Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Oppo F7 Tawar 25MP Kamera Selfie, Spesifikasi Menarik

$
0
0

Oppo F7 Tawar 25MP Kamera Selfie dan Spesifikasi Menarik. Memfokuskan kamera selfie bukanlah sesuatu yang asing lagi buat Oppo. Syarikat yang berpengkalan di China ini meneruskan penambah baikkan kamera hadapan menerusi telefon pintar terbaharu mereka iaitu Oppo F7.

Bila kita mendengar khabar yang Oppo melancarkan peranti terbaru, kita akan terfikir.. SELFIE! Ketika mereka masih mengekalkan tradisi sebagai antara peneraju telefon pintar yang memiliki kamera hadapan berkualiti, Oppo F7 menawarkan lebih daripada itu. Biarpun ia hanya peranti kelas pertengahan.

Oppo F7 Tawar 25MP Kamera Selfie dan Spesifikasi Menarik

Skrin

Oppo F7 hadir dengan skrin 6.23 inci dengan nisbah 19:9 yang dipanggi 'Super Full Screen', paparan HD, menyebabkan bezel semakin nipis. Untuk mencapai paparan penuh ini, mereka terpaksa menyertakan rekaan bertakuk (notch) untuk meletakkan kamera, sensor, dan alat dengar telinga.

 Maka, rupa peranti ini tidak ubah seperti iPhone X.

Design

Bercakap soal rupa, F7 hadir dengan rekaan terkini yang lebih menarik dari model sebelum ini iaitu F5. Bahagian belakan peranti ini mempunyai sentuhan glossy. Namun jika anda lihat dengan lebih dekat, ia mempunyai corak halus yang melahirkan warna berbeza setiap kali anda menggerakkan telefon.


Bahagian belakang ini diperbuat daripada plastik. Tetapi peranti ini tampak premium berbanding peranti kelas pertengahan sama ada dalam keluarga Oppo atau jenama lain dipasaran.

Baca juga:Oppo F5 Ini Antara yang Menarik

Pemprosesan

Salah satu usaha Oppo untuk menjadikan telefon ini sesuai untuk semua pengguna adalah memadankannya dengan cip pemprosesan yang baik. Oppo F7 hadir dengan cip MediaTek Helio P60. P60 yang baru ini grafik Mali-G72 MP3 yang bakal menawan hati peminat permainan video.

Baca juga:Punca Data Internet Cepat Habis

Cip ini dipadankan dengan memori 4GB/6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Jika itu masih belum cukup, peranti ini membenarkan anda menggunaka skad MicroSD tambahan sehingga 265GB.

Oppo F7 menggunakan Android Oreo 8.1dan dipadankan dengan ColorOS 5.0. Antara muka atau UI (User Interference) baru ini tidak banyak bezanya engan versi sebelumnya cuma ia lebih kemas dan sekali lagi kelihatan seperti iPhone.

Kamera

Okay, mari kita lihat Oppo F7 ini yang dicanang menawarkan 25MP untuk kamera selfie. Kamera hadapan dipadankan dengan aperture f/2.0. Seperti yang dijangkakan, ia turut hadir dengan  AI Beauty Technology 2.0 yang mempunyai algoritma baharu yang boleh merakam selfie yang cantik.

Bukan itu sahaja, ia turut mampu mencantikkan wajah berkumpulan. Ini bermaksud sewaktu mengambil gambar selfie berkumpulan, kamera akan mencantikkan wajah berasaskan jantina.

gambar kamera oppo f7
Courtesy of GadgetMatch
Kamera belakang juga tidak kurang hebatnya. 16MP dan berkeupayaan mengenal pasti 16 objek/persekitaran dan mengoptimasikan mod rakaman khusus untuknya.

Spesifikasi penuh Oppo F7

 Harga Oppo F7 di Malaysia

Oppo F7 di Malaysia bermula RM1399 (4GB+64GB), dan RM1699 (6GB+128GB). Jika anda berminat boleh dapatkannya di sini >> https://goo.gl/TMpC9c

Jika anda mahukan selfie berkualiti? Maka Oppo F7 berbaloi dimiliki. Terutama para gadis yang gemar merakam selfie dan mahukan setiap gambar yang diambil nampak sempurna. Tambahan pula, harganya juga boleh dikatakan mampu milik. Cuma RM1399 sahaja.

Entry sebelum ini - Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung

Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles