Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Fakta Menarik Fantastic Beast And Where To Find Them

$
0
0

Fakta Menarik Fantastic Beast And Where To Find Them. Penggemar buku dan siri filem Harry Potter sudah pasti tidak sabar lagi untuk menonton  Fantastic Beast And Where To Find Them (FBAWTFT). Bagi mereka yang tidak tahu ini merupakan filem adaptasi dari buku tulisan JK Rowling yang dikembangkan dari siri Harry Potter.

Dalam dunia magik Harry Potter FBAWTFT adalah buku text sejarah yang ditulis oleh Newt Scamander dan buku ini tersimpan di perpustakaan sekolah Hogwarts. Jadi FBAWTFT bukan kesinambungan Harry Potter tetapi kisah yang berlaku puluhan tahun sebelum itu.



Diarahkan oleh David Yates, FBAWTFT berlatarbelakangkan tahun 1926 yang mengisahkan Newt Scamander, seorang magizoologist yang terbang ke New York untuk mengkaji makhluk ajaib bersama golongan ahli sihir Amerika. Namun Newt berdepan dengan masalah besar apabila makhluk yang disimpan dalam 'beg'nya terlepas dan berkeliaran dibandar New York.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik FBAWTFT lakonan Eddie Redmayne, Collin Farrell, Katherine Waterston dan Ezra Miller.

Fakta Menarik Filem Fantastic Beast And Where To Find Them

1. FBAWTFT merupakan filem pertama JK Rowling berperanan sebagai penulis skrip.

Baca:Siapa Casey Neistat?

2. Nama  Newt Scamander pernah muncul dalam filem Harry Potter and The Prisoner of Azkaban iaitu pada peta Marauder's Map


3. J.K Rowling mengatakan filem ini bukan prequel mahupun sequel kepada siri Harry Potter, tetapi secebis kisah yang dikembangkan dari dunia magik itu.

4. Jika dalam dunia Harry Potter (HP) manusia yang tidak tahu menggunakan magik digelar "Muggle", namun ahli sihir Amerika menggelarkan mereka sebagai "No-maj" singkatan kepada 'no magic'.

Fantastic Beast and Where To Find Them
5. Dalam dunia HP, buku tulisan New Scamander iaitu FBAWTFT diterbitkan pada tahun 1927 dan laris dijual sehingga mendapat kelulusan Hogwarts untuk djadikan buku text. Scamander juga diberi pengiktirafan untuk memiliki kadnya sendiri yang hadir dalam Chocolate Frog.

6. Diarahkan oleh David Yates, yang pernah mengarahkan empat filem terakhir HP.

7. Matt Smith dan Nicholas Hoult antara pelakon yang dicalonkan memegan watak Scamander. Namun Eddie Reydmayne dari awal lagi menjadi pilihan utama pihak produksi dan Redmayne tidak perlu menghadiri sesi ujibakat.


8. Filem FBAWTFT masih belum ditayangkan tetapi JK Rowling dan produksi mengesahkan filem ini bakal diterbitkan sebanyak 5 siri.

9. Walaupun filem ini berlatarelakangkang New York, 100% menjalani penggambaran di United Kingdom. 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles