Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

$
0
0
Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence review


Cosrx Advanced Snail Mucin Power Essence Review. Kalau sebelum ini saya pernah review Cosrx Good Morning Cleanser, kali ini saya nak kongsi pengalaman menggunakan satu lagi produk dari rangkaian Cosrx iaitu Advanced Snail 96 Mucin Power Essence.

Snail? Ya. Produk ini berasaskan lendir siput. Untuk pengetahuan lendir siput sudah lama digunakan dalam dunia penjagaan wajah kerana mengandungi protein & antioksida yang mampu mengekalkan kelembapan, menghilangkan parut jerawat, dan merawat kulit.

Bacaj juga:  Skin Food Black Sugar Mask Review

Lendir siput sudah banyak dijadikan sebagai bahan utama produk kecantikan terutama produk dari Korea. So, tak perlu risau tentang hal ini.


Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
  • Menyediakan Nutrien untuk kulit yang lebih sihat & kuat
  • Meremajakan kulit formulasi anti-kedut
  • Melembab tanpa iritasi
  • Merawat kulit rosak
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Sesuai itu semua jenis kulit
Kandungan
Snail Secretion Filtrate (96%), Betaine, Butylene Glycol,1,2-Hexanediol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Arginine, Allantoin, Ethyl Hexanediol, Sodium Polyacrylate, Carbomer, Phenoxyethanol

Packaging
100ml, hadir dalam bentuk botol plastik transparent yang boleh dipam dan kukuh. Penutup disediakan.

Cara penggunaan:
  • 1 - 2 kali pam
  • Di dahi dan hidung, sentuh ringan supaya tidak menyebabkan rasa sedih.
  • Pada pipi, sapu dan gosok supaya meresap dalam kulit.
  • Bawah mata, bagaikan bermain piano, 'tap' dengan lembut supaya ia menyerap.
Ini bukan sponsored post tetapi merupakan pengalaman peribadi selepas menggunakannya selama beberapa minggu. 

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence Review

I think I'm a big fan of Cosrx now. Kedua-kedua produk yang saya cuba memberi kesan positif. Seperti yang tertera pada botol iaitu "snail" teksturnya jelas berlendir seperti lendir siput.

Walaupun berlendir, ia tidak melekit sama sekali. Bahkan tidak berminyak selepas disapu pada wajah sebab ia cepat menyerap pada kulit. Actually Snail Mucin ni sebenarnya melembabkan kulit. So, kalau yang ada masalah kulit berminyak sangat tu Snail Mucin ni sudah cukup dan tak perlu pakai moisturizer dah.

I have oily skin tetapi ia langsung tidak berminyak dan tak break out. 


Saya dah guna selama kira-kira dua bulan, seriously kulit jadi lembut dan parut jerawat cepat hilang. Snail Mucin ni ambil masa juga untuk kita tengok kesannya.

When to use?

Saya guna setiap pagi selepas pakai toner dan sebelum pakai sunscreen. Sometimes night time kalau rajin. Hehe!

Cons

- Kena beli on
- Mahal

Kat mana nak beli?

Saya beli di Lazada sebab masa tu hanya Lazada yang menjualnya dengan harga rendah. Tips untuk beli produk kecantikan dari Korea, kena banyak buat survey. Semak e-merchant mana yang jual paling murah. Rujuk review mereka yang pernah beli produk dan pastikan ia 100% original.

Harga Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence Malaysia

Harganya sekitar RM65-RM68. Saya tinggalkan direct link kat bawah supaya korang senang nak pilih.

- Lazada (RM65.60)
- Hermo (RM68.90)
- Zalora (RM 67)

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence review

Kalau sebelum ni korang pernah mengalami break out lepas guna produk berasaskan lendir siput, elak guna produk ni. Mungkin ada alergi dengan lendir siput. Kalau takut nak guna buat 'patch test' dengan sapu dulu kat tempat lain seperti lengan atau leher selama seminggu.

Okay, nantikan review Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask pulak.

Entry sebelum ini - Ulasan Filem lady Bird

Terima kasih kerana membaca REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles