NiagaHoster - Penyedia Web Hosting Termurah Asia. Tidak kira apa jenis website yang anda miliki, sama ada blog, e-commerce, peribadi, bisnes, atau berita, pastinya anda mahu kesemua data disimpan dengan selamat dan mempunyai domain sendiri.
Saya tak expect semua orang tahu maksud web hosting dan domain ni. Jadi bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dan merancang untuk lebih serius dalam mengendalikan website, anda wajib tahu tentang dua perkara ini.
Apa itu WEB HOSTING
Dalam bahasa mudah, web hosting bermaksud 'rumah' untuk menyimpan data seperti gambar, file, text, dan segala yang diperlukan untuk sesebuah website sehingga dapat diakses diinternet.
Apa itu DOMAIN
Domain adalah alamat yang ditulis dipelayar laman web. Jika menggunakan platform Blogger, alamat blog akan jadi "inibloganda.blogspot.com". Jika sudah berdomain, maka alamat akan bertukar kepada "www.inibloganda.com". Nama domain bergantung pada pengakhiran yang anda mahu seperti dot.my, dot.net, dan dot.com.
Kedua-dua perkara ini banyak kelebihan jika anda memilikinya lebih-lebih lagi domain. Blog anda akan nampak lebih profesional dan lebih matang berbanding blog lain.
Tetapi tidak ada cara lain untuk memiliki hosting dan domain selain membelinya dari syarikat yang menawarkan servis ini.
Dengan lambakan syarikat yang menawarkan servis ini, agak sukar untuk kita memilik yang terbaik. Sebagai pelanggan sudah tentu kita mahukan syarikat yang memberikan servis seimbang dari segi kualiti, keselamatan, sokongan pelanggan, dan harga yang murah.
Antara penyedia servis web hosting dan domain terbaik Asia adalah NIAGAHOSTER. Syarikat yang berpengkalan di Indonesia ini tersenarai sebagai salah satu syarikat yang menawarkan servis terbaik di Indonesia (rujuk WHTOP).
Kenapa kena pilih penyedia dari Indonesia? Okay, here is why.
NiagaHoster - Penyedia Web Hosting/Domain Termurah Asia
Menawarkan pelbagai servis
Selain hosting dan domain, NiagaHoster turut menyediakan servis:
- Virtual Private Server (VPS) dengan teknologi 'cloud computing' yang melindungi website anda dari downtime, overload, selamat dari ancaman hackers, dan malware.
- Membina website. NiagaHoster akan membina laman web impian anda. Hanya perlu Order dan Bayar, mereka akan sediakan website tanpa anda perlu pening kepala.
- Affiliate. Seperti sistem affiliate lain, NiagaHoster turut menyediakan komisen sekiranya berjaya membawa pelanggan membeli servis melalui link/kod kupon anda. Menariknya anda bakal menerima komisen sebanyak 70% dari setiap jualan! Banyak bukan?
Perkara utama yang perlu dititik beratkan untuk membeli web hosting/domain adalah harganya. Percayalah, NiagaHoster bukan sahaja memberi servis berkualiti tetapi turut menawarkan harga hosting termurah di Asia.
Bayangkan, harga domain cuma Rp 105.000 bersamaan RM29.85. Inilah yang membezakan NiagaHoster dengan pesaingnya. Anda boleh semak harga di https://www.niagahoster.co.id/hosting-murah.
Jangan risau, rakyat Malaysia boleh membelinya dengan mudah dan selamat.
Pilihan pakej menarik
Untuk memberi lebih banyak pilihan NiagaHoster menyediakan beberapa pakej menarik yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Berikut antara pakej yang ditawarkan.
Data center
NiagaHoster turut memiliki data center moden iaitu Green Data Center Tier-4 DCI Indonesia di bawah kendalian Equinix iaitu penyedia data terbaik dunia dengan jaminan 99.99% masa uptime. Ia merangkumi:
Jaminan wang dikembalikan
Bagusnya di NiagaHoster, jika anda tidak berpuas hati dengan sevis mereka setelah menggunakannya selama 30 hari wang anda akan dikembalikan.
Support & Khidmat pelanggan 24/7
Apa yang saya cukup teruja adalah khidmat pelanggan yang beroperasi selama 24/7! Ini bermakna jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kesulitan, mereka akan memberikan respon pantas.
Menariknya, anda boleh menggunakan fungsi 'chat' yang disediakan di laman web mereka.
Tak perlu menunggu balasan email kerana anda boleh berbual secara terus dengan staff mereka.
NiagaHoster menyediakan segala apa yang diperlukan bagi sesebuah website untuk beroperasi dengan lancar. Semuanya cukup lengkap dari segi kualiti, keselamatan, khidmat pelanggan, dan harga murah.
Entri sebelum ini - Sinopsis Mona Lisa di Astro Prima
Terima kasih kerana membaca NiagaHoster Penyedia Web Hosting/Domain Terbaik Asia