Cara Beli Barang di 11Street. Makin lama makin banyak pulak laman portal beli-balah di Malaysia. Nama 11Street mungkin agak asing kerana ia baru dilancarkan di Malaysia pada April tahun lalu. 11Street sebenarnya berasal dari Korea dan sudah terkenal dibeberapa negara seperti Turki dan Indonesia sejak 2008 lagi.
Dikendalikan oleh Celcom Planet Sdn Bhd iaitu anak syarikat Axiata Bhd, 11Street menyokong semua jenis penjual termasuk individu, peruncit, perniagaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjual barang di 11Street. Ia lebih kurang seperti 'perantara'seller dengan pembeli. Sebab tu macam-macam kategori dan produk ditawarkan.
Saya baru pertama kali beli barang 11Street, entah kenapa tiba-tiba rasa nak belajar main rubik's cube. Bila saya Google, 11Street satu-satunya laman web yang menjual rubik's cube pada harga murah iaitu hanya RM12.80, jenama Shengshou, jenis 3x3.
Baca:Kebab Sedap di Kota Bharu
Jadi dalam entri ni saya akan share cara beli barang di 11Street. Ia sama sahaja seperti shopping di laman web lain. Tapi bagi yang tidak tahu, jangan risau boleh rujuk langkah mudah di bawah.
Cara Beli Barang di 11Street
#1 Daftar di http://www.11street.my/register/memberRegistForm/subscribe.do, dan pilih 'Sign up'.
Cara Beli Barang di 11Street
#1 Daftar di http://www.11street.my/register/memberRegistForm/subscribe.do, dan pilih 'Sign up'.
#2 Isi maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, dan nombor telefon. Kemudian anda akan mendapat email yang menyatakan anda sudan berjaya mendaftar dan sedia untuk membuat pembelian.
#3 Langkah paling best, pilih barang yang anda nak, sebagai contoh saya pilih SHS Rubik's Cube. Kemudian klik 'BUY NOW'.
#3 Langkah paling best, pilih barang yang anda nak, sebagai contoh saya pilih SHS Rubik's Cube. Kemudian klik 'BUY NOW'.
#4 Anda akan dibawa ke laman butiran penghantaran. Isi nama penuh, no telefon dan alamat ke mana anda ingin barang dihantar.
#5 Pilih cara pembayaran sama ada debit/kredit kad, online banking, ATM transfer, atau AirCash. In my case, saya guna online banking. Pilih bank anda dan klik 'Proceed Payment'. Anda akan dibawa ke ruangan transaksi. Siap!
#6 Anda akan menerima email pengesahan dari 11Street dan memberitahu pesanan sedang diproses berserta tracking number.
Servis 11Street
Servis tip top dan rubik's cube sampai dalam keadaan baik walaupun lambat lima hari. Tapi bukan salah 11Street kerana seller telah membuat penghantaran sehari selepas saya membuat pesanan. Masalah kelewatan disebabkan PosLaju.
Rubik's cube tu pulak berkualiti, lancar, smooth, dan tidak tersekat-sekat. Sangat berbaloi dengan harga RM12.80.
Saya berpuas hati dengan perkhidmatan 11Street, walaupun agak ragu-ragu pada awalnya. Mungkin sebab layoutnya yang kurang menyerlah. Tapi 11Street memang boleh dipercayai dan sangat mengambil berat soal perkhidmatan. Mereka memastikan seller menghantar barang dengan betul dan pada masa pantas.

Entri sebelum ini - ULASAN FILEM: Train To Busan
Terima kasih kerana membaca Cara Beli Barang di 11Street
Terima kasih kerana membaca Cara Beli Barang di 11Street