Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Antara Tempat & Aktiviti Menarik Pulau Jeju, Korea

$
0
0

Antara Tempat & Aktiviti Menarik Pulau Jeju, Korea. Cuti sekolas hampir tiba, maka ramailah yang merancang dan mencari lokasi percutian menarik sama ada dalam mahupun luar negara.

Gara-gara budaya KPOP yang semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia, ramai yang memilih Korea Selatan sebagai lokasi destinasi percutian kerana terpengaruh dengan drama/filem, muzik dan fesyen dari negara itu. Apatah lagi bila Air Asia kini melancarkan penerbangan terus dan harga murah ke Korea. 

Berkaitan: Pengalaman Menonton Man United di Old Trafford

Di mana tempat menarik di Korea Selatan? Forget about Seoul, let's do something different dengan bercuti di Pulau Jeju yang terletak di selatan Semenanjung Korea. Pulau Jeju ibarat Hawaii bagi Amerika Syarikat kerana pulau ini terkenal dengan keindahan pantai dan alam semula jadi, serta cuacanya yang panas.


I've never been to Jeju Island before, not even South Korea!. Tapi dalam post ini saya kongsikan tempat menarik dan lokasi 'wajib pergi' di Pulau Jeju supaya ia dapat menjadi panduan serta idea destinasi percutian anda kelak.

Antara Tempat & Aktiviti Menarik Pulau Jeju, Korea

1. Seongsan Ilchulbong

Untuk pengetahuan, Seongsan Ilchubong merupakan salah satu daripada tapak warisan Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan diiktiraf antara 7 Wonders of The World.


Seongsan Ilchulbong kelihatan seperti sebuah kawah terbentuk daripada letusan gunung berapi ribuan tahun dahulu. Selain dari pemandangan yang memukau, ia turut menjadi lokasi terbaik untuk melihat matahari terbit sehingga ia diberi jolokan 'Sunrise Peak.'

2. Jeongbang Waterfalls

Satu-satunya air terjun di Asia di mana air terjunnya terus turun ke laut. Bagi yang suka akan keunikan alam semula jadi, Jeongbang Waterfalls merupakan tempat menarik yang wajib pergi memandangkan ia merupakan satu-satunya air terjun seumpamanya di Asia.

Tempat & Aktiviti Menarik Pulau Jeju, Korea

3. Manjanggul Cave

Diiktiraf UNESCO World Heritage, Gua Manjanggul merupakan terowong lava gunung berapi yang terbentuk sejak 2.5 juta tahun dahulu. Stalagmite dan stalactite sepanjang 70cm pasti membuatkan anda terpegun disaat lampu yang dipasang menghasilkan pantulan cahaya yang mengagumkan. Walaupun gua ini sepanjang 13km, hanya 1km dibuka untuk tatapan pelancong.


4. Woljeong Beach

Sebuah pulau tidak dapat dipisahkan dengan pantai yang indah. Bagi Pulau Jeju, Woljeong Beach adalah pantai tercantik kerana pengunjung dapat menikmati air biru yang bersatu dengan pesisir pantai yang ditaburi pasir putih. Woljeong Beach turut dilengkapi dengan deretan restoran/cafe di sepanjang pantai. Ini boleh melengkapkan percutian menarik di Pulau Jeju.

Credit: JejuWeekly
5.  Muzeum O’Sulloc

Sama seperti UK, Korea turut terkenal dengan budaya minum teh. Di mana tempat terbaik untuk mempelajari tentang teh kalau bukan di muzeum teh? Huruf 'O' pada nama O'Sulloc bermaksud menghargai dan kegembiraan, manakala 'sulloc' bermaksud teh hijau.


O'Sulloc Museum terbahagi kepada 6 pameran berbeza. Pelajari pelbagai jenis teh di Korea dan serata dunia sambil menghirup teh hijau di taman indoor dan ladang teh yang terbentang luas. Penggemar teh khususnya teh hijau (matcha) pasti tidak mahu melepaskan peluang ini.

Berkaitan:Percutian Menarik di Hatyai Part 1

6. Mount Hallasan 

Satu lagi lokasi yang diiktiraf UNESCO World Heritage. If you are up for a hike, Gunung Hallasan yang terletak di tengah-tengah Pulau Jeju pasti tidak akan mengecewakan. Meskipun berketinggian 1950m, Gunung Hallasan mudah didaki melalui laluan hiking yang disediakan.


Tiba di puncak, anda dapat melihat gunung yang berbentuk kawah dan sekitar Pulau Jeju.

7. Teddy Bear Museum

Jika bercuti bersama anak-anak tidak sah kalau tidak melawat Teddy Bear Museum. Jeju Teddy Bear Museum mempamerkan ribuan teddy bear yang kebanyakkan adalah buatan tangan. Pelajari sejarah pembuatannya berserta teddy bear yang menyerupai figura terkenal sepert Mona Lisa. Kanak-kanak pasti tak senang duduk!

8. Dokkaebi Road

Pernah dengar jalan misteri di mana kenderaan bergerak ke arah bukit walaupun enjin dimatikan? Ya, ia terletak di Pulau Jeju. Dokkaebi Road cukup popular bahkan cecair pun mengalir ke atas. Hakikatnya, Dokkaebi Road bukanlah kawasan mempunyai kuasa mistik tetapi ia hanya optical illusion disebabkan keadaan sekeliling.

credit: Tripvisor
*Kalau nak menempah hotel, saya cadangkan tempah di Trivago, sebab mereka menawarkan harga terendah berbanding laman tempahan. Boleh tempah di sini >> http://www.trivago.com.my

Semoga post ini bermanfaat sekiranya anda bercadang untuk bercuti ke Pulau Jeju, Korea Selatan.

Entri sebelum ini - Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

Terima kasih kerana membaca Antara Tempat & Aktiviti Menarik Pulau Jeju, Korea

Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles