Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia Ternyata semua informasi dan reka bentuk peranti terbaru Apple yang 'tiris' benar belaka. Semalam bertempat di Apple Park, Apple telah memperkenalkan sejumlah peranti antaranya iPhone X, Apple Watch, Apple Tv, dan antara yang mendapat perhatian adalah iPhone 8 dan 8 Plus.
Seperti biasa, Apple tidak terlalu menekankan soal design. Biarpun mengalami sedikit perubahan, secara fizikalnya ia masih hampir menyerupai iPhone generasi sebelum ini iaitu iPhone 7. Tetapi dari fungsi, kedua peranti ini dikemaskini dan mempunyai sokongan tambahan.
Selain itu, turut mengekalkan tradisi 'edisi lebih baik', iPhone 8 Plus lebih premium dengan spesifikasi lebih hebat berbanding iPhone8.
Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia
Design
Bagi yang mengharapkan perubahan dari segi design, pasti mereka akan kecewa. iPhone 8 dan 8 Plus hampir sama dengan setiap iPhone yang dikeluarkan sejak iPhone 6. Namun, kali ini badan iPhone 8 kini diperbuat daripada kaca khas.Perubahan ini menyebabkan ia 7% lebih berat.
Dari segi saiz, memandangkan iPhone 8 Plus lebih besar dan paparan skrin lebih mengagumkan kerana ia lebih premium. Masing-masing menyokong paparan Retina HD
iPhone 8 - 4.7-inch LED-backlit IPS LCD, 1334 x 750 pixels (326 ppi)
iPhone 8 Plus - 5.5-inch LED-backlit IPS LCD, 1920 x 1080 pixels (401 ppi)
Perbezaan antara iPhone 8 / 8 Plus
Pengecasan tanpa wayar
Akhirnya Apple menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar yang selama ini ditagih pengguna. Untuk itu, Apple memperkenalkan AirPower yang mampu mengecas beberapa peranti apabila diletakkan di atasnya.
AirPower yang akan berada di pasaran pada 2018 boleh mengecas iPhone, Apple Watch, dan AirPods secara serentak.
Selain itu Apple turut membangun menambah teknologi pengecasan pantas kira-kira 50% dalam masa 30 minit. Walaubagaimanapun, pengecasan pantas ini dijual secara berasingan melalui tiga model pengecasan berlainan.
Pemprosesan
Melengkapkan kemaskini peranti terbaru ini, kedua-duanya dilengkapi cip pemprosesan Apple A11 Bionic Six Core CPU, Six Core GPU, M11 motion co-processor. Apple mengeaskan A11 Bionic memberikan presatasi 23% lebih lebih tinggi dan 70% lebih efisyen berbanding A10.
Camera
Apple menambah ciri Augmented Reality yang menggabungkan kandungan realiti dengan maya.
iPhone 8 - 12-megapixel (f/1.8) pada bahagian belakang dengan sokongan penstabilan imej optikal.
iPhone 8 Plus - 12-megapixel ( f/2.8) dan turut hadir dengan sokongan penstabilan imej optikal, dwi-kamera dan merakam dengan lebih baik pada pencahayaan rendah.
Kalis air dan habuk
Sama seperti iPhone 7, kedua-dua peranti adalah kalis air dan habuk.
Harga iPhone 8/8 Plus di Malaysia dijangka bermula RM2941 dan tarikh peranti ini memasuki pasaran tempatan masih belum diketahui.
Artikel sebelum ini - Beli Kerusi Eames di Lazada
Terima kasih kerana membaca Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia