Senarai Taman Tema Di Malaysia. Siapa cakap Malaysia ni tak ada tempat percutian menarik? Kita asyik mengagungkan negara luar yang mempunyai tempat menarik, tapi negara kita sendiri tidak kurang hebatnya.
Kalau sebut tentang tempat percutian menarik di Malaysia kita sering bayangkan keindahan pulau, makan best, lokasi bersejarah, tempat shopping murah........ Tapi tahukan anda Malaysia mempunyai banyak taman tema menarik dan antara yang terbaik di dunia?
Taman tema boleh dikatakan memenuhi keperluan percutian keranan pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu atau cuti sekolah. Selain itu taman tema sesuai dikunjungi oleh semua golongan.
Jom tengok senarai antara taman tema menarik yang ada di Malaysia.
Senarai Taman Tema Di Malaysia
Sunway Lagoon (Selangor) - Antara taman tema yang paling lama beroperasi di Malaysia. Sunway Lagoon dibuka sejak 1993 dan telah melalui banyak penambah baikkan dengan menambah beberapa tarikan baru buat pengunjung. Sunway Lagoon mempunyai beberapa tarikan menarik termasuklah berenang di pantai buatan, The Wildlife Park, The Scream Park, bungee jump, Extreme Park, selain tarikan utamanya, kolam renang yang luas.
Genting Highland (Pahang) - Taman tema paling popular di Malaysia. Oleh kerana kedudukannya yang terletak di tanah tinggi, Genting Highland bersuhu rendah dan menjadi pilihan pengunjung yang ingin menikmati cuaca sejuk. Dinamakan sebagai taman tema indoor pertama di dunia, Genting Highland mempunyai pelbagai aktiviti menarik seperti kereta kabel, Haunted Adventure, The Snow World, dan sering menjadi venue persembahan oleh penghibur antarabangsa.
A'Famosa Resort (Melaka) - Melaka bukan hanya mempunyai lokasi tinggalan sejarah sahaja tetapi memiliki taman tema iaitu A'Famosa Resort yang mengambil nama sempena kubu Portugis yang terletak di negeri itu. Selain taman tema air yang menjadi terikan utama, A'Famosa Resort turut menawarkan padang golf, Animal World Safari, dan Cowboy Town.
Berjaya Times Square (Kuala Lumpur) - Dengan keluasan 130,000, ia menjadikan Berjaya Times Square sebagai taman tema indoor terbesar di Malaysia. Terletak di aras 5 hingga 7 dalam kompleks membeli-belah, ia mempunyai pelbagai jenis permainan dan keseronokkan untuk seisi keluarga.
Lost World of Tambun (Perak) - Konsep yang mirip Sunway Lagoon, membuatkan taman tema ini menjadi pilihan penduduk yang tinggal di utara semenanjung. Di taman tema ini, pengunjung berpeluang mandi-manda di pantai buatan dan kolam air panas semula jadi serta berhibur dengan pelbagai jenis permainan seperti Perak Parade, Dragon Slight, Adventure Ahoy dan Buccaneer Boats.
Legoland (Johor) - Legoland merupakan taman tema antarabangsa di Malaysia. Dibuka secara rasmi pada September 2012, Legonlan menerima ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara setiap tahun. Mana tidaknya, taman tema yang diinspirasikan dari mainan kanak-kanak ini mempunyai kira-kira 80 tarikan termasuklah Legoland Park, Water Park, dan Legoland Hotel.
Gambang Waterpark (Pahang) - Tiga tarikan utama yang menjanjikan keseronokan tersendiri iaitu Taman Safari, Taman Air dan aktiviti rekreasi. Selain taman air yang luas, Gambang Waterpark turut menawarkan pemanduan ATV, paintball, flying fox, sky trail, memanah dan cabaran balapan berhalang. Taman tema terbesar di Pantai Timur ini turut mempunyai resort yang bertemakan Arabian dan Caribbean Bay.
Angry Birds Activity Park (Johor) - Dibuka pada 2014, taman tema Angry Birds ini adalah yang pertama di Asia Tenggara. Diinspirasikan dari permainan video popular, Angry Birds Activity Park yang terletak di dalam pasaraya Komtar Johor Bahru City Center (JBCC) ini 24 permainan yang setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri. Peminan permainan video Angry Birds pasti tidak mahu melepaskan peluang merasai pengalaman seolah-olah berada dalam permainan tersebut.
Jika bajet masih belum mencukupi untuk ke luar negara, ukur baju di badan sendiri kerana bercuti dalam Malaysia juga menyeronokkan.
Entri sebelum ini - 3 Kelebihan Instagram Live Untuk Bisnes Online
Terima kasih kerana membaca Senarai Taman Tema Di Malaysia