleh menjadi platform untuk menerbitkan idea anda kemudian diadaptasi dalam bentuk media digital. 

Menariknya daripada sebuah buku ia bukan sahaja boleh dijadikan drama/filem,  karya anda mungkin diterbitkan menjadi dokumentari, perisian, animasi, permainan, atau portal. Ini selari dengan nama P2P Media 360 itu sendiri.

Pertandingan Page to Pitch (P2P) Media 360


P2P terbahagi kepada dua kategori iaitu:

1. Idea untuk Penerbitan (terbuka kepada peserta ASEAN) - Khusus untuk penulis baru dan pemenang peluang untuk menerbitkan buku mereka dengan Karangkraf, bakal membawa pulang RM5,000 dan karya yang diterbitkan dijangka bernilai RM50,000.

2. Penerbitan untuk Adaptasi (warganeraga Malaysia sahaja) - menyasarkan para penulis yang telah menerbitkan karya mereka untuk mengadaptasikannya ke dalam bentuk kandungan media digital bersama. Pemenang utama akan menerima Geran Pembangunan Industri Kreatif oleh FINAS bernilai RM500,000 dan wang tunai RM5,000.

Untuk pengetahuan, ini merupakan pertandingan penerbitan idea ke pelbagai media digital pertama di dunia. Bagi yang mempunyai bakat menulis tidak kira apa genre sekali pun, penyertaan anda dialu-alukan supaya idea/karya mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Syarat penyertaan
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Karya/buku haruslah diringkaskan kepada 100 patah perkataann.
  • Setiap penyertaan perlu dihantar dalam format PDF.
  • Penyertaan harus dihantar melalui email kepada [p2p360@kotabuku.my]
  • Idea mestilah asli dan tidak meniru mana-mana karya yang telah diterbitkan.
Hadiah Page 2 Pitch 360



Anda boleh memuat turun borang penyertaan di www.facebook.com/page2pitch dan boleh menghantarnya bermula sekarang sehingga 22 April 2016.

Jika anda ada pernah tulis novel dan ia masih dalam simpanan, jangan hanya 'peram' idea itu. Ini adalah platform terbaik buat anda 'unsung writers' untuk membuktikan karya anda juga layak diterbitkan seperti penulis lain.

Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook P2P 360 di http://www.facebook.com/page2pitch

Terima kasih kerana membaca Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Penulis Terbitkan Karya

Siapa Dr Zakir Naik?

$
0
0

Siapa Dr Zakir Naik. Nama Dr Zakir Naik tiba-tiba sahaja menjadi sebutan di media sosial dan dada-dada akhbar. Bagi mereka yang sering mengikuti ceramah agama di Youtube, nama Dr Zakir Naik ni sudah tidak asing lagi. Namun, di Malaysia nama pendakwah ini mula diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Dr Zakir Naik sudah lama terkenal di negara kelahirannya, India, serta di beberapa negara lain dek kerana ceramahnya yang berkaitan pemahaman dan penilaian berlandaskan perspektif agama Islam. Beliau terkenal sebagai pemidato yang petah dalam menyampaikan hujah berserta bukti yang jelas dan kukuh.

Beliau mula mendapat perhatian di Malaysia selepas ingin mengadakan ceramah bertajuk ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan antara Hindu dan Islam) di Melaka baru-baru ini. Ketua Polis Negara tidak membenarkan forum itu diadakan demi mengelak salah faham dan sensitiviti agama. Walaubagaimanapun, ceramah itu tetap diteruskan dengan tajuk yang berbeza.



Bagi mereka yang masih belum mengenali tokoh agama ini, berikut merupakan info ringkas tentang Dr Zakir Naik (DZN).

Siapa Dr Zakir Naik?

  • Dilahirkan pada 18 Okt 1965 di Mumbai, India, DZN adalah seorang pendakwah, ulama, yang sering menyampaikan ceramah tentang Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia.  

  • Merupakan doktor perubatan dan pemegang ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Topiwala National Medical College & BYL Nair Charitable Hospital, Mumbai.

  • Kemudian pada 1991 DZN aktif dalam bidang dakwah dan  mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF). 

  • DZN dikenali dengan kepetahannya dalam menjelaskan sudut pandang serta membetulkan pandangan terhadap Islam berlandaskan al-Quran, hadis, serta fakta saintifik.

