Bercuti bersama keluarga atau rakan di Hatyai pastinya menjadi impian terutama buat 'kaki travel'. Ini kerana jarak dari Malaysia ke Hatyai, Thailand tidaklah terlalu jauh dan boleh melalui jalan darat.
Keenakkan makanan, banyak tempat menarik, serta jolokkan 'syurga membeli-belah' menjadikan kenapa rakyat Malaysia memilih Hatyai sebagai lokasi percutian.
Saya pernah ke Hatyai tahun lalu dan merasai pengalaman menarik sepanjang berada di wilayah selatan Thai itu.
Artikel berkaitan: Percutian Menarik di Hatyai P1 / Percutian Menarik di Hatyai P2.
Jadi saya ingin berkongsi tips dengan anda dan diharap ia dapat membantu dalam merancang percutian ke Hatyai.
Tips Bercuti ke Hatyai
1. Buat Kajian - Seperti yang anda sedia maklum, selatan Thai sering dilanda siri keganasan berpanjangan. Buat kajian melalui internet dan akhbar sama ada Hatyai selamat untuk dikunjungi atau tidak.
2. Dokumen perjalanan - Jika ingin melancong ke luar negara, pastikan passport anda masih boleh digunakan dan melebihi enam bulan. Lakukan perkara yang sama jika anda ke Hatyai dengan menggunakan Border Pass.
3. Berhati-hati naik tuk-tuk - Saya sarankan anda berhati-hati jika ingin menggunakan perkhidmatan tuk-tuk. Kerana kebanyakkan pemandu akan mengambil kesempatan mengenakan caj yang mahal terhadap pelancong. Jadi saya sarankan anda cuba survey dahulu beberapa buah tuk-tuk, kemudian pilih yang paling murah.
![]() |
3d Museum Hatyai |
5. Agensi pelancongan - Untuk menjadikan percutian anda lebih teratur, anda boleh menggunakan khidmat agensi pelancongan. Ini memudahkan perjalanan, penginapan, pengangkutan, aktiviti, serta tempat makan halal di Hatyai nanti.
6. Tempat makan - Jika anda melakukan percutian bajet ke Hatyai, elakkan makan di restoran yang menawarkan makan laut seperti tomyam dan sebagainya kerana ia SANGAT MAHAL. Anda boleh cuba variasi makanan di medan selera atau gerai makanan halal yang lebih murah dan sedap.
7. Tawar harga barang - Jangan terus bersetuju dengar harga barang yang dipamerkan. Anda kena bijak tawar harga kerana anda boleh beli dengan harga yang jauh lebih murah.
![]() |
souvenir dari Thailand |
Anda juga mungkin meminati: Percutian Menarik ke Kemboja
Previous entry: Broga Hill Terbakar