Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Fakta Menarik The Fate Of The Furious

$
0
0
Fakta Menarik The Fate Of The Furious / Furious 8. Siapa tidak kenal dengan filem francais Fast & Furious? Filem yang bertemakan aksi lumba kereta tidak pernah mengewakan dan diminati pelbagai golongan. Siapa yang menonton pasti akan mengagumi aksi yang dipaparkan. 

Sekuel ke lapan filem sememangnya dinanti-nantikan biarpun kali ini tidak menampilkan pelakon utamanya, Paul Walker, yang maut dalam kemalangan pada 2013. Namun ini tidak menghentikan pihak produksi untuk terus menyajikan aksi luar biasa dan jalan cerita yang menarik.

Baca: Ulasan Siri A Series Of An Unfortunate Events di Netflix

Apatah lagi dengan dibintangi muka-muka baru seperti  Scott Eastwood serta dua pemenang Anugerah Oscar iaitu Charlize Theron dan Helen Mirren,


The Fate Of The Furious yang dibarisi pelakon seperti Dwayne Johnson, Van Diesel, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Ludacris, dan Nathalie Emmanuel ini mengisahkan Dom dan Letty sedang berbulan madu dan kesemua ahli kumplan mereka sedang menikmati kehidupan normal. Walaubagaimanapun, Dom tidak dapat menolak tawaran wanita misteri untuk melakukan jenayah sekaligus merosakkan persahabatan diantara ahli kumpulannya.

Fakta menarik filem The Fate Of The Furious

- Koordinator kesan khas, J.D Schwalm, dan pasukannya menggunakan 82 kilogram bahan letupan dalam tasik beku tanpa hidupan di Iceland untuk menjayakan babak letupan.


- Francais Fast And Furious bukan sahaja terkenal dengan aks lumba kereta yang hebat, malah lokasi penggambaran yang mengagumkan. Kali ini produksi menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar New York City, Cuba, dan Iceland.

- Filem kali ini lebih banyak melibatkan perlumbaan di jalan raya bagi memenuhi permintaan mendiang Paul Walker yang mahukan lumba kereta jalanan dikembalikan.
- Kira-kira 30 buah kereta mewah dicampakkan dari dalam bangunan ke jalan raya bagi salah satu babak.


- Bagi memuaskan hati penonton, sebuah kereta Nissan yang bernilai USD20 juta diterbangkan khas dari Jepun dan menampilkan kereta kebal mewah atau 'ripsaw' ihsan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. 

Fakta Menarik The Fate Of The Furious

- Garaj atau 'Toy Shop' yang dipaparkan dalam filem ini mengandungi beberapa buah kereta mewah dan keseluruhannya berharga USD17 Juta.

- Ini merupakan filem kedua Charlize Theron berlakon bersama Jason Statham. Mereka sebelum ini membintangi The Italian Job. 

- The Fate Of The Furious adalah filem berbajet besar pertama yang menjalankan penggambaran di Cuba berikutan sekatan dari negara itu. 



- Ini merupakan filem pertama dalam francais Fast and Furious yang memaparkan wanita sebagai watak antagonis.

- Koordinator aksi negeri dari filem sebelum ini, Jack dan Andy Gill, kembali memberikan idea bagi babak di Cleveland, Cuba, dan New York. Kira kira 100 pemandu berpengalaman berkhidmat untuk menjayakan beberapa babak hebat. 

- Jika filem sebelum ini, Furious 7, ditujukan kepada mendiang Paul Walker, The Fate of The Furious adalah dari Walker kerana pihak produksi banyak menggunakan ideanya.

 Sumber: IMDb
Entri sebelum ini - Senarai Taman Tema di Malaysia

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik The Fate Of The Furious

Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles