Pengalaman Beli Barang CJ Wow Shop. Membeli-belah dengan menonton siaran demonstrasi melalui saluran televisyen bukan lagi perkara baru, ia telah wujud sejak bertahun lalu. Namun ia benar-benar mendapat tempat di hati rakyat Malaysia bermula 2 tahun lalu.
Berikutan ramai yang gemar membeli-belah di atas talian, kini makin bertambah saluran tv yang menyediakan perkhidmatan sama iaitu berkonsepkan 'shoppertainment' antaranya adalah CJ Wow Shop. Siaran demonstrasi CJ Wow Shop (CJWS) milik Media Prima Bhd ini bersiaran di saluran Tv3, ntv7, 8Tv, Tv9, dan laman tonton.my.
Baca:Nyra Skinworks: Foundation Tahan Lama
Baca:Nyra Skinworks: Foundation Tahan Lama
CJWS menjual pelbagai jenis produk dari kategori kediaman dan kehidupan, kecantikan, fesyen dan digital. Cara pembelian pula tidak terhad dengan melayari laman web sahaja, anda boleh turut boleh membuat pesanan melalui talian bebas tol dan melalu aplikasi telefon pintar.
Pengalaman Beli Barang CJ Wow Shop
Setakat ni saya dah beli dua barang dari CJ Wow Shop.... I mean, my parents bought them. Saya cuma tolong je iaitu Cornell Personal Blender (RM99) dan Coocan Multi Grill (RM309). Kedua-duanya berkualiti dan berfungsi dengan baik. Harga pula berpatutan dan berbaloi dengan fungsi yang ditawarkan produk tersebut.
Tempoh penghantaran pula hanya mengambil masa dua hingga tiga hari je dan barang sampai dalam keadaan baik. Saya memilih penghantaran Cash on Delivery (COD) menggunakan kurier GDex. Tak perlu online banking, dapat barang baru bayar.
Bagi yang nak tahu macam mana cara nak shopping di CJWS melalui online, boleh rujuk langkah di bawah.
Cara beli barang di CJ Wow Shop
1. Layari www.cjwowshop.my. Daftar di bahagian Signup. Masukkan maklumat peribadi dan sebagainya.
2. Selepas mendaftar anda sudah boleh membuat pembelian. Pilih barang yang anda inginkan kemudia klik 'Buy'.
3. Semak barang berserta harga yang ditawarkan. Kemudian klik 'Checkout'.
4. Pada ruangan check out, pastikan nama dan alamat anda. Pilih Shipping method (penghantaran) dan payment method (pembayaran) in my case, saya pilih COD. Jika anda pilih transaksi online, pilih bank anda dan terus buat pembayaran.

Apa yang best tentang CJ Wow Shop atau rancangan berkonsep shoppertainment:
- Boleh menonton demonstrasi
- Boleh lihat sendiri kualiti dan kemampuan produk
- Harga lebih murah dari pasaraya
- Terdapat potongan harga pada jam tertentu
Lagipun cara nak beli barang pun senang kerana dengan paparan website yang ringkas dan mudah difahami.
Just because I say nice things about CJ Wow Shop it doesn't mean this is paid review. This is not a sponsored post. But I'd love to be sponsored. *cough*
Entri sebelum ini - Kisah Disebalik Meme Internet Popular
Terima kasih kerana membaca Pengalaman Beli Barang CJ Wow Shop
Entri sebelum ini - Kisah Disebalik Meme Internet Popular
Terima kasih kerana membaca Pengalaman Beli Barang CJ Wow Shop