Akhirnya, platform penstriman video Disney+ tiba di Malaysia secara rasmi bermula 1 Jun 2021. Bagi yang masih belum jelas, Disney+ merupakan penstriman video seperti Netflix, tetapi hanya menyiarkan kandungan milik Walt Disney & 21st Century Fox sahaja.
Dengan Disney+ Hotstar, anda boleh menonton 800 filem dan 18,000 episod siri tv menarik termasuklah dari Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, dan siri original seperti Loki, WandaVision, sejumlah kandungan tempatan, dan banyak lagi.
Macam mana cara daftar Disney+ Hotstar? Terdapat 2 cara untuk mendaftar iaitu
1. Langgan secara terus di https://www.hotstar.com/my dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.
2. Bagi pelanggan Astro 'Movie Pack', anda boleh mengakses Disney+ tanpa bayaran penuh. Tetapi harga langgan Astro akan meningkat sebanyak RM5.
Cara langgan Disney+ Hotstar
Kaedah ini boleh digunakan pada website, aplikasi pada telefon, Android box, atau smart tv.
Langkah 1: Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar ( Play Store | Apple App Store)
Langkah 2: Pilih 'Subscribe' dan tekan 'Continue'.
Langkah 3: Masukkan nombor telefon, dan anda akan menerima kod verifikasi. Masukkan kod tersebut dan klik 'Continue'. Kemudian, masukkan nama dan jantina.
Langkah 4: Pilih kaedah pembayaran. Disney+ Hotstar menawarkan kaedah pembayaran berasaskan kad kredit/debit, dan juga perbankan online seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, dan lain-lain.
Langkah 5: Lakukan transaksi seperti biasa
Siap! Sekarang korang dah boleh menonton semua kandungan Disney+ Hotstar!
Artikel berkaitan:
+ Mi Tv Stick Review - Android Box Terbaik di Pasaran
+ 10 Android Box Terbaik dan Berbaloi
Pelanggan Astro Movie Pack > Disney+ Hotstar
Memandangkan anda sudah melanggan Movie Pack, anda sudah boleh menonton Disney+!
Langkah 1: Cipta Astro Id di astro.com.my/astroID.
Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan dan 'Smartcard Number'. (Smartcard Number boleh ditemui pada bil bulanan.
Langkah 3: Anda akan menerima email verifikasi. Klik link yang diberikan.
Siap! Pelanggan Astro Movie Pack boleh juga guna cara ini untuk akses HBO Go.
Kelebihan dan kekurangan Disney Plus Hotstar
Kelebihan
- Dapat menonton kandungan asli seperti dari MCU, Starwars, dan banyak lagi.
- Tawar sejumlah filem dan siri tempatan seperti Senario, Upin & Ipin, Boboiboy, serta ditayangkan lebih awal berbanding kaca tv.
- Tawarkan kategori 'Kids' iaitu sejumlah kandungan menarik untuk kanak-kanak.
- Kebanyakan filem dan tv siri disertakan dengan sarikata dan alih bahasa Bahasa Melayu, Tamil, & China.
- Dengan harga RM54.90 atau bersamaan dengan RM18.40 sebulan, ia masih lagi berpatutan dan berbaloi untuk dilanggan.
- Tidak perlu VPN, kerana kandungannya sama dengan Amerika Syarikat.
- Pelanggan Astro Movie Pack tidak perlu bayaran penuh, cuma tambah RM5 sebulan.
Kekurangan
- Buat masa sekarang Disney+ Hotstar tidak pelbagaikan pakej langganan.
- Pelanggan Astro Movie Pack tiada pilihan untuk tidak mahu melanggan Disney+. Terpaksa membayar caj tambahan RM5.
- Cuma kandungan terbaharu sahaja yang beresolusi 4K.
- Cuma 2 peranti boleh ditonton serentak, berbanding Netflix 5 peranti.
- Tidak menyokong Premier Access iaitu tayangan pawagan & streaming serentak. Contohnya Cruella, Black Widow, dll.
Dengan adanya Disney+ ini dapatlah anda menonton pelbagai filem dan tv siri melalui pelbagai peranti pada bila-bila masa sahaja. Sekurang-kuranya boleh menangani kebosanan terkurung dirumah sepanjang PKP ini.
All in all, Disney+ masih amat berbaloi untuk anda langgan kerana kandungannya amat menarik dan banyak lagi filem dan siri tv asli bakal ditayangkan seperti Loki, Hawkeye, What If, dan banyak lagi. Semoga artikel cara daftar Disney Plus Hotstar ini bermanfaat.