Fakta Menarik A Quiet Place. Filem Hollywod yang paling mendapat perhatian pada waktu ini adalah A Quiet Place. Filem bertemakan 'post apocalypse/dystopian' ini sekali lagi tertumpu kepada sebuah keluarga yang berusaha untuk meneruskan hidup dalam dunia yang penuh bahaya.
Bunyinya seperti sesuatu yang pernah kita tonton sebelum ini, tetapi selaku pengarah dan penulis lakon layar, John Krasinski bijak mengolah idea itu dan menjadikan A Quiet Place filem yang lain dari yang lain.
Sinopsis
Mengisahkan sebuah keluarga yang kini hidup pada zaman bahaya di mana kehidupan manusia diburu oleh makhluk misteri yang tertarik kepada bunyi. Kehidupan mereka hanya bergantung kepada bahasa isyarat, kerana sebarang bunyi yang dihasilkan bakal mengancam nyawa mereka.
Filem ini mendapat perhatian kerana ia memberi pengalaman berbeza kepada penonton tatkala menontonnya. Mana tidaknya, filem ini hampir tidak mempunyai dialog. Sunyi, hinggakan penonton nak kunyah popcorn pun risau sekiranya didengari orang sebelah di dalam panggung wayang.
Fakta menarik filem A Quiet Place
- John Krasinski dan Emily Blunt merupakan pasangan suami isteri sebenar dan pertama kali bergandingan bersama dalam sebuah filem. Mereka pernah muncu dalam The Muppets (2011) tetapi tidak mempunyai babak yang sama.
- Pelakon kanak-kanak, Millicent Simmonds, bisu di luar filem. Simmonds tidak boleh bercakap sejak beliau masih bayi lagi.
- Skrip asal yang ditulis oleh Bryan Woods dan Scott Beck hanya mempunyai satu baris dialog sahaja.
- Bajet filem ini hanya berjumlah $17USD juta.
- Krasinski turut memainkan peranan sebagai akhluk misteri menggunakan teknik 'motion capture' selama beberapa saat.
- Pihak produksi membeli benih jagung dan mengupah petani untuk menanamnya supaya ladang jagung kelihatan realistik.
- Scott Beck dan Bryan Woods mendedahkan Paramount Pictures pada awalnya bercadang menjadikan A Quiet Place sebagai sekuel kepada francais Cloverfield.
- Pada awalnya Blunt mencadangkan salah seorang rakan aktornya memainkan watak Evelyn. Namun selepas selesai membaca skrip, beliau memujuk suaminya supaya dia dapat berlakon dalam filem ini.
- Ini merupakan filem ketiga arahan Krasinski. Kransinski sebelum ini terkenal dengan siri komedi The Office dan merupakan salah seorang penerbit Manchester By The Sea (2016).
- Biarpun setiap karakter mempunyai nama, namun ia tidak pernah disebut sepanjang filem. Kecuali nama anak lelaki mereka, Beau.
Entri sebelum ini - Sports Hijab by NURD Tudung Untuk Bersukan
Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik A Quiet Place