Fakta menarik Filem Black Panther. Marvel Entertainment membuka tirai 2018 dengan BLACK PANTHER sebagai filem pertama dari lima buah naskah yang bakal dihidangkan kepada anda tahun ini.
Jika anda bukan die-hard fans, anda pasti tidak begitu mengenali karakter ini. Walhal peranannya dalam dunia komik Marvel cukup penting.
Karakter T'Challa atau alter egonya, Black Panther, buat pertama kali diperkenalkan dalam dunia Marvel Cinematic Univers (MCU) dalam Capten America: Civil War. Aksinya bertarung dan mencakar perisai Captain America mencuri perhatian dan membuatkan penonton ingin melihat Raja negara Wakanda dalam filem solonya sendiri.
Sinopsis
Selepas kematian ayahnya dalam Capten America: Civil War, T'Challa kembali ke Wakanda untuk mengambil alih tugas sebagai seorang raja. Konfliknya dengan musuh menyebabkan Wakanda dan dunia kini berdepan bahaya. Sebagai seorang raja, T'Challa perlu berkerjasama dengan sekutu untuk menghapuska musuh.
Jika anda ternanti-nantikan Avengers: Infinity War pada May ini, anda pasti tidak mahu terlepas menonton Black Panther kerana filem ini cukup penting dan diibaratkan sebagai 'pintu' buat Inifinity War.
Pengarah: Ryan Coogler
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong'O, Forest Whitaker, Daniel Kaluuya, Steerling K. Brown, Andy Serkis, Martin Freeman.
Tarikh tayangan Malaysia: 14 Februari 2018
Fakta menarik Filem Black Panther
- Filem MCU pertama yang didominasi oleh pelakon berkulit hitam. Malah, mereka turut mengambil beberapa orang pelakon dari Afrika Selatan.
- Ini merupakan filem ke-6 dalam Fasa Tiga; ke-18 dalam MCU dan kesemuanya berkait antara satu sama lain.
- Negara Wakanda beberapa kali disebut dalam filem Iron Man, Captain America The First Avenger, dan The Avengers: Age Of Ultron. Perisai Captain America diperbuat daripada vibranium yang hanya didapati di Wakanda.
- Bajet keseluruhan yang diperuntukkan untuk pembikinan Black Panther adalah sekita USD200 juta.
- Black Panther dibarisi dua pemenang Anugerah Akademi iaitu Lupita Nyong'O, dan Forest Whitaker ; pemenang Anugerah EMMY, Sterling K. Brown.
- Babak pertarungan dalam filem ini diinspirasikan dari seni mempertahankan diri Afrika. Gaya yang bakal diterjemahkan pada screen pula diambil dari filem Creed (2015) dan stail digunakan oleh filem Kingsman.
- Wakanda adalah negara yang direka dalam dunia Marvel semata-mata. ia diisnpirasikan dari puak Wakamba dari Kenya, yang juga dikenali sebagai 'Kamba'.
- John Boyega, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Anthony Mackie, Djimon Hounsou merupakan antara calon yang dipertimbangkan untuk memegang watak Black Panther. Namun tiga dari mereka kecuali Boyega diberikan watak lain dalam MCU.
- Ini bukan kali pertama Michael B. Jordan berlakon dalam filem Marvel. Beliau sebelum ini membintangi Fantastic Four 2015 sebagai Human Torch. Walau bagaimanapun filem itu tidak termasuk dalam MCU dan Fanastic Four dikategorikan sebagai filem gagal.
- Pihak Marvel memberi gambaran Black Panther mempuyai persamaan dengan francais The Godfather dan James Bond di mana drama kekeluargaan berpusat di dunia pengintipan antarabangsa.
- Ryan Coogle membawa penasihat yang pakar dalam sejarah Afrika dalam mencipta sejarah politik Wakanda. Usaha ini adalah untuk memastikan sejarah Wakanda lebih realistik dari segi budaya, politik, dan berkait dengan negara-negara benua Afrika di dunia nyata.
- Ini merupakan filem solo kedua dari karakter yang buat pertama kali muncul dalam Captain America: Civil War.
- Dalam trailer, Black Panther berkata "I never freeze" kepada Okeye ketika terjun dari kapal terbang. Ini merupakan jenaka sinis buat Tony Stark yang membeku sewaktu penerbangan pertamanya menggunakan suit Iron Man.
- Kolaborasi pertama Andy Serkin dan Martin Freeman selepas The Hobbit: Unexpected Journey (2012).
- Pihak produksi mencipta budaya unik buat warga Wakanda supaya negara rekaan itu mempunyai nilai budaya berbeza dengan puak lain.
- Michael B. Jordan pada asalnya menghadiri ujibakat untuk memegang waltak Sam Wilson/Falcon pada 2013. Watak itu bagaimanapun diberikan kepada Anthony Mackie. Beliau kemudia dipanggil semula untuk watak villain Black Panther tiga tahun kemudian.
Entry sebelum ini - Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita Tv3
Terima kasih kerana membaca Fakta menarik Filem Black Panther