Filem animasi Frozen adalah antara filem terbaik yang pernah dihasilkan syarikat Walt Disney. Dari jalan cerita, karakter, animasi, dan lagu yang menghiasi filem itu umpama sebuah karya agung yang cukup sempurna.
Selepas memenangi kategori Filem Animasi Terbaik dan Lagu Terbaik di Anugerah Oscar, Frozen meneruskan lagi kecemerlangannya dengan mengukir nama dalam Guinness World Record sebagai filem animasi yang mencatat kutipan tertinggi iaitu 1.13 billion seluruh dunia. Ini menjadikan Frozen sebagai filem yang paling berjaya dalam sejarah peneritan filem animasi.
Namun disebalik kejayaan ini, tersimpan beberapa fakta menarik yang tidak diketahui peminat, dan perkara ini disahkan oleh pihak Disney sendiri. Berikut adalah fakta menarik tentang filem Frozen yang mungkin anda tidak tahu:
1. Disney menamatkan penantian selama berpuluh tahun untuk menghasilkan filem tentang The Snow Queen (Ratu Salji). Frozen sebenarnya diinspirasikan dari kisah dongeng karya Hans Christian Andersen. Namun disebabkan The Snow Queen yang ditulis Anderson merupakan watak jahat, pihak Disney terpaksa melakukan perubahan drastik supaya sesuai dengan perancangan mereka. Pertama kali mendengar lagu Let It Go, penerbit filem itu membuat keputusan untuk menjadikan The Snow Queen sebagai watak protagonis iaitu seorang ratu yang bergelut untuk menerima kuasa yang dimilikinya.
2. Idina Menzel, pelakon dan penyanyi yang menyumbangkan suara untuk watak Elsa pernah menghadiri ujibakat bagi watak Rapunzel dalam filem Tangled. Walaupun gagal mendapatkannya kerana diberikan kepada Mandy Moore, namun rakaman ujibakatnya itu menyebabkan Menzel memegang watak Elsa.
3. Wreck-It-Ralph merupakan sebuah lagi filem terkenal terbitan Disney. Disebabkan konsep filem itu cukup berbeza dengan Frozen, pihaknya menemui jalan untuk memasukkan sekilas pandang 'the land of Sugar Rush' dalam Wreck-It-Ralph dalam salah satu babak.
4. Simbol Walt Disney, Mickey Mouse turut muncul di mana kelibatnya dikesan berada di atas rak Wandering Oaken’s Trading Post and Sauna.
5. Pengarah seninya dihantar ke sebuah lokasi pergunungan yang dilitupi salji di Norway untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kehidupan masyarakat di sana. Gambar gunung yang dipaparkan dalam Frozen memang wujud di alam realiti.
6. Dua bintang dari filem Tangled, iaitu Rapunzel dan Flynn Rider membuat penampilan khas dalam salah satu babak Frozen. Mereka muncul ketika lagu For The First Time In Forever dan hadir sebagai tetamu sewaktu majlis pertabalan Elsa.
7. Untuk memastikan filem ini sempurna, seekor rusa hidup dibawa ke dalam studio. Ini membantu pelukis untuk melakar tingkah laku Sven si rusa setepat mungkin. Sven juga pada asalnya diberi nama Thor. Namun bimbang jika dikaitkan dengan watak super hero Thor, ia ditukarkan kepada Sven. Tapi bagi penggemar permainan Dota, anda mungkin tahu persamaan mereka.
Setiap kanak-kanak di dunia ini menggemari filem Frozen, malah ia turut digemari golongan dewasa. Walaupun banyak kejayaan diraih Frozen, dan ramai yang cakap filem ni best, entah kenapa saya kurang gemar dengan filem ni. It's not for everybody..
Eh, baru tahu ke fakta filem Frozen ni?
Previous entry: Peraturan Baru Cermin Gelap 2014
Selepas memenangi kategori Filem Animasi Terbaik dan Lagu Terbaik di Anugerah Oscar, Frozen meneruskan lagi kecemerlangannya dengan mengukir nama dalam Guinness World Record sebagai filem animasi yang mencatat kutipan tertinggi iaitu 1.13 billion seluruh dunia. Ini menjadikan Frozen sebagai filem yang paling berjaya dalam sejarah peneritan filem animasi.
Namun disebalik kejayaan ini, tersimpan beberapa fakta menarik yang tidak diketahui peminat, dan perkara ini disahkan oleh pihak Disney sendiri. Berikut adalah fakta menarik tentang filem Frozen yang mungkin anda tidak tahu:
1. Disney menamatkan penantian selama berpuluh tahun untuk menghasilkan filem tentang The Snow Queen (Ratu Salji). Frozen sebenarnya diinspirasikan dari kisah dongeng karya Hans Christian Andersen. Namun disebabkan The Snow Queen yang ditulis Anderson merupakan watak jahat, pihak Disney terpaksa melakukan perubahan drastik supaya sesuai dengan perancangan mereka. Pertama kali mendengar lagu Let It Go, penerbit filem itu membuat keputusan untuk menjadikan The Snow Queen sebagai watak protagonis iaitu seorang ratu yang bergelut untuk menerima kuasa yang dimilikinya.
![]() |
Idina Menzel |
3. Wreck-It-Ralph merupakan sebuah lagi filem terkenal terbitan Disney. Disebabkan konsep filem itu cukup berbeza dengan Frozen, pihaknya menemui jalan untuk memasukkan sekilas pandang 'the land of Sugar Rush' dalam Wreck-It-Ralph dalam salah satu babak.
4. Simbol Walt Disney, Mickey Mouse turut muncul di mana kelibatnya dikesan berada di atas rak Wandering Oaken’s Trading Post and Sauna.
5. Pengarah seninya dihantar ke sebuah lokasi pergunungan yang dilitupi salji di Norway untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kehidupan masyarakat di sana. Gambar gunung yang dipaparkan dalam Frozen memang wujud di alam realiti.
![]() |
Rapunzel dalam salah satu babak Frozen |