REVIEW Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask. Mask ini cukup popular dalam kelompok produk dari Korea (KBeauty). Kalau anda semak mana-mana online beauty store, produk ini sentiasa dikategorikan sebagai antara yang terlaris.
Bahkan kalau baca review pun, rata-ratanya positif. Secara amnya, mask ini berfungsi untuk membersih dan mengecilkan pori. Memandangkan saya sendiri ada masalah pori di mana ia membuatkan muka cepat berminyak dan saya mudah terpengaruh, so I bought that Innisfree Volcanic Pore Clay Mask couple months ago.
So here is my review.
Innisfree Volcanic Pore Clay Mask
100ml
Brand: Innisfree
Skin type: Combination
Korea
What it claims?
Menyegar, membersih, menjaga & mengecilkan pori, mencerah, merawat jerawat, memulihkan warna kulit.
Kandungan
Water, Butylene Glycol, Silica, Caprylic/Capric Triglyceride, Trehalose, Volcanic Ash(Jeju Volcanic Cluster), Cetearyl Alcohol, Stearic Acid, Glyceryl Stearate, Bentonite, Zinc Oxide (Ci 77947), Polysorbate 60, Camellia Sinensis Leaf Extract, Citrus Unshiu Peel Extract, Opuntia Coccinellifera Fruit Extract, Orchid Extract, Camellia Japonica Leaf Extract, Cryptomeria Japonica Leaf Extract, Bambusa Vulgaris Extract, Theobroma Cacao (Cocoa) Extract, Kaolin, Polyvinyl Alcohol, Hydrogenated Vegetable Oil, PVP, Dextrin, PEG-100 Stearate, Sorbitan Stearate, Cellulose Gum, Xanthan Gum, Lactic Acid, Tetrasodium Pyrophosphate, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Phenoxyethanol, Iron Oxide (Ci 77491).
Cara penggunaan
Selepas mencuci dan toner, sapu pada wajah dengan rata. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Just nice okay? Biarkan ia kering selama 10-15 minit kemudian bilas. Guna sekali atau dua kali seminggu sahaja.
**Extra note, pastikan anda ikut jangka masa yang tertera pada kotak. Pakai mask dengan lama TIDAK bermaksud kulit akan jadi lebih bersih! Nanti saya akan kongsikan cara pakai facial mask dengan betul dalam entri akan datang.
REVIEW Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask
Kalau tengok pada kandungan mask ini, ia dihasilkan dari tanah liat yang selama ini memang popular dengan kebolehannya dalam merawat wajah.
Ia bukan tanah liat biasa, tetapi volcanic clay dari Pulau Jeju, Korea. Tanah liat ini juga tersenarai antaran 10 kandungan utama mask ini. Malah teksturnya juga lembut like pure clay, jika dilihat dengan lebih dekat anda boleh nampak volcanic ash tu.
Baca juga: Antara Tempat Menarik di Jeju, Korea
Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask hadir dalam kotak kadbod dan diletakkan dalam bekas plastik tahan lasak. Bekasnya agak kecil dari apa yang saya jangkakan tetapi dengan berat 100g tu sebenarnya agak banyak.
Result
Melihat kepada fungsi mask ini iaitu membersih dan mengecilkan pori dan ia sememangnya berkesan! Ia menarik semua kotoran termasuk minyak berlebihan dari pori. Sementara tunggu mask ni kering kita dah boleh nampak bintik-bintik kecil yang menandakan ia menarik kotoran dari pori (I am not exaggerating!)
Kulit muka jadi lembut right away dan dalam masa beberapa minggu boleh nampak yang whitehead dan blackhead tu semakin berkurang. It claims to brighten your face tapi sama seperti Skin Food Black Sugar Mask, kesan pencerahan tu hanya selepas dibilas sahaja.
The smell
Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask hampir tidak mempunyai bau melainkan bau straight up clay! Which is good, sebab saya selalu fikir skincare yang ada fragrance ni mengandungi chemical berlebihan. Lol! Lagi satu, mask ni sangat thick. Kalau container tu tunggang terbalik pun tidak tertumpah langsung.
Cons:
- Tidak mencerahkan kulit like what it claims
- Spatula tidak disediakan (for hygiene purposes)
- Tidak dijual di drugstore
Untuk pengetahuan, mask ini ada dua jenis. Yang lagi satu tu Super Volcanic Pore Clay Mask. Kalau muka berminyak teruk, better beli yang 'super' tu sebab ia mencuci pori dengan lebih dalam.
Harga
Oleh kerana Innisfree Volcanic Pore Clay Mask ni tidak dijual di drugstore, anda kena beli online. Harganya sekitar RM38-RM42. Saya tinggalkan direct link e-merchant kat bawah kalau anda nak beli.
- Hermo
- Lazada
Repurchase?
Yes!
Tips:
- Stim muka sebelum sapu bagi membuka lubang pori
- Jangan buka container terlalu lama kerana ia cepat kering dan sentiasa guna penutup tambahan yang disediakan.
*This is NOT a sponsored post
Entri sebelum ini - Fakta Menarik Avengers Infinity War
Terima kasih kerana membaca REVIEW Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask