Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Terbitkan Karya. Berita baik buat penulis-penulis berbakat kerana karya anda bukan sahaja bakal dicetak oleh syarikat penerbitan terkenal bahkan diadaptasi ke dalam bentuk media digital.
Ini kerana Perbadanan Kota Buku dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menganjurkan pertandingan 'Page to Pitch (P2P) Media 360' bagi memberi peluang kepada penulis menerbitkan karya mereka.
Masih ramai penulis buku yang mampu menghasilkan karya hebat tetapi tidak diberi peluang menerbitkan karya mereka. Jadi, pertandingan P2P boleh menjadi platform untuk menerbitkan idea anda kemudian diadaptasi dalam bentuk media digital.
Menariknya daripada sebuah buku ia bukan sahaja boleh dijadikan drama/filem, karya anda mungkin diterbitkan menjadi dokumentari, perisian, animasi, permainan, atau portal. Ini selari dengan nama P2P Media 360 itu sendiri.
Pertandingan Page to Pitch (P2P) Media 360
P2P terbahagi kepada dua kategori iaitu:
1. Idea untuk Penerbitan (terbuka kepada peserta ASEAN) - Khusus untuk penulis baru dan pemenang peluang untuk menerbitkan buku mereka dengan Karangkraf, bakal membawa pulang RM5,000 dan karya yang diterbitkan dijangka bernilai RM50,000.
2. Penerbitan untuk Adaptasi (warganeraga Malaysia sahaja) - menyasarkan para penulis yang telah menerbitkan karya mereka untuk mengadaptasikannya ke dalam bentuk kandungan media digital bersama. Pemenang utama akan menerima Geran Pembangunan Industri Kreatif oleh FINAS bernilai RM500,000 dan wang tunai RM5,000.
Untuk pengetahuan, ini merupakan pertandingan penerbitan idea ke pelbagai media digital pertama di dunia. Bagi yang mempunyai bakat menulis tidak kira apa genre sekali pun, penyertaan anda dialu-alukan supaya idea/karya mendapat pengiktirafan sewajarnya.
Syarat penyertaan
Anda boleh memuat turun borang penyertaan di www.facebook.com/page2pitch dan boleh menghantarnya bermula sekarang sehingga 22 April 2016.
Jika anda ada pernah tulis novel dan ia masih dalam simpanan, jangan hanya 'peram' idea itu. Ini adalah platform terbaik buat anda 'unsung writers' untuk membuktikan karya anda juga layak diterbitkan seperti penulis lain.
Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook P2P 360 di http://www.facebook.com/page2pitch
Terima kasih kerana membaca Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Penulis Terbitkan Karya

- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Karya/buku haruslah diringkaskan kepada 100 patah perkataann.
- Setiap penyertaan perlu dihantar dalam format PDF.
- Penyertaan harus dihantar melalui email kepada [p2p360@kotabuku.my]
- Idea mestilah asli dan tidak meniru mana-mana karya yang telah diterbitkan.