Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Kepentingan Blog Mobile-Friendly

$
0
0
Dunia teknologi berubah selepas wujudnya telefon pintar. Sekarang semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan peranti mudah alih ini di mana sahaja, pada bila-bila masa.

Tambahan pula, kini masing-masing memiliki smartphone dan sentiasa melayari internet, berkomunikasi, dan membaca blog setiap masa. 

Jadi adalah sangat penting buat blogger untuk jadikan blog mereka sebagai blog yang mobile-friendly.

Pentingnya blog mesra peranti mudah alih

- Menjadikan blog anda terpapar dengan lebih baik pada telefon pintar.
- Bebas iklan seperti yang terpapar pada versi desktop.
- Anda tidak perlu zoom in untuk membaca text
- Loading time lebih pantas

Contoh blog mobile-friendly
Seperti yang saya sebut dalam entry Malaysia Best Blog 2015, blog yang baik mestilah mesra pembaca. Blog anda mestilah mudah diakses, kemas, serta laju. Ciri-ciri ini boleh menambahkan lagi keseronokkan pembaca dan memastikan mereka sentiasa 'melekat' di blog anda.

Hampir 40% trafik blog NikKhazami Says datang dari pengguna peranti mudah alih. Saya pasti blog anda juga sama. Jadi untuk memastikan anda tidak kehilangan pembaca dek kerana blog yang tidak mesra, anda perlu menggunakan template/theme yang lebih friendly



Cara jadikan blog mobile-friendly (Blogspot)

1. Log in > Dashboard > Template 

2. Klik lambang gear pada 'Mobile'

3. Pilih 'Yes. Show mobile template on mobile devices'. 

4. Klik 'Yes'.


Pihak Google mula mementingkan keselesaan pengguna dengan mengutamakan web yang mobile friendly di laman carian mereka mulai 21 April 2015.



Ini bermakna content yang bagus sahaja tidak menjamin blog anda untuk berada di laman utama carian Google.

Anda juga boleh semak sama ada blog anda mobile-friendly atau tidak di https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/



21 April dah tak lama, masih ada masa untuk jadikan blog anda mesra peranti mudah alih dan responsive. Kalau tak rugi la nanti..


Artikel sebelum ini: (Sinopsis) Isteri Separuh Masa di Astro Ria

Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Latest Images

Trending Articles



Latest Images