Honor 9 Lite - Berbaloi Pada Harga RM749. Honor yang merupakan sub-jenama Huawei melancarkan sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan iaitu Honor 9 Lite.
Memandangkan kebanyakan jenama masih berlumba-lumba menghasilkan kamera hadapan yang berkualiti, Honor juga tidak mahu ketinggalan dalam membangunkan teknologi itu. Ini kerana majoriti pengguna masih lagi mahukan kamera selfie yang merakam gambar menawan, biarpun dengan menggunakan peranti kelas pertengahan.
Rekaan
Sama seperti Honor 7X iaitu model sebelum ini, Honor 9 Lite hadir dengan model tanpa bezel seperti peranti flagship, tetapi dengan harga yang jauh lebih murah. Honor menamakannya sebagai FullView Display iaitu rekaan yang hampir semua skrin.
Secara fizikalnya, skrin Honor 9 Lite bukanlah seperi Samsung S9 dan tidak jugak seperti iPhone X. Tetapi ia masih lagi dilengkapi skrin 5.65 inci. Disebabkan peranti ini tidak mempunyai butang di bahagian hadapan, Sistem biometrik iaitu pengimbas cap jari diletakkan di belakang.
Baca juga:Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus
Sekali pandang, Honor 9 Lite tampak premium kerana diperbuat daripada panel kaca. Akan tetapi permukaan kaca seperti ini akan memerangkap kesan cap jari dan debu dengan mudah. Bahkan mudah pecah sekiranya terjatuh. Namun ini bukanlah masalah besar kerana rata-rata pengguna akan menggunakan phone case.
Kamera
Apa yang boleh dibanggakan dengan Honor 9 Lite adalah kameranya. Peranti ini dilengkapi dengan Dwi-kamera 13+2 Megapixel di hadapan dan belakang peranti yang boleh menghasilkan kesan 'bokeh' bak profesional. Kamera sekundernya juga boleh mengesan kedalaman yang mampu merakam Portrait Mode.
Teknologi ini sudah banyak ditemui pada peranti kelas atasan seperti iPhone.
Honor 9 Lite Pros & Cons
Pros
- Murah
- Paparan 18:9
- Kamera berkualiti
- Design premium
Cons
- Tiada pengecasan pantas
- Tiada sokongan opitikal zoom
- Tiada NFC
- Bateri sederhana
Software
Honor 9 Lite dijana dengan pemprosesan Kirin 659 iaitu cip sama yang didapati pada Honor 9i dan Honor 7X. Hadir dengan dua variasi iaitu (3GB RAM dengan 32 GB storan dalaman) dan 4GB RAM dengan 64 GB storan dalaman). Kedua-dua menyokong mikro-SD sehingga 256GB.
- Kirin 659 octa-core (4x 2.36GHz & 4x 1.7GHz),
- Android Oreo 8.0, dipadankan dengan sistem operasi Huawei EMUI 8.0
- 3,000mAh battery
- Skrin 5.65″ IPS LCD FHD+
Peranti ini dijual dengan harga RM749 dengan pilihan warna Glacier Grey dan Sapphire Blue. Jika anda ingin mendapatkannya dengan harga lebih murah, Shopee menawarkannya pada harga RM699 untuk tempoh terhad. Beli di >> SINI
Percayalah, bukan semua pengguna yang mengutamakan cip pemprosesan. Lebih-lebih lagi mereka yang memilih untuk memiliki peranti mampu milik. Asalkan peranti itu melakukan tugas sebagai sebuah telefon pintar, lancar, dan kamera yang berkualiti.
Dengan penggunaan sederhana seperti menghantar email, melayari internet, media sosial, permesejan, menonto video, dan permainan video yang ringan, tiada masalah buat peranti ini.
Melihat kepada spesifikasi dan harga Honor 9 Lite, berbaloi untuk dimiliki.
Entri sebelum ini - Dua Lipa Edit 'Babi' Di Instagram
Terima kasih kerana membaca Honor 9 Lite Berbaloi Pada Harga RM749