Sinopsis Syurga Yang Kedua di Astro Prima. Menggantikan Dendam Aurora yang bakal berakhir tidak lama lagi, dan slot Tiara di saluran Astro Prima bakal menyajikan sebuah lagi drama bersiri bertajuk SYURGA YANG KEDUA.
Drama terbitan OrangeTree Production yang diadaptasi dari sinetron Indonesia ini diarahkan oleh Zamri Zakaria. Dibintangi Zarul Husin dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Azizah Kazan, Afifah Nasir, dan Dato Jalaludin Hassan.
Seperti drama yang pernah disiarkan di Slot Tiara sebelum ini, Syurga Yang Kedua bersiaran sebanyak 70 episod dan kali ini mengangkat tema hidup berpoligami yang menjadi mimpi ngeri setiap wanita bergelar isteri.
Berkaitan: Plot My Coffee Prince
Syurga Yang Kedua menemui penonton mulai 12 Disember 2017, setiap Isnin hingga Khamis jam 6 petang di saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua
Setelah sekaian lama mendirikan rumah tangga, Daniel dan Sabrina masih belum dikurniakan cahaya mata. Ibu Daniel yang tidak senang akan hal ini mahu anaknya berkahwin lagi demi mendapatkan zuriat. Malah, beliau sudah mempunyai calon yang sesuai untuk Daniel iaitu Vivy, yang merupakan seorang doktor.
Mendengar perbualan suami dan ibu mertuanya, Sabrina menjadi tertekan dan meninggalkan rumah. Menambah derita Sabrina, dia terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan. Melihat isterinya terlantar di hospital dan ditambah dengan desakan ibu, Daniel akhirnya akur menikahi Vivy.
Vivy pula diselubungi rasa bersalah kerasa Sabrina ialah rakan baiknya sendiri.
OST/lagu tema: Dayang Nurfaizah - Takdir
Artikel sebelum ini - Moisturizer Untuk Kulit Berminyak
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Syurga Yang Kedua