Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Rindu Awak 200% Raya

$
0
0

Rindu Awak 200% Raya. Peminat drama paling popular tahun lalu iaitu Rindu Awak 200% boleh bergembira sekarang kerana kesinambungan kisah cinta Zill Faezrul dan Armel Aisya akan kembali menemui anda dalam bentuk telemovie Aidilfitri ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pelakon utama drama tersebut, Ayda Jebat dan Zul Ariffin, yang telah memuat naik sekeping dengan kapsyen "I'm back" berserta hashtag #Rindu Awak200PeratusRaya. Paling mengujakan peminat apabila Zul memuat naik foto dirinya memakai uniform pilot merujuk kepada wataknya dalam drama itu. 



Drama ini mempunyai aura dan pengikutnya yang tersendiri, sehingga mampu menggodol empat anugerah di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini. Bintang utamanya juga menjadi sebutan ramai terutama Ayda Jebat. Nama pendatang baharu ini semakin digilai selepas membintangi drama yang bersiaran di Slot Akasia Tv3. Kalau tidak, masakan beliau memenangi Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH 2014. 

Bukan itu sahaja, drama terbitan Creative Skill Solution ini juga mencatat jumlah penonton yang membanggakan iaitu sebanyak 4.4 juta di televisyen dan lebih tiga juta di portal Tonton. Peminat yang ternanti-nantikan kesinambungan rumah tangga Kapten Zill dan Armel boleh mengubat kerinduan dengan menonton telemovie pada Hari Raya nanti.

Tarikh siaran dan sinopsis Rindu Awak 200% Raya akan dikemaskini secepat mungkin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles