Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Semak Kelayakan Free Speed Upgrade Unifi Streamyx

$
0
0
Saya pasti anda semua sudah tahu yang Telekom Malaysia (TM) kini dalam proses menaik taraf kelajuan internet kepada pengguna sedia ada secara percuma. Oleh itu, jika anda pengguna Unifi atau Streamyx, anda sudah boleh mula semak sama ada layak menerima free speed upgrade bermula hari ini, 18 Julai 2018.

Sebelum itu, program naik taraf ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan baharu untuk melihat rakyat Malaysia menerima kualiti perkhidmatan jalur lebar bertaraf dunia dan pada harga mampu milik.


Melalui inisiatif ini, pelanggan Unifi dan Streamyx sedia ada layak menerima naik-taraf pada perkhidmatan mereka. Seperti biasa, pelbagai proses naik taraf ini akan tertakluk kepada sokongan teknikal dan sebagainya.

Okay, untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak, jom semak!

Semak Kelayakan Free Speed Upgrade Unifi Streamyx


Langkah 1: Layari https://unifi.com.my/turbo-upgrade/index.html

Langkah 2:  Pilih jenis jalur lebar anda, sama ada Unifi atau Streamyx.

Langkah 3: Masukkan beberapa butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, serta 'Service ID'. *Anda boleh dapatkan 'Service ID' TM di dalam bil bulanan.


Langkah 4: Klik 'I'm not a robot' untuk memastikan anda adalah individu sebenar, dan klik 'Verify Now'.

Sekiranya anda layak menerima free upgrade ini, perkataan "Congratulations" akan dipaparkan. Namun sekiranya pakej anda tidak layak, ia akan memaparkan "Not eligible".

Jenis speed upgrade TM 2018

TM Streamyx
Akan di naik taraf kepada Unifi atau 2 kali ganda kelajuan (jika lokasi tidak disokong Unifi)

TM Unifi   
20Mbps dan kebawah –> sehingga 100Mbps
30Mbps –> sehingga 300Mbps
50Mbps –> sehingga 500Mbps
100Mbps –> sehingga 800Mbps

Peningkatan kelajuan ini hanya bermula pada 15 Ogos 2018 secara berperingkat. Tunggu sahaja perubahan kelajuan internet anda kelak. Semak kelajuan ini boleh dilakukan di laman web TM Speed Test di - speedtest.tm.com.my/

Unifi package 2018 - Unifi Basic RM79


Dalam pada itu TM turutmemperkenal pakej Unifi 2018 yang baru iaitu Unifi Basic yang berkelajuan 30Mbps dengan kuota 60GB pada harga RM79 sebulan. Melalui pakej ini sekiranya pelanggan menghabiskan 60GB, mereka masih boleh melayari internet, tetapi kelajuan dikurangkan kepada 128kbps. What a joke right? Sudah 2018 pun masih tawarkan kelajuan kbps.


Ramai yang bingung dengan pakej TM Streamyx dan Unifi ni. TM suatu ketika dahulu pernah mempromosikan Streamyx 4Mbps, RM88. Kemudian katanya Streamyx akan menggunakan jenama Unifi sepenuhnya. Sedangkan package Streamyx 2018 masih berjalan.

Baca juga: Cara Tukar Pasword Unifi
 
Boleh semak sekarang sama ada layak menerima free speed upgrade Unifi Streamyx ni. Saya sendiri pun banyak kali cuba tadi. Asyik server down memanjang, mungkin terlalu banyak menerima trafik hari ini. Lol!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles