Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Percutian Menarik di Hatyai - Part 2

$
0
0


Hari pertama di Hatyai memang best, aktiviti packed sampai ke malam. Keesokkan harinya dimulakan dengan dengan sarapan pagi. Kalau anda nak cuba sarapan ala Thai boleh la ke restoran halal berdekatan. Tapi kami breakfast di hotel kerana ia dah termasuk dalam pakej penginapan.

Magic Eye 3D Museum

Hari kedua diteruskan dengan melawat tempat-tempat menarik di Hatyai. Antara tarikan terbaru di wilayah ini adalah Magic Eye 3D Museum. Muzium ini menempatkan banyak lukisan 3D menarik dan nampak real.  

Memang berbaloi, dengan bayaran masuk berharga 300 bhat utk dewasa dan 200 bhat untuk kanak-kanak, anda boleh bergambar dengan banyak mural serta lukisan 3D menarik. Dari yang bertemakan fantasi hingga ke Mesir purba. Bukan tu je, Magic Eye 3D Museum turut menyajikan persembahan silap mata kepada penonton. 

Magic Eye 3D Museum Hatyai



Bercuti ke Hatyai tidak lengkap tanpa mencuba makanan halal Thailand. Tetapi kami hanya sempat menikmati makanan di medan selera pusat membeli-belah Central Festival. Never underestimate the power of food court, kerana medan selera Central Festival menyediakan pelbagai jenis juadah termasuklah makanan halal. 

Kami cuba kueh tiaw goreng, nasi goreng paprik, kueh tiaw ladna, mee sup, and I have to be honest yang rasanya jauh lebih sedap dari Malaysia!



Ikut perancangan awal, kami nak pergi Ice Dome iaitu rumah salji yang ala-ala iCity tu. Kalau nak tahu, Ice Dome Hatyai merupakan satu-satunya rumah salji di Thailand. Tapi malangnya ketika kunjungan kami Ice Dome ditutup untuk kerja menaiktaraf.

Kereta Kable Hatyai

Jadi kami ke Hatyai Cable Car yang terletak di Municipal Park. Perkhidmatan kereta kable ni merupakan satu lagi tempat tumpuan pelancong di mana anda boleh lihat seluruh bandar Hatyai dari pandangan atas.





Selain itu, Municipal park juga tempat untuk penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan dengan menempatkan beberapa patung termasuk patung Phra Buddha Mongkol Maharaj atau Golden Standing Buddha yang merupakan patung terbesar di selatan Thailand.

Patung Golden Standing Buddha berdiri menghadap bandar Hatyai yang cukup indah, dan patung ini boleh dilihat jika anda berada dalam bandar kerana saiznya yang cukup besar.



Golden Standing Buddha



Floating Market Hatyai

Berkunjung ke Thailand tidak lengkap jika tidak ke Floating Market @ Pasar Terapung Hatyai yang terletak di Khlong Hae. Suasana floating market ni sama seperti pasar malam di Malaysia cuma uniknya peniaga berniaga dari dalam sampan di tepi sungai.

Puluhan sampai berlabuh di tebing sungai dan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Banyak pilihan makanan tradisi Thailand disediakan seperti sosej, telur puyuh, tomyam, nasi goreng, pulut mangga. We're in Thailand and of course makanannya sedap! Paling mencuri perhatian adalah bekas seramik yang digunakan penjual air sebagai pengganti cawan plastik. Memang cute. 




Pengunjung tidak perlu risau dengan makanan halal di pasar terapung Hatyai ni kerana hampir 90 peratus juadah yang di jual adalah halal. Kalau nak selamat, beli je makanan dengan makcik yang pakai tudung. Hehe!

Itu je kot aktiviti hari kedua di Hatyai, malam tu kami ke pasar malam di Lee Garden. Itu pun kejap je sebab hujan. So, Percutian Menarik di Hatyai - Part 3 akan dikemaskini! 

Artikel berkaitan: Percutian Menarik di Hatyai - Part 1



Previous artikel: JADUAL LIGA SUPER KELANTAN 2015


Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles