Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Kuba Guling Viral + Resepi

$
0
0
kuba guling

Kuih 'Kuba Guling' atau kerbau guling, namanya sahaja sudah unik apatah lagi jika merasanya. Pencuci mulut ini menjadi viral di laman sosial kerana menjadi popular dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk di Rantau Panjang, Kelantan, sejak awal Ramadan lalu.

Mendengar namanya sahaja ada yang mula kerut dahi. Kenapa letak nama Kuba Guling? Well, dalam dialek Kelantan 'kuba' membawa maksud 'kerbau'. Manakala 'guling' maksudnya lebuh kurang seperti 'berkubang.

Ia berwarna hitam dan bersalut kelapa parut, seakan-akan kerbau sedang berkubang dalam lumpur. Mungkin dari situlah kuih ini mendapat namanya.


Kuba Guling berwarna hitam, mempunyai tekstur lembut serta bersalut kelapa parut. Bagi yang tertanya-tanya, bahan pembuatan Kuba Guling ini hanya berasaskan tepung beras, tepung jagung, tepung beras pulut, dan arang tempurung bakar.

Kuba Guling Viral


Permintaan terhadap Kuba Guling terus meningkat setiap hari. Sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang sehingga dua jam untuk merasai keenakkan kuih ini.

Mana tidaknya, gerai yang terletak di Rantau Panjang ini mula beroperasi jam 4.00 petang, namun orang ramai sudah mula memenuhi kawasan kedai seawal jam 2 petang lagi. Masing-masing tidak mahu ketinggalan dan terlepas peluang untuk menjamu kuih ini sebagai juadah berbuka puasa.

Baca:Resepi Biskut Alien Viral Yang Betul

Hampir 70 dulang habis dijual hanya dalam masa kira-kira 30 minit sahaja. Ini menyebabkan ramai pelanggan termasuk yang datang dari jauh kecewa kerana tidak sempat membelinya. Pemilik terpaksa meletakkan had di mana pembeli hanya dibenarkan membeli maksimum RM10 sahaja.

https://www.facebook.com/ahmadamiruldin.amin
Punyalah famous, samapai masuk Buletin Utama dan berita RTM 1. LOL!

Keenakan kuih ini terserlah apabila rasanya berlain dari kuih-kuih tempatan yang lain. Menurut pelanggan, Kuba Guling ini manis, mempunyai rasa lemak manis yang memikat selera.

Selain Kuba Guling, pelbagai jenis kuih tradisi Kelantan turut dijual di gerai ini. Antaranya sira labu, kacang sepat, kuih nangka, dan nekbat.

Lokasi kedai: Jalan menghala ke KompleksICQS Rantau Panjang, bersebelahan dengan stesen minyak Caltex.

Selamatkah makan arang (charcoal)?

Apabila mendapat tahu salah satu bahan yang terkandung dalam Kuba Guling ni arang tempurung, ramai yang tertanya-tanya. Selamatkah untuk dimakan? Jawapannya mestilah SELAMAT.

Abu dari tempurung kelapa atau lebih dikenali dengan arang aktif ‘activated charcoal’ merupakan satu komponen yang terhasil apabila tempurung kelapa berkenaan dibakar pada suhu tinggi menghasilkan karbon.

Tempurung kelapa yang dibakar juga menghasilkan ubatan yang dikenali sebagai pil charcoal atau activated charcoal.

Serbuk arang ini banyak digunakan dalam pembuatan makanan dan dijual di kedai-kedai bakeri. Malah, ia juga menjadi salah satu ramuan ubat gigi dan produk penjagaan kulit. Sumber - Root Of Science.

Resepi Kuba Guling


Just in case kalau anda nak cuba buat sendiri kuih kerbau guling ni, saya sertakan resepinya di bawah

Bahan-bahan
  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula   
  • 150gm tepung jagung   
  • 1/2 sudu makan kapur   
  • 3 sudu makan tepung beras pulut   
  • 1/2 cawan santan pekat   
  • Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis). Pastikan anda ambil tempurung yang bersih  
  • 1 liter air atau lebih (bergantung pada kepekatan)
  • Secubit garam

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali. Kacau sebati.    
  • Bila sudah sebati, hidupkan api dapur (sederhana besar) dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.  
  • Sediakan loyang saiz 8.
  • Sapukan minyak dan tuangkan bahan yang sudah di masak tadi.   
  • Bila adunan sudah sejuk, potong dan gulingkan kuih anda ke dalam kelapa parut (muda) yang telah digaulkan dengan sedikit garam.   
  • Sedia untuk dihidangkan dan dimakan.

For somebody yang tinggal di Kelantan, saya sendiri belum cuba kuih Kuba Guling ni. Mungkin kerana lokasinya agak jauh. Kita tunggu bila dah reda sikit. Kuih ni nampaknya seperti bermusim.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles