Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all 671 articles
Browse latest View live

Sinopsis Curi Curi Cinta di Astro Ria

$
0
0
Sinopsis Curi Curi Cinta di Astro Ria | Drama Curi-Curi Cinta yang menggantikan Patah Sayap Bertongkat Paruh menjadi salah satu drama yang dinantikan peminat. Dek kerana menggandingkan pelakon hangat tanah air dan sudah lama dipromosikan di sosial media.

Diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin, Curi-Curi Cinta juga merupakan drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama.


Bersiaran sebanyak 28 episod, drama terbaru Astro Ria ini dijangka bakal mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Ini memandangkan pelakon utamanya Zahirah Macwilson pernah membintangi drama kegemaran ramai, Jangan Benci Cintaku, beberapa bulan lalu.

Tambahan pula, Zahirah kini menjalinkan hubungan cinta dengan Aiman Hakim Redza yang juga menjadi pasangannya dalam drama ini. *Disclaimer: Ini bukan blog gosip* 🙊

Curi-Curi Cinta dibarisi pelakon Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Izzue Islam, Haneesya, Pablo Amirul, dan ramai lagi.

Sinopsis drama Curi Curi Cinta di Astro Ria


Intan dilahirkan dalam keluarga yang susah. beban keluarga mereka bertambah selepas ayahnya meninggal dunia. Manakala ibunya pula buta akibat kemalangan. Intan malah membenci abangnya, Iskandar kerana dia menganggap Iskandar sebagai punca berlakunya kamalangan tersebut.

Baru pula dari luar negara, Intan terpaut dengan sepupu sahabatnya sendiri, Daniel. Seorang jejaka kaya dan kacak. Entah bagaimana, kebetulan pula Daniel ialah kekasih sepupunya, Fariza.


Demi melunaskan hasratnya untuk bersama dengan orang berada Intan sanggup buat apa saja termasuklah menyakiti hati sepupunya sendiri. Satu hari Daniel diperangkap dan terpaksa berkahwin dengan Intan.

Rasa tertipu, dia melepaskan amarahnya terhadap Intan untuk membalas dendam. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.


Situasi mula berubah selepas Intan disahkan mengandung. Ego Intan masih tinggi manakala Daniel masih membenci isterinya itu.

OST/ Lagu tema Curi-Curi Cinta: Wany Hasrita - Terlalu Memuja

*Untuk and yang ingin tonton drama online, anda boleh menonton drama ini di Astro On Demand. Dengan adanya Astro On Demand, anda boleh menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

 Saksikan drama Curi-Curi Cinta episod 1 bermula 29 April 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (105) dan Ria HD (123).


Produk Kecantikan Berasaskan Minyak Kelapa Dara D'Fera

$
0
0
Saya pernah terbit artikel tentang produk minyak kelapa dara jenama D'Fera. Sebelum ini mereka memperkenalkan produk asas seperti BeautyFera, Essential Baby Oil, bedak sejuk, minyak angin, sabun muka, shampoo, pencuci muka, dan lotion. Kini, D'Fera tampil dengan rangkaian produk kecantikan!


Anda boleh baca artikel tentangnya di sini: Minyak Kelapa Dara Terbaik D'Fera

Apa itu minyak kelapa dara?

Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang dihasilkan tanpa menjalani proses pemanasan (haba) dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia lain seperti bahan pewarna dan MSG.

Struktur asal yang terdapat di dalam minyak kelapa ini akan dikekalkan seasli-aslinya. Berbeza dengan minyak kelapa biasa lain di mana haba dan bahan kimia digunakan sewaktu memprosesnya dan mengakibatkan struktur kimia asal dalamannya berubah.


 Pelbagai kajian demi kajian menunjukkan manfaat minyak kelapa dara. Khasiatnya diaplikasikan sebagai bahan asas dalam menghasilkan produk makanan tambahan kesihatan, penjagaan diri, dan kosmetik.

Saban tahun testimoni minyak kelapa dara menunjukkan keputusan positif dan mula diterima masyarakat.

Kebaikan minyak kelapa dara untuk kulit muka


Sebelum ini kita sering mendengar tentang kebaikan minyak kelapa dara untuk rambut. Bagaimana ia mampu melebat serta menyuburkan akar rambut.

Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, bahkan baik untuk luaran terutamanya penjagaan kulit wajah.

Maklumlah, bukan main banyak lagi produk kecantikan di luar sana sekarang ini. Kebanyakkannya mengandungin bahan kimia. Bukankah kalau guna produk yang 100% semulajadi lebih baik untuk kulit?


Untuk itu, saya perkenalkan 2 produk kecantikan yang diperbuat daripada minyak kelapa dara keluaran D'Fera dan kebaikannya.

Produk Kecantikan Berasaskan Minyak Kelapa Dara D'Fera


1. Bedak / Loose Powder


  • Diperbuat daripada bahan galian (mineral)
  • Suci, halal, dan bebas pewangi
  • Mesra wuduk
  • Boleh dipakai sewaktu menunaikan solat, haji, dan umrah
  • Mengawal minyak berlebihan pada wajah
  • Tidak menutup pori wajah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Melembutkan kulit
  • Mencerahkan kulit secara semula jadi

2.Glow Face Mist


  • Menghasilkan kesan 'glowing' yang menjadi idaman ramai
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering
  • Mengurangkan masalah jerawat
  • Mencerahkan kulit secara semula jadi
  • Menganjal dan mengurangkan kedutan
  • Mesra wuduk
  • Boleh dijadikan sebagai primer atau 'makeup base'
  • Boleh dipakai sebagai pelembap rambut dan di bahagian kulit kering

Kedua-dua produk ini adalah produk yang kita pakai setiap hari. Apa yang membezakannya dengan jenama lain di pasaran adalah D'Fera diperkaya dengankan kandungan asli dan tanpa bahan kimia. Maknanya produk ini bebas dari bahan pengawet yang boleh mencederakan kulit.

Moist Chock Bar


Snek yang menggabungkan khasiat minyak kelapa dara dan oat! Kalau nak tahu, 2 bar bersamaan dengan 1 sudu minyak kelapa dara. Ia baik untuk mengawal kolesterol

Saya sendiri dah rasa Moist Chock Bar ini. Memang sedap, tidak terlalu manis, dan sesuai dimakan pada bila-bila masa.


Kelebihan produk minyak kelapa dara D'Fera
Apa yang best tentang jenama D'Fera adalah ia bukan tertumpu kepada produk kecantikan sahaja. Bahkan rangkaian produk ini lengkap dari hujung rambut hingga kaki. Ia meliputi penjagaan dalaman dan luaran.

Best kan? Senang untuk mereka yang mementingkan soal penjagaan diri. Harga setiap produk pula berpatutan dan mampu milik.

Macam mana nak beli produk minyak kelapa dara D'Fera?


Nombor telefon: 018-2844233
Facebook:https://www.facebook.com/dfera.beauty/

Ulasan Filem Avengers Endgame

$
0
0
Ulasan Filem Avengers Endgame | Selama satu dekad membina empayar, sebanyak 22 buah filem yang telah diterbitkan. Endgame menjadi penutup kepada 'Infinity Saga', di mana sepanjang 10 tahun ini setiap filem tertumpu ke arah Infinity Stones.

Pada saat ulasan ini ditulis, Endgame telah berjaya mengumpul lebih USD1.5 billion dalam masa kurang seminggu ditayangkan di pawagam. Ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai filem francais paling berjaya dalam sejarah perfileman.


Mula ditayangkan pada 24 April lalu, dan saya baru berpeluang menontonnya beberapa hari lepas. So here is my review.

Ulasan ini TIDAK MENGANDUNGI SPOILERS untuk menghormati mereka yang masih belum berpeluang menonton untuk merasai pengalaman menonton buat kali pertama.

[Baca]  Fakta Menarik Avengers Endgame

Pelakon: Robert Downey Jr, Chris Evans, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner Mark Ruffalo, Josh Brolin, Paul Rudd.
Pengarah: Anthony dan Joe Russo. 


Ulasan Filem Avengers Endgame


Cukup mengagumi Infinity War, saya mengangkatnya sebagai filem terbaik 2018. Oleh kerana itu saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi buat Endgame.

Saya sangka Infinity War adalah filem superhero paling hebat pernah dihasilkan. Nyata jangkaan saya meleset. Avengers Endgame melepasi penanda aras menjadikan ia sebagai karya agung dalam arena filem adiwira.

[Baca] 10 Filem Terbaik 2018

Jalan ceritanya sungguh mempersonakan. Bagaimana enam orang ahli Avengers merancang strategi bukan sahaja untuk sekali lagi menumpaskan Thanos, tetapi mengembalikan mereka yang telah menjadi abu.


Babak demi babak disusun rapi dan menjadi jamuan mata yang mengasyikkan dari minit pertama hingga ke penghujung.

Berdurasi tiga jam , ramai menyatakan Endgame agak meleret dan tidak memuatkan banyak aksi seperti Infinity War. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat itu. Memang benar filem kali ini slow-paced dan penuh dengan babak percakapan atau dipanggil 'dialogue-heavy". Tetapi setiap babak dan bait dialog yang diungkapkan sangat penting dalam membawa penonton memahami keseluruhan jalan cerita.

Tiga jam berlalu dengan begitu sahaja.


Setiap perincian diolah dengan teliti. Oleh itu amat digalakkan sekiranya anda menonton semua filem MCU sebelum ini supaya tidak terkapai-kapai dalam memahami jalan cerita. 

Seimbang dari segenap aspek


Avengers Endgame memiliki rencah yang cukup. Biarpun ia sepatutnya menjadi filem serius kerana kebanyakan watak masih lagi bersedih, unsur humornya diletakkan pada momen yang tepat. Malah, setiap karakter diberi peluang untuk menyinar. Tidak lupa juga elemen kejutan yang pasti membuat penonton ternganga. "Perfectly balanced".

Menyentuh perasaan


Sebagai penamat kepada Infinity Saga dan 10 tahun pertama, Endgame sarat dengan babak emosi yang menyentuh perasaan. Mana tidaknya, ia menjadi penamat kepada 22 kisah yang dirangka MCU. Penonton telah melihat jatuh bangun karakter-karakter ini,

I personally cried few times. Not just some tears, but I was bawling my eyes out.


Pertempuran akhir yang hebat


Tidak cukup dengan itu, pertempuran akhir yang mencipta klimaks memberikan kepuasan maksimum kepada penonton. Inilah waktu di mana anda bakal tersenyum dan bersorak gembira melihat bagaimana pasukan Avengers bersatu menentang Thanos dan ribuan bala tenteranya.


Momen ini adalah babak paling epik yang pernah dihasilkan Hollywood!

Without spoiling anything, there was one particular scene yang melibatkan karakter kegemaran membuatkan saya gembira dan berbunga-bunga. Heee!

Ingin juga saya sentuh tentang villain utama, Thanos, yang dimainkan dengan jayanya oleh Josh Brolin. Nyata Thanos bukan sekadar hebat dengan Infinity Gaunlet, tetapi bijak, kuat, dan berkarisma. Dia satu-satunya villain yang tidak mahu menguasai dunia. Sebaliknya, hasrat agung Thanos adalah untuk seimbangkan alam semesta dengan melenyapkan 50% populasi.  
 

Kelemahan


Endgame hampir tiada cacat celanya. Jalan cerita, lakon layar, lakonan, serta aspek teknikal seperti, skor muzik, suntingan, kesan khas, semuanya bersatu dalam menzahirkan sebuah karya hebat.

Cuma sinematografi babak pertempuran pada kemuncak filem agak gelap, namun ia langsung tidak menjejaskan pengalaman menonton momen epik itu.

EndgameLayak bertanding anugerah Oscar?


Black Panther memberikan harapan buat filem dari genre ini diiktiraf. Jika ditanya, layakkah Endgame dicalonkan dalam anugerah Oscar, jawapannya YA. Endgame layak dicalonkan dalam kategori Best Adapted Screenplay, dan Best Original Score.

Again, sesiapa yang menyatakan filem superhero adalah mengarut dan melabelkan genre ini hanya untuk tontonan kanak-kanak, think again. Disney dan Marvel Studio tidak bodoh. Filem seumpama ini dirancana dengan baik. Penuh dengan pengisian dan elemen kasih sayang. These movies feel more human than any other realistic films. 

Setinggi-tinggi pujian harus diberikan kepada penulis lakon layar, Christopher Markus and Stephen McFeely, serta pengarah, Anthony dan Joe Russo yang berjaya merangka sebuah naskah yang gemilang.


Kesimpulannya, Avengers Endgame adalah sebuah mahakarya terhebat dalam seni perfileman moden. Penutup kepada 10 tahun pertama dan Infinity Saga. Saya tidak fikir yang akan ada filem se-epik ini dalam masa terdekat. Tetapi ini bukan pengakhiran dunia MCU, bahkan satu permulaan kepada pengembaaan terbaharu.

AVENGERS ENDGAME
10/10

Sinopsis 30 Pesanan Suara di Tv3

$
0
0
Sinopsis 30 Pesanan Suara di Tv3 | Seperti tahun-tahun sudah, saluran nobor satu negara, Tv3 mempersembahkan drama yang menarik pada bulan puasa. Tahun ini di Slot Akasia menyajikan drama bertajuk 30 Pesanan Suara sepanjang Ramadan 2019.

Menariknya drama ini membariskan pelakon berbakat tanah air dengan menggandingkan Syukri Yahaya dan Hannah Delisha dan dibantu oleh Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, dan ramai lagi.


30 Pesanan Suara merupakan sebuah lagi buah tangan terbaharu dari Suhan Pictures. Diarahkan oleh Pali Yahya, drama ini dijangka mendapat sambutan yang baik.

Sinopsis drama 30 Pesanan Suara Tv3


Mengisahkan cinta tiga segi di antara Fira, Iman, dan Amri. Persahabatan di antara mereka telah bermula dari dahulu lagi. Akan tetapi Fira dan Iman saling mencintai. Manakala Amri cuma menyimpan perasaan cintanya terhadap Fira.


Fira dan Iman bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Dan dalam tempoh itu, Fira menghantar beberapa pesanan suara yang sebenarnya ditujukan kepada Iman. Tetapi pesanan itu diterima oleh Amri. Bertambah gembiralah lelaki itu.

Namun perkahwinan mereka tidak dapat diteruskan kerana Iman meninggal dunia. Dapatkah Amri memenangi hati Fira sedangkan gadis itu masih sayangkan Iman?


Menariknya drama 30 Pesanan Suara ini bersiaran sebanyak 30 episod iaitu sepanjang Ramadan.

Lagu tema/OST: Faizal Tahir - Bisa Aja

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.


Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

30 Pesanan Suara bakal bersiaran mulai 6 Mei 2019, setiap hari, jam 7 malam di Tv3.

Cara Pos Barang di Shopee

$
0
0
Semua sibuk nak berniaga di Shopee. Mentang-mentanglah senang kan? Okay, sekarang produk yang anda pasarkan dah berjaya dijual. Jadi, persoalannya macam mana cara nak pos barang di Shopee?

Bunyinya macam mudah, tetapi anda perlu melakukannya dengan teliti kerana jika tidak anda akan menanggung kos penghantaran yang sepatutnya dibayar oleh pelanggan.



Terdapat dua jenis penghantaran di Shopee:
  1. Manual Shipping
  2. Shopee Free Shipping Program

Sebelum pos barang, anda kena tahu cara menjual di Shopee Malaysia dahulu. Saya dan tunjuk panjang lebar dalam artikel - Cara Jual Barang di Shopee.

Manual Shipping


Kaedah manual ini lebih mudah iaitu memasukkan kos penghantaran secara manual description produk. Jadi anda perlu dahulukan wang anda dan isi borang Pos Laju secara manual.

Mungkin sesuai untuk mereka yang nak jual satu atau dua barang sahaja. Saya sendiri menggunakan cara ini.

Tetapi kaedah manual shipping ini tidak sesuai untuk peniaga yang serius. Ini kerana, katakan anda anda menetapkan kos penghantaran untuk satu produk adalah RM5. Kemudian pelanggan membeli lebih dari satu barang dan menyebabkan berat barang bertambah.

Pelanggan hanya perlu membayar RM5 sahaja, sedangkan anda perlu menanggung kos lebih dari RM5. Rugi kan?

Shopee Free Shipping Program


Apa itu Shopee Free Shipping Program? Ia merupakan kolaborasi antara Shopee Malaysia dengan PosLaju untuk memudah dan menggalakkan urusan jual beli online.

Kelebihan menyertai Shopee Free Shipping Program adalah di mana anda sebagai seller dan pihak pelanggan dapat menikmati KOS PENGHANTARAN PERCUMA untuk barang di bawah 5kg.


Ini bermakna anda tidak perlu dahulukan kos penghantaran dan pelanggan pula menikmati Free Shipping. Potensi mereka untuk membeli produk anda berbanding seller lain adalah tinggi.

Syarat menyertai Shopee Free Shipping Program

  • Berat barang harus di bawah 5Kg untuk Semenanjung Malaysia & di bawah 1Kg untuk Sabah/Sarawak.
  • Seller hendaklah menghantar sendiri barang ke Pos laju.
  • Setiap pesanan haruslah dihantar dengan menampilkan 'waybill' yang harus anda cetak.
  • Seorang pelanggan hanya layak mendapat free shipping sebanyak 5 kali pembelian sahaja dalam sebulan. Untuk seller, tiada limit.
  • Jika berat barang 5kg ke atas, kos penghantaran dikira berdasarkan berat.

Perkara yang harus anda sediakan sebelum memohon Shopee Free Shipping Program


  • Sediakan sebuah printer untuk print waybill. Ramai yang tertanya-tanya 'how to print Shopee waybill'. Akan saya tunjukkan di bawah.
  • Kemaskini alamat anda.
  • Isi berat produk dengan tepat supaya ia akan dikira secara automatik jika pelanggan beli lebih dari 5kg.
  • Sediakan Borang PL9 (Borang Pengeposan Poslaju Berkontrak)

Cara dapatkan Borang PL9 Poslaju


  • Borang ini boleh didapati di semua cawangan 
  • Hadir dengan dua borang iaitu Salinan Pejabat (warna PINK) dan Salinan Pengirim (warna PUTIH)
  • Borang yang telah di isi ini haruslah disertakan setiap kali anda ingin menghantar barang yang dipesan di Poslaju.
  • Serahkan borang berwarna pink dan anda perlu menyimpan borang putih untuk rujukan di masa hadapan.

Cara isi Borang PL9 Poslaju anda boleh rujuk gambar di bawah.


*Katakan permohonan anda telah diluluskan. Secara automatik, maklumat 'Shipping' akan bertukar kepada Poslaju di kedai Shopee anda. 

Cara daftar Shopee Free Shipping Program


1. Layari https://shopee.com.my/poslaju

2. Isi maklumat ringkas seperti di bawah. Kemudian klik 'I agree...' dan klik 'Submit'


Pada waktu ini anda pasti tertanya-tanya macam mana nak tahu sama adam permohonan Shopee Free Shipping Program telah diluluskan atau tidak?

Untuk mengetahuinya, anda perlu ke akaun Shopee, pilih bahagian 'My Shipping. Jika perkataan "Shopee Supported Logistics" sudah terpapar, ini bermakna permohonan anda telah diluluskan.


Katakan permohonan anda sudah diluluskan dan kini anda telah berjaya membuat jualan. Apa yang harus anda lakukan.

Pos Barang di Shopee dengan Shopee Free Shipping Program


Langkah 1: Login Seller Center di https://seller.shopee.com.my/account/signin
Langkah 2: Pilih My Sales, dan pilih 'To Ship'.


Langkah 3: Order yang masuk akan memaparkan 'Arrange Shipment'. Klik 'Arrange Shipment'.
Langkah 4: Klik 'Confirm' pada paparan 'I Will Drop Off''


Langkah 5: Nombor tracking Poslaju akan disediakan secara automatik (auto-generated). Tempoh penghantaran Shopee juga telah ditetapkan. Pastikan anda menghantarnya sebelum atau pada tarikh berkenaan untuk mengelak barang lambat diterima oleh pelanggan.


Langkah 6: Klik 'Print Waybill' iaitu salinan yang bakal menggantikan borang Poslaju biasa.
Langkah 7: Sebanyak 4 salinan Waybill yang akan dicetak dalam satu kertas A4. Potong keempat-empat salinan tersebut.

Waybill


Waybill memaparkan maklumat seperti nama dan alamat anda, maklumat pengirim, serta tracking number. Sesudah pelanggan membuat bayaran, segala maklumat akan masuk dalam sistem secara automatik. Anda tidak perlu isi apa-apa maklumat, cuma print sahaja.



Kenapa ada EMPAT salinan?
- Satu untuk simpanan anda
- Satu untuk simpanan Poslaju
- Satu untuk penerima/pelanggan
- Satu untuk Transit Office

Ini bermakna, semasa penghantaran di pejabat Poslaju kelak, anda hanya perlu sertakan 3 Waybill bersama barang, dan borang PL9 yang anda isi sebelum ini.

Kelebihan menyertai Shopee Free Shipping Program


  • Pendaftaran adalah percuma
  • Anda dan pelanggan tidak perlu menanggung kos penghantaran.
  • Tidak perlu ambil nombor atau beratur di pejabat pos. Terus ke kaunter serahan. 
  • Cuma perlu print waybill sahaja, tidak perlu isi borang Pos Laju.
  • Jika pelanggan membuat lebih dari 5kg, maka kos penghantaran akan dikira secara automatik.
  • Lebih 'stand-out' berbanding seller lain kerana anda tidak mengenakan caj penghantaran.

Jika anda betul-betul nak buat duit di Shopee, memang sangat digalakkan guna program free shipping ni.

Apa yang saya kongsikan ini hanya tatacara pos barang sahaja. Kalau anda nak tahu cara menjual di Shopee dengan lebih detail bersertak teknik, rahsia, cara jual barang dropship di Shopee berserta senarai supplier, anda boleh rujuk - Panduan Bisnes Shopee.

Tapi kalau anda tak tahu cara yang betul, produk yang anda pasarkan itu akan terkubur di Shopee tanpa ada pembeli. Baca dulu panduan tersebut okay?


Artikel berkaitan:
Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia
9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee

Semoga artikel cara pos barang di Shopee menggunakan Free Shipping Program dan secara manual ini dapat membantu anda dalam mengembangkan bisnes online. Good luck!

Iklan Raya Watsons 2019 Paling Menarik

$
0
0
Menjelang hari raya pasti akan ada banyak iklan raya dari syarikat terkemuka. Setakat ini sudah banyak iklan raya edisi 2019 yang menarik perhatian ramai bukan? Iklan raya Watsons 2019 adalah antara yang paling seronok untuk ditonton.


Mana tidaknya, sebelum ini kita sering dihidangkan dengan iklan raya yang menyentuh hati. Kali ini Watsons menghasilkan iklan yang membangkitkan 'mood raya' untuk mereka yang merasai kemeriah balik kampung dan beraya bersama keluarga.

Watsons Raya 2019 - Ada Hati, Raya Menjadi-Jadi


Dibintangi Ayda Jebat, iklan raya Watsons 2019 - 'MAGIKALVAGANZA' mengisahkan watak Ayda yang dalam perjalanan balik raya dengan penuh bergaya. Biarpun hanya balik dengan naik bas ekspress, dia menggambarkan perjalanan pulang ke kampung halaman dengan menaiki private jet.


Malah, Ayda turut melihat kepulangannya disambut dengan tarian tradisional Melayu. Ayahnya yang hanya menaiki motor kapcai dilihatnya seperi seorang raja yang menunggang kuda putih. Kuat betul berangan.

Ironinya, inilah perasaan setiap perantau yang pulang beraya dikampung halaman bersama keluarga. Biarpun hanya tinggal di kampung, mereka menganggap rumah mereka sebagai istana. Punyalah gembira, senyum pun sampai ke telingan. Orang putih cakap, 'home is where the heart is."


Orang perempuan memang tidak sah kalau tak melaram di hari raya. Kalau boleh mereka ingin dilihat sempurna di mata sanak saudara.

Baju raya sudah siap, sentuhan terakhir sudah tentulah makeup! Kat mana lagi para gadis mendapatkan bekalan skincare dan makeup mereka kalau bukan di Watsons?

Kempen Ada Hati, Raya Menjadi-jadi Watsons


Iklan kali ini merupakan sebahagian daripada kempen Ada Hati, Raya Menjadi-jadi di mana setiap pelanggan ingin tampil hebat, berasa hebat dengan barangan di beli dari Watsons.


Untuk itu, banyak promosi dan diskaun menarik sedang berlangsung di Watsons sekarang. Seperti:

1. Promosi Jualan Hari Raya
Diskaun sehingga 50% sedang berlangsung sekarang hingga 12 Jun ini di cawangan-cawangan Watsons di seluruh negara dan secara online.

Watsons Malaysia App:

2. 60 Pemenang Bertuah
Sebanyak 60 pemenang bertuah daripada ahli-ahli Watsons yang membuat pembelian berjumlah RM50 ke atas untuk mana-mana produk jenama Watsons berpeluang untuk menghadiri “Meet & Greet Session” bersama Ayda Jebat.

3. Peraduan “Ada Kad Watsons, Ganjaran Menjadi-jadi”
Ahli Watsons yang membuat pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit termasuk salah satu jenama yang mengambil bahagian berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM1 juta dengan mengimbas resit dan menghantar ke https://www.watsons.com.my/promo-rayacontest.

Mereka yang belum saksikan video iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 daripada Watsons Malaysia ini, boleh tonton di bawah ini.


Memang membangkitkan mood raya betul Iklan Raya Watsons 2019 ini.

Status Halal Xing Fu Tang Menurut JAKIM

$
0
0
Xing Fu Tang tidak halal? Banyak betul makanan serta minuman baharu. Minuman jenis bubble tea sudah lama menjadi trend. Kedai minuman bubble tea pula semakin banyak dibuka, bahkan ia menawarkan variasi pilihan kepada pelanggan.

Minuman yang berasal dari Taiwan ini sebenarnya sejenis teh bercampur susu dengan rasa karamel yang enak. Ditambah dengan bebola hitam yang dipanggil 'black pearl' bersifat kenyal yang menjadi kegemaran ramai.


Terbaharu, kedai minuman bubble tea, Xing Fu Tang tiba-tiba menjadi sebutan warga internet. Ini adalah gara-gara sambutannya yang luar biasa. Ada yang bebelinya dalam jumlah yang banyak. Malah, ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati bubble tea ini.


Xing Fu Tang halal atau tidak?


Oleh itu, viral di media sosial beberapa hari lepas di mana terdapat segelintir netizen mempersoalkan status halal bubble tea Xing Fu Tang. Ini kerana ia dioperasikan oleh peniaga bukan Islam dan ia tidak memiliki sijil Halal.

Ramai yang menggesa umat Islam supaya tidak meminumnya kerana status Halalnya tidak terjamin. kedai minuman seumpamanya, The Alley turut berdepan isu sama.


Maklumlah sebagai orang Islam, mencari yang bersih dan Halal itu wajib. Jangan pula hanya kerana terkenal, kita terus meminumnya. Kata netizen lagi, kandungan unsur khinzir bukanlah faktor utama. Banyak lagi faktor yang menyebabkan ia tidak halal.

Status Halal Xing Fu Tang Menurut JAKIM


Terkesan dengan isu ini, premis Xing Fu Tang tampil memberikan kenyataan kepada laman web Bubble Tea Malaysia.


Mereka menkawa telah mendapat sijil  Halal dari Taiwan dan semua menu tidak mengandungi alkohol dan khinzir.

[Baca] Makette Steamboat and Grill Tempat Makan sedap di Kota Bharu

Akan tetapi mereka masih belum mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia dari Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ini disahkan sendiri oleh JAKIM.

Berdasarkan semakan pihak kami atas nama premis makanan Shihlin Taiwan Street and Snacks dan Xing Fu Tang Malaysia, ianya belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Elakkan keraguan anda dengan mengutamakan premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, prosedur, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan.

Pada saat artikel ini ditulis, Xing Fu Tang masih beroperasi seperti biasa di lokasi, 88G, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Soal Xing Fu Tang halal atau tidak ini sebenarnya terpulang pada diri sendiri. Ia telah mendapat sijil Halal dari Taiwan. Cuma belum disahkan JAKIM. Jika was-was jangan minum. Banyak lagi kedai bubble tea yang boleh anda pilih.

Cara Dapatkan Glass Skin Seperti Gadis Korea

$
0
0
Memiliki kulit mulus bak kaca atau 'glass skin' menjadi idaman semua gadis pada masa kini. Mereka sanggup mengeluarkan belanja besar untuk membeli produk demi mendapatkan glass skin persis kulit orang Korea.


Cara bagaimana dan produk apakah yang boleh memberikan anda hasil seumpama ini? Disebabkan ramai yang tertanya-tanya cara membuat wajah seperti orang korea, seorang gadis dari laman Twitter, @SebijiCoconut berkongsi rahsianya dalam mendapatkan glass skin dalam masa sebulan sahaja!

Ya, sebulan.

Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan, kulit gadis tersebut mempunyai banyak parut jerawat. Selepas mengamalkan rutin penjagaan wajah ini, segala cela pada kulit hilang selain menimbulkan kesan glowing.



Jika dilihat kepada produk yang digunakan, gadis ini cuma menggunakan produk popular yang biasa kita lihat. Harganya juga masih berpatutan.

Cara untuk mendapatkan glass skin


1. Double cleanse dengan Innisfree Green Tea Cleansing Oil


Terdapat dua jenis pencuci muka iaitu:
  • Water-based - Pencuci yang biasa kita gunakan setiap hari. Hanya menghilangkan debu dan peluh pada wajah
  • Oil-based - Mencuci dengan lebih mendalam contohnya makeup, sunscreen, minyak pada muka.

Kenapa perlu guna oil cleanse? Sebab pencuci muka biasa tidak menghilangkan kotoran dengan sepenuhnya.

Muka dah berminyak, kenapa nak letak lebih banyak minyak pada muka? Sebab pencuci muka biasa tu water-based. Kita tahu air dan minyak memang tak 'ngam'. Jadi untuk menghilangkan minyak, kenalah guna oil-based cleanser.


Bila nak guna oil-based cleanser? Sebelum guna pencuci muka biasa.

Innisfree Green Tea Cleansing Oil adalah salah satu produk popular dari Korea. Tidak terdapat di drugstore seperti Watsons. Anda boleh mendapatkannya di pop up store di Pavilion KL, Sogo, dan di Sunway Velocity Mall.

Harga: RM83> BELI DI SINI

2. SIMPLE Kind To Skin Moisturizing Facial Wash


Jenama pencuci muka yang cukup popular dan mudah didapati. Membersihkan debu, minyak, dan kotoran dnegan efektif. Bukan itu sahaja, ia juga tanpa bau, bebas bahan kimia yang boleh mencelakan kulit.


[Baca] Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering dan Berminyak 

Mengandungi Pro-Vitamin B5, Vitamin E, dan Bisabol, yang mampu memberikan kelembapan pada kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Harga: RM18 > BELI DI SINI

3. St. Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub and Mask


Keberkesanan scrub dari jenama St. Ives sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Scrub yang berfungsi sebagai exfoliator ini boleh membersihkan lubang pori, menanggalkan sel kulit mati. Dalam masa sama ia memastikan kulit anda sentiasa segar.


Guna dua kali seminggu sudah memadai.

Harga: RM16.80 >> BELI DI SINI

4. Moreana Serum


Ramai yang ambil mudah soal serum. Serum bertujuan untuk melembapkan kulit dan menghilangkan parut jerawat.

Gadis ini menggunakan Moreana Serum sebagai tips mendapatkan glass skin. Ia juga membuatkan makeup anda tahan lama.


Jenama Moreana ini juga popular dan rata-ratanya mendapatkan hasil yang menakjubkan.

Harga: RM45 > BELI DI SINI

5. DR. JOU Six Essence Hyaluronic Acid Mask


Kita memang suka guna mask bukan? Penggunaan mask selama 10 hingga 15 minit tidak dinafikan mampu memberikan kelembapan pada wajah. Sekali gus membenarkan kulit menyerap vitamin yang diperlukan. Salah satu produk untuk glass skin yang harus anda amalkan.


Gadis ini menggunakan sheet mask dari Dr. Jou. Harganya agak tinggi, tetapi menurut @SebijiKelapa mask ini memberikan kesan mencerah dan melembapkan kulit. Beliau turut menyarankan agar ia tidak dipakai terlalu lama, hanya sekitar 5 hingga 10 minit sahaja.

Harga: RM36.70 (5pcs) > BELI DI SINI

6. HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream


Semua wanita tahu akan pentingnya penggunaan moisturizer. Bagi gadis ini pula, memandangkan beliau telah menggunakan Moreana Serum, moisturizer ini hanya disapu jika perlu sahaja. Oh ya, jenama Hada Labo ini memang popular okay? Senang untuk didapati di drugstore.


Harga: RM78 > BELI DI SINI

7. Biore UV Color Control Milk


Cara nak dapat glass skin seterusnya adalah sunscren. Wajib pakai sunscreen jika ingin keluar rumah. WAJIB! Tidak kira apa jenis cuaca sekalipun. Ini kerana cahaya matahari bukan sahaja boleh membakar kulit (takut hitam), tetapi ia juga boleh menyebabkan anda nampak tua, dan berjeragat.


Pilih yang tertera perlindungan "SPF50 dan PA++++". Nantilah saya tulis dengan lebih terperinci dalam artikel khas tentang sunscreen dan sunblock.

Jenama Biore UV CC Milk ini antara yang sering menjadi pilihan ramai. Ringan jika disapu, dan mempunyai warna beige yang juga boleh bertindak untuk menutup cela pada wajah.

Harga: RM26  >> BELI DI SINI

[Baca] Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Cara membuat wajah glass skin yang dikongsikan gadis ini tidak semestinya sesuai untuk anda. Tidak salah untuk mencuba. Try and error gitu. Lagipun, semua produk yang digunakan tidaklah terlampau mahal.

Sekarang ni anda dah tahu cara dapatkan skin glas bukan? Apa lagi, sila cuba produk yang dicadangkan oleh gadis ini. Kalau dia boleh mengapa tidak anda. Lagipun, ia cuma memakan masa selama sebulan sahaja. 


Sinopsis Cetera Hati Diya di Tv3

$
0
0
Sinopsis Cetera Hati Diya di Tv3. Menemui penonton setia Tv3, saksikan sebuah drama bersiri terbaharu yang bakal menghiasi Slot Samarinda, iaitu CETERA HATI DIYA bermula 17 Jun ini.

Dibintangi pelakon pujaan para gadis, Fattah Amin dan Azar Azmi sebagai teraju utama, Cetera Hati Diya mengisahkan konflick keluarga dan percintaan.


Diterbitkan oleh Wiranusa Corporation dan dibawah arahan Raja Mukhriz, juga merupakan  sebuah naskah adaptasi novel cinta 'Isteri Aku Kalis Cinta'. Dibintangi  Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, dan Melanie Tan.

Drama ini dijangka hit memandangkan penampilan Azar Azmi menerusi drama Nur 2 tempoh hati masih disebut-sebut peminat. Begitu juga dengan aktor Fattah Amin yang sentiasa menjadi kegilaan makcik-makcik.

Sinopsis drama Cetera Hati Diya di Tv3


Trauma dengan peristiwa hitam yang pernah dilaluinya, Diya takut untuk mendekati mana-mana lelaki. Malah, cuba sedaya upaya menjauhi lelaki walau apa cara sekalipun.

Zahil yang secara tidak sengaja terlanggar Diya mula menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Jejaka itu berusaha untuk memenangi hati Diya biarpun dia tahu agak sukar untuk mencuri hatinya.


Malang tidak berbau, Diya diperkosa adik tiri Zahil sendiri, iaitu Zack.

Sudahlah fobia dengan lelaki, kini bala lain pula yang datang. Zahil nekad untuk bertanggungjawab atas kesalahan Zack dengan mengahwini Diya.

Kehidupan pasangan itu selepas berkahwin tidak seperti yang diharapkan. Diya menjauhinya kerana masih trauma dengan apa yang telah terjadi. Malah, Zahil pula dalam diam menyimpan rahsia besar tentang masa lalunya daripada Diya.


Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.

Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

Saksikan drama Cetera Hati Diya, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Tv3.

Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy Fit, Fit e Malaysia

$
0
0
Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy Fit, Fit e Malaysia | Smart watch yang juga berfungsi sebagai peranti penjejak kesihatan semakin popular dikalangan pengguna. Banyak fungsi hebat yang boleh anda temui dalam 'fitness tracker' ini, disamping hadir dengan rekaan elegen yang sesuai dijadikan aksesori harian.

Minggu lalu, Samsung melancarkan DUA penjejak kesihatan iaitu Galaxy Fit dan Fit e.


Dapatkah Galaxy Fit ini menjadi pesaing kepada Mi Band yang menjadi meneraju dalam arena fitness tracker? Apakah spesifikasi menarik yang ada padanya? Bagaimana pula dengan harga Galaxy Fit dan Fit-e di Malaysia?

Saya kongsikan spesifikasi Fit e kerana ia lebih murah dan mampu milik. Namun, Fit e bukanlah peranti murahan.

Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy Fit, Fit e Malaysia


Spesifikasi Galaxy Fit e


Rekaan


Dari sudut rekaan, Galaxy Fit tampil dengan design hampir sama dengan Mi Band keluaran Xiaomi.
Tetapi ini adalah rekaan berbeza berbanding smartwatch yang pernah dihasilkan Samsung sebelum ini.

Agak berbeza dengan Samsung Gear Fit2 Pro yang mengetengahkan design yang lebih besar.


Galaksi Fit lebih ringan, mesra sukan, iaitu anda hampir tidak rasa ia berada dipergelangan tangan. Ini kerana plastik yang digunakan ditambah baik supaya tidak mengganggu aktiviti fizikal.

Notifikasi dari telefon


Selain menjejak kesihatan untuk tujuan bersenam, Galaxy Fit turut menerima notifikasi dari telefon yang disambungkan melalui bluetooth.


Anda akan menerima pesanan text, notifikasi dari Instagram, Twitter, reminder, menjawab panggilan telefon, dan lain-lain.

Bateri


Sebagai smartwatch, penjejak kesihatan, serta aksesori, bateri Galaxy Fit-e yang sebesar 70mAh mampu bertahan selama 6 hingga tujuh hari pada penggunaan sederhana.

[Baca] Cara Semak Samsung Original

Ia cukup untuk menampung penggunaan senaman dan mencapai fitness goal anda. Dalam masa satu minggu, anda tidak perlu risau akan gangguan kehabisan bateri semasa bersenam.

Namun, ia bergantung kepada penggunaan ciri yang ada pada peranti ini seperti widget, text, notifikasi, dan masa pengecasan.

Ketahanan


Samsung membina Galaxy Fit-e dengan ketahanan taraf 'military-level'. Ia tahan lasak, tahan air sehingga 5 ATM. Anda boleh memakainya tanpa perlu risau akan habuk, hujan, dan peluh.


Penjejak kesihatan


Memandangkan ia adalah peranti penjejak kesihatan, Galaxy Fit-eyang disokong Auto Workout Tracking akan mengesan TIGA aktiviti secara automatik iaitu:
  • Berjalan
  • Berlari
  • Senaman

Ia turut menghantar heart rate (degupan jantung) terus ke telefon menerusi aplikasi Samsung Health App untuk rujukan dari masa ke semasa.

Muat turun Samsung Health App secara percuma
iOS: https://apps.apple.com/us/app/samsung-health/id1224541484
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sec.android.app.shealth&hl=en

Polar Tidur


Samsung Galaxy Fit-e turut menyokong sleeping tacker supaya anda boleh mengesan polar tidur. Maklumat ini seterusnya dikumpul dalam aplikasi Samsung Health supaya anda boleh mengesannya dan mengamalkan gaya hidup sihat.


Perbezaan antara Galaxy Fit dan Fit e


Galaxy Fit adalah versi yang lebih premium berbanding Fit e. Ia hadir dengan skrin AMOLED 0.94-inci berwarna. Malah, baterinya juga sebesar 120 mAh yang mampu bertahan sehingga 11 hari.

Galaxy Fit vs Galaxy Fit e



Disebabkan perbezaan ini, harga kedua peranti ini adalah berbeza. Anda boleh lihat sendiri harganya di Lazada menerusi pautan di bawah.

Harga Galaxy Fit Malaysia
RM139 - Beli di SINI

Harga Galaxy Fit e Malaysia
RM360 - Beli di SINI

[Baca] Pengalaman Beli Handphone di Lazada

Menarik bukan? Harganya juga agak berpatutan. Adakah ia dapat memberi saingan kepada Mi Band 4 yang telah berada di pasaran?

Jika dilihat kepada Samsung smartwatch review di Youtube, rata-ratanya memberi pujian terhadap peranti ini.

Semoga artikel Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy Fit, dan Fit e Malaysia dapat membantu anda dalam membuat pilihan sebelum membeli.

Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu

$
0
0
Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu | Memandangkan pengaruh K Pop semakin menjadi-jadi di Malaysia, maka banyaklah restoran yang menghidangkan masakan Korea di buka termasuklah di Kota Bharu, Kelantan.

Di Kelantan sendiri sudah memiliki beberapa buah restoran Korea. Mr Dakgalbi adalah salah satu restoran seumpanya yang dibuka di pusat membeli-belah KB Mall.


Saya berkesempatan menjamu selera di Mr Dakgalbi Kota Bharu tempoh hari, here is my review.

Mr Dakgalbi adalah dari bahasa Korea iaitu "dak-galbi" yang bermaksud "ayam". Di sini, pelanggan akan menikmati ketulan ayam goreng yang telah diperap menggunakan rempah khas, iaitu gochujang.

Rempah inilah yang membuatkan Mr Dakgalbi istimewa. Aromanya memang memikat. Dari jauh lagi anda sudah dapat menghidu baru rempahnya.


Apa yang membuatkan Mr Dakgalbi ini menjadi perhatian adalah kerana konsepnya di mana makanan di goreng di meja makan pelanggan. Anda boleh lihat sendiri bagaimana ia disediakan. Which is very exciting!

Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu


Sebuah kuali atau 'hot pot' besar diletakkan di tengah-tengah meja. Segala bahan mentah seperti ayam, rempah gochuang, nasi, ramen, seaweed dan cheese di masukkan ke dalam kuali.


Ia seakan sama seperti restoran seamboat. Cuma anda tidak perlu menggorengnya sendiri. Semuanya akan dilakukan oleh pelayan. Pelanggan menikmati hidangan yang telah dimasak.

[Berkaitan] Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

Ketika proses menggorenglah paling menarik. anda boleh lihat bagaimana pelayan memasukan bahan-bahan. Di saat ramen digoreng, aroma rempah gochujang yang menusuk hidung membuatkan anda tidak sabar untuk menjamu selera.

Mr Dakgalbi KB Mall review


Nasi putih, ramen, dan ayam digoreng menggunakan rempah istimewa ini. Cuma nasi digaul bersama-sama cheese dan ini menimbulkan rasa 'lemak' dan melekit. Sedap! Rasanya seimbang. Bahkan ayamnya juga lembut.


Kimchi pula memang dah sinonim dengan makanan Korea. Ia dikatakan sebagai pelengkap hidangan. I personally not a fan of kimchi.

Oleh kerana ini merupakan kunjung kami yang pertama, kami memilih set yang paling murah iaitu 'Fried Rice 2 Pax set' yang berharga RM43.50. Hidangan ini hadir dengan:

  • Nasi putih
  • Ramen
  • Cheese
  • Kimchi
  • Jeruk lobak putih

Untuk side dish atau hidangan sampingan, kami tambah rice cake with cheese sahaja. Untuk minuman, kami pilih 1 jug air oren yang berharga RM8.

Rasanya memang sedap. Tekstur nasi gorengnya juga tidak sama seperti nasi biasa. Agak lembik dan ditambah pula dengan rasa cheese yang enak.


Kalau anda tertanya-tanya, pedas ke Mr Dakgalbi ni? Pada saya tidak terlalu pedas. Masih 'manageable' dan  tidak sepedas ramen Samyang yang pedas berdesing tu. Lol!

Kami pilih Rice Cake with Cheese sebagai hidangan sampingan. Rice cake ini digaul bersama nasi goreng. Pada saya rice cake agak mahal. Kuantitinya sedikit dan saiznya terlalu kecil, dalam sekitar 1 inci sahaja.

Sumber: Facebook Mr Dakgalbi Kelantan

Mr Dakgalbi KB Mall ini mendapat sambutan menggalakkan. Ada yang sanggup tunggu di hadapan restoran menantikan meja kosong. Dah boleh dilategorikan sebagai tempat makan menarik di Kota Bharu

Mr Dakgalbi KB Mall Menu / Harga


Restoran rangkaian ini menawarkan pelbagai jenis set. Terdapat set yang hadir dengan variasi sayuran, atau anda boleh tambah 'cheese ring', iaitu lelehan cheese cair yang mengelilingi hot pot. Anda boleh lihat menu dan senarai harga di bawah.


Facebook: Mr Dakgalbi Kelantan
Waktu operasi: 10 am - 10 pm
Alamat: Kb Mall, Lot 2.18, Second, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Sekiranya anda berada di Kota Bharu, dan ingin menikmati makanan Korea, bolehlah menjamu selera di Mr Dakgalbi, KB Mall.

Fakta Menarik Spiderman Far From Home

$
0
0
Fakta Menarik Spiderman Far From Home | Marvel Studios tidak akan berhenti dari terus menghasilkan filem dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) yang diadaptasi dari komik Marvel.  Sekuel demi sekuel diterbitkan, terbaharu, Spider-Man Far From Home menanti untuk menjadi jamuan mata penonton.

Selepas Avengers Endgame, peminat tertanya-tanya apakah kesinambungan dunia MCU? Lebih-lebih lagi ia memfokuskan karakter kegemaran ramai, Peter Parker atau alter egonya, Spider-Man.

[Berkaitan] Ulasan Filem Avengers Endgame


Kejayaan filem pertama Spiderman Homecoming (2016) mencetuskan sekuel untuk tatapan peminat. Apatah lagi pengkritik profesional dari laman Rotten Tomatoes Spiderman Homecoming mendapat markah tinggi iaitu 91%. Which is such a big deal. Lol!

Menjadi penyumbang utama terhadap kecemerlangan francais ini sudah tentulah pelakon utamanya, Tom Holland. Seawal kemunculannya yang pertama lagi melalui Captain America Civil War mencuri hati peminat. Karisma Holland telah memberikan justifikasi terhadap watak Spiderman. Menjadikan beliau sebagai Peter Parker dan Spiderman paling sempurna yang pernah diangkat ke layar perak.

Sekiranya anda masih belum menonton Avengers Endgame, filem terbaharu Spiderman ini mendedahkan spoiler besar.


Apakah yang akan berlaku kepada ahli pasukan Avengers? Apakah rancangan Marvel Studios dan Disney dalam membawa hala tuju dunia MCU? Siapakah sebenarnya watak Mysterio yang dimainkan Jake Gyllenhaal?

Sinopsis Spiderman Far From Home


Selepas kejadian dalam Avengers Endgame, Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah. Di sana, Parker harus melunaskan misi menyelamatkan dunia dari ancaman terbaharu.

Pelakon: Tom Holland, Jake Gyllenhaal, Samuel L. Jackson, Zendaya, Jon Favreau, Marisa Tomei.
Pengarah: Jon Watts
Spiderman Far From Home release date Malaysia: 3 Julai 2019

Fakta Menarik Spiderman Far From Home


- Jake Gyllenhaal hampir menggantikan tempat Toby Maguire dalam Spiderman 2 (2004) kerana Maguire mengalami kecederaan set penggambaran Seabiscuit.

- Ini merupakan filem ke-23 dalam dunia MCU.

- Pengarah, Jon Watts mengesahkan pelakon Michael Keaton, Laura Harrier,  dan Michael Mando tidak akan kembali untuk filem kali ini.


-  Buat pertama kalinya dalam sejarah perfileman, pihak produksi perlu memberikan peringatan di awal trailer yang ia bakal mendedahkan spoiler untuk filem Avengers Endgame. Holland muncul di awal trailer memberitahu yang anda perlu menonton Avengers Endgame terlebih dahulu sebelum menonton trailer Spiderman Far From Home.

- Far From Home menjadi penutup kepada Fasa Ketiga MCU.

- Tajuk filem ini didedahkan oleh Holland melalui laman Instagram beliau.

- Di dalam trailer, Spiderman ada menyebut 'Captain Marvel'. Ini merupakan kali pertama watak dari MCU memanggil Carol Denvers dengan nama berkenaan.


-Beg pakaian tertera huruf 'BFP' yang merupakan singkatan kepada bapa saudara peter, Benjamin Franklin Parker. Uncle Ben merupakan watak penting dalam filem-filem Spiderman sebelum ini kerana kematiannya memberikan inspirasi untuk menjadi Spiderman.

- Aktor popular, Matt Damon khabarnya menolak tawaran dalam memegang watak villain.

- Filem ini menelan belanja sebanyak 160 juta USD.

- Spiderman Far From Home menjalani penggambaran sekitar England, Czech Republic, Itali, New York, dan California.
Sumber: IMDb

Marvel movies in order


Nah, ini adalah senarai filem MCU mengikut urutan dari tahun yang diterbitkan 2008 hingga 2019.


Selamat menonton Spiderman Far From Home!

Xiaomi Mi Band 4 di Lazada hanya RM139

$
0
0
Xiaomi Mi Band 4 di Lazada hanya RM139 | Sejak Xiaomi Mi Band mula dilancarkan pada 2014, ia mula menjadi peneraju kepada peranti fitness tracker atau penjejak kesihatan. Ia menjadi pilihan ramai keranaa menawarkan fungsi menarik, rekaan elegan dan berkualiti pada harga murah

Untuk mengekalkan gelarannya sebagai 'best fitness tracker watch' di pasaran, Xiaomi melancarkan Mi Band 4 yang menambah baik beberapa ciri menarik.


Nak tahu apakah ciri menarik Mi Band 4? Apakan perbezaan antara Mi Band 4 dengan Mi Band 3? Teruskan membaca artikel ini.  

Skrin AMOLED berwarna


Penambahbaikan yang paling ketara adalah Mi Band 4 dilengkapi skrin berwarna. Ini merupakan kali pertama Xiaomi membangunkan skrin berwarna pada penjejak kesihatan mereka. Peranti-peranti sebelum ini hanya hitam dan putih.

Ini bermakna skrin kali ini lebih verstail dan aplikasi di dalamnya lebih ceria dengan adanya skrin AMOLED berwarna.


Dengan adanya interface berwarna ini, pengguna diberikan kira-kira 77 pilihan paparan utama.

Selain itu, saiz skrin kali ini lebih besar iaitu 0.95 inci berbanding 0.78 inci pada Mi Band 3. Biarpun perbezaan ini tidak ketara, ia tetap memberi kepuasan kepada si pemakai terutama ketika melakukan aktivit fizikal.

Teknologi SWOLF


Sokongan SWOLF memudahkan anda memantau aktiviti berenang. Ia boleh menetapkan beberapa mode berbeza. Bahkan Mi Band 4 mampu mengenal pasti beberapa gaya renang seperti kuak lentang, rama-rama, bebas, dan lain-lain.

[Baca] Cara Semak Xiaomi Original 

Mempunyai perlindungan air sehingga 50 meter. Ini sesuai untuk dibawa bercuti dan tidak digalakkan untuk aktiviti menyelam dasar laut yang serius.

Mikrofon untuk arahan suara


Selain itu, mikrofon juga salah satu ciri menarik pada Mi Band 4 yang boleh anda nikmati. Dengan adanya mikrofon ini, anda boleh melakukan arahan suara (voice command).


Ia turut hadir dengan pembantu digital, Xiao AI. Antara tugasan ringkas yang boleh anda arahkan adalah:

  • Bertanyakan cuaca
  • Mengawal muzik
  • Menetapkan telefon kepada mod senyap
  • Mengawal panggilan telefon
  • Mengawal peranti-peranti berhubung di rumah sperti lampu pintar Xiaomi

Mengecas tanpa membuka tali jam


Mi Band sebelum ini memerlukan pemakai membuka tali untuk mengecas bateri. Cara pengecasan kini semakain senang. Ia terbina di belakang jam dan anda tidak perlu mencabutnya terlebih dahulu.

Bercakap soal bateri, Mi Band 4 mampu bertahan sehingga 20 hari dengan penggunaan sederhana.

Sokongan NFC


Mi Band 4 turut mengekalkan fungsi NFC untuk tujuan pembayaran nirtunai. Pengguna boleh menggunakan kod QR untuk diimbas oleh penjual ketika membuat pembayaran.



Rekaan


Berbeza dengan Mi Band 3 yang mempunyai lengkuk untuk mengaktifkan peranti, Mi Band 4 hadir dengan skrin rata.


Dengan beberapa ciri baharu yang saya senaraikan di atas sudah cukup untuk membuktikan yang Mi Band 4 adalah fitness tracker yang berbaloi untuk di miliki. Apa yang ditawarkan peranti ini sangat mengujakan. Harga Mi Band 4 Malaysia juga murah, tidak jauh beza dengan Min Band 3. Baik beli yang terbaharu je.

Harga Mi Band 4 di Lazada



Mi Band 4 sudah pun masuk ke pasaran Malaysia. Hargnya sekitar RM129 hingga RM145 sahaja. Saya cadangkan beli dengan seller yang mendapat reputasi baik dari pelanggan untuk memastikan servis yang memuaskan dan ketulenan produk.