  • Sejak mula berdakwah, DZN diiktiraf ramai ulama sebagai pakar ilmu perbandingan agama. 

  • Sepanjang 20 Beliau telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia antaranya Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

  • Dr Zakir tersenarai dalam 500 Muslim Paling Berpengaruh pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014.

  • DZN bukanlah asing lagi di Malaysia, pada 2013 beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya. 

  • Dr Zakir tidak pernah memburuk-burukkan agama lain bahkan mangalu-alukan orang bukan Islam hadir ceramah beliau untuk bertanyakan soalan tentang Islam dan bukti kewujudan Tuhan.

  • Beliau pernah mengendalikan ceramah yang dihadiri kira-kira sejuta orang di Kishanganj, Bihar, pada 2012. Ia menjadi salah satu perhimpunan agama terbesar yang dikendalkan oleh seorang penceramah. 

  • Forum DZN menarik perhatian ramai termasuk bukan Islam kerana beliau mampu menjawab soalan dengan dalil al-Quran, hadis, saintifik, dan logik akal.
sumber wiki

Entri sebelum ini - Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Penulis Terbitkan Karya

Terima kasih kerana membaca Siapa Dr Zakir Naik 

Fakta Menarik Captain America: Civil War

$
0
0

Fakta Menarik Filem Captain America Civil War. Ternyata tahun 2016 adalah tahun gemilang buat filem superhero, baik dari komik Marvel atau DC. Mana taknya, kita baru sahaja disajikan dengan pertembungan epik Batman V Superman, dan beberapa bulan lalu Deadpool menghiasi layar perak dengan aksi yang mencuit hati.

Kali ini Marvel Entertainment  menampilkan Captain America: Civil War, yang sudah lama dinantikan oleh peminat setia. Filem ini mendapat sambutan memberangsangkan sejak ia diumumkan beberapa tahun lalu. Malah, trailer pertama yang dimuatnaik tahun lalu menerima reaksi positif penonton.



Diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo, Civil War bakal mendapat sambutan kerana filem ini banyak menampilkan superhero lain seperti Iron Man, Black Widow, Falcon, War Machine, Ant Man, Hawkeye, dan Spiderman.

Civil War mengisahkan pasukan adiwira ini berdepan masalah apabila pihak kerajaan ingin mengawal segala operasi mereka. Iron Man pula mempunyai pendapat berbeza dengan Captain America menyebabkan berlakunya perang saudara antara mereka.

Fakta Menarik Captain America: Civil War

1. Mark Ruffalo (Hulk) dilihat berada di set penggambaran, ramai yang berpendapat Hulk akan membuat kemunculan dalam filem ini. Namun, Marvel mengesahkan watak itu terpaksa dikeluarkan pada skrip terakhir.

2. Filem ini pada asalnya diumumkan dengan tajuk Captain America: Serpent Society. Kemudian Marvel mendedahkan tajuk sebenar adalah Civil War kerana mereka tidak mahu mendedahkannya terlalu awal selain salah satu dari strategi pemasaran. Tajuk ini berada dalam perancangan sejak sepuluh tahun lalu.

Artikel berkaitan: Fakta Menarik Batman V Superman

3. Joe Russo berkata, babak yang paling sukar adalah ketika Steve Rogers cuba menghalang helikopter daripada berlepas. Chris Evans berkerja keras di gim kerana pihak produksi mahukan susuk tubuh yang menarik supaya babak itu tampak 'real'.


4. Tema filem kali ini menyentuh isu politik dan tanggungjawab moral sekaligus menampakkan sisi personaliti dan perdapat berbeza dari barisan superhero.

5. Captain America: Civil War dan Mockingjay Part 2 menjalani penggambaran di lokasi sama di Berlin. Ia jelas kelihatan dalam salah satu babak dalam kedua filem ini.

captain america mockingjay scene
Atas: THG Mockingjay P2 ; Bawah: Civil War
6. Kostum Black Panther merupakan kombinasi kostum sebenar dan taknik CGI.

7. Spiderman bakal membuat kemunculan pertama dalam filem gabungan superhero. Ini juga filem pertama bagi Tom Holland iaitu pelakon baru Spiderman sebelum filem solonya akan ditayangkan pada tahun hadapan.

8. Tom Holland mendapat kecederaan pada hidung ketika melakukan aksi 'balik kuang'.


9. Captain America: Civil War merupakan filem Marvel Cinematic Universe yang berdurasi paling lama iaitu 2 jam 26 minit.

10. Ini merupakan filem ke enam Chris Evans dan Scarlett Johanson digandingkan bersama. Selama 12 tahun mereka pernah bergandingan dalam 12 years, following The Perfect Score (2004), The Nanny Diaries (2007), The Avengers (2012), Captain America: The Winter Soldier (2014) and Avengers: Age of Ultron (2015).


11. Evans mendedahkan beliau pada awalnya ragu-ragu untuk menerima tawaran sebagai Captain America, tetapi sekarang beliau menyifatkan ini adalah keputusan terbaik dalam hidupnya.
sumber: IMDb

Entri terdahulu - Siapa Dr Zakir Naik

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Captain America: Civil War

Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan

$
0
0

Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan. Berita baik buat rakyat Kelantan kerana panggung wayang Paragon Cinemas akan dibuka di pasaraya KB Mall Julai ini. Ini merupakan lembaran baru buat negeri ini selepas operasinya dihentikan sejak 20 tahun dahulu.

Perkara ini disahkan sendiri KB Mall melalui Facebook rasmi dengan memuat naik beberapa keping gambar berserta caption, "Gambaran Paragon Cinemas dengan lapan skrin di KB Mall. Dijangka dibuka pada Julai 2016"


Kalau nak tahu, antara pawagam yang pernah dibuka di Kota Bharu dulu adalah Lido, Rex, dan Odeon. Saya sendiri pernah pergi menonton Maria Mariana, Putera, dan filem terakhir yang saya tonton adalah Leftenan Adnan. That movie was huge at the time! Lol!

pawagam paragon kelantan 1
pawagam paragon kelantan 2

Dulu pun dah ada syarat ditetapkan di mana gambar pelakon perempuan yang tidak bertudung pada poster ditutup di bahagian kepala. Namun, keadaan dalam panggung pula agak mengecewakan. Banyak chewing gum pada kerusi, atas lantai pulak penuh dengan kulit kacang. 

Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan

Sebenarnya khabar angin tentang pembukaan semula  panggung wayang di Kelantan ni dah lama bertiup. Terutama KB Mall menambah dua aras di tingkat atas. Ramai yang menyangka pawagam bakal dibuka. Alih-alih, aras tersebut adalah dikhaskan untuk peralatan elektronik dan gajet sahaja.

pawagam paragon kelantan 3

Kerajaan Kelantan sendiri mendedahkan lesen pawagam tidak pernah dibekukan, dan ada beberapa syarikat yang tampil memohon. Tetapi meneruskan hasrat mereka mungkin tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Ternyata hanya Paragon yang dapat mengikut syarat ketat itu.

Antara syarat pembukaan panggung wayang di Kelantan

- Pengasingan penonton lelaki dan perempuan
- Tiada tayangan pada waktu Maghrib
- Tiada tayangan pada malam Jumaat
- Tiada tayangan pada bulan Ramadan
- Tontonan dengan lampu di bahagian belakang dibuka.

Saya yakin kerajaan negeri turut menetapkan beberapa syarat lain termasuk hanya filem yang diklasifikasikan U (Umum) dan PG13 (Parental Guidance) sahaja dibenarkan.

Baca: Kebab sedap di Kota Bharu

Saya tidaklah terlalu exited dengan pembukaan pawagam. Mungkin sebab dah terbiasa. Lagipun saya selalu download filem dan tv series di internet. Hee!

I'm definitely going because  I'm a movie geek, tapi hanya highly anticipated Hollywood films yang saya betul-betul nak tengok. Terutamanya jika filem itu dibarisi pelakon favorite especially Bradley Cooper, Jennifer Lawrence, Julianne Moore, atau Jake Gyllanhaal.

Don't get too exited, Kelantanese.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Captain America: Civil War

Terima kasih kerana membaca Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan

Tips Berpindah Ke Rumah Baru

$
0
0

Tips Berpindah Ke Rumah Baru. Selepas beberapa tahun negara mengalami pertumbuhan pesat dan kenaikkan harga, kini pasaran hartanah Malaysia semakin pulih. Harga hartanah baru kini stabil manakala yang sedia ada mempunyai masih mempunyai nilai tinggi. Jika anda merancang untuk memiliki rumah baru, sama ada untuk keselesaan kerja, atau keluarga, sekarang adalah waktu terbaik untuk membuat pembelian.

Memiliki rumah baru sememangnya menyeronokkan, namun berpindah ke tempat baru sangat memenatkan. Jika kita bijak membuat perancangan. Berpindah tidak memerlukan persediaan sehingga mendatangkan tekanan. Dengan perancangan bijak dan kreatif, berpindah ke rumah baru akan jadi lebih pantas, selamat, dan bebas tekanan.


Tips berpindah ke rumah baru

Buat sendiri atau lantik pakar?

Perkara pertama yang berada difikiran adalah untuk membawa masuk perabot. Adakah anda mampu melakukannya sendiri atau mengguna khidmat pakar? Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun persamaan antara mereka adalah ia mengambil masa dan persediaan rapi.  


Mulakan dengan membuat perbandingan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemindahan atau lori sewa sekurang-kurangnya dua bulan sebelum berpindah. Mereka akan memberikan anggaran harga berdasarkan jarak dan jumlah barang yang bakal diangkut ke rumah baru anda. 

Perancangan masa turut memberikan impak besar walaupun anda menggunakan khidmat lori sewa. Ini kerana, menurut laman Good Housekeeping, harga sewa akan meningkat pada awal dan akhir bulan serta pada pajakan akhir. Mereka akan mengenakan bayaran tinggi untuk berkerja di hujung minggu. Jika merancang dengan bijak, anda mampu menjimatkan belanja untuk berpindah rumah.

Ambil gambar sebelum dan selepas

Gambar sebagai bukti - Sewaktu dalam proses membersih dan membawa keluar barang dari rumah, disarankan supaya ambil gambar terutama benda yang mudah rosak seperti pintu, lantai kayu, karpet, dan tingkap. Mempunyai bukti atau rekod bagaimana anda meninggalkan rumah lama boleh mengelakkan pertikaian tentang kerosakkan harta benda dengan pemilik baru atau tuan rumah. Lakukan perkara sama apabila anda melangkah masuk ke rumah baru terutama jika boleh mendapatkan semula wang pendahuluan. Walaupun tuan rumah bereputasi, mempunyai bukti bergambar adalah satu langkah bijak untuk mengelak salah faham.  


Buat kajian di laman web profesional - Seperti menggunakan khidmat pemindahan rumah, kajian dan perancangan boleh menjimatkan masa dan mengelakkan tekanan sebelum berpindah. Terutamanya jika anda menyewa, laman hartanah seperti Properti Guru Malaysia memberikan anda informasi terbaik dalam mencari senarai dan ulasan hartanah serta tips berguna.  

Berjimat dalam berbelanja

Kotak - Mereka yang merancang untuk berpindah semestinya telah menyediakan wang tambahan, keperluan seperti kotak, pita selofan, dan peralatan lain agak mahal. Jangan risau, kerana anda boleh dapati kotak dari kedai runcit berdekatan dengan percuma. Mereka sering menerima stok jualan dalam kotak yang banyak. Untuk menjimatkan ruang kedai mereka dengan bermurah hati memberikan kotak-kotak kosong itu kepada anda.  

Baca:Cara Shopping di Lazada

Balut barang mudah pecah - Anda tidak perlu mengeluarkan belanja untuk beli ‘bubble wrap’ terutamanya jika ada pakaian dan tuala yang juga perlu dipek. Anda boleh balut barang mudah pecah dengan tuala dapur untuk menjimatkan kos. 


Simpan skru dalam bekas - Tips berpindah ke rumah baru seterusnya adalah jangan buang perkakas seperti kayu langsir, hook, atau skru. Masukkan dalam plastik atau bekas makanan sebagai persediaan jika anda mungkin perlukannya di rumah baru. 

Utamakan barang berat

Semuanya telah siap dipek, kini sedia untuk dimasukkan ke dalam lori. Terdapat cara yang mudah dalam memasukkan semua kotak dan barang iaitu dengan mengutamakan barang berat terlebih dahulu. Lebih senang jika anda susun kotak mengikut lapisan. Letakkan kotak berat dibahagian bawah dikuti kotak lebih ringan dan mudah pecah di bahagian atas. Kotak berat lebih stabil dan tidak mudah jatuh. 
 
Jika anda memiliki banyak perabot, mulakan dengan yang berat terlebih dahulu, kemudian susun kotak disekeliling perabot tersebut. Perhatikan kotak ringan dan mudah jatuh, kerana ia mungkin boleh dihempap perabot lain berdekatannya. Jauhkan kotak yang mengandungi barang mudah pecah seperti kaca, bol lampu, cermin, dan pinggan mangkuk dengan membuat hadangan seperti sofa di antara mereka. Ini kerana ia mungkin bergerak ketika lori sedang berjalan.


Punggah barang dengan teratur

Selain berat dan ruang untuk mengisi anda juga perlu fikir akan susunan barang, contohnya apa yang anda perlukan sebaik tiba di rumah baru. Pek kotak yang berlabel “kegunaan pertama/first use” pada barang yang pertama yang anda perlu guna dan pastikan ia kotak terakhir yang diisi ke dalam lori. Anda boleh menggunakan kotak transparent supaya mudah dilihat dari luar. Tips ini sangat membantu anda supaya proses berpindah rumah menjadi mudah dan tidak memenatkan.

Walaupun jarak dari rumah lama ke rumah baru adalah dekat, mempunyai barangan keperluan yang mudah diambil boleh mengurangkan tekanan. Sebelum mengakhiri proses memunggah, pastikan anda sediakan senarai barang penting pada kertas atau telefon bimbit. Anda tidak mahu merugikan masa memunggah jika ada barang sering yang tertinggal seperti pengecas telefon, ubat, dan lain lain 


Jangan jadikan berpindah rumah menjadi tekanan dari segi masa, belanja, dan logistic. Anda ingin menginap di kediaman baru yang diusahakan dengan titik peluh sendiri. Ia sepatutnya menjadi perkara yang paling menyeronokkan kerana berpindah adalah lembaran baru dalam hidup anda.

Dengan persediaan dan perancangan yang bijak, proses berpindah ke rumah idaman akan jadi lebih mudah dan pantas.   

Entri sebelum ini - Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan

Terima kasih kerana membaca - Tips Berpindah Ke Rumah Baru 

Sinopsis Mr Boss Miss Stalker Tv3

$
0
0
Sinopsis Mr Boss Miss Stalker di Tv3. Demi memenuhi masa terluang pada hari minggu, stesen nombor satu negara menyajikan penonton dengan drama terbahar di Slot Dahlia, bertajuk MR BOSS MISS STALKER.

Drama terbitan Saphire Screen Sdn Bhd ini adalah sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama tulisan Aesya Azahar. Mendapat sentuhan pengarah terkenal, Heykal Hanifah dan skrip digarap oleh Sofia Rhyland, drama ini telah pun mendapat tempat dihati penonton. 



Bersiaran sebanyak 20 episod, Mr Boss Miss Stalker dibintangi Ashraf Muslim dan Mia Ahmad sebagai teraju utama serta dibantu oleh Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera, Eizlan Yusof, Zamarul Hisham, dan ramai lagi. 


Drama ini telah pun bersiaran pada 22 April lalu setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7 malam di Tv3. 

Sinopsis drama Mr Boss Miss Stalker

Sara Azreen ditugaskan untuk menyiasat latar belakang suspek, Hariz Zhafran, yang dipercayai membunuh Tan Sri Jalil. Bagi mendekati Hariz, Sara terpaksa memohon pekerjaan di Mentari Angkasa Sdn Bhd, milik Hariz.

Berkerja dibawah satu bumbung dan dalam organisasi sama, Sara dan Hariz saling menyimpan perasaan antara satu sama lain. Untuk memudahkan siasata, Sara mendapat tugasan baharu di mana dia perlu membuat supaya Hariz jatuh hati kepadanya.
Sara menjadi serba salah kerana kali ini beliau perlu melibatkan hati dan perasaan. Lebih memburukkan lagi keadaan, Hariz telah melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran

Selamat menonton!

Entri sebelum ini - Tips Berpindah ke Rumah Baru

Terima kasih kerana membaca - Sinopsis Mr Boss Miss Stalker Tv3
Viewing all 671 articles
Browse latest View live