Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Peraturan Baru Cermin Gelap 2014

$
0
0



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan baru cermin gelap bermula 1 November 2014. Kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan adalah 70% bagi cermin depan, 50% cermin sisi pemandu, dan 30% bagi cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang.

Penetapan itu sedikit berbeza dengan sebelum ini iaitu membabitkan kadar ketelusan cahaya 50% dibahagian sisi penumpang belakang dan cermin belakang.  


Menurut JPJ, penguatkuasaan itu melibatkan semua penumpang dinegara ini termasuk wakil rakyat. Pengecualian cermin gelap hanya akan diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan seperti:

- Yang di-Pertuan Agong
- Sultan
- Perdana Menteri
- Timbalan Perdana Menteri
- Ketua Menteri
- Ketua Hakim 
- Kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.

Klik untuk besarkan gambar
Denda yang bakal dikenakan bagi mereka yang tidak mematuhi peraturan cermin gelap adalah: 

- Kompaun RM300
- Sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah, mereka boleh didenda sehingga RM1000
- atau penjara dua minggu atay kedua-duanya sekali


Nampaknya ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan perlaksanaan peraturan cermin gelap baru ini di media sosial. Anda?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles