Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria

$
0
0

Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria.'Abang Bomba I Love You' bakal berakhir tidak lama lagi dan saluran Astro Ria akan menghidangkang penonton setianya dengan sebuah lagi drama menarik bertajuk SURI HATI MR PILOT

Drama bersiri 16 episod terbitan Cube Film Sdn Bhd ini adalah sebuah lagi karya arahan Michael Ang yang diadaptasi dari novel popular. Dibintangi Fattah Amin dan Neelofa sebagai pelakon utama, Suri Hati Mr Pilot turut dibantu oleh Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, dan Nina Juren.


Suri Hati Mr Pilot bakal bersiaran mulai 10 Oktober 2016, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (123).


Sinopsis drama Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria

Pertemuan antara Warda dengan Ejaz, seorang juruterbang, membuka lembaran baru dalam hidupnya setelah kecewa dengan cinta lamanya, Muslim. Warda pernah dibuang keluarga atas kebodohannya dalam dunia percintaan akibat terlalu taksub dengan cinta Muslim. 

Warda dan Ejaz saling menyintai, namun dalam masa yang sama Daniel dan Razif turut menyimpan menaruh hati terhadap Warda. Ejaz diasak rasa cemburu dan nekad untuk menjadikan Warda sebagai isterinya.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun,  Muslim kembali menuntut cinta Warda. Ejaz mula curiga terhadap isterinya sendiri. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles