9 Makanan Yang Membakar Lemak dan Memberi Tenaga. Bila bercakap tentang menurunkan berat badan, kita sering tertanya-tanya selain bersenam makanan apakah yang boleh membakar lemak?
Sebenarnya kita memerlukan lemak dalam badan. Lemak memainkan peranan penting dalam melindungi organ, memanaskan badan, membantu pertumbuhan sel, dan memberi tenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Baca juga:REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu lemak berlebihan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti sakit jantung, obesiti, kencing manis, angin ahmar, dan tekanan darah tinggi.
Jadi, misi anda sekarang adalah untuk membakar lemak berlebihan. Terdapat beberapa makanan yang membakar lemak selain mengandungi nutrien yang membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama.
9 Makanan Yang Membakar Lemak dan Memberi Tenaga
1. Oat - Kaya dengan fiber dan rendah kalori. Semangkuk oat setiap pagi sudah cukup untuk meningkatkan metabolisma dan mengekalkan rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.
2. Apple hijau - Mengandungi anti oksidan polyphenols yang mencegah badan dari menyimpan lemak berlebihan
3. Teh hijau - Mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Ia juga salah satu rahsia awet muda. Ingat, teh hijau asli tanpa campuran susu pekat!
4. Telur - Selain kaya dengan protein, Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin. Cara penyediaanya juga amat mudah, cuma elak dari menggunakan minyak.
Baca juga: Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu
5. Blueberries - Banyak kajian menunjukkan buah blueberry anti oksidan dan anthocyanins yang menghalang badan dari menyimpan lemak.
6. Avocado - Ramai mempercayai yang avocado mampu membakar lemak degil yang terkumpul pada perut. Namun, pastikan anda mengambilnya dalam jumlah terkawal kerana ia juga mengandungi kalori.
7. Lada - Lada sangat efektif dalam meningkatkan metabolisma kerana mengandungi capsaicin. Campurkan lada dalam telur goreng/rebus yang anda makan setiap pagi.
8. Sweet potato - Ubi ini menghalang lemak dari terus berkembang dalam badan. Tambahan pula ia cukup enak. Potong, letak dalam baking tray, renjis dengan olive oil, taburkan serbuk paprika, panaskan dalam oven sekitar 25 minit.
9. Bayam - Antara sayur yang kaya dengan zat! Tinggi metabolism yang membantu mempercepat proses pembakaran lemak. Tidak seperti sayur lain, banyak kajian mencadangkan bayam direbus atau distim untuk membuang asid yang tidak diperlukan. Ingat, jangan rebus lebih dari 1 minit!
Entri sebelum ini - Cara Jual Barang di Shopee
Terima kasih kerana membaca 9 Makanan Yang Membakar Lemak dan Memberi Tenaga