Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Fakta Menarik Filem IT 2017

$
0
0
Fakta Menarik Filem IT 2017

Fakta Menarik Filem IT 2017. Buat penggemar genre seram, sudah pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem IT yang bakal ditayangkan pada 8 September ini. Lebih mengujakan, ia diadaptasi dari novel penulis popular, Stephen King.

Nama King sudah tidak asing lagi baik bagi pencinta buku mahupun mereka yan gemar filem seram atau thriller. Ini kerana karya King sudah banyak diadaptasi ke layar perak antaranya The Green Mile, Carrie, The Shining, Secret Window, The Mist, dan banyak lagi.


Walaubagaimanapun, novel IT yang diterbitkan pada 1986 dinamakan novel King yang paling seram dan dianggap sebagai mahakarya Stephen King.

Ini bukan kali pertama IT difilemkan, ia pernah mencipta fenomena tersendiri pada 1990 dan dijadikan siri televisyen pada tahun yang sama. Berikutan permintaan peminat serta terikut-ikut dengan trend 'remake/reboot' yang diamalkan Hollywood pada hari ini, filem badut puaka sekali lagi dihasilkan. Tetapi kali ini dengan visual yang lebih menarik.

Sinopsis filem IT

Diarahkan oleh Andy Muschietti, IT misteri yang menghantui penduduk Derry apabila seorang demi seorang kanak-kanak hilang. 27 tahun kemudian, sekumpulan kanak-kanak yang sering menjadi mangsa buli memulakan misi mencari siapa dalang disebalik kejadian ini.

Berpakaian warna-warni dan berwajah kelakar, badut mungkin menghiburan sewaktu meraikan hari jadi. Anda mungkin akan mengubah persepsi itu selepas menonton IT!

Fakta Menarik Filem IT 2017

- Watak badut seram, Pennywise,  dilakonkan oleh aktor yang berasal dari Sweden, Bill Skarsgard. Bill merupakan anak kepada aktor Stellan Skarsgard yang terkenal dengan watak Bootstrap (Pirates Of The Caribbean) dan Prof Erik Selvig (Thor) dan adik kepada Alexander Skarsgard (The Legend of Tarzan).


- Adik beradik Duffers pada asalnya berminat untuk mengarahkan IT, tetapi pada waktu itu portfolio mereka tidak begitu meyakinkan. Duffers kemudian mengarahkan Stranger Things yang kini menjadi salah sebuah siri yan paling berjaya.

Berkaitan:Ulasan Siri Stranger Things

- Nombor 27 berkait rapat dengan IT. Filem ini hadir 27 tahun selepas siri televisyen diterbitkan. Mengikut novel IT, badut ini akan muncul di perumahan Derry setiap 27 tahun. Jonathan Brandis, iaitu pelakon asal IT (1990) meninggal dunia pada usia 27 tahun. Manakala Bill Skarsgard kini berusia 27 tahun.

- Trailer pertama filem ini mendapat 197 juta tontonan dalam masa 24 jam mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh filem The Fate of The Furious
Fakta Menarik Filem IT 2017
- Skarsgard tidak bertemu dengan pelakon kanak-kanak sehinggalah pada hari penggambaran babak yang memerlukan kanak-kanak bersemuka dengan badut pertama kali.

- Selain badut, belon berwarna merah turut signifikasi filem IT. Untuk itu, belon berwarna merah diletakkan di beberapa bandar terkemuka dunia sebagai salah satu teknik pemasaran. 

Fakta Menarik Filem IT 2017


- Hugo Weaving dan Will Poulter antara calon terakhir pilihan Warner Bros untuk memegang watak badut. Watak itu kemudian diberikan kepada Skarsgard.

- Mengikut novel, kisah IT berlatarbelakangkan tahun 1958, namun untuk untuk filem ini ia diubah kepada tahun 1989.

- Penampilan Skarsgard memakai kostum dan makeup badut menjadi rahsia antara pengarah dan tiga jurusolek sahaja. Ini bertujuan untuk merakam reaksi pelakon lain disamping mengelak dari gambar tiris di media sosial.


- Patung badut dari siri televisyen 1990 boleh dilihat dalam salah satu babak filem ini.

- Filem kali ini menjalani penggambaran di Ontario, Kanada.
sumber: IMDb

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem IT 2017


Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles