CPUV Nuffnang memang bermusim. Sejak kebelakangan ni ramai blogger yang merungut dan tertanya-tanya punca tidak mendapat CPUV. Yelah, pelik juga kan? trafik blog memuaskan tapi masih tidak menerima iklan diblog.
Terbaharu, saya hanya dapat dua CPUV iaitu Colgate 360 Charcoal Gold dan Maxis One Plus One. Yang selebihnya merupakan CPUV lama yang masih berjalan. Jadi saya cuba menghantarkan tiket kepada Nuffnang untuk bertanyakan masalah ini.
Menurut Nuffnang, iklan CPUV yang diberikan kepada blogger memang bermusim. Ini kerana pihak pengiklan akan memilih blog berdasarkan kriteria yang diperlukan. Kadang-kala pengiklan memerlukan kategori atau niche blog tertentu menyebabkan blog anda tidak terpilih.
Pentingya survey Nuffnang
Di sini lah survey/tinjauan Nuffnang memainkan peranan penting. Anda kena sentiasa kemaskini soal selidik yang disediakan. Ini merupakan salah satu cara pengiklan mengenal jenis blog. Contoh mudah, kalau blog anda berkaitan dunia automotif, tak kan nak paparkan iklan pencuci muka kan?
Tingkatkan trafik blog
Perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah meningkatkan jumlah pengunjung blog. Jangan hanya menunggu CPUV masuk, tapi maksimumkan jumlah earnings bagi kempen lain yang sedang berjalan. Ada waktu-waktu panas di mana iklan akan tertera di blog anda. Tips selanjutnya saya dah kongsikan melalui entri Cara Tingkat CPUV Nuffnang.
Saya ingin ingatkan yang blog anda bersaing dengan ribuan blog yang berkongsi niche dan demografik yang sama. Jadi tidak hairanlah jika kadang-kala blog anda tidak terpilih. Persaingan dalam dunia blogging Malaysia memang sengit sebab itu anda perlu sentiasa membaca tips yang diberikan blogger berpengalaman Kitab SEO Merah Jambu tu banyak membantu.
Ada yang tanya, kenapa masih menggunakan Nuffnang? Well, setiap pemilik blog ada alasan mereka sendiri. Jika income Nuffnang mereka memuaskan, kenapa nak berhenti menggunakannya?
Harap entri CPUV Nuffnang Memang Bermusim dapat memberi panduan buat anda.
Entri sebelum ini: Lulus Google Adsense Peringkat Pertama