Lulus Google Adsense Peringkat Pertama. Setelah berkali-kali mencuba akhirnya permohonan Adsense blog ini diluluskan. Well, baru peringkat pertama kerana blog ini masih dalam penilaian. Memang tak sangka langsung, maklumlah Adsense ni memang tegas dan cukup cerewet.
Setelah Google Adsense menyokong blog Bahasa Melayu sejak 2 April lalu, saya cuba memohon sekali lagi tetapi ditolak atas sebab 'difficult site navigation'. Tertanya-tanya juga, sebab navigasi blog sudah tersusun. Tiga elemen penting seperti contact, policy, dan disclaimer dah ada. Blog ini juga dah berdomain dan menunjukkan ia benar-benar telus. Oleh itu saya cuba tanya sifu blogspot, Hasrul Hassan, cadangannya supaya letak menu bar di atas header atau kecilkan font. Memandangkan saya tak berapa mahir dalam edit HTML kod, saya cuba cari penyelesaian lain.
Dalam tips memohon Adsense ada menerangkan supaya URL blog yang ingin kita paparkan iklan dimasukkan dengan tepat. Baru saya perasan yang telah memohon menggunakan 'nikkhazami.blogspot.com' sedangkan blog ini dan ber dot com. Malangnya anda tidak dibenarkan tukar URL 'i will show ads on'.
Jadi saya buat akaun baru dan terus memohon sekali lagi. Tak sampai 2 jam dapat email macam ni:
Bila sign in terus keluar dashboard! Apa lagi, saya terus pasang iklan pada blog. Adsense hanya keluar beberapa ketika sahaja kemudian jadi blank atau ruangan kosong berwarna kuning. Ini bermakna blog ini masih dalam penilaian.
Bila saya search di Google, ada juga beberapa blogger yang mempunyai kes seperti saya, tapi sampai sekarang iklan masih belum muncul. Jadi sekarang ni saya perlu tunggu sehingga permohonan Adsense diluluskan sepenuhnya. Don't get too exited. Kalau gagal lagi, kita cuba cara lain pulak.
Artikel sebelum ini: Tonton Online Dia Isteri Luar Biasa FULL Episod