Fakta Menarik Avengers Infinity War. Dalam hanya beberapa hari lagi, filem yang paling dinanti-nantikan 2018 bakal ditayangkan. Filem arahan Anthony dan Joe Russo ini dijangka akan menjadi antara filem paling laris di dunia.
Ini kerana asas yang dibina selama 10 tahun yang bermula dengan Iron Man (2008) dan dalam tempoh itu sebanyak 18 buah filem telah dihasilkan. Kesemuanya menuju ke arah Infinity War.
Baca juga:Senarai Filem menarik 2018
Apa yang yang membuatkan penggemar filem tidak sabar untuk menonton Infinity War adalah kerana hampir kesemua watak superhero dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) digabungkan dalam satu filem.
Secara peribadi yang hanya ingin melihat Peter Quill kembali ke bumi dan reaksinya terhadap current music & pop culture memandangkan beliau sangat gemar akan muzik. Dalam masa sama saya turut menantikan kemunculan Captain Marvel walaupun peluang untuk melihat watak itu membuat cameo adalah tipis.
Sinopsis
Pasukan Avengers bergabung untuk menentang Thanos yang kini dalam misi mengumpul semua enam biji Inifinity Stones yang ingin menggunakannya untuk memusnahkan galaksi. Nasib planet dan galaksi kini bergantung kepada Avengers.
Pengarah Anthony dan Joe Russo
Pelakon: Robert Downey Jr, Chris Evans, Mark Ruffalo, Josh Brolin, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Chris Pratt, Benedict Cumberbatch, Tom Holland... omg everyone in the MCU!
Durasi: 2 jam 40 minit
Fakta Menarik Avengers Infinity War
- Marvel Studios dan Disney cukup berahsia sepanjang penghasilan Infinity War sehinggakan barisan pelakon sendiri tidak mengetahui plot filem. Mereka hanya diberikan skrip melibatkan babak mereka sahaja.
- Kebiasaanya sebelum menemubual pelakon dan pengarah, para wartawan dibenarkan menonton filem supaya mudah bagi mereka mengajukan soalan. Tapi bagi filem ini mereka hanya diberi peluang untuk menonton 20 minit daripada Infinity War bagi mengelak plot dikongsikan di media sosial.
- Setiap pelakon tidak dibenarkan bercerita lebih lanjut akan jalan cerita Infinity War selain daripada "gabungan superhero bersatu menentang Thanos."
- Adik-beradik Russo memberitahu ini merupakan perancangan Marvel Studios untuk masa 10 tahun. Infinity bakal menjadi pengakhiran kepada karakter tertentu, dan permulaan kepada kisah yang baharu.
- Chris Evans memberi bayangan Infinity War dan Avengers yang akan datang mungkin merupakan penampilan terakhir beliau sebagai Captain America kerana beliau masih belum menyambung kontraknya.
- Infinity Gauntlet buat pertama kalinya muncul dalam Thor (2011) di mana ia tersimpan di dalam bilik kebal Odin. Namun, berpandukan Thor: Ragnarok (2017), itu adalah gauntlet palsu.
![]() |
Infinity Gauntlet dalam Thor (2011) |
- Marvel Studios mengesahkan Avengers kali ini bakal mempunyai dua bahagian. Tetapi kedua-duanya tidak dipecahkan seperti bahagian terakhir francais Harry Potter, The Hunger Games atau Twilight. Tajuk Avengers 4 masih belum diputuskan.
Baca juga: Ulasan Stranger Things Season 2
- Filem ini menjalani penggambaran di New York, Georgia (USA) Durham Cathedral (UK), dan Scotland.
- Ini merupakan filem yang ke-19 dalam francais MCU.
- Bakal menjadi filem berdurasi paling panjang dalam sejarah MCU dengan 2 jam 40 minit.
- Infinity War menampilkan dua pemenang anugerah Oscar iaitu Gwyneth Paltrow dan Benicio Del Toro selain lapan bekas calon Oscar iaitu Bradley Cooper, Robert Downey Jr, Mark Ruffalo, Benedict Cumberbatch, Jeremy Renner, Angela Bassett, Don Cheadle, dan Josh Brolin.
- Ini merupakan filem pertama dalam MCU yang secara keseluruhannya dirakam menggunakan kamera IMAX (70mm). Penonton dapat menonton filem ini dengan skala lebih besar.
- Adik beradik Russo mengesahkan kira-kira 67 karakter bakal tampil dalam Avengers kali ini.
- Sut Spiderman, Iron Man, dan War Machine dirakam menggunakan motion capture.
- Bajet keseluruhan Infinity War berjumlah kira-kira $400 juta.
sumber: IMDb
Entri sebelum ini - Beli Topup Prepaid Online di Lazada
Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Avengers Infinity War