Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh. Saya sendiri lupa bila kali terakhir saya join segmen anjuran rakan blogger. Bukan tak nak join, tapi bila dapat tahu ada segmen, tarikh hantar penyertaan dah ditutup.
Tapi kali ni saya sempat untuk sertai segmen anjuran Blog Parihh sempena cuti semester beliau selama dua bulan. Lama tu dua bulan.
Caranya mudah je, buat satu entry penyertaan dan selitkan sekali banner kat atas tu. Kemudian, Like dan Follow media sosial milik Parihh.
Kelebihan sertai segmen
Ramai blogger berpengalaman bersetuju bahawa dengan menyertai segmen adalah salah satu cara berkesan untuk memperkenalkan blog kepada komuniti blogger tempatan.
Ini kerana kita akan dapat backlink dari penganjur. Secara automatik, peserta atau pembaca lain akan singgah ke blog kita. Lebih ramai yang sertai segmen tersebut, lebih banyak manfaatnya. Apatah lagi segmen tersebut dianjurkan oleh blogger yang mempunyai ramai pengikut.
Berbalik kepada segmen Parihh tadi, sebagai hadiah, 5 blog yang terpilih akan direview dan 10 lagi akan berada dalam bloglist penganjur. Menarikkan? Sepanjang blogging ni, blog saya belum pernah direview oleh sesiapa. Haha!
Kalau ada masa terluang, join je Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh ni. Hantar penyertaan sebelum 31 Mei 2015.
Entry sebelum ini: CPUV Nuffnang Zurich dan TommorowLand