Masa tengah seronok baca timeline Twitter ternampak pulak gambar pesawat terhempas. I thought it was a joke, sebab di Twitter memang banyak gurauan atau 'meme' yang direka pengguna internet.
Ternyata gambar tu adalah benar dan portal berita CNN mengesahkan pesawat TransAsia Airways ATR72 terhempas ke Sungai Keelong, Taiwan ketika dalam perjalanan ke Pulau Kinmen. Berita ini mengejutkan banyak pihak susulan beberapa tragedi pesawat yang berlaku sejak 2014.
Berita Terkini Pesawat TransAsia ATR72 Terhempas di Taiwan
TERKINI: 8/2/2015
- TransAsia Airline mengeluarkan kenyataan akan membatalkan 52 penerbangan awal minggu hadapan. Setakat ini, 90 penerbangan sudah dibatalkan berikutan insiden pesawatnya terhempas ke Sungai Keelong.
- Data dari kotak hitam menunjukkan enjin ditutup selepas yang lain hilang kuasa.
-Angka kematian meningkat kepad 40 orang, 15 terselamat, dan 3 masih hilang.
2pm, 6/2/2015
- Juruterbang TransAsia AtR72, Liao Chien-tsung, 41, masih lagi memegang joystik ketika mayatnya dijumpai di dalam kokpit pesawat.
- Juruterbang dilaporkan berusaha dari melanggar bangunan dan orang awam sebelum terjunam ke dalam sungai Keelong.
- Jumlah kematian meningkat kepada 35 orang, 15 cedera, dan pasukan penyelamat masih lagi mencari 8 penumpang yang hilang.
-BBC
12.12pm, 5/2/2015
- Seseorang dari kokpit TransAsia ATR72 membuat panggilan kecemasan kerana mengalami masalah enjin sebelum terjunam ke dalam sungai.
- Jumlah kematian meningkat kepada 31 orang.
- Rakaman perbualan antara pesawat ATR72 dan pusat kawalan udara berbunyi "GE 235. Mayday. Mayday. Engine flameout." (Bantuan. Bantuan. Enjin terbakar.)
- Setakat jam 12 tengahari 5/2/15, 31 disahkan maut, 15 cedera, dan 12 gagal dikesan.
8.58pm,4/2/2015
- Jumlah kematian nahas pesawat TransAsia ATR72 menngkat sebanyak 22 orang sehingga jam 8 malam.
- Seramai 15 mangsa berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital dan 21 penumpang masih belum ditemui.
3.42pm, 4/2/2015
- 11 penumpang dilaporkan maut manakala 30 lagi masih terperangkap selepas pesawat TransAsia ATR72 terhempas ke dalam Sungai Keelong, Taiwan.
- Pesawat yang membawa 53 penumpang termasuk lima anak kapal terhempas setelah berlepas dari Lapangan Terbang Teipei Songhan.
- 16 penumpang berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat dan berpuluh-puluh lagi masih terperangkap di dalam pesawat.
- Pesawat terbabit hilang kawalan dan terputus hubungan dari pusat kawalan kira kira jam 10.55 pagi
- Pesawat ATR72 melanggar jejambat jalan raya sebelum terhempas ke dalam sungai.
Gambar pesawat ATR72 terhempas
Detik cemas itu dirakam orang awam ketika sedang memandu. Video berdurasi 41 saat menunjukkan sayap kanan pesawat melanggar jejambat dan sebuah teksi sebelum terjunam de dalam sungai.
VIDEO: Pesawat TransAsia ATR72 Terhempas