[Berkaitan] Pengalaman Beli Handphone di Lazada


Seller seperti gambar di atas menjualnya dengan harga RM145. Tiada kos penghantaran dan anda bakal menerima DUA free gifts.

Beli di Lazada - https://invol.co/clg93h

Sinopsis Sweet Dreams di Astro Ria

$
0
0
Sinopsis Sweet Dreams di Astro Ria | Menghiasi MegaDrama Astro Ria, penonton bakal dihidangkan dengan sebuah lagi drama bersiri menarik untuk menemani malam-malam anda yang bertajuk Sweet Dreams.

Di bawah arahan pengarah tersohor, Michael Ang ini dijangka bakal mencipta fenomena tersendiri. Ini kerana ia dibintangi pelakon popular, Mira Filzah dan dibantu oleh Ben Amir.


Drama Astro Ria ini turut membintangi Sweet Dreams ialah Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, dan Didi Astillah.

Sweet Dreams juga merupakan sebuah lagi drama yang di adaptasi dari novel cinta terkenal, dari tajuk yang sama karya Acik Lana.

Sinopsis drama Sweet Dreams di Astro Ria


Puteri, seorang gadis bisu yang jelita tetapi sentiasa ditimpa malang. Gadis bisu bukanlah satu-satunya gelarannya. Ratu Kelam Kabut dan Minah Clumsy sudah menjadi gelarannya sejak dari kecil. Mana tidaknya, segala tiang dilanggarnya. Dia juga sering tergolek ke dalam longkang.


Siri kejadian malang Puteri mempertemukannya dengan seorang jejaka. Belum sempat tergolek, lelaki ini sempat menyambutnya. Bukan sekali, maalah lelaki ini sering menyelamatkannya.

Qash Adam, seorang pelukis yang sering mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kisah silamnya membuatkan Qash sering menyendiri dan murung. Anugerah dapat menghidu kejadian buruk membuatkan Qash dihina dan difitnah.

Kerana itu jugalah dia menolak untuk mendekati wanita.


Namun kemunculan Puteri dalam mimpinya membuatkan Qash keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi.

“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam

Rahsia demi rahsia terbongkar...

Anda boleh rujuk label 'Sinopsis' untuk mengetahui senarai drama Melayu best.

Video promo:

 
 
Drama Sweet Dream bersiaran mulai 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam do Astro Ria (104)

Resepi Nasi Ayam Sedap dan Padu

$
0
0
Resepi Nasi Ayam Sedap dan Padu | Hidangan nasi ayam memang menjadi kegemaran ramai. Siapa tidak suka akan keenakan ayam, kelembutan nasi, sup, dan ditambah pula dengan kicap dan sos sebagai pelengkap hidangan.

Menu ini sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Malah. digemari setiap peringkat umur terutamanya anak-anak yang sudah memang gemarkan ayam. Resepi nasi ayam boleh dikatakan antara resepi 'wajib tahu' dikalangan ibu-ibu.


Seperti yang kita tahu, terdapat benyak jenis nasi ayam seperti hainan, madu, roasted, dan lain-lain. Dalam artikel ini saya kongsikan resepi nasi ayam biasa yang sentiasa menjadi pilihan ramai.

Ini adalah resepi asal dari Kak Laily Subang dan gabungan perapan ayam Restoran Steak Me'nate, Ia adalah resepi nasi ayam viral kerana mendapat 60k share di laman Facebook selepas dikongsikan oleh Rafiza Ayu. Jadi hasilnya memang nampak menyelerakan!

Resepi Nasi Ayam Sedap


Bahan-bahan untuk masak nasi


Lemak ayam
Air rebusan ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Daun salam (boleh digantikan dengan daun pandan)
Kiub pati ayam

Bahan-bahan untuk perapan ayam


Lada sulah
1 sudu minyak bijan
1 sudu kicap pekat
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk sos / sambal nasi ayam


Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil garam
4 sudu gula
Halia
1 sudu jus limau nipis
2 ulas bawang putih
6 biji lada merah

Bahan-bahan untuk kicap


Sup ayam
Kicap lemak manis
2 hirisan halia
1 ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara rebus ayam


1. Simpan lemak ayam untuk masak nasi. Ini adalah 'ultimate secret' untuk buat nasi ayam sedap!
2. Masak air sehingga mendidih, masukkan ayam yang telah dipotong.


3. Wajib tutup periuk dalam 5 hingga 6 minit bergantung kepada kuantiti ayam.
4. Air rebusan ini akan dibahagikan untuk masak sup, nasi, dan kuah kicap kelak.

Cara masak nasi


1. Rendam beras dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit sekitar 15 - 30 minit. Ini adalah untuk menghasilkan warna nasi berwarna kuning.
2. Toskan beras.


3. Sementara itu, panaskan lemak ayam ke dalam periuk nasi. Tutup periuk.
4. Selepas lemak ayam mencair, buang ketulan lemak yang tinggal sahaja.


5. Masukkan bawang putih, halia, daun salam, dan kiub ayam yang telah ditumbuk halus.
6. Masukkan beras, dan air rebusan ayam tadi. *Sukatan air dan beras haruslah sama, kerana beras sudahpun mengembang.
7. Pindahkan periuk nasi ke rice cooker. Tunggu sehingga masak.

Cara masak ayam


1. Campurkan semua bahan-bahan perapan ayam yang disebut di atas.
2. Gaulkan pada ayam dan perap buat seketika.


 3. Ayam yang telah diperap ini sedia untuk digoreng/ grill/ bakar.

Cara buat sos / sambal nasi ayam


1. Mesin semua bahan yang diperlukan dalam satu masa.
2. Setelah mesin, masukkan ke dalam periuk. Panaskan pada api kecil.


 3. Sesudah mendidih, mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis

Maka terhidanglah menu nasi ayam yang sedap. Ibu-ibu di rumah bolehlah mencuba resepi nasi ayam simple untuk anak ini. Punyalah sedap sehingga menjadi viral di media sosial. Untuk artikel akan datang saya akan kongsikan resepi nasi ayam madu, Sheila Rusly, cina, dan crispy pula. Anda boleh semak di label Resepi.


Selamat resepi nasi ayam simple untuk anak-anak!


6 Kedai Bubble Tea, Boba di Kota Bharu

$
0
0
5 Kedai Bubble Tea di Kota Bharu | Trend minuman bubble tea masih belum reda. Sejak viral tempoh hari, demam meminum minuman yang berasal dari Taiwan itu berterusan sehingga ke hari ini.

Keenakan bebola hitam kenyal ini seolah sebagai penambah rasa kepada air pelbagai perisa. Memang sedap, sehingga penggemarnya sanggup beratur panjang demi bubble tea yang turut dipanggil 'boba' ini.

Berikutan permintaan tinggi, kedai minuman yang menjual bubble tea semakin banyak beroperasi. Malah, gerai air balang juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menjual minuman yang menjadi kegilaan ramai itu. Ada juga yang menambah 'cheese brulee' sebagai perisa tambahan.

Baca: Status Halal Xing Fu Tang Menurut Jakim

So far, Xing Fu Tang dan The Alley tak ada di Kota Bharu. What a bummer, teringin juga nak rasa dan join sekali kegilaan terhadap minuman ini. Jangan risau, jom lihat antara kedai boba di Kota Bharu yang boleh anda terjah.

6 Kedai Bubble Tea / boba di Kota Bharu


Richiamo Coffee


Merupakan rangkaian kafe berasaskan kopi. Menawarkan kopi premium enak buat penggemar kopi. Bukan sekadar kopi, Richiamo Coffee turut menyediakan pelbagai jenis minuman lain seperti pelbagai jenis air coklat, teh, serta jus segar.

Richiamo menawarkan minuman 'Brown Sugar Boba Milk' untuk memenuhi permintaan ramai. Nampak lemak berkrim kan? Ia cuma berharga RM9.90 sahaja.



Selain kopi, Richiamo yang terletak di Lembah Sireh turut menyediakan variasi piliha pencuci mulut dan makanan Barat.

Waktu operasi: 10 am -12 am
Alamat:  PT 410, NO 7-C, Bandar Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Yoohoo Dessert Cafe


Nama pun 'dessert cafe', tentulah menu di sini lebih terarah kepada pencuci mulut dan minuman menarik sahaja.

Menu signature di sini adalah 'kakigori' iaitu hidangan yang berasal dari Jepun. Kakigori merupakan ais parut pelbagai perisa yang dicurahkan dengan susu. Antara perisa menarik yang ada adalah coklat, strawberry, caramel, matcha, gula melaka, teh ais, dan banyak lagi. Malah, ada juga yang dihidangkan bersama bebola boba.




Untuk minuman boba pula, mereka menyediakan Brown Sugar Fresh Milk Boba enak.

Saya yakin anda pasti rambang mata melihat menu mereka yang menyelerakan apatah lagi kesemuanya begitu comel!

Waktu operasi: 1 pm - 11 pm
Alamat: PT373, Jalan Sri Cemerlang 7/27, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Kopi Mesin


Antara tempat makan menarik di Kelantan yang wajib anda cuba! Cukup popular di kalangan golongan muda, Kopi Mesin menawarkan variasi pilihan kopi menarik untuk para pelanggan.

Ia bukan sekadar kedai kopi biasa, tetapi menggunakan biji kopi berkualiti dari Brazil, Papua New Guinea, dan India.


Tidak minum kopi? Usah risau, kerana banyak lagi pilihan minuman sedap seperti coklat, teh, dan minuman berperisa yang lain. Boba milk turut dijual dengan harga berpatutan.

Selain itu, hidangan western seperti chicken chop, speghati, nachos, serta pelbagai jenis kek turut dijual. Dibuka seawal pagi,Ia juga merupakan tempat sarapan sedap di Kota Bharu dengan juadah nasi lemak serta roti bakar.

Kopi Mesin membuka dua buah cawangan setakat ini iaitu di Lundang, dan di Langgar.

Waktu operasi: 7 am - 1am
Alamat: 4663B, Jalan Sultan Yahya Petra, Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Tiny Elephant


Salah satu kafe hipster di Kota Bharu yang menjadi kegilaan golongan muda di sini. Mereka turut menawarkan Boba Fresh Milk dengan harga RM10. Melalui review pelanggan di laman sosial, Boba Fresh Milk mereka sedap, creamy, dan bobanya tidak terlalu manis.



Menu lain yang ada di Tiny Elephant - Soft Serve & Coffee adalah hidangan western, pencuci mulut, dan pelbagai jenis kopi.

Tiny Elephant Wakaf Che Yeh turut menyediakan menu sama.

Waktu operasi: 12.30 pm - 12.30 am
Alamat: 1122, T/B, Jalan Tengku Petra Semerak, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Coolblog


Seingat saya, Coolblog adalah antara pelopor minuman berperisa dengan boba di Malaysia. Coolblog memperkenalkan Milk Tea with pearls. Pearls to boba lah! Bukan main banyak lagi perisa minuman yang ditawarkan.


Ketika trend boba ini sedang hangat, Coolblog hadir dengan Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee. Pelanggan boleh pilih di antara teh atau kopi premium dengan boba gula perang istimewa. Harganya cuma RM6.50 sahaja.

Tealive


Jenama minuman teh, Tealive sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan hanya keenakan minumannya tetapi pertikaian di antara Chatime vs Tealive yang berpanjangan.

Tealive menjadi kegemaran ramai dek kerana menawarkan pelbagai jenis minuman enak. Biarpun memfokuskan teh, air coklat, kopi, dan jus segar juga digemari pelanggan.

eunicechow.com

Bang Bang Milk Tea yang disertakan dengan boba agak popular ketika ini. Harganya cuma RM7.45 sahaja.

But my personal favorite adalah Strawberry Pudding dan Ice Plum Cooler (air asam boi)

Nah, itu dia antara kedai boba dan bubble tea di Kota Bharu. Tapi sekarang ni dah banyak gerai tepi jalan yang menjual boba. Harganya jauh lebih murah dan boleh tahan sedap!

Cara Bayar Bil TM Unifi Streamyx dengan MYUNIFI App

$
0
0
Bagaimana cara semak dan bayar bil TM Unifi dan Streamyx dengan mudah? Untuk pengetahuan, Telekom malaysia (TM) kini menyediakan aplikasi 'myUnifi' untuk memudahkan pelanggan semak bil perkhidmatan yang disediakan oleh TM.

Jika sebelum ini pelanggan boleh menyemaknya dari portal unifi.com.my, kini anda boleh melakukannya dengan mudah melalui aplikasi myUnifi pada telefon bimbit sahaja.


Lebih mudah dan cepat berbanding menggunakannya pada laman web.

Sebagai pelanggan Streamyx, aplikasi ini memang sangat membantu untuk membuat bayaran dan menyemak bil terkini dan terdahulu. Untuk itu, saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuat bayaran bil Streamyx. Pengguna wifi Unifi atau bil telefon TM juga menggunakan cara sama.

Muat turun aplikasi myUnifi dari Google PlayStore (Android) atau App Store (iOS) terlebih dahulu.


Selesai muat turut anda perlu log in ke akaun. Caranya mudah sahaja, cuma masukkan email dan cipta satu password. Untuk mengesahkan akaun TM, masukkan nombor akaun Streamyx/Unifi anda.

Cara Bayar Bil TM Unifi Streamyx dengan Aplikasi myUnifi


Langkah 1: Buka aplikasi myUnifi dan pilih 'Pay Bills'.
Anda juga boleh bayar bil untuk orang lain dengan pilih 'Pay for anyone'. Contohnya tolong bayarkan bil telefon TM untuk ibu bapa.

Langkah 2: Pilih 'Pay my bills' untuk membayar bil terkini.



Langkah 3: Jumlah bil terkini. Sebagai contoh, bil terkini adalah RM69.95 seperti gambar di atas.

Langkah 4: Pilih 'Pay RM69.95' untuk meneruskan pembayaran.



Langkah 5: Pada langkah ini anda kan diberi pilihan sama ada untuk membuat bayaran menggunakan Credit/debit cardatau perbankan online.

Langkah 6: Anda akan dibawa ke portal bank pilihan untuk meneruskan pembayaran.



Selepas membuat pembayaran, email pengesahan akan dihantar. Rekod pembayaran akan disimpan di bahagian 'Overview' untuk rujukan di masa akan datang.

Senang bukan? TM bill payment menjadi lebih mudah berbanding kaedah 'Jompay Unifi' pada portal perbankan.

[Baca] Cara Bayar Bil Astro, TM, Unifi, TNB, Air dengan JomPAY CIMB 

Apa lagi yang boleh anda lakukan dengan aplikasi myUnifi ini? Aplikasi ini sebenarnya memudahkan pelanggan TM untuk menguruskan apa sahaja perhidmatan yang ditawaran oleh mereka. Senang cerita, semua servis yang disediakan disatukan dalam satu aplikasi sahaja.



Kegunaan aplikasi myUnifi


  • Membuat semakan bil servis yang anda langgan
  • Bayar bil Unifi atau TM dengan mudah
  • Sejarah pembayaran bil
  • Lihat promosi istimewa seperti pakej Unifi dan Streamyx
  • Khidmat pelanggan TM yang beroperasi 24 jam

Melaporkan masalah kepada pegawai khidmat pelanggan
Berkenaan TM careline, sebelum ini anda boleh menghubungi talian '100' untuk melaporkan sebarang masalah. Kini, talian berkenaan hanya beroperasi pada waktu berkerja sahaja iaitu dari 9 am hingga 5.30 pm sahaja.

Kelebihan aplikasi myUnifi


  • Dapat membuat bayaran semua jenis perkhidmatan TM
  • Mendapat notifikasi jumlah bil setiap bulan
  • Mendapat kod voucher istimewa seperti dari Zalora, Tune Hotel, dan Legoland
  • Boleh buat pembayaran bil untuk orang lain.
  • Aplikasi mesra pelanggan dan senang untuk dinavigasi

Unifi Lite - RM69 sebulan


Eh, anda tahu tak tentang pakej Unifi Lite? Pengguna Streamyx sedia ada akan menikmati pakej baru pada harga RM69 sebulan dengan data berkelajuan sehingga RM8Mbps (tanpa had).

Manakala pelanggan baharu Streamyx akan menikmatinya pada harga RM89 sebulan.


Ia merupakan pakej istimewa buat pelanggan Streamyx yang tidak boleh menaik taraf wifi kepada Unifi kerana tidak mendapat liputan.

Saya pun plan nak upgrade Streamyx. Nanti saya kongsikan cara memohon Unifi Lite ini dalam artikel akan datang.

Jadi mulai bulan hadapan bolehlah anda bayar bil TM dengan aplikasi myUnifi!

Sinopsis Lelakimu Yang Dulu di Tv3

$
0
0
Sinopsis Lelakimu Yang Dulu di Tv3 | Terbaharu di Slot Akasia, Tv3 bakal menayangkan sebuah drama Melayu bersiri iaitu Lelakimu Yang Dulu untuk menceriakan petang penonton setianya.

Drama Lelakimu Yang Dulu merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama tulisan Farah Darianna. Novel ini khabarnya cukup popular. Anda boleh membacanya di laman Wattpad - Lelakimu Yang Dulu Bab 1.


Di bawah arahan Eoon Suhaimi, drama ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada penggemar drama Melayu. Ini kerana ia sekali lagi menggandingkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama.

Selain itu Lelakimu Yang Dulu turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Syafnida Shuhaimi, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, dan Dian P.Ramlee.

Sinopsis drama Lelakimu Yang Dulu di Tv3


Berkisarkan sepasang suami isteri, Hazrul dan Daliya yang dilanda musibah apabila Hazrul dipenjarakan atas kesalahan merogol. Si Hazrul pula mendiamkan diri. Sedikit pun tidak menafikan tuduhan keatas dirinnya.
 

Daliya membawa diri, tidak sangka suaminya sendiri sanggup melakukan perkara terkutuk itu.

Dua tahun berlalu, Hazrul mendapat perkhabaran yang Daliya menyembunyikan rahsia daripadanya. Rupanya mereka berdua mempunyai zuriat.

Hadirnya cahaya mata, Heidi, menguatkan lagi keinginan Hazrul untuk mendapatkan kembali keluarganya. Diaturnya bermacam-macam rancangan supaya Daliya kembali ke pangkuannya.

Tidak semudah itu Daliya memaafkan Hazrul walaupun mereka masih sah sebagai suami isteri. Ditambah pula dengan kehadiran Nazli yang setia disampingnya semenjak Hazrul dipenjarakan.


Lagu tema: Hafiz & Adira - Takdir Tercipta

Untuk peminat drama Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

 Eh, betul ke boleh tonton drama online di DMF2U? Korang dah cuba?

Selamat menonton drama Lelakimu Yang Dulu! 

Cara Return Barang Shopee Malaysia

$
0
0
Cara Return Barang Shopee Malaysia | Mudah, mesra pelanggan, dan murah, itulah adalah faktor utama yang menjadikan Shopee sebagai online shopping website terbaik. Memang rambang mata setiap kali menjengah ke Shopee. Mana tidaknya, kebanyakan barangan dijual pada harga jauh lebih murah berbanding kedai fizikal.

Memang seronok apabila barang yang kita order selamat sampai dan berfungsi dengan baik.


Namun, ada kalanya berlaku kesilapan atau kerosakan pada barang yang anda beli. Pelanggan kebiasaannya menerima barang koyak, pecah, mendapat barang yang tidak sama dengan apa yang dipaparkan. Malah, lebih malang apabila mendapat produk tiruan sedangkan anda membayarnya pada harga original.

Perkara sebegini memang tidak boleh dielakkan. Oleh kerana itu Shopee menyediakan jaminan untuk melindungi hak anda sebagai pelanggan.

[Baca] Cara Pos Barang di Shopee

Shopee Malaysia Refund


Sekiranya berlaku kerosakkan atau kesilapan, Shopee tidak akan menggantikan semula barang dengan yang baru, sebaliknya wang anda akan dipulangkan. Wang tersebut akan dimasukkan kedalam 'Wallet' akaun Shopee anda.

Sebelum itu, anda perlu hantar semula barang yang rosak tersebut kepada Shopee untuk disemak. 

Cara Return Barang Shopee Malaysia


Langkah 1: Buka aplikasi Shopee pada telefon.

Pergi ke ME > My Purchases > To Receive > Click on your Order > Request for Return/Refund

Pada bahagian Request for Return/Refund, tandakan produk, nyatakan jenis kerosakkan, dan tekan 'Submit'.


Langkah 2: Bungkus semula barang yang rosak

Bungkus termasuk invoice sebagai bukti pembelian, semua bahagian dengan lengkap, aksesori, dan hadiah percuma (sekiranya ada). Lekatkan Return Airway bill (jika ada) pada bungkusan.


Untuk mempercepatkan proses, selitkan Order Serial Number, username, nombor telefon dan nyatakan sebab anda ingin refund. 


Langkah 3: Hantar ke mana-mana Poslaju berdekatan dalam tempoh 7 hari dari laporan kerosakan dibuat.

Bungkusan tersebut haruslah dihantarkan pada alamat -

Shopee Returns Department
Mapletree Logistics Hub,
Block 2 - Unit 6 First Floor,
Lot 10003 Jalan Jubli Perak 22/1A Seksyen 22,
40300 Shah Alam, Selangor

Refund Shopee berapa lama?


Ia memakan masa sekitar 5 hari berkerja selepas bungkusan tersebut selamat tiba di gudang Shopee. Anda kemudian akan dihubungi melalui aplikasi Shopee dan email.

[Baca] Cara Jual Barang di Shopee

Bagaimana mendapatkan Return Airway bill Shopee?


Sesetengah produk menyediakan Return Airway bill bersama-sama dengan produk kepada anda. Kebiasaanya barangan dari kedai rasmi (Shopee Mall), elektrik, gajet, perabot, serta barang yang tinggi harganya.


Sekiranya tidak, anda hanya perlu ambil gambar barang yang rosak, consignment note, dan hantar ke ke https://help.shopee.com.my/my/s/contactus.

Mudahkan?

Cara refund duit dari Shopee / pemulangan wang


Shopee akan semak terlebih dahulu barang yang anda hantar sama ada memenuhi terma dan syarat atau tidak. Sekiranya anda layak, Shopee akan memulangkan wang anda.



Wang tersebut akan dimasukkan ke dalam 'Wallet' akaun Shopee anda. Anda boleh withdraw ke akaun bank. Atau, menggunakannya untuk pembelian seterusnya.

Jelas tak?

Senang je Shopee return policy Malaysia ni. Cuma agak leceh, kita malas nak berurusan dan pos barang.

Perkara sebegini tidak boleh dielakkan. Kadang kala seller telah menghantar barang baik dan tepat, tetapi kerosakkan berlaku semasa proses penghantaran.

Oleh sebab itu sebagai pelanggan, kita harus bijak dalam menilai seller di Shopee untuk mengelak berlaku kerugian.

Rujuk sini untuk lebih pencerahan - https://help.shopee.com.my/my/s/article/How-do-I-return-my-Shopee-Mall-product-1542971632211

Tips beli barang di Shopee

  • Beli dari kedai rasmi (Shopee Mall), dengan logo 'Mall' berwarna merah.
  • Pastikan seller yang dipercaya, kebiasaanya tertera perkataan 'Preferred' pada produk.
  • Semak review dari pelanggan. Perhatikan angka penilaian (dalam skala 1-5).
  • Jangan terpengaruh dengan harga terlalu rendah dan tidak masuk akal.
  • Gunakan fungsi 'Chat' dengan sebaiknya. Tanya seller tentang ketulenan dan diskripsi barang.
  • Lihat polisi kedai seperti jaminan atau polisi 'return/refund'
  • Simpan bukti pembelian untuk rujukan masa akan datang.

Semoga cara return barang Shopee ini dapat menjadi rujukan anda sekiranya berdepan kesulitan.

Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam

$
0
0
Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan di Hatyai pastinya menyeronokkan. Ini kerana banyak sekali tempat menarik di Hatyai dan Songkhla yang unik serta berbaloi untuk dikunjungi. Tidak kirang siang mahupun malam. Melalui artikel ini saya akan senaraikan beberapa tempat menarik di Hatyai waktu malam yang happening.


Kehidupan malam di Hatyai memang happening. Sesuai sekali untuk pelancong yang datang untuk melihat budaya dan makanan tempatan. Sebab itulah rugi kalau anda memerap sahaja di bilik hotel. Jom lihat antara tempat menarik di Hatyai yang boleh anda lawati.

Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam


#1 Hatyai Floating Market Klong Hae (Pasar Terapung Hatyai)


Wajib selitkan Hatyai Floating Market ini dalam senarai kerana ia adalah lokasi yang paling terkenal di sini. Seperti pasar malam, cuma semua gerai beroperasi di atas perahu yang berlabuh di tebing sungai.

Banyak makanan yang dijual di sini dan semuanya halal dan dijual oleh orang Islam di sini. Beraneka jenis juadah boleh anda cuba seperti mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, ikan keli bakar kerabu dan ladu ubi kayu.

Boleh dikatakan memang banyak makanan sedap di Floting Market Hatyai yang anda kena cuba. Ada yang travel jauh-jauh hanya untuk singgah ke sini tau!


Menariknya, sesetengah hidangan dimasak di atas perahu. Malah terdapat minuman yang dijual di dalam buluh, seramik, dan macam-macam lagi.

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa | 3 pm - 9 pm
Alamat:  Khlong Hae Khutao Road, Khlong Hae, Hatyai, Thailand

#2 Asian Night Bazaar


Rugi kalau anda tak singgah ke Asian Night Bazaar. Salah satu tempat shopping murah di Hatyai yang menjadi perhatian pelancong. Kalau mencari pakaian, aksesori, pakaian kulit, mahupun barang borong, bazaar inilah lokasinya.

Kerepek dan snek juga dijual pada harga berpatutan. Bolehlah anda beli untuk dijadikan sebagai cenderamata.


Pada waktu malam lebih meriah dengan kehadiran pengunjung. Terang benderang, dari jauh lagi anda sudah dapat lihat aktiviti jual beli. Oh ya, jangan lupa tawar menawar harga ya? Manalah tahu sekiranya anda boleh dapat harga yang lebih murah.

Ini juga adalah tempat menarik di Songkhla yang harus anda lawati. Oh ya, Hatyai dan Songkhla adalah lokasi yang sama. Di mana Hatyai merupakan bandar terbesar dalam daerah Songkhla. 

Waktu operasi: 3 pm - 10.30 pm
Alamat: Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

#3 Greenway Food Station


Penat membeli-belah, apa kata anda isi perut dengan menjamu selera di Greenway Food Station. Ia merupakan sebuah medan selera besar yang menempatkan ratusan buah gerai. Pelbagai jenis juadah dijual di sini dari masakan Thailand, western, Japanese, Arab, dan termasuklah makanan Malaysia.


Usah risau, banyak gerai Halal di Greenway Station dibuka untuk pelanggan beragama Islam. Anda boleh kenalpasti berdasarkan logo Halal yang dipaparkan.

Kawasannya kondusif, selesa, bersih, dan anda bebas untuk duduk di mana-mana sahaja. Dekorasi medan selera ini juga cantik.


[Baca] Percutian Menarik Hatyai Part 1

Waktu operasi: 5 pm - 10 pm
Alamat: 1406 3 Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#4 Central Festival Mall


Tempat shopping Hatyai seterusnya adalah Central Festival Mall. Sama sahaja dengan pusat membeli-belah di Malaysia, tapi apa salahnya kalau singgah. Mana tahu ada yang berkenan dan murah?


Terdapat Manchester United Official Store di Central Festival Mall. Untuk peminat pasuk bola gergasi itu, anda boleh mendapatkan jersi dan pelbagai jenis merchandise rasmi.

Apa yang patut anda cuba di sini adalah makan di food court nya. Saya sendiri pernah cuba, memang sedap!

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm
Alamat: 1518, 1518/1, 1518/2 ถนนกาญจนวณิช Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#5 Steel Pagoda


Tempat menarik di Hatyai pada waktu malam yang seterusnya adalah Steel Pagoda. Tempat suci agama Budha ini diperbuat daripada besi tahan karat. Apa yang unik, pada waktu malam ia dipancarkan dengan lampu berwarna-warni.

Sinaran lampu ini akan menghasilkan pantulan cahaya indah pada pagoda dan ke serata kawasan. Oleh sebab itulah ia sering dikunjungi pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar.


Disebabkan ia dibina di atas bukit, cahayanya boleh dilihat dari jauh.

Alamat:  Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#6 Kim Yong Market


Sebuah lagi tempat shopping di Hatyai yang menarik untuk anda lawati. Yang ini lebih kurah seperti Uptown atau Petaling Street. Terletak di bahu jalan, ratusan buah kedai menjual pelbagai jenis barangan berpatutan. Jersi, tshirt, kasut, pakaian kanak-kanak, handbag, dan aksesori.



Waktu siang menjual barangan basah seperti sayur dan buah-buahan. Ia bertukar meriah saat malam menjelma.

Memang rambang mata melihatnya. Cukup bingit, kerana masing-masing sibuk melakukan urusan jual beli dan tawar menawar.


Ia terletak di tengah-tengah bandar. Jadi senanglah untuk anda terus ke beberapa restoran atai kedai menarik berhampirannya. 

Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel menarik di Hatyai


Selain rancang untuk shopping, penginapan selesa haruslah di ambil kira. Oleh itu saya senaraikan juga beberapa hotel menarik dengan harga berpatutan, serta dekat dengan tempat-tempat menarik.

PM Residence


Merupakan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak 0.9km sahaja dari Greenway Food Station. Lokasinya tidak terlalu sibuk, sesuai sekali untuk mereka yang tidak gemarkan suasana bising. Bilik-biliknya mempunyai dekorasi berwarna ceria dan moden.


Lengkap dengan kolam renang infinity, membolehkan anda berenang sambil melihat pemandangan bandar Hatyai dari pandangan atas.

Kemudahan: Wifi dan parking percuma, bar/lounge, mini pantry, bilik keluarga

Jarak dengan tempat menarik:
Central Festival - 0.6 km
Magic Eye 3D Museum - 0.9 km
Santisuk Market - 1.5 km
Kim Yong Shopping Centre - 1.7 km


Harga bilik: dari RM105 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: 9 Rajdamri Soi 2 Road, , 90110

Get Guesthouse


Kalau nak tahu, Get Guesthouse ini adalah antara hotel di Hatyai yang murah iaitu di bawah RM100 semalam. Apa yang menariknya, dekorasi minimal dan elegannya tidak ubah seperti hotel 4 bintang. Ia memiliki 'Japanese-style' iaitu cuma menggunakan warna putih dan hitam sebagai warna tema.

Memang berbaloilah menginap di sini. Bilik-biliknya cukup selesa dengan katil empuk, berhawa dingin, pancuran air panas, dan pembancuh kopi.


Biarpun di bawah RM100, hotel ini tetap menyediakan Wifi percuma kepada para tetamu.

Jarak dengan tempat menarik:
Magic Eye 3D Museum - 2.2km
Hatyai Wonders Land - 4.3km

Harga bilik: dari RM56 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: Sansri Soi 4, Downtown Hat Yai, 90110 Hat Yai

V.L. Hatyai Hotel


Sebuah lagi hotel murah di Hatyai adalah V.L. Hotel. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang selesa untuk penginapan keluarga. Lengkap dengan pembancuh kopi, pancuran air, katil empuk, dan wifi percuma.

V.L Hotel turut mempunyai restoran, iatu Benjarong Restoran yang bakal menghidangkan sarapan percuma kepada anda. Jika anda mendapat bilik di tingkat atas, dapatlah menikmati view menari bandar Hatyai.

Jarak dengan tempat menarik:
Floating Market - 5.6km
Central Festival - 3.3km
Asian Night Bazaar - 2.9km
Ice Dome - 8.5km

Harga bilik: dari RM110 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: 1-3-5-7 Nipatuthit 1 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110,

Tidak hairanlah mengapa daerah selatan Thailand ini sering menerima kunjungan pelancong.
Senarai tempat menarik di Hatyai waktu malam ini pastinya akan menceriakan percutian anda di Hatyai. Keluarlah jalan-jalan untuk menyaksikan kehidupan malam Hatyai yang happening.
Viewing all 671 articles
Browse latest View live