Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

iPhone X Mudah Pecah?

$
0
0
iPhone X Mudah Pecah?

iPhone X Mudah Pecah. Disebabkan badan yang diperbuat daripada panel kaca, ini menjadikan iPhone X telefon pintar paling mudah pecah di dunia. Perkara ini terbukti selepas syarikat pembekal waranti telefon, SquareTrade, melakukan ujian jatuh (drop test) ke atas perati terbaru Apple ini.

Melalui ujian yang mereka jalankan di mana semakin tinggi markah, semakin tinggi risiko untuk telefon mudah pecah. iPhone X mendapat markah 90 daripada 100 markah!


 Berkaitan:Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X 

iPhone X Mudah Pecah

SquareTrade menggunakan bantuan peralatan mekanikal untuk mencipta situasi jatuh yang berbeza dan relevan. Ujian tersebut merangkumi iPhone X jatuh dari ketinggian 6 kaki pada bahagian tepi, belakang, dan skrin/hadapan.

iPhone X Mudah Pecah?

Setiap ujian ini menghasilkan kerosakan berbeza. Skrin pecah dan fungsi pengimbas wajah (Face ID) tidak berfungsi selepas iPhone X dijatuhkan pada bahagian hadapan. Bahagian belakang yang diperbuat daripada panel kaca pula retak besar.

Bukan gimik!

Rata-rata peminat produk Apple tidak berpuas hati dengan ujian ini dengan mendakwa ini hanya gimik SquareTrade untuk mempromosikan waranti syarikat mereka. Namun, ujian sama turut dilakukan oleh CNet, iaitu media gergasi Amerika Syarikat, ke atas iPhone X. Hasilnya adalah sama.  Bahkan jatuh dari ketinggian tiga kaki turut meretakkan iPhone X.

iPhone X kini menjadi telefon paling mudah pecah di dunia. Gelaran itu sebelum ini dipegang ole Samsung Galaxy S8.

Berkaitan: Kelebihan dan kekurangan Samsung Galaxy S8 

Entri sebelum ini - Myvi Baru 2018 Gambar, Harga & Spesifikasi

Terima kasih kerana membaca iPhone X Mudah Pecah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles