Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all 671 articles
Browse latest View live

Cara Dapatkan Diskaun untuk Produk Kecantikan

$
0
0

Cara Dapatkan Diskaun untuk Produk Kecantikan. Jika anda biasa singgah ke blog ni pasti ada perasan yang saya selalu terbitkan entri tentang tips shopping online. Dalam entri ini juga saya akan kongsikan bagaimana untuk beli barang makeup dengan harga termurah/diskaun secara atas talian.

Sesiapa sahaja yang memperuntukkan bajet kecil terhadap barang makeup pasti terseksa setiap kali browsing portal beli-belah kerana harga kebanyakkan barang makeup agak mahal. Jangan risau lepas ni tak akan ada masalah lagi.

Baca:Harga Terkini Rawatan Hospital Kerajaan

Sebelum tu anda perlu semak mana-mana laman web yang menawarkan diskaun melalui 'newsletter' mereka. Banyak portal beli-belah yang membuat tawaran seperti ini contohnya diskaun untuk belian pertama atau penghantaran percuma. Namun ia biasanya hanya hadir pada musim perayaan.


Selain itu sosial media menjadi salah satu medium untuk kaum hawa semak web site mana tengah buat sales. Walaubagaimanapun, jualan murah tidak berlangsung setiap hari.

Paylesser

Tapi tahukan anda Paylesser menawarkan kupon yang memberikan diskaun hebat ketika shopping online? Anda akan mendapat diskaun 10 hingga 20 peratus terutamanya bagi mereka yang nak beli produk kecantikan! Daftar secara percuma dan Paylesser membantu anda menjadi pembeli yang bijak dalam mendapatkan harga terbaik.


Cara Dapatkan Diskaun untuk Produk Kecantikan

Untuk tampil cantik di mata umum memerlukan perbelanjaan besar. Sebab tu kena beli produk yang berkualiti dan dipercayai. Namun ia bukan murah. Apatah lagi dari jenama terkenal dunia. Kalau anda biasa beli barang makeup online, mesti tahu tentang Hermo.my, salah satu portal beli-belah yang menjual produk penjagaan diri sahaja.

Hermo voucher

Hermo Malaysia yang berpengkalan di Johor ini memiliki segala macam produk kecantikan dari penjagaan wajah, rambut, kulit, mandian, dan wangian. Sebut sahaja jenama apa yang anda inginkan, Maybelline, L'Oreal, SK-II, NYX, Biotherm, dan banyak lagi. Termasuklah barangan dari Korea yang memang tengah 'in' sekarang.


Harga yang ditawakan juga cukup berpatutan tapi anda boleh membelinya dengan harga yang lebih murah dengan menggunakan voucher Hermo dari Paylesser. Daftar percuma di Paylesser dan anda boleh menikmati potongan harga gila-gila dengan vouvher dari mereka. Memang kena sangat dengan tagline Hermo iaitu 'turning beauty in a click.'

Diskaun 20% Shoppu

Okay honestly, saya baru je tahu tentang kewujudan Shoppu. Kemunculan banyak pusat beli-belah atas talian sekarang ni memang susah nak catch up.  Di laman Shoppu ni macam-macam ada dan tidak hanya tertumpu pada produk kecantikan sahaja. Pakaian, gajet, elektronik, keperluan bayi, barangan runcit, dan kelengkapan rumah.


Tapi dalam entri ni saya nak fokuskan barang makeup sahaja. Dengan Paylesser anda boleh mendapatkan potongan sehingga 20% untuk barangan kosmetik di Shoppu. Jadi jika anda guna kod kupon ni, bertambah-tambah penjimatan yang boleh dilakukan!

Kedua-dua Hermo dan Shoppu ni sememangnya dipercayai dan menjual produk asli dan berkualiti. So tak perlu ragu-ragu untuk membuat pembayaran. Masukkan kod kupon dan voucher pada ruangan yang disediakan masa nak bayar.


Kenapa bayar lebih kalau ingi tampil cantik? Sebab sekarang ni anda dah tahu cara macam mana nak beli alatan kosmetik dengan harga terendah. Rugi kalau tak guna kupon dari Paylesser. Sebab membeli secara online sendiri dah memberi banyak kelebihan kepada pengguna.

There you have it. Semoga entri ni dapat membantu korang melakukan penjimatan masa nak shopping barang make up. Boleh share tips ni dengan kawan-kawan yang lain. Bye!

Entri sebelum ini - Sinopsis Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Cara Dapatkan Diskaun untuk Produk Kecantikan


Sinopsis Lara Cinta Ameena di Tv3

$
0
0
drama lara cinta ameena

Sinopsis Lara Cinta Ameena di Tv3. Mengisi Slot Samarinda Tv3, stesen nombor satu negara itu membawakan sebuah lagi drama hebat buat penonton setianya. Terbaru, drama LARA CINTA AMEENA, bersiaran menggantikan Umairah yang tamat pada baru-baru ini. 

Lara Cinta Ameena terbitan Tanah Beris Film dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua ini mula bersiaran pada 30 November 2016, setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam. 

lara cinta ameena


Drama 15 episod ini diterajui Tiz Zaqyah dan Raja Afiq sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq, Wilma Muhammad, dan ramai lagi. 

Sinopsis drama Lara Cinta Ameena di Tv3

Berkisarkan anak yatim piatu, Ameena, yang ditakdirkan jatuh cinta dan berkahwin dengan Radhuan si anak hartawan. Namun perkahwinan mereka tidak berkekalan akibat fitnah yang ditabur ibu Radhuan sendiri iaitu Puan Kirana.

Ameera diceraikan lalu membawa diri ke Sabah. Radhuan pula berkahwin dengan Ezaty yang tidak dicintainya pada masa yang sama memendam rindu terhadap bekas isteri.  Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. 


Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. 

Lagu tema / OST Lara Cinta Ameena: Haqiem Rusli - Segalanya


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Lara Cinta Ameena di Tv3

Lazada Online Revolution: Apa yang Best?

$
0
0

Lazada Online Revolution: Apa yang Best.In case you missed it, sekarang ni Lazada sedang mengadakan jualan tahunan terbesar iaitu Online Revolution. Kebanyakkan produk yang ada di Lazada mendapat potongan harga lebih 90%! Potongan harga ini hanya boleh dinikmati bermula 11 Nov hingga 12 Dis sahaja.

Kalau anda baca entri terdahulu, saya terima sebuah kotak dari Lazada yang dinamakan Box Of Joy. Kotak itu mengandungi pelbagai jenis produk dari jenama best seller Lazada. Jenama aksesori komputer seperti Logitech hingga ke barang keperluan bayi, Momy Poko.


Dalam banyak-banyak item yang ada dalam kotak tu saya highlight tiga produk favorite.

Lazada Online Revolution: Apa yang Best?

Logitech x100 Wireless Speaker

Mood untuk dengar muzik datang tak kira masa dan tempat. Tapi untuk dapatkan bunyi kuat dan berkualiti takkan nak angkut speaker besar kat rumah tu. Sebab tu la sekarang ni dah banyak wireless speaker di pasaran dan semua orang suka peranti yang berhubung tanpa wayar.


Apa yang best tentang speaker Logitech x100 Wireless Speaker ni adalah rekaan cantik, bunyi best, dan bluetooth yang stabil. Saya bagi 4.3/5 bintang. Tak perlu ragu-ragu lagi sebab Logitech sedia terkenal dalam arena penawaran aksesori komputer. Best jugak ada speaker wireless ni, siap la kau aku pasang lagu Coldplay kuat-kuat lepas ni! 😈

Berkaitan:Daniel Wellington Original Murah di Lazada

SanDisk Dual Drive 3.0

Mesti semua pemilik smartphone ada masalah tak cukup space sebab terlalu banyak apps, lagu, video, dan selfie dalam telefon. Sayang nak delete sebab tu semua memori. Tapi kalau dan ada Dual Drive dari SanDisk ni, dah tak ada lagi masalah tak cukup space.


Dual Drive berfungsi memindahkan file dari telefon. Anda boleh simpan dalam drive tersebut atau pindah ke dalam komputer/peranti lain. Cuma cucuk pada telefon (peranti Android sahaja) kemudian transfer. Senang kan? apatah lagi jenama SanDisk memang sudah terkenal dengan produk storan tambahan. Saya bagi 5/5.

Baca: Cara Semak Huawei Original

Nescafe Rasa Pandan White Cofee

Coffee is my saviour in the morning. Tak sah kalau tak minum Nescafe. Kopi terbaru dari Nestle, Nescafe Rasa Pandan Huawei Original, ni lain macam sikit ia merupakan white coffee berperisa pandan. Apa yan membezakan kopi ni dengan kopi lain adalah aromanya yang umpph! Bau pun dah wangi dan manis.

Lagipun nescafe ni 3 in 1. Cuma bancuh dengan air panas je. Lagi best Nescafe pandan ni boleh diminum panas sejuk. Sedap!! Saya bagi 4/5


Semua produk dari jenama Logitech, Sandisk, dan Nestle tengah ada diskaun sekarang. Baik pergi usha Lazada, sebelum kempen Online Revolution tamat pada 12 Disember ini!!!

Anda boleh rujuk mana-mana banner atau link Lazada yang ada dalam blog ni dan ia terus membawa anda ke harga terbaik.

Entri sebelum ini - Sinopsis Lara Cinta Ameena

Terima kasih kerana membaca Lazada Online Revolution: Apa yang Best?

Permohonan Adsense Diluluskan Sepenuhnya

$
0
0

Permohonan Adsense Diluluskan Sepenuhnya. Setelah bertahun-tahun apply, akhirnya permohonan untuk memaparkan iklan Adsense diluluskan! Bukan senang nak approve sebab syarat yang ditetapkan oleh syarikat pengiklanan dari Google ni sangat ketat.

Banyak cabang untuk buat duit dengan blog antaranya Klikjer, Revenuehits, Mobicow, dan Agoda. Yang tu saya dah cerita panjang lebar dalam entri - Cara Buat Duit dengan Blog. Tapi  rata-rata blogger memasang impian untuk mendapatkannya kerana income Adsense agak lumayan, blogger akan menerima bayaran dalam matawang USD.

Saya sendiri mula memohon Adsense sekitar 2012 lagi tapi asyik kena reject atas faktor bahasa. Ini kerana pada waktu itu Adsense masih belum menyokong blog berbahasa Melayu. So, saya buat blog English.... pun kena reject.

Kemudian bila Adsense mula menyokong blog berbahasa Melayu pada 2015, maka ramai blogger tempatan mula memohon termasuk saya. Adsense ni kadang-kadang suka mainkan perasaan orang. Permohonan saya lulus peringkat pertama di mana saya perlu letak code dan tunggu arahan seterusnya. Tapi tu diorang senyap macam tu je. Lama jugak tunggu respon diorang hinggakan akaun saya dimatikan dengan alasan tidak aktif.

Permohonan Adsense Diluluskan Sepenuhnya

Saya apply balik dalam bulan Ogos 2016, ikut semua syarat dan langkah yang ditetapkan.... Selepas dua bulan akhirnya permohonan Adsense diluluskan sepenuhnya!! Apa lagi, terus pasang kod iklan dan ia mula terpapar pada blog.

Email dari Adsense

Relief sangat bila dah ada akaun penuh Adsense sebab dah bertahun apply, tak pernah lepas! Apa yang bestnya, kita akan mula dapat earnings walaupun tak sampai 24 jam letak iklan dalam blog.

Iklan yang relevant akan muncul. Contohnya macam gambar di bawah, iklan TM Unifi yang boleh menang tiket tengok bola di Old Trafford. Yang ada Unifi boleh join contest ni, saya tak boleh join sebab dah pernah  menang dulu.. Baca kat sini >> Pengalaman Menonton Aksi Man United di Old Trafford.



Bagaimana kiraan pembayaran Adsense?

Untuk info, Adsense membayar Cost-Per-Click (CPC) agak tinggi. Ia boleh mencecah USD1 setiap kali pengunjung klik pada iklan. Selain itu blogger akan menerima kira-kira USD0.50 untuk setiap 1000 paparan atau Cost-Per-Views (CPV).

Yang masih kena reject tu jangan give up, sementara tunggu aproval dari Adsense anda masih boleh buat duit dengan blog dengan beberapa cara lain seperti yang sebut kat atas. Bila dah approved, jangan langgar pantang larang!

Mungkin dalam entri akan datang saya akan kongsikan elemen yang perlu ada dalam blog untuk lulus Adsense.

Waktu Terbaik Update Instagram

$
0
0



Waktu Terbaik Update Instagram. Betul ke ada masa tertentu untuk muat naik gambar di Instagram supaya dapat jumlah Likes dan komen yang banyak? Memandangkan Instagram adalah sebuah aplikasi yang boleh diakses menerusi telefon pintar, pengguna boleh semak timeline Instagram di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Walaubagaimanapun, waktu bagi pengguna berinteraksi seperti memuatnaik, tekan like dan komen gambar rakan tidak berlaku sepanjang masa.


Menguruskan akaun Instagram memerlukan perancangan teliti lebih lebih lagi bagi mereka yang menjadikan Instagram sebagai salah satu sumber pendapatan. Tidak kira sama ada anda berpengaruh di medial sosial dan sudah sebati dengan "IG review", ataupun anda berniaga di Instagram. Kedua-duanya memerlukan si admin tahu masa yang sesuai supaya gambar yang dimuatnaik dilihat ramai pengikut. 


Jika anda seorang yang sangat mementingkan jumlah likes dan komen, kena baca entri ini sampai habis. 

Waktu Terbaik Update Instagram

Menurut laporan Huffington Post, kaji selidik menunjukkan masa terbaik untuk upload gambar pada Instagram adalah sekitar 2 pagi dan 5 petang. Kenapa?

Berkaitan:Cara Berniaga di Instagram

Ini kerana jam 5 petang ramai menghabiskan masa dengan internet lebih-lebih lagi sosial media sebelum pulang dari tempat kerja. Selain itu kita sering tidur lewat kerana terlalu leka stalk Instagram rakan dan artis. Mengaku je lah!

Hari dan masa terbaik muat naik gambar Instagram
  • Ahad - 5 pm
  • Isnin - 7 pm & 10 pm
  • Selasa - 3 am & 10 pm 
  • Rabu - 5 pm
  • Khamis - 7 am &11 pm
  • Jumaat - 1 am & 8 pm
  • Sabtu - 12 am & 2 am
Walaubagaimanapun, tidak ada waktu yang benar-benar tepat ini kerana ramai di antara kita sering curi-curi masa untuk semak sosial media ketika waktu berkerja dan di dalam kelas. Tapi sekurang-kurangnya kita tahu waktu yang paling ramai pengguna berinteraksi di media sosial.


Kalau nak berniaga di IG boleh rujuk link ini, baca, dan download jika berminat. >> IG Kaboom


Terima kasih kerana membaca Waktu Terbaik Update Instagram

Domain Terbaik di Malaysia

$
0
0
Domain Terbaik di Malaysia. Sudah menjadi impian setiap blogger untuk memiliki blog yang tampak profesional. Setelah menerbitkan entri secara berterusan dan mempunyai penbawa yang ramai, anda pasti ingin menaiktaraf blog ke level yang seterusnya.

Salah satu cara untuk menaiktaraf blog adalah dengan memiliki domain sendiri. Contohnya, alamat blog contohnya dan nikkhazami.blogspot.com kepada nikkhazami.com. Pengakhiran 'dotcom' dinamakan sebagai domain. Selain itu .net, .my, .org, .co, .us, juga dipanggil domain.

Artikel berkaitan:Beli Domain Murah Malaysia

Mempunyai domain sendiri bukanlah satu kemestian. Ia tidak menjamin masa depan blog anda. Akan tetapi, domain bagus untuk penjenamaan dan dilihat mempunyai ciri-ciri komersial dalam dunia blogging.

Tak ada cara lain untuk memiliki domain selain membelinya dari syarikat yang menawarkan pemilikan nama domain. Tak mahal pun sebab anda cuma perlu bayar sekali setahun. Tapi persoalannya, kat mana nak beli domain yang terbaik dan murah?

Domain dan Hosting Terbaik di Malaysia

Saya cadangkan anda beli dari NETKL sebab ia merupakan syarikat tempatan yang dah lama beroperasi dan dipercayai. Mereka menawarkan pelbagai jenis pakej domain, hosting dan servis lain untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Saya sendiri beli dari NetKL,

Harga domain berpatutan

Dah banyak syarikat tempatan yang menyediakan servis domain dan hosting. Yang membezakan mereka adalah harga yang ditawarkan. Masa saya beli pada 2014, harganya cuma RM35 setahun. Tapi sekarang dah meningkat kepada RM45. Tapi NetKL menjual domain termurah berbanding pesaingnya. Anda boleh semak syarikat lain yang menawarkan servis sama, ada yang mencecah RM60 setahun!

Khidmat pelanggan memuaskan

Satu lagi perkara yang saya suka tentang NetKL adalah customer service mereka yang cekap ketika berurusan. Laju je reply email bila bertanyakan soalan. Lepas buat pembayaran, tak sampai 5 minit blog dah ber-dotcom! Lagi pun mereka beroperasi 24jam sehari, 7 hari seminggu, dan 365 hari!


Disyorkan ramai blogger

Sebelum beli domain dulu saya dah buat research dan ramai blogger otai mencadangkan supaya beli dari NetKL. Banyak review positif mengatakan domain dari NetKL memang terbaik.


NetKl memang highly recommended. Jika berminat nak beli domain boleh beli di sini >> www.netkl.com

Entri sebelum ini - Waktu Terbaik Update Instagram

Terima kasih kerana membaca Domain Terbaik di Malaysia

Gambar Pertabalan Sultan Kelantan sebagai YDP Agong

$
0
0

Gambar Pertabalan Sultan Kelantan sebagai YDP Agong. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Faris Petra Sultan Ismail telah melafaz sumpah memegang jawatan Yang Dipertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh istiadat di Istana Negara semalam. Ia sekaligus menandakan bermulanya pemerintahan Seri Paduka Baginda selama lima tahun sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Malaysia. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad tampil menyembahkan surat sumpah kepada Sulta Muhammad ke V yang kemudiannya melafazkan sumpah jawatan sebelum menandatanganinya.


Surat Sumpah jawatan itu kemudiannya ditandatangani oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sebagai saksi. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian menyembahkan pula Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Nazrin yang kemudiannya melafazkan sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebelum menandatanganinya

Gambar Pertabalan Sultan Kelantan sebagai YDP Agong













Entri sebelum ini - Domain Terbaik di Malaysia

Terima kasih kerana membaca Gambar Pertabalan Sultan Kelantan sebagai YDP Agong

10 Youtuber Terkaya 2016

$
0
0

10 Youtuber Terkaya 2016. Siapa cakap menghasilkan video Youtube dari rumah tidak dapat hasil lumayan? Dengan jutaan penonton dan pengikut saluran, advertorial, serta beberapa sumber lain sudah cukup menjadikan selebriti Youtube menjana pendapatan belasan juta $USD setahun. 

Ada yang tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh menerima pendapatan sehingga mampu bergelar jutawan? Untuk pengetahuan, sumber utama mereka adalah dari Google Adsense. Sama seperti blogger, mereka menerima bayaran melalui iklan yang terpapar pada video. Bayangkan jika mereka mendapat 3 juta tontonan untuk setiap video.

Berkaitan:Siapa Casey Neistat?

Kita semakin menghampiri akhir tahun dan majalah Forbes telah mengeluarkan senarai Youtuber yang mendapat bayaran paling tinggi pada 2016. Senarai lengkap adalah seperti di bawah.

10 Youtuber Terkaya 2016

#1 Pewdiepie : $15 Juta

Setakat ini belum ada individu yang mampu merampas takhta Pewdiepie, atau nama sebenarnya, Felix Kjellberg, seorang pemain permainan video tegar yang berasal dari Sweden. Pewdiepie digelarkan sebagai 'Raja Youtube' kerana mempunyai jumlah pengikut paling ramai dan video yang dimuat naik secara keseluruhannya mencecah 13 billion tontonan. 


Pewdiepie dilaporkan meraih pendapatan mencecah $15 juta pada 2016. Selain itu beliau turut memiliki membintangi Scares Pewdiepie iaitu siri original terbitan Youtube Red. Tidak cukup dengan itu beliau turut menerbitkan buku bertajuk This Book Loves You yang mencatat jualan tertinggi NY Times Magazine dan menandatangani kontrak bersama Walt Disney.

Dek kerana cukup berpengaruh, Felix baru-baru ini menggertak Youtube akibat tidak berlaku adil dengan mengubah sistem paparan hadapan yang mengakibatkan beliau dan Youtuber lain berdepan pengurangan jumlah penonton. Beliau mengancam akan memadam akaunnya selepas melepasi 50 juta pengikut. Namun itu hanyalah jenaka sahaja.

#2 Roman Atwood : $8 juta

Jika anda gemar menonton video prank, pastu tidak dapat lari dari menonton prank kejam dari Roman Atwood. Atwood secara puratanya memiliki 21 juta pengikut termasuk saluran Youtube Roman Atwood Vlogs yang memaparkan kehidupan seharian bersama keluarganya. Beliau dilaporkan menerima mendapatan sebanyak $8 juta pada 2016.

#3 Lilly Singh : $7.5

Tempat ketiga yang berpendapatan $7.5 ialah Lill Singh atau nama salurannya, Superwoman. Pelawak yang berketuruna India dari Kanada gemar meniru gaya ibu bapanya yang konservatif. Seperti Pewdiepie, Lilly turut memupunya siri bersama Youtube Red. Popularitinya mendapat perhatian media utama sehingga dijemput ke rancangan temubual terkenal, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon sebanyak dua kali.
#4 Smosh : $7 Juta


Anthony Padilla dan Ian Hecox menghasilkan sketsa komedi dan dimuat naik pada saluran Smosh. Smosh merupakan antara yang terawal dalam mengahsilkan video selepas Youtube ditubuhkan pada 2005. Mereka berjaya menempa nama dan masih lagi relevan sehingga ke hari ini. Padilla dan Hecox merupakan Youtuber pertama yang memiliki patung lilin di Madame Tussauds. 

#5 Tyler Oakley & Rosanna Pasino : $6 Juta

Sama seperti Smosh, Tyler Oakley juga antara 'pioneer' Youtuber. Dengan hanya mempunyai personality dan petah berkata-kata sudah cukup untuk Oakley meraih lapan juta pengikut dan $6 juta pada tahun ini. Beliau turut menjadi peserta rancangan realiti The Amazing Race musim ke 28. Menambah satu lagi kejayaan dalam portfolionya, Oakley turut mempunyai segmen khas dalam rancangan temubual The Ellen Show. 

#5 Rosanna Pansino : $6 Juta


Berkongsi kedudukan dengan Oakley, Rosanna Pansino, yang menghasilkan video resepi masakan yang kebakkannya diinspirasikan dari filem terkenal. Selepas menghasilkan lebih 100 video masakan, beliau turut menerbitkan buku resepi yang mencatat jualan tertinggi NY Times Magazine. 

#7 Markiplier : $5.5 Juta

Sama seperti Pewdiepie, Markiplier juga merupakan pemain permainan video tegar. Markiplier atau nama sebenarnya, Mark Fischbach, dahulu menuntut dalam jurusan Biomedical Engineering mengubah fikiran untuk menyara kehidupannya dengan bermain permainan video sepenuh masa. Siapa angka beliau kini bergelar jutawan. 

#7 German Garmendia : $5.5 Juta


Satu-satunya Youtuber terkaya 2016 yang menghasilkan video dalam bahasa Spanish. Garmendia merupakan seorang pelawak yang menghasilkan video sketsa komedi mendapat erhatian sehingga mempunyai lebih 30 juta pengikut. 

#10 Rhett and Link : $5 Juta


Rhett James McLaughlin dan Charles Lincoln 'Link' Neal, pemilik saluran Good Mythical Morning membuat penonton ketawa dengan memuat naik pelbagai jenis video memberikan reaksi terhadap uji rasa makanan dan cabaran pelik. 

#10 Colleen Ballinger : $5 Juta

Colleen Ballinger berjaya meraih $5 juta pada tahun ini melalui karakter rekaanya, Miranda Sings, iaitu penyayi bersuara sumbang yang menjengkelkan. Ballinger turut membintangi filemnya sendiri, 'Haters Back Off' yang disiarkan di penstriman video atas talian, Netflix.

Baca:Waktu Terbaik Upload Instagram

Kita sudah sebati dengan Youtube kerana laman perkongsian video itu salah satu platform hiburan masa kini. Lagipu kita lebih banyak menghabiskan masa menggunakan internet berbanding menonton tv. Mungkin ini adalah faktor utama kenapa mereka mampu bergelar jutawan.
sumber: Forbes


Terima kasih kerana membaca 10 Youtuber Terkaya 2016

Buat Duit dengan UBER

$
0
0
buat duit dengan uber
Buat Duit dengan UBER. Perkhidmatan Uber menjadi trending sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jika dahulu kita perlu menelefon atau ke hentian teksi untuk menggunakan khidmat mereka. Kini dengan teknologi yang berkembang, segalanya berada dihujung jari termasuklah perkhidmatan pengangkutan.

Apa itu UBER?

UBER adalah perkhidmatan perkongsian kenderaan yang menggunakan aplikasi atau 'ride-sharing'. Sama seperti teksi di mana anda membawa penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi pemandu Uber menggunakan kereta sendiri dan penumpang pula memesan Uber melalui aplikasi pada telefon pintar. 


Buat Duit dengan UBER
Dengan permintaan tinggi serta perang antara Uber dengan teksi sedang memuncak menjadikan ramai yang ingin buat duit dengan Uber. Income-nya sangat lumayan. Kalau tak, masakan aplikasi ini masih bertahan dan semakin berkembang. Tapi macam mana?

Ada 2 cara untuk buat duit dengan Uber dan rahsia ini didedahkan oleh saudara Nik Razmanyang telah berjaya jana lebih RM60k dengan Uber. Kedua-dua teknik ini didedahkan melalui ebook Rahsia Uber, hasil tulisan beliau.


#1 Jadi pemandu Uber - Sesiapa sahaja boleh jadi pemandu Uber bahkan anda tidak memerlukan kelayakkan khusus untuk buat duit dengan Uber. Untuk menjadi pemandu Uber anda perlu patuhi syarat berikut:
  • Berumur 21 dan keatas.
  • Mempunyai kereta yang berumur kurang dari 8 tahun.
  • Rekod pemanduan bersih.
  • Nama pemandu mesti ternyata dalam Surat Perlindungan Insuran.
Jadi pemandu full time atau part time itu terpulang kerana anda memandu kereta sendiri.  Ketika entri ini ditulis ia hanya beroperasi di beberapa buah bandar sahaja iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Ipoh, Melaka, Seremban, dan Kuching. Kalau anda rajin dan pandai cari lokasi 'hot' mesti masyuk! Kaedah ini diterangkan dari A hingga Z dalam > Rahsia Uber.

#2 Tanpa memandu - Ini adalah salah satu kelebihan Uber, anda boleh jana wang tanpa jadi seorang pemandu. Setelah sekian lama jadi pemandu, Nik Razman menemui cara buat duit atas angin tanpa perlu memandu. Setiap hari beliau check duit masuk dalam bank setiap hari. Kalau anda memiliki ebook Rahsia Uber, anda pasti tahu jalan untuk buat duit macam ni.

Transaksi yang datang dari Uber.

Anda boleh rujuk link >> ebook Rahsia Uber jika berminat dengan dan tawaran istimewa dari Nik Razman. 

Entri sebelum ini - 10 Youtuber Terkaya 2016

Terima kasih kerana membaca Buat Duit dengan UBER

Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab

$
0
0

Adam Saleh dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab. Trending di media sosial semalam apabila bintang Youtube beragama Islam, Adam Saleh, dihalau dari pesawat Delta Airlines, kerana berbahasa Arab dan salah seorang penumpang menyuarakan rasa kurang selesa dengan bahasa tersebut.

Adam Saleh, 23, warga Amerika Syarikat yang berketuruan Yaman merakam detik beliau dan rakannya, Slim, dihalau oleh krew Delta Airlines.


Melalui video berdurasi 1 minit 29 saat, Adam mendakwa beliau bercakap dengan rakannya serta ibunya melalui telefon dalam bahasa Arab dan perbualannya didengari penumpang lain. Penumpang tersebut memberitahunya yang dia berasa kurang senang dengan bahasa Arab.

"Saya bagaikan tidak percaya. Saya hanya bercakap bahasa Arab dan ada penumpang berasa tidak selesa. Kamu semua rasis!"

Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab


Selain itu Ada turut meluahkan rasa kecewa kerana penumpang lain mengeluarkan kata-kata lucah tidak dihalau manakala dia diarahkan keluar hanya kerana berbahasa asing. 

Adam dibawa keluar oleh kapten sebelum melalui pemeriksaan keselamatan. Mereka kemudian menaiki pesawat syarikat penerbangan lain untuk ke New York dari London.

Fake Prank? 

Video ini menjadi viral di media sosial dan mendapat pelbagai raksi netizen. Ramai yang beranggapan Delta Airlines rasis terhadap penumpang beragama Islam. Ini mungkin berikutan beberapa serangan bom yang berlaku sejak kebelakangan ini yang melibatkan panganut agama Islam.

Walaubagaimanapun bagi mereka yang pernah menonton saluran Youtube Adam Saleh sudah pasti boleh menghidu taktik licik selebriti yang mempunyai 1.6 juta pengikut ini.

Adam sering memuat naik video yang berunsur diskriminasi terhadap bangsa lain terhadap orang Islam di Amerika seperti video "Pulling Hijab Off Experiment". Malah, beliau pernah memadam video prank-nya kerana ia terbukti lakonan semata-mata. 

Delta Airline dalam satu kenyataan berkata, "Adam tidak bercakap dengan ibunya melalui telefon tetapi memekik terhadap rakannya serta sengaja mencetuskan provokasi. Penumpang yang berkelakuan sebegini tidak dialu-alukan dalam pesawat kami."


Seriously, do not believe anything that you read or watch on the internet. First of all, Adam Saleh ni salah seorang pranksters terkenal di Youtube. Bintang Youtube khususnya pransters sanggup lakukan apa sahaja untuk publisiti. Mereka sanggup buat 'fake pranks', tajuk video berunsur lucah atau'click bait'untuk memancing penonton. Lebih banyak tontonan, lebih banyak duit yang bakal mereka terima.

Entri sebelum ini - Buat Duit dengan UBER

Terima kasih kerana membaca Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab

Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu di Tv3

$
0
0

Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu di Tv3. Menggantikan 7 Hari Mencintaimu yang mendapat respon positif dari penonton, Tv3 membawakan sebuah lagi drama bagi mengisi Slot Akasia yang bertajuk BIAR AKU JADI PENUNGGU.

Drama terbitan Saphire Screen Sdn Bhd di bawah arahan Michael Ang ini juga merpakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama karya Arsha. 

Biar Aku Jadi Penunggu menampilkan gandingan Ashraf Muslim dan Janna Nick sebagai pelakon utama dan turut dibintangi Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, dan Wilma Muhammad.


Drama bersiri 28 episod ini bakal bersiaran mulai 26 Disember 2016, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, di Tv3. 


Sinopsis drama Biar Aku Jadi Penunggu di Tv3 


Iffat Hamani dan Afeef Adwan berkawan sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-citanya. 
 
Iffat yang dalam diam menyimpan perasaan terhadap Afeef begitu gembiran menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka mempunyai peluang untuk bahagia sebaik Afeef pulang ke tanah air. Namun saban tahu menunggu, Afeef hilang tanpa khabar berita. Iffat setia menunggu biarpun dia terluka.

Afeef akhirna muncul setelah tiga tahun menghilang, tapi dia pulang bersama seorang kanak-kanak. Kebenaran terbongkar apabila Afeef mengaku budak itu ialah anaknya bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Akan tetapi hubungan mereka musnah ditengah jalan kerana Damia curang dan tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dani kini Afeef kembali untuk menunaikan janjinya pada Iffat. 
 
 
Sudah menjadi impian Iffat untuk bersama dengan Afeef. Bahkan anak Afeef dilayan seperti anaknya sendiri. Ketika hubungan mereka bertiga semakin teguh, Rafaal, rakan Iffat yang memendam perasaan terhadapnya membuatkan Afeef cemburu. Manakala Damia kembal menagih cinta Afeef dan anak mereka. 

Lagu tema / OST: Ronnie Hussein Biar Aku Jadi Penunggu

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu di Tv3
 

Senarai Rasmi Pemain Pahang 2017

$
0
0
Senarai Rasmi Pemain Pahang 2017. Tahun 2016 akan melabuhkan tirainya dan pasukan bola sepak tempatan bakal tampil dengan semangat dan azam baru untuk menempuh Liga Malaysia 2017. Bagi pasukan Pahang, mereka bernasib baik kerana tidak tersingkir ke Liga Perdana. 

Pasukan yang dikenali dengan jolokan Tok Gajah ini menaiktaraf pasukan mereka dengan mendapatkan beberapa pemain bertaraf bintang serta jurulatih baru iaitu Dollah Salleh. 


Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dikatakan berbelanja besar untuk memulihkan reputasi Tok Gajah dengan menyaksikan sebahagian dari pemain kebangsaan berpindah ke pasukan itu musim hadapan. 

Antara pemain baru yang telah sah menandatangi kontrak bersama Pahang

Wan Azrei WanTeh (T-Team)
Afif Amirudin (PDRM)
Muslim Ahmad (Kelantan)
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Kelantan)
Joseph Kalang Tie (Terengganu)
Ashari Samsudin (Terengganu)
Christie Jayaseelan (Felda United)

pemain pahang 2017

Senarai Rasmi Pemain Pahang 2017

Penjaga gol:
Helmi Eliza
Wan Azraie Wan Teh
Saufie Mohamad

Pertahanan:
Matt Davies
R Dinesh
Zubir Azmi
Saiful Nizam Miswan
Afif Amiruddin
Muslim Ahmad
Faisal Rosli
Aashar Al-Hafiz


Tengah:
Azam Azih
Joseph Kallang Tie
Nordin Alias
Syamim Yahya
D. Saarvindran
Salomon Raj
Zaharulnizam
Nurridzuan Abu Hassan
Christie Jayaseelan 

Penyerang:
Mohd Faisal Abdul Halim
Kogileswaran Raj
Ashaari Shamsudin

Dollah Salleh bagaimanapun menegaskan pemain bintang tidak menjaminkan kejuaraan tetapi berjanji akan melakukan perubahan dan bangkit dari kegagalan musim 2016.


Terima kasih kerana membaca Senarai Rasmi Pemain Pahang 2017

Tarikh Akhir Daftar dan Kemaskini BR1M 2017

$
0
0
Tarikh Akhir Daftar dan Kemaskini BR1M 2017. Ramai yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kelam kabut memohon dan mengemaskini permohonan beberapa hari menjelang tahun baru. Usah risau kerana Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan yang tempoh tersebut telah dilanjutkan sehingga 13 Januari 2017. 

Bagi penerima BR1M yang masih belum sempat mengemaskini atau membuat permohonan anda masih mempunyai masa untuk berbuat demikian secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.


Jumlah bayaran BR1M 2017
  • Isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 - RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 - RM900
  • Individu bujang berpendapatan bawah RM2,000 - RM450
  • E-Kasih - RM1,200
Tarikh pembayaran BR1M 2017

Untuk pengetahuan tarikh pembayaran BR1M dibuat secara asuran sebanyak tiga kali kecuali bagi kategori individu bujang. 



Peringkat
Tarikh Pembayaran
Jumlah
Fasa 1
Februari
RM400
Fasa 2
Jun
RM400
Fasa 3
Ogos
RM400

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau talian bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

 Entri sebelum ini - Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu di Tv3

Terima kasih kerana membaca  Tarikh Akhir Daftar dan Kemaskini BR1M 2017
 

Harga Minyak Petrol dan Diesel Januari 2017

$
0
0
harga petrol diesel jan 2017
Harga Minyak Petrol dan Diesel Januari 2017. Berkuatkuasa bermula hari ini, 1 Januari 2017, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing masing naik 20 sen dan RON97 naik sebanyak 15 sen.

Menurut laporan The Star, harga minyak Januari 2017 naik sejajar dengan harga minyak mentah di pasaran dunia. Ini menyebabkan harga minyak Malaysia ditentukan oleh harga murata minyak untuk bulan Disember tahun lalu berserta kadar tukaran wang asing Ringgit Malaysia kepada US Dollar.


Ia sekaligus mengakibatkan ketiga-tiga bahan api tersebut naik mendadak dari RM0.15 sen kepada 0.20 sen seliter
Harga Minyak Petrol dan Diesel Januari 2017

MINYAK
HARGA TERKINI
JUMLAH KENAIKKAN
RON95
RM2.10
20 sen
RON97
RM2.40
15 sen
Diesel
RM2.05
20 sen

Entri sebelum ini - Tarikh Akhir Daftar dan Kemaskini BR1M 2017

Terima kasih kerana membaca - Harga Minyak Petrol dan Diesel Januari 2017

Sinopsis Papa Ricky di Astro Prima

$
0
0

Sinopsis Papa Ricky di Astro Prima. Menggantikan Lara Aishah yang menjadi kegilaan peminat drama Melayu, Astro Prima sekali lagi membawakan sebuah lagi drama bersiri ala telenovela terbaharu bertajuk PAPA RICKY buat tontonan anda.

Drama sebanyak 80 episod terbitan Global Station ini diarahkan oleh Harris Fadzilah bakal ditayangkan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang bermula Januari pada tarikh yang bakal diumumkan kelak.



Papa Ricky menggandingkan Fadlan Hazim dan Elizad Sharifuddin sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Hafizul Kamal, Wafiy Ilhan, Nazmi Nordin, Mahmud Alibashah, Natasha Elyzza, Doria Rachel Jolly, Farah Nabilah dan Ewal.

Baca:Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2017

Sinopsis drama Papa Ricky di Astro Prima

Mengisahkan seorang duda, Ricky yang mempunyai seorang anak perempuanbernama Alisha menaruh perasaan terhadap seorang wanita bernama Zara. Namun, anaknya Alisha percaya yang Zara tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. (sinopsis akan dikemas kini)

Entri sebelum ini - Harga Minyak Petrol dan Diesel Januari 2017

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Papa Ricky di Astro Prima

Jadual Liga Super Malaysia 2017

$
0
0

Jadual Liga Super Malaysia 2017. Setelah hampir dua bulan berehat dan dalam tempoh itu pelbagai kontroversi tmbul, Liga Super kembali menghangatkan arena sukan negara.

Kelantan telah mengesahkan penyertaan mereka semalam, dan Liga Super 2017 bakal menyaksikan sebanyak 12 pasukan bakal bertanding dalam merebut piala utama negara.

Juara musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) masih lagi menjadi pasukan pilihan berdasarkan rekod semasa bimbingan Mario Gomez. Sementara itu perhatian terarah kepada pasukan Pahang yang melakukan rombakan selepas mengalami kemerosotan prestasi pada musim 2016.

Baca:Buat Duit dengan UBER

Dalam pada itu, juara Liga Perdana, Melaka United akan membuktikan mereka mampu memberikan saingan setelah bertahun-tahun berada di liga bawahan. 

Liga Super 2017 bakal melakukan sepak mula pada 20 Januari ini yang menyaksikan JDT menentang Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. 

Jadual Liga Super 2017

Pusingan pertama:





Pusingan kedua:




sumber: TheSukan

Terima kasih kerana membaca Jadual Liga Super Malaysia 2017

Sinopsis Kerana Anisa di Tv3

$
0
0

Sinopsis Kerana Anisa di Tv3. Menggantikan Lara Cinta Ameena yang telah tamat siarannya minggu lalu, Tv3 membawakan sebuah lagi drama menarik bertajuk KERANA ANISA buat tontonan anda bagi mengisi slot popular, Samarinda. 

Kerana Anisa adalah sebuah lagi drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd dibawah sentuhan pengarah Jamal Khan. 

drama kerana anisa

Drama yang bersiaran sebanyak 15 episod ini di bintangi oleh Zara Zya, Mustaqim Bahadon, dan Fahrin Ahmad. Turut membantu menjayakan drama ini ialah pelakon handalan Sura Sojangi, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli, Aman Graseka, Ellie Suriati, Ira ghani, Shaharudin Thamby.


Kerana Anisa bersiaran mulai 9 Januari 2017, setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di Tv3.

Sinopsis drama Kerana Anisa di Tv3

Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan bari sejak dari bangku sekolah. Anisa bercita-cita besar iaitu ingin menjadu seorang peguan dan meminta Syukri menyokong impiannya itu. 

Bapa Anisa bagaimanapun tidak senang melihat keakraban mereka berdua. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Syukri menyambung pelajaran di London. Biarpun terpisah beribu batu, mereka tetap berhubung melalui surat. 

Anisa dikejutkan dengan rombongan meminang dari Zahid. Zahid menggunakan pangkat dan kekayaannya untuk memenangi bapa Anisa. Dek kerana bercita-cita tinggi, Anisah berkeras tidak mahu berkahwin dengan Zahid untuk mengejar impiannya. Lagipun keputusan peperiksaannya begitu cemerlang. 

Anisa tetap dipaksa kahwin dengan Zahid dan sepanjang pernikahan mereka, Anisa diseksa zahir dan batin. Lebih memburukkan lagi keadaan, Zahid mendapati Anisa masih berhubung dengan Syukri. 

OST / Lagu tema Kerana Anisa: Elji - Bagaimana


VIDEO: Faiz Subri Menang Anugerah FIFA Puskas

$
0
0

VIDEO: Faiz Subri Menang Anugerah FIFA Puskas.Faiz Subri menepati ramalan apabila memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk gol terbaik sepanjang 2016 di Zurich, Switzerland.

Kemenangan Faiz ditentukan berdasarkan undian dan pemain yang berasal dari Kedah ini mendapat undian terbanyak iaitu 59.46% sekaligus mengalahkan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus) dan Daniuska Rodriguez (10.01%).

Keunikan sepakan percuma Faiz menjadi perhatian dunia sehingga mengangkat jaringan belaiu sebagai gol tercantik di dunia. Video sepakan percuma itu turut menjadi viral dan mendapat kira-kira 3.5 juta tontonan. 

VIDEO: Faiz Subri Menang Anugerah FIFA Puskas 

Lebih membanggakan, Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama menerima pengiktirafan Anugerah FIFA Puskas. Kemenangan beliau sekaligus menaikkan nama Malaysia dan meletakkan jaringan beliau setanding pemain antarabangsa seperti Christiano Ronaldo dan Neymar.

faiz subri dan ronaldo

Jaringan terbaik itu dilakukan ketika Faiz membantu pasukannya menetang pasukan Pahang dengan mencatat kemenangan 4-1 dalam saingan Liga Super tahun lalu.

Entri sebelum ini -  Sinopsis Kerana Anisa di Tv3

Terima kasih kerana membaca VIDEO: Faiz Subri Menang Anugerah FIFA Puskas

Jadual Liga Super Kelantan 2017

$
0
0

Jadual Liga Super Kelantan 2017. Pasukan gergasi Pantai Timur, Kelantan perlu menarik nafas lega apabila kemelut kewangan yang hampir membuatkan pasukan itu menarik diri dari bertanding adalam Liga M dapat diselesaikan di saat akhir. 

Masalah kewangan yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjaya diselesaikan selepas mendapat tajaan dari RedONE dan Al Hambra Group yang masing-masing memberikan pendahuluan sebanyak RM3 juta. 

Walaupun Tan Sri Annuar Mudsa kekal dengan pendirian untuk tidak menjadi presiden persatuan, beliau tetap ingin melihat Kelantan beraksi dengan menjadi penaja melalui syarikat miliknya iaitu Al Hambra.

Baca:Buat Duit dengan Uber

Selain itu The Red Warriors turut mengurangkan kos sebanyak 40 peratus berbanding tahun lalu dan mempertaruhkan 70 peratus pemain muda pada musim 2017. Kelantan dijadualkan melakukan sepak mula Liga Super pada 20 Januari ini bertemu Melaka United di Stadium Sultan Muhammad ke IV. 

Jadual Liga Super Kelantan 2017

Pusingan pertama:


TARKH
PERLAWANAN
VENUE
21 Jan
Kelantan vs Melaka United
S. Sultan Muhammad IV
27 Jan
PKNS FC vs Kelantan
S. Shah Alam
4 Feb
Kelantan vs JDT
S. Sultan Muhammad IV
11 Feb
Felda United Vs Kelantan
S. Tun Abdul Razak
18 Feb
Kelantan vs Kedah
S. Sultan Muhammad IV
25 Feb
Kelantan vs Selangor
S. Sultan Muhammad IV
1 Mac
Perak vs Kelantan
S. Perak
4 Mac
Kelantan vs T-Team
S. Sultan Muhammad IV
18 Mac
Sarawak vs Kelantan
S. Negeri Kuching
8 Apr
Kelantan vs Pahang
S. Sultan Muhammad IV
15 Apr
Pulau Pinang vs Kelantan
S. Bandaraya P.Pinang
 
Pusingan kedua:


TARKH
PERLAWANAN
VENUE
26 Apr
Kelantan vs P.Pinang
S. Sultan Muhammad IV
6 Mei
Pahang vs Kelantan
S. Darul Makmur
1 Jul
Kelantan vs Sarawak
S. Sultan Muhammad IV
11 Jul
T-Team FC vs Kelantan
S. Sultan Ismail Nasiruddin Shah
15 Jul
Kelantan vs Perak
S. Perak
22 Jul
Selangor vs Kelantan
S. Shah Alam
26 Jul
Kedah vs Kelantan
S. Darul Aman
5 Aug
Kelantan vs Felda United
S. Sultan Muhammad IV
20 Sep
JDT vs Kelantan
S. Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos
20 Sep
Kelantan vs PKNS FC
S. Sultan Muhammad IV
21 Okt
Melaka United vs Kelantan
Stadium Melaka


* Sebarang perubahan tertakluk kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Entri sebelum ini -

Terima kasih kerana membaca Jadual Liga Super Kelantan 2017

Senarai Rasmi Pemain JDT 2017

$
0
0
Senarai Rasmi Pemain JDT 2017

Senarai Rasmi Pemain JDT 2017. Liga Malaysia musim 2017 bakal membuka tirainya tidak lama lagi dan pastinya setiap pasukan telah pun membuat persediaan dari pengurusan pasukan, kemudahan latihan, jurulatih, dan yang paling penting barisan pemain.

Tumpuan semestinya terarah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang melalui musim yang membanggakan pada 2016 dengan merangkul gelaran juara Liga Super dan Piala FA. Meski pun gagal mempertahan kejuaraan Piala AFC, mampu mara ke separuh akhir sudah cukup menggembirakan penyokong.

Skuad JDT masih lagi memburu kejuaraan pada musim ini walaupun kehilangan penyerang berbisa mereka, Jorge Pareyra Diaz, kerana dilaporkan meminta gaji tinggi. Juan Martin Lucero dari Argentina yang dijual kepada kelab Mexico, dan Harris Harun pula dipinjamkan kepada kelab luar negara selama setahun.

pemain JDT 2017

Walaubagaimanapun pasukan kendalian Mario Gomez ini diperkuatkan oleh beberapa pemain import dan tempatan baru untuk bersaing dalam Liga M yang bakal bermula pada 20 Januari ini.

Berikut adalah senarai rasmi pemain yang bakal beraksi bersama JDT musim ini.

Senarai Rasmi Pemain JDT 2017

Penjaga gol
  1. Farizal Marlias
  2. Izham Tarmizi
  3. haziq Nadzli
Pertahanan
  1. Hasbullah Abu Bakar
  2. Marcos Antonio (Brazil)
  3. Aidil Zafuan
  4. S. Kunanlan
  5. Fazly Mazlan
  6. Fadhli Shas
  7. Dominic Tan
  8. Junior Eldstal
  9. Azrif Nasrulhaq
  10. Mahali Jasuli
Baca:  Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab

Tengah
  1. Azamuddin Akil
  2. Afiq Fazail
  3. Amirul Hadi Zainal
  4. Safiq Rahim
  5. Gary Steven Robbat
  6. Safawi Rasid
  7. S. Chanturu
  8. R. Gopinathan
  9. Shakir Shaari
  10. Gonzalo Cabrera (Argentina)
Penyerang
  1. Hazwan Bakri
  2. Darren Lok
  3. Shahrul Azwari
  4. Brian Ferreira (Argentina)
  5. Jerónimo Barrales (Argentina)

Terima kasih kerana membaca Senarai Rasmi Pemain JDT 2017
Viewing all 671 articles
Browse latest View live