Sinopsis 7 Hari Mencintaiku di Tv3.Cinta Masam Manis bakal berakhir tidak lama lagi dan bakal digantikan dnegan sebuah lagi drama menarik bertajuk 7 HARI MENCINTAIKU bagi mengisi Slot Akasia Tv3.
Drama arahan pengarah berpengalaman, Jamal Khan ini diterbitkan oleh produksi Pena Kreatif Sdn Bhd. Produksi ini memang terkenal dengan karya hebat yang pernah diterbitkan sebelum ini. 7 Hari Mencintaiku adalah sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama tulisan Siti Rosmizah.
Menampilkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai teraju utama, drama ini turut dibintangi pelakon Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Liza Abdullah, Zarynn Min, dan ramai lagi.
7 Hari Mencintaiku bersiaran sebanyak 28 episod bermula 7 November 2016, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di Tv3.
Sinopsis drama 7 Mencintaiku di Tv3
Mengisahkan Khuzairi, jejaka biasa yang dalam diam mencintai Mia Adriana. Disebabkan sifat sombong dan angkuh Mia, tidak pernah terlintas difikirannya untuk memiliki gadis itu. Memuja kecantikkan gadis itu dari jauh sudah memadai baginya.
Namun Mia lupa yang hidup ini bagaikan roda. Beliau tidak akan berada di atas buat selamanya. Keangkuhan dan kesombongannya akhirnya memakan diri sendiri. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri iaitu Khalil. Dek kerana terlalu mempercayai tunangnya, tanpa dia sedar Khalil telah menipu syarikat guaman milik bapanya. Khalili juga tidak muncul pada hari perkahwinan mereka sebaliknya menikahi Rita kerana harta.
Bapa Mia, Datuk Megat, diserang sakit jantung kemudia meminta Khuzairi menjadi menantunya. Demi menjaga maruah keluarga, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupu lelaki itu tidak setaraf dengannya.
Selepas berkahwin, mereka menetap di kampung akan tetapi Mia dibenci ibu tiri Khuzairi, Mak Leha. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi.
Perkahwinan mereka ada pasang surutnya, akan tetapi suatu peristiwa terjadi membuatkan Mia sedar yang dia mencintai suaminya dengan sepenuh hati dan hanya mempunyai 7 hari untuk meraih kembali cinta suaminya yang telah pudar.
Lagu tema / OST: Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
Entri sebelum ini - Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2017
Terima kasih kerana membaca Sinopsis 7 Hari Mencintaiku di Tv3