Sebab kenapa anda PERLU beli Apple Watch. Meskipun dihujani pendapat berbeza pada saat ia diperkenalkan kepada umum terutamanya tentang harga dan fungsinya. Namun, pendapat itu semakin lama semakin dilupakan. Peminat gajet tetap membelinya seola-olah telah terbiasa dengan, "shut up, and take my money!"
Dalam entry ini saya senaraikan beberapa sebab kenapa Apple Watch berbaloi untuk dimiliki.
Akses pantas kepada iPhone
Satu kajian mendapati purata seseorang melihat telefon pintar mereka adalah sebanyak 220 kali sehari. Salah satu tujuan Apple Watch dicipta adalah sebagai akses pantas kepada iPhone anda. Biarkan telefon pintar anda di dalam poket atau beg, dan lihat notifikasi hanya pada pergelangan tangan anda.
Antara muka senang digunakan
Skrin Apple Watch mungkin dilihat agak kecil. Antara muka atau interface pula memiliki ikon yang kecil dan jaraknya agak rapat. Ramai yang berpendapat pengguna bakal mengalami kesukan untuk memilih ikon dek kerana jari yang gemuk. Anda silap. Dengan kombinasi skrin yang responsif dan fungsi butang di sebelah kiri (digital crown) membuatkan jam tangan pintar ini mudah digunakan.
Cara baru untuk berinteraksi
Ketika Apple Inc memperkenalkan Apple Watch ini tahun lalu, ramai berpendapat ia sama seperti jam tangan pintar lain di pasaran. Namun, seperti biasa syarikat ini menawarkan sesuatu yang kelainan pada produk mereka. Anda boleh berkominukasi dengan pengguna Apple Watch lain dengan membuat lakaran ringkas. Selain boleh menjawab panggilan dan mencari iPhone, ia juga mampu mengawal Aple TV dan iTunes.
Banyak fungsi
Apple Watch mungkin salah satu jam tangan pintar yang memiliki pelbagai fungsi. Selain memberitahu masa dan notifikasi seperti pesaingnya, Apple Watch menawarkan lebih dari itu. Anda boleh mengakses pelbagai aplikasi dan permainan, menggunakan Apple Pay, mendapatkan senarai contact dengan pantas, dan banyak lagi.
Itu adalah antara sebab kenapa anda patut beli Apple Watch. Anda patut baca entry Sebab Kenapa Anda TAK PERLU Beli Apple Watch pulak. Peranti ini bukan murah, anda pasti ingin teliti dahulu sama ada ia berbaloi atau tidak.
Entry sebelum ini: Segmen Blogwalking Cuti Semester by Parihh