Ulasan Filem The Shape Of Water. Dianugerahkan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Akademi atau Oscars awal Mac lalu, membuatkan ramai yang tertarik untuk menonton filem ini.
Bukan itu sahaja filem arahan Guillermo Del Toro ini menggondol tiga lagi anugerah bagi kategori Pengarah Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, dan Rekaan Produksi Terbaik dari pada 13 pencalonan.
The Shape Of Water (TSOW) menepati ramalan selepas dari awal lagi disebut-sebut bakal memenangi kategori utama dalam penganugerahan filem tertinggi Hollywood itu.
Disebalik kemenangan TSOW, ada yang berpendapat Oscars edisi tahun ini bersifat politik dengan memilih filem yang mempunyai unsur Mexico. Ini sebagai tanda protes terhadap Presiden Donald Trump yang dilihat membenci imigran. Apatah lagi TSOW bergenre fantasi kerana jarang sekali Akademi mengangkat filem dari genre itu untuk memenangi Filem Terbaik.
Sama ada betul atau tidak, Akademi tidak bodoh. Mereka sangat profesional dan tidak akan memilih naskah buruk hanya kerana faktor itu.
Sinopsis
Berlatar belakangkan tahu 60-an, The Shape Of Water mengisahkan Eliza, seorang wanita bisu yang berkerja sebagai janitor di sebuah pusat penyelidikan kerajaan. Disebabkan kekurangan dirinya, Elisa tidak mempunyai ramai kawan kecuali teman sekerja dan jirannya. Apabila seekor makhluk amphibia dibawa masuk ke dalam makmal, Elisa mula tertarik dan cuba untuk berkomunikasi dengan makhluk itu tanpa pengetahuan majikannya. Mereka menjadi semakin rapat. Selepas mendapat tahu makhluk itu bakal dibunuh untuk tujuan penyelidikan, Elisa merancang untuk menyelamatkanya.
Pengarah: Guillermo Del Toro
Pelakon: Sally Hawkins, Octavia Spencer, Michael Shannon, Richard Jenkins,
Genre: Drama/Fantasi
Ulasan ini TIDAK mempunyai spoiler. I talk about movies 24/7, feel free to follow me on Twitter @nikkhazami to join the coversation.
Ulasan Filem The Shape Of Water
A classic monster movie atau fairy-tale untuk orang dewasa. Itulah yang dapat saya gambarkan setelah menonton TSOW.
Hebatnya TSOW terletak pada pelbagai aspek terutamanya filem ini mempunyai beberapa lapisan yang boleh penonton kaitkan dengan dunia nyata. Ia bukan sekadar filem cinta antara manusia dengan mahkluk lain.
"Tak logik la manusia bercinta dengan haiwan!" Jika anda boleh menghalalkan hubungan cinta dalam Beauty And The Beast, kenapa tidak TSOW? Lagipun, inikan cuma cerita rekaan?
Sebelum ini Del Toro pernah mengarahkan The Devil's Backbone, Pacific Rim, Hellboy, dan Pan's Labyrinth. Melihat kepada portfolio menarik ini, beliau cukup minat dalam mengarahkan filem bergenre fantasi yang meletakkan makhluk aneh atau 'monster' sebagai subjek utama. Selesai menonton filem ini, saya boleh simpulkan yang TSOW bagaikan surat cinta dari Del Toro kepada penonton untuk meluahkan minatnya terhadap sinema dan fantasi.
Walaupun ini merupakan filem fantasi atau ada yang melabelkannya sebagai 'tahyul', TSOW diolah dengan penuh hemah.
TSOW langsung tidak nampak seperti filem monster murahan yang cuba untuk merendah-rendahkan pemikiran audiens yang saya rasa semakin hari semakin bijak menilai. Jalan ceritannya disusun dengan begitu cantik, kemas, dan inilah yang menjadikanya sebagai sebuah naskah yang hebat.
Guillermo jelas ingin menyampaikan mesej kerakusan manusia yang lebih memilih pangkat dan harta. Bagaimana haiwan mempunyai sifat belas kasihan dan manusia sendiri berperangai lebih teruk dari binatang. Selain itu babak gangguan seksual yang dilakukan oleh majikan terhadap pekerja jelas dipaparkan. Bonus bagi TSOW kerana Hollywood kini dilanda gelombang Time's Up.
Menyentuh soal sinematografi, tidak dinafikan hasil kerja Dan Lausteen cukup membanggakan. Tona hijau lumut tidak pernah lekang dari skrin. Saya kira ini untuk memastikan penonton dekat makhluk amphibia itu dan mewakili kesepian Elisa. Tetapi, Roger Deakins memang dalam kategori Sinematografi Terbaik and I am beyond happy!!! Finally, selepas 14 kali tercalon... Okay back to my review.
Sentuhan magis Alexandre Splate dalam menggubah adunan muzik juga melengkapkan rencah kisah cinta Elisa. Lagu temanya begitu indah dan melekat di fikiran seawal opening sequence lagi. Bercakap tentang opening sequence, filem ini membuka tirainya dengan Elisa terapung-apung di dalam air. Mungkin Guillermo ingin memberi bayangan kepada penonton yang TSOW mempunyai sentuhan 'filem dongeng.
Baca juga:Ulasan Filem The Mountain Between Us
Sally Hawkins, as much as I love movies, ini merupakan kali pertama saya menonton lakonan beliau. Keberkesanan Hawkins menjayakan watak wanita bisu begitu meyakinkan sehingga membawa saya ke Google dan menaip "is Sally Hawkins really mute?" Pathetic, I know.
Pelakon pembantu, Octavia Spencer juga tidak boleh dipandang enteng. Ini merupakan kali kedua berturut-turut Spencer dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Akademi. Never forget that she was the who let Peter Parker into that cage fight in Spider-Man (2002). Lol!
I have one issue, makhluk itu merupakan aset penting kerajaan. Bagaimana mereka biarkan makmal tanpa pengawasan sehingga seorang janitor boleh keluar masuk sesuka hati? Did I miss anything?
Adakah TSOW layak menerima gelaran Filem Terbaik? YES. But I prefer Three Billboards Outside Ebbing Missouri, yang mana saya dah ulas panjang lebar dalam artikel >> INI
Biarpun filem ini mempunyai sentuhan 'fairy-tale', saya ingin ingatkan TSOW tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana ia diklasifikasikan sebagai R (Larangan).
#NKMovieRating
THE SHAPE OF WATER
9/10
Entri sebelum ini - 10 Hotel Unik di Malaysia
Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem The Shape Of Water