Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Liga Malaysia semakin mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan. Ramai yang dah mula memenuhi stadium, memakai jersi pasukan tempatan, serta rating siaran secara langsung di televisyen juga meningkat.
Namun, Astro Arena tidak lagi menyiarkan mana-mana perlawanan Liga Super seperti kebiasaannya musim ini kerana hak penyiaran Liga Malaysia 2015 telah diberikan kepada Media Prima (Tv3 & Tv9) dan RTM.
Perubahan ini mendapat pelbagai reaksi peminat bola sepak tempatan, kerana ini merupakan berita baik buat mereka yang tidak melanggan perkhidmatan Astro boleh menonton bola secara percuma. Namun disebalik kelebihan ini ada juga beberapa kekurangan Media Prima sebagai penyiar rasmi Liga-M.
Kekurangan Media Prima sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2015
1. Tiada ulasan awal
Tiada lagi ulasan awal sebelum perlawanan bermula kerana ia akan menjejaskan waktu siaran Buletin Utama. Seperti yang dilakukan dalam siaran English Premier League, ulasan awal ini akan membincangkan perkembangan/statistik pasukan yang bakal berentap serta ramalan pakar. Paling penting ulasan ini turut memberikan informasi tentang pasukan liga tempatan.
2. Tiada siaran ulangan
Walaupun ramai yang merungut Astro kerap ulangan siaran, namun ada juga kebaikkan disebalik perkara ini.
Artikel berkaitan: Punca Astro Kerap Ulang Siaran
Siaran ulangan memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat menonton pada waktu sebenar kerana terikat dengan urusan kerja atau peribadi. Saya meragui Tv3 akan menyiarkan siaran ulangan kerana ia boleh menjejaskan program lain.
3. Kualiti kurang memuaskan
Setelah beberapa perlawanan disiarkan, jelas kualiti video sangat mengecewakan. Kita sudah memasuki tahun 2015, dan kualitinya tidak setaraf dengan teknologi masa kini. Selain itu tiada lagi siaran bola sepak berdefinasi tinggi (HD). Jumlah jaringan di sudut sebelah kiri (i don't know what it's called) juga terlalu kecil.
4. Pengulas sukan
Ramai penonton yang memberikan respon negatif di laman sosial tentang gaya ulasan yang kurang memuaskan. Mungkin juga Tv3 tiada pelapis baru dan sebelum ini hanya pengharapkan orang lama seperti Abu Bakar Atan dan Tabah Syazwan.
Tweets about pengulas tv3
Peminat bola sepak tempatan bukanlah mengharapkan siaran percuma sahaja untuk menonton aksi pasukan kegemaran mereka bermain, tetapi turut mementingkan kualiti siaran. Namun disebalik kekurangan itu, kini peminat tidak perlu lagi ke kedai mamak untuk menonton bola, tiada gangguan siaran ketika hujan, dan yang paling penting, ia PERCUMA.
Entry sebelum ini: Tips Bercuti ke Hatyai

![]() |
sumber |