Sijil halal Secret Recipe ditarik balik. Berita tentang sijil halal Secret Recipe ini menjadi bahan hangat di laman sosial. Ramai yang terkejut dengan perkara ini kerana restoran ini memang terkenal dengan kek yang sedap dan menjadi kegemaran ramai.
Selepas disemak menerusi direktoti halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sijil halal Secret Recipe telah ditarik sejak 7 Mei lalu atas kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan baik (GMP).
Melakukan kesalahan serius
Sijil halal akan digantung sementara untuk tujuan siasatan dan memberi peluang kepada sayarikat memperbetulkan kesalahan yang dilakukan. Antara kesalahan lazim adalah berkaitan premis kotor atau ramuan yang dugunakan tidak mematuhi pensijilan halal. Jika syarikat masih gagal mematuhi standard JAKIM dalam masa yang ditetapkan, sijil halal akan ditarik balik.
Artikel berkaitan: Cadbury Ada DNA Babi
Isu sijil halal Secret Recipe ditarik balik ini merupakan tamparan hebat buat restoran itu. Ini kerana Secret Recipe merupakan restoran yang menyediakan kek paling sedap. Keknya sering menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Kita sering disogok jika sijil ditarik, pasti makanan yang disediakan mengandungi bahan tidak halal. Tak semestinya, kena baca dulu laporan rasmi yang dikeluarkan.
Entri sebelum ini: Bertukar dari Android ke iPhone