Fakta Menarik Filem The Conjuring 2. Selepas kejayaan filem pertama pada 2013, pengarah yang terkenal penghasilan filem seram, James Wan, kembali dengan sekuel kedua yang mengikuti kisah seram penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine Warren.
The Conjuring 2 diinspirasikan dari kisah sebenar pasangan Warren mengembara ke Enfield United Kingdom pada 1977 bagi membantu keluarga Hodgson yang mengalami gangguan makhluk halus.
Masih lagi mengekalkan pelakon sama iaitu Patrick Wilson dan Vera Farmiga, filem ini dikatakan antara filem seram terbaik yang pernah dihasilkan.
Fakta Menarik The Conjuring 2
1. Pengarah kelahiran Malaysia, James Wan, sebelum ini merupakan pengarah filem aksi Furious 7, beliau ditawarkan sejmlah wang yang banyak untuk mengarahkan Furious 8. Tetapi beliau menolak tawaran itu untuk mengarah The Conjuring 2.
2. Pada hari pertama penggambaran filem ini, paderi dijemput untuk 'merahmati dan membersihkan' set lokasi.
3. Walaupun diangkat dari kisah sebenar, walaubagaimanapun keseluruhan jalan cerita tidak berdasarkan apa yang berlaku kepada keluarga Hodgson. Pihak studio terpaksa mengubah susur masa supaya selari dengan filem pertama. Selain itu rumah Hodgson tidak memilik ruang bawah tanah dan hantu dalam filem ini direka untuk menambah rencah filem.
![]() |
Gambar sebenar keluarga Hodgson |
4. Pihak produksi ke beberapa buah negara untuk mencari kanak-kanak sesuai untuk memegang watak Janet. Mereka mencari seseorang yang berwajah naif tetapi bermasalah. Akhirnya mereka menjumpai Madison Wolfe dari Louisiana, USA, yang menghadiri ujibakat dengan memakai rambut palsu dan kanta lekap, serta bertutur dalam loghat British.
5. Walaupun tahu bertutur loghat British, Wolfe, tetap belajar loghat dengan jurubahasa bagi mendalami watak Janet.
6. Pihak studio masih belum mengesahkan penerbitan The Conjuring 3, akan tetapi ketika proses pembikinan filem pertama mereka mengumpul dan mengkaji 27 kes yang pernah disiasat oleh Warren.
7. Vera Farmiga berdepan dengan masalah sakit kerongkong kerana terpaksa menjerit dalam hujan dalam salah satu babak. Bunyi mesin yang menghalang hujan dari terkena kamera terlalu kuat menyebabkan beliau terpaksa menjerit dengan lebih kuat dari yang sepatutnya.
8. Penulis siri televisyen popular, The Walking Dead, David Leslie Johnson, dilantik untuk menulis The Conjuring 2.
9. Kisah seram yang dialami oleh keluarga Hodgson di Enfield merupakan kisah yang paling popular dan sering diperkatakan dalam sejarah penyiasatan paranormal.
Entri sebelum ini - Senarai Buffet Ramadan Murah di Kuala Lumpur 2016
Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik The Conjuring 2