Cara Jual Barang di Shopee. Saya rasa nama Shopee dah tak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun mula beroperasi di Malaysia pada 2015, perniagaan mereka cepat berkembang. Shopee kini menjadi antara e-merchant utama negara.
Anda mungkin familiar dengan beli barang di Shopee memandangkan ia cukup popular dengan tawaran diskaun yang dikenakan pada banyak produk. Tapi masih ramai yang tak tahu, yang anda sendiri sebenarnya boleh menjual Shopee.
Apa yang menariknya di Shopee, anda tidak perlu melalui langkah rumit untuk jual barang. Anda boleh menjual barang dengan mudah hanya menggunakan telefon pintar.
Baca juga: Cara Berniaga di Instagram
Kalau sebelum ini saya pernah berkongsi cara beli barang di Shopee, kali ni saya nak share tatacara untuk JUAL BARANG di Shopee pulak.
Saya akan tunjukkan cara menjual guna telefon pintar sebab ia lebih mudah memandangkan camera dah tersedia untuk ambil gambar barang yang ingin dijual.
Cara Jual Barang di Shopee
Langkah 1: Download aplikasi Shopee di Apps Store (iOS) atau Google Play Store (Android).
Langkah 2: Anda perlu ada akaun Shopee. Pilih SIGN UP > Isi Maklumat peribadi > Anda akan terima email pengesahan menandakan telah berjaya dan sedia untuk membeli atau menjual.
Langkah 3: Pilih 'Me'> Selling > 'Add New Product' kemudian masukkan gambar barang yang ingin anda jual. Di sini anda diberi tiga pilihan sama ada untuk mengambil gambar, memilih gambar yang sudah tersimpan dalam telefon ataupun melalui Instagram.
Langkah 4: Selesai memasukkan gambar produk, isi maklumat produk dengan lengkap dan terperinci termasuk harga dan kos penghantaran.
Langkah 5: Pilih 'SUBMIT'.
Langkah 6: Masukkan nombor akaun untuk menerima pembayaran.
Langkah 7: Untuk memastikan barang anda tersenarai dalam laman Shopee, anda perlu mengesahkan (verify) nombor telefon pada Langkah 7.
Senangkan nak jual barang di Shopee ni? Tak perlu lalui procedure rumit.
Yang paling saya suka, terdapat ruangan 'Chat' yang membolehkan pembeli menghantar mesej secara terus kepada peniaga. Senang nak tanya apa-apa soalan contohnya tentang produk dengan lebih detail.
Baca juga: Cara Buat Duit dengan Blog
Ingat, jangan sesekali menipu pelanggan. Contohnya gambar yang dipaparkan langsung tidak sama dengan actual product. Paling busuk, diskripsi produk ditulis 'original' sedangkan ia tiruan. Ataupun bayaran sudah dibuat tetapi barang tidak dihantar kepada pelanggan. Walau delay sekalipun, mohon inform pada pembeli supaya mereka tidak tertunggu-tunggu.
*Seriously, saya nak jual speaker Logitech X100 Bluetooth tu dengan harga RM139. 100% new, masih sealed dan tak pernah guna. Kalau berminat, boleh contact [nikkhazami@gmail.com]
Entri sebelum ini - Tiada Lagi Perkhidmatan UBER di Malaysia
Terima kasih kerana membaca Cara Jual Barang di Shopee