Cara Delete Akaun Facebook. Laman sosial yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada 2004 ini dibina bertujuan untuk berhubung, berkomunikasi, menyampaikan maklumat, dan berkongsi idea. Biarpun banyak laman seumpamanya dibangunkan, Facebook kekal menjadi laman sosial nombor satu di dunia.
Kini Facebook semakin berkembang dengan menyokong pelbagai fungsi tambahan seperti Facebook Stories, penstriman video secara langsung, sokongan video 4k, instant articles, dan banyak lagi.
Baca:Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano
Cuma terdapat perbezaan ketara dengan dari sudut penggunaannya jika dibandingkan dengan dulu dan sekarang. Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, Facebook telah banyak disalah guna. Media sosial yang pada asalnya platform untuk berhubung kini menjadi tempat penyebaran fitnah.
Banyak perkara yang tidak elok terpapar pada wall Facebook. Kisah rumah tangga, video viral yang mengaibkan, luahan perasaan, berita yang tidak sahih, bahkan ada juga yang berdoa tapi dalam masa yang sama menunjuk kekayaan masing-masing.
Walau bagaimanapun, buruk dan baiknya Facebook ini bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya.
Ketika pengguna Facebook semakin meningkat setiap hari, ada juga yang ingin membatalkan akaun Facebook mereka. Yelah, daripada benda tidak elok itu terus berlaku, lebih baik padam sahaja. Atau, anda ada sebab lain untuk tidak lagi mempunyai Facebook.
Baca:Oppo F5 Ini Antara yang Menarik
Sebab anda patut tutup akaun Facebook
1. Ketagih - Meluangkan masa berjam-jam di Facebook dan tidak menghiraukan orang sekeliling. Malah, kita cenderung untuk menilai kehidupan orang lain. Seperti "Oh dia ni kaya rupanya", "tak handsome lah suaminya".
2. Dihantui gambar lama - Bayangkan jika gambar lama menghantui anda di masa akan datang. Gambar memalukan ketika sekolah menengah, universiti, atau sebelum bertudung. You know, there are something you should never post on Facebook atau tag kawan-kawan pada gambar lama!
3. Berasa diri serba kekurangan - Sering melihat kebahagiaan dan kemewahan rakan melalui status mereka boleh menyebabkan anda berasa kerdil. Apa yang perlu anda buat? Jauhi Facebook, fokus pada kehidupan sendiri.
4. Sentap - Percaya atau tidak jumlah LIKES dan komen cukup penting buat kebanyakkan pengguna. Mereka cukup risau sekiranya memperoleh jumlah Likes yang sedikit dan sentiasa diri
Jadi dalam entri ini saya akan tunjukkan tatacara untuk delete akaun Facebook. You might want to think twice kerana ramai yang melakukannya secara terburu-buru dan akhirnya menyesal di kemudian hari.
Cara Delete Akaun Facebook
Langkah 1: Login ke akaun yang anda ingin padam.
Langkah 2: Terus ke pautan ini >> https://www.facebook.com/help/delete_account
Langkah 3: Klik 'Delete My Account' dan masukkan password Facebook anda serta kod pengesahan seperti gambar di bawah.
Langkah 4: Klik 'Okay'.
Facebook anda akan dipadam sepenuhnya dalam masa 14 hari dan sepanjang tempoh itu anda TIDAK DIBENARKAN LOGIN dari mana-mana peranti.
Menutup akaun Facebook secara kekal menyebabkan gambar,video, status yang berpernah dimuat naik, dan jumlah Likes akan dipadam buat selamanya dan sudah tidak boleh dijejaki pada masa akan datang.
Entri sebelum ini - Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Suku Akhir
Terima kasih kerana membaca Cara Delete Akaun Facebook