Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Spesifikasi

$
0
0
Myvi Baru 2018 Gambar,Harga Spesifikasi

Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Specs. Produa secara rasminya mengumumkan Myvi generasi ketiga yang serba baru, ciri lebih menarik, selesa, dan bergaya. Tempahan Myvi baru ini telah dibuka dengan harga bermula RM44,300 tidak termasuk insurans.

Rupa keseluruhan model Produa Myvi 2018 hanya akan didedahkan pada hari pelancaran iaitu pada 16 November 2017.

Menurut Produa, rekaan terbaru ini lebih panjang, lebar, dan hadir dengan banyak ciri baru berbanding Myvi generasi sebelum ini. Namun dalam masa yang sama mengekalkan keselesaan dan luas supaya selesa dan praktikal untuk semua golongan.

Baca: Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2018

Rekaan luaran dan dalaman diberi nafas baru yang tampak lebih segar berserta logo yang mempunyai sentuhan futuristik. 


Apa yang menjadi perhatian adalah ia hadir dengan Advance Safety Assist (ASA) iaitu bantuan pemanduan keselamatan yang terdiri daripada empat sistem berbeza – Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB) (mirip kepada autonomous emergency braking, AEB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).

Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Spesifikasi

Bagi model terbaru ini, Produa Myvi 2018 menawarkan LIMA varian dengan harga yang berbeza.
  • 1.3 Standard G (transmisi manual): RM44,300
  • 1.3 Standard G (transmisi auto): RM46,300
  • 1.3 Premium X (transmisi auto): RM48,300
  • 1.5 High (transmisi auto): RM51,800
  • 1.5 Advance (transmisi auto): RM55,300
Spesifikasi Myvi 2018

Myvi Baru 2018 Gambar,Harga Spesifikasi

Pelanggan akan ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu:
  • Ivory White
  • Glittering Silver
  • Mystical Purple
  • Lava Red
  • Peppermint Green (enjin 1.3L) dan Granite Grey (enjin 1.5L).
Presiden dan CEO Produa menegaskan rekaan luaran model baru ini dilakukan oleh Produa sendiri tanpa dibantu input luar. Selain itu ia merupakan model yang memiliki ciri keselamatan termaju selain lebih nilai untuk wang.

Baca:Padam Mesej Tersilap Hantar di WhatsApp

Gambar Myvi Baru 2018


Myvi Baru 2018 Gambar,Harga Spesifikasi


Walaupun perincian enjin masih belum diumumkan, rata-rata peminat dunia automotif tempatan cukup teruja dengan model terbaru Myvi ini sehingga video promosi menjadi trending di dalam Youtube.


 sumber: HMetro
Entri sebelum ini - Ulasan Stranger Things Season 2

Terima kasih kerana membaca Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Spesifikasi

Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